Sunday, June 07, 2020

MENTERI, kenapa majikan,kontraktor,Pengarah binaan yang tidak patuh SOP tidak didakwa di Mahkamah? Kenapa amaran saja?

Ramai pekerja dalam sektor Binaan menjadi mangsa Covid-19, sama ada di tempat kerja atau di tempat tinggal pekerja; tetapi setakat ini, tak pun didengar mana-mana majikan atau wakil majikan telah ditangkap dan dituduh(atau didakwa) di Mahkamah...

Bagi sektor binaan, pada 22/4/2020,  Menteri Kerja Raya(bukan Menteri Sumber Manusia) telah mengumumkan kewujudan Posidur Standard Operasi(SOP) serta 2 Garis Panduan Amalan, di mana Menteri berkata bahawa majikan akan diambil tindakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan...

[Standard Operating Procedures]

 [Guidelines on Preventive Measures Steps at the Construction Site]
[Guidelines for the Operation of Centralised Labour Quarters and Worker Accomodations] 

GEMBIRA PEKERJA KERANA PERCAYAI BAHAWA KERAJAAN TELAH BERTINDAK DAN KINI MAJIKAN AKAN LAKUKAN SEMUA YANG PERLU UNTUK MENGURANGKAN RISIKO COVID ...

TETAPI KINI RAMAI PEKERJA SEKTOR BINAAN MENJADI MANGSA COVID ....DAN TAK DENGAR PUN MANA-MANA PEMAJU, MAJIKAN, KONTRAKTOR YANG TELAH DIHERET KE MAHKAMAH DAN DITUDUH TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG SOP DAN GARISPANDUAN INI...

Adakah Pekerja telah ditipu kerajaan dan Menteri?

Bila dilihat gazet, nampaknya SOP dan Garis Panduan ini tidak digazet di bawah Akta CIDB - MENGAPA?

Adakah ini bermakna semua SOP dan Garis Panduan sedemikian hanya 'nasihat' atau 'cadangan' yang majikan boleh ikut atau tidak ikut pun? Kalau tak ikut, Majikan tidak akan dianggap melakukan kesalahan di bawah undang-undang -justeru tidak dipenjarakan atau didendakan...

Ini menimbulkan persoalan tambahan - adakah ini keadaan bagi semua peraturan, piawaian, SOP, garis panduan....khususnya mengenai isu keselamatan pekerja di tempat kerja...

Adakah kerajaan Malaysia(sama ada BN, PH atau PN kini) sebenarnya hanya memberikan gambaran palsu bahawa Malaysia prihatin kepada pekerja --- tetapi sebenarnya ia tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang? 

Pekerja cedera...pekerja mati ...bukan isu penting bagi kerajaan?

Adakah kerajaan lupa bahawa kerajaan ada tanggungjawab memastikan majikan menyediakan tempat kerja yang selamat...

Apa yang majikan HARUS lakukan untuk memastikan tempat kerja adalah selamat harus DIHEBOHKAN supaya semua pekerja tahu ...dan boleh melapurkan kepada pihak berkuatkuasa jika Majikan tak lakukan sapertimana diperlukan...

Kalau tidak diGAZET - adakah ini undang-undang atau mempunyai kuasa undang-undang pun.

Semasa Covid-19, semua perintah dan peraturan telah digazetkan - justeru mereka yang tak patut akan ditangkap dan didakwa di Mahkamah...

Kalau tak gazet - apa gunanya?

Mengapa Menteri Kerja Raya tidak GAZET SOP dan garis panduan ini? 

MENTERI harus menjelaskan berapa orang majikan, kontraktor, pemaju, Pengarah, CEO, Pengurus dan pegawai mereka setakat ini dikenakan tindakan undang-undang?  

JIKA UNDANG-UNDANG LEMAH(ATAU TAK WUJUD), NYAWA PEKERJA TERANCAM ...


CIDB kononnya...
"Daripada sejumlah 1,398 tapak yang sudah beroperasi, sebanyak 1,118 (80 peratus) didapati mematuhi SOP, sementara 272 (19 peratus) didapati tidak patuh dan diberi amaran, manakala lapan (satu peratus) tapak pembinaan telah diarah tutup.
Tetapi bagaimana pula dengan tempat tinggal pekerja yang belum lagi beroperasi - kerana SOP dan Garis Panduan itu juga memberikan ARAHAN(atau 'nasihat saja') yang merangkumi tempat penginapan pekerja.

Apa tindakan kerajaan jika SOP, Garis Panduan dan peraturan lain tidak mematuhi undang-undang? TUTUP OPERASI sahaja - ini bebankan pekerja juga, sungguh tidak adil sekiranya majikan tidak diheret ke Mahkamah dan didakwa - serta didenda dan dipenjarakan.

Hanya tutup operasi sungguh tidak adil kepada pekerja khususnya mereka yang tidak mendapat gaji bulanan - hanya gaji harian untuk hari mereka kerja...

Jika majikan engkar, majikan yang harus dikenakan hukuman..

Menteri sendiri kata 272 daripada 1,398 tidak patuh - ertinya melanggar undang-undang.

Apa kesan pengingkaran undang-undang? 272 melanggar undang-undang > AMARAN saja ...kepada 264 majikan/kontraktor/pemaju - hanya 8 diarahkan tutup. Mengapa diskriminasi ini? Tolong jelaskan. Adakah kerana setengah adalah 'rakan politik'...atau adakah terdapat 'korupsi' - Mengapa 8 tapak kerja saja diarahkan tutup? 

UNDANG-UNDANG, termasuk SOP, Garis Panduan, Peraturan harus jelas ada kuasa undang-undang, dan undang-undang mest jelas apakah hukuman jika didapati undang-undang tidak dipatuhi (atau berlaku pelanggaran undang-undang) 

Hukuman tidak boleh ikut suka hati Menteri atau CIDB...

Bagi perintah kawalan pergerakkan, jelas pengingkaran adalah kesalahan, dan hukuman maksima kini denda RM1,000. 

JUSTERU, apa hukuman berasaskan undang-undang jika majikan/kontraktor/pemaju ingkar SOP dan Garis Panduan? Kenapa tak jelas? 

Menteri Kerja Raya kena gazetkan semua yang harus dilakukan pamaju/majikan/kontraktor sektor binaan, dan juga apakah HUKUMAN berasaskan undang-undang sekiranya ada ketidakpatuhan undang-undang. Jangan pula ikut suka hati Menteri - 'kawan' diberi amaran, yang lain arahan tutup operasi?   

Sila lihat pos terdahulu yang berkaitan(untuk juga baca SOP, Garis Panduan) -

Good job CIDB and Minister of Works - Regulations to ensure safety at construction sites> HR Minister, why the delay?





Ramai kontraktor binaan langgar SOP Covid-19


BERNAMA
 
SEBANYAK lapan daripada 1,398 tapak pembinaan yang sudah beroperasi diarah ditutup berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sudah memeriksa 6,363 tapak pembinaan seluruh negara dari 20 April hingga Selasa lepas dan didapati 1,398 tapak mula beroperasi dan 4,965 belum beroperasi.

"Daripada sejumlah 1,398 tapak yang sudah beroperasi, sebanyak 1,118 (80 peratus) didapati mematuhi SOP, sementara 272 (19 peratus) didapati tidak patuh dan diberi amaran, manakala lapan (satu peratus) tapak pembinaan telah diarah tutup.

"Projek yang diarah tutup oleh CIDB adalah di Jalan Damai, Kampung Dato Keramat dan Mukim Batu, di Kuala Lumpur; tiga tapak pembinaan di Kedah iaitu Taman PKNK Jalan Tun Razak Bandar Alor Setar, Bandar Alor Setar di daerah Kota Setar, Mukim Kuah di daerah Langkawi dan Mukim Pulai di daerah Baling serta dua projek di Pahang iaitu Genting Permai mukim Bentong dan Bandar Tun Razak Jengka di Maran," katanya.

Menurut beliau, antara SOP yang gagal dipatuhi ialah tidak menjalankan ujian saringan Covid-19, tidak mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan 90 peratus kepatuhan SOP tidak dipraktikkan.

SOP lain yang gagal dipatuhi adalah tiada pasukan Covid-19 yang bertanggungjawab memastikan pematuhan SOP dan kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB.

Fadillah berkata, kementerian menyeru semua kontraktor mematuhi contoh amalan terbaik pematuhan SOP supaya lebih banyak projek pembinaan dapat mula beroperasi sepenuhnya dan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

"Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembinaan termasuk, memastikan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan bebas daripada jangkitan sebelum boleh mula bekerja.

"Pematuhan SOP ini dilihat berjaya mengesan kes-kes positif dalam kalangan pekerja binaan, sebelum mereka mula bekerja. Ini membolehkan mereka serta kontak rapat dikuarantin dan mengelakkan penularan wabak berkenaan," katanya.

Beliau berkata semua pekerja juga perlu diperiksa dan direkodkan suhu mereka sebelum masuk ke tapak pembinaan setiap hari, dan apa juga gejala yang dikesan menerusi saringan harian yang dibuat perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, katanya tiga tapak pembinaan yang ditutup di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 1 Jun adalah di Kampung Datuk Keramat, Jalan Ampang (31 kes positif) dan Seksyen 68, Jalan Ampang (61 kes positif) di ibu negara dan Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam. (13 kes positif).

 

No comments: