Thursday, October 31, 2013

Malaysia moving towards an end of foreign worker recruitment agencies(third parties), wanting employer to directly apply for and employ migrants



On 30/10/2013, question was raised in Malaysian Parliament concerning migrant workers. Some points that were made are as follows. [Extracts for the copy of the Hansard in the Malay language obtained from Malaysian Parliamentary website is also included below] 

Total number of migrant workers in Malaysia is 2.116 million, and this includes undocumented migrant workers that were legalized following the 6P program.

They are currently employed in the following sectors
Employment Sector
Total
(persons)

Manufacturing
733,000
Construction
425,000
Plantation
347,000
Services
251,000
Domestic Workers
180,000
Agriculture
179,000

The 5 main country of origin for documented migrant workers are as follows:-
Country
Total(persons)
Indonesia
935,000
Nepal
359,000
Bangladesh
319,000
Myanmar
174,000
India
117,000

On undocumented migrants, it was revealed that a total of 1.3 million undocumented workers were registered during the 6P program, of which 503,000 were legalized – became documented workers. [Those not legalized would have been detained and thereafter deported]

A new recruitment policy – no more recruitment agencies but direct dealings with the employer
What is evident is that the Minister is that the government is taking a strong position against Recruitment Agencies encouraging now employers who need workers to directly apply for migrant workers. “ we do not want to entertain again the role played by foreign worker recruitment agencies, rather would allow employers to directly apply, no more through third parties, This is because third parties generally get larger pofits. We do not want to allow what is akin to ‘slave business’ in our country.”


"...kita tidak mahu melayani semula peranan yang dimainkan oleh agensi pengambilan pekerja asing, sebaliknya pihak majikandiizinkan terus memohon, tidak melalui orang ketiga. Ini kerana orang ketiga ini lazimnya  mengaut keuntungan lebih banyak. Kita tidak mahu seolah-olah ada perniagaan hamba abdi berlaku di negara kita...."



Several steps have been taken including that we do not anymore permit foreign worker employment agencies to end their ‘dominance and behaving like kings’


“…beberapa tindakan telah dilakukan termasuk kita tidak lagi mengizinkan agensi-agensi pengambilan pekerja asing bermaharajalela..."

Crime and Migrants
On crime, the Minister said that most crimes are committed by locals, migrant workers may be only accountable for 10 – 15% of crimes.

All jobs have dignity.
Call for a change of perception by Malaysians who should take any kind of work/jobs – white collar or blue collar jobs.

Identification Cards for Migrant Workers
They will be given biometric identification cards, which will also be colour coded to indicate the sector that they are allowed to work in - discouraging movement of migrant workers from one sector to another.



2. Tuang Fong Kui Lun [Bukit Bintang]minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan pekerja asing yang berada di negara ini,  pecahan bilangan pekerja dengan izin dan tanpa izin pelbagai negara ehingga 30.9.2013 sertabilangan pemutihan dan apakah langkah untuk mengurangkan penggantungan negara kepada pekerja asing. 

Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]:Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bukit Bintang yang bertanyakan soalan yang agak penting bagi kegunaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Pas Lawatan Kerja Sementara atau PLKS yang masih sah dan aktif sehingga tarikh yang ditanya oleh Yang Berhormat adalah seramai 2.116 juta orang. Jumlah ini termasuk PATI yang telah diputihkan dan dikeluarkan PLKS di bawah program 6P yang lalu.

Mengikut pecahan saya ingin sebutkan secara ringkas bahawa:
Sektor pekerjaan
Jumlah (orang)

Perkilangan
733,000
Pembinaan
425,000
Perladangan
347,000
Perkhidmatan
251,000
Pembantu rumah
180,000
Pertanian
179,000

Dari segi negeri yang tertinggi. Terdapat lima buahnegeri yang tertinggi yang membekalkan pekerja antaranya ialah:
Negara
Jumlah (orang)
Indonesia
935,000
Nepal
359,000
Bangladesh
319,000
Myanmar
174,000
India
117,000

Untuk statistik pendatang Tanpa Izin. Kementerian tidak mempunyai rekod yang rasmi tetapi kita boleh menjangkakan jumlah keseluruhannya kerana mengikut Program 6P yang dilakukan sebelum ini terdapat 1.3 juta PATI yang telah didaftarkan dan daripada jumlah berkenaan seramai 503,000 telah pun diputihkan

Apabila tempoh 6P itu tamat, kementerian Dalam Negeri dengan penyelarasan bersama kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PATI yang telah mengadakan beberapa keputusan yang telah melancarkan operasi baru iaitu Ops Bersepadu yang telah dimulakan pada 1 September yang lalu. Jelas daripada apa yang telah dilakukan, beberapa tindakan telah dilakukan termasuk kita tidak lagi mengizinkan agensi-agensi pengambilan pekerja asing bermaharajalela. 

Kita meminta mana-mana majikan yang tertipu supaya mengemukakan permohonan terus kepada Jabatan Imigresen dan mengemukakan bukti penipuan yang dilakukan termasuklah kononnya mereka telah membayar levi dan membayar lain-lain caj perkhidmatan kepada agensi pengambilan pekerja asing berkenaan untuk kita ambil tindakan. Dengan langkah itu kita harap kebergantungan kita terhadap pekerja asing dapat dikurangkan. 

Saya harap Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan yangmulia ini untuk rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan sahaja Ahli Yang Berhormat diDewan yang mulia ini tetapi saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia di luar sana yangmenonton siaran langsung ini. Saya ingin memberitahu ubahlah sikap. Sikap kebergantungan kepada pekerja asing. Yang kedua, kita minta tenaga kerja di Malaysia ubah sikap supaya mengambil peluang pekerja yang sedia ada. 

Bayangkanlah kita tidak mahu menjadi sebuah negara  yang penduduknya cuma 900,000 ribu tetapi mempunyai pekerja asing seramai 3.5 juta orang.

Ertinya kebergantungan kepada pekerja asing ini telah menyebabkan ekonomi ini adalah ekonomi yang  bubble.Dalam keadaan itu, beberapa langkah yang lain yangkita ambil antaranya kita mengadakan job clearing system bersama-sama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian sumber Manusia. Dengan semua kementerian-kementerian berkaitan yang memberikan pengesahan untuk pengambilan pekerja-pekerja asing terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan sektor perkilangan agar tenaga kerja tempatan dapat diberikan keutamaan. 

Manakala agensi kawal selia mengikut sektor masing-masing juga dirundingkan agar syarat  tertentu pengambilan pekerja asing ini dapat dipatuhi sepenuhnya. Kita juga menetapkan had umur pekerja asing hendaklah sekitar hanya daripada 18 hingga 45 tahun sahaja umur mereka. Kita juga tentunya bekerjasama dengan pihak MITI dan lain-lain juga melakukan kerja-kerja secara automasi bagi mengelakkan tenaga kerja asing dielakkan. Di samping itu saya harap semua pihak mengambil langkah positif untuk tidak menganggap blue-collar job, dengan izin sebagai pekerjaan yang tidak memberikan pulangan yang baik. Sebaliknya semua peluang pekerjaan sama ada berkolar putih atau berkolar biru harus dianggap sebagai kerja yang  halalan toyyibansupaya kita dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negara kita ini. 

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Lambakan pekerja asing sudah menjadi satuancam dan beban bagi negara dari segi keselamatan, jenayah, sosial, kebersihan, ekonomi dan sebagainya tetapi kerajaan gagal bertindak mengatasinya. Rakyat bimbang ia menjadi barah yang sukar dibendung bila dasar kerajaan tidak konsisten untuk menyekat kemasukan baru pekerja asing seperti dari Bangladesh mahupun Kemboja. Satu pihak kata sekat dan satu pihak kata  dibenarkan masuk. Soalan saya, apakah agenda sebenarnya kerajaan terhadap pekerja asing atau mengubah dasar dan syarat menjadi lebih tegas? Sejauh mana amalan rasuah dikesan berlaku dalam isu pekerja asing ini? Minta penjelasan, terima kasih. 

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:Yang Berhormat, saya ingin menyebutkan bahawa kadar jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing hanya sekitar antara 10% hingga 15% sahaja, ertinya jangan salahkan 100% kepada pekerja asing. Pelaku-pelaku jenayah adalah rakyat tempatan. Yang Berhormat harus bekerjasama dengan saya untuk pembanterasan itu. Begitu juga agenda yang lebih tegas, saya fikir bagi menyelesaikan masalah ini bukan agenda pihak kerajaan sahaja. Bila ada permintaan tentu ada penawaran. 

Di dalam keadaan ini saya fikir apa yang harus kitalakukan, kita mesti mempunyai satu pelan jangka panjang yang perlu dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini dengan semua agensi-agensi dan pihak swasta supaya mereka juga mengakui hakikat bahawa keutamaan hendaklah diberikan kepada rakyat tempatan. Soal rasuah yang berlaku di dalam soal pengambilan pekerja asing ini, kalau Yang Berhormatmempunyai maklumat beritahu saya. Saya tidak akan pernah berkompromi dengan rasuah-rasuah,sama ada dilakukan oleh pegawai-pegawai di Kementerian Dalam Negeri atau oleh Jabatan Imigresen, jika ada atau mana-mana agensi serta individu yang mengaku mewakili KDN. Sila beri maklumat. Bukan sahaja kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang sahaja, kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, saya tidak akan kompromi. Tindakan akan saya lakukan dengan kadar segera, terima kasih. 

Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]:  Tuan Yang di-Pertua, lama sudah tunggu hendak tanya soalan tambahan pada bos lama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tarik perhatian Ahli-ahli Dewan, ada satu manifesto yang diwujudkanoleh Pakatan Rakyat jika mereka memerintah. Nasib baik mereka tidak memerintah iaitu manifesto Pakatan Rakyat berbunyi mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru oleh rakyat Malaysia dengan cara mengurangkan 1 juta pekerja asing dalam sektor yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. 

Jadi, dalam kata mudah buang semua pekerja asing 1  juta bawa pekerja baru rakyat Malaysia ganti di sektor perladangan, pembinaan dansektor perkhidmatan. Adakah cadangan Pakatan Rakyat yang amat cerdik ini boleh dilaksanakan kerana Mersing lama juga duduk dalam Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan YangAmat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak?  [Dewan riuh]Oleh sebab itu tidak bagi peluang. 

Kedua, antara halalan toyyibanini, yang halal dengan yang jadi tanpa izin ini amat mudah. Mereka tukar sektor sahaja ia sudah jadi haram. Saya hendak tanya sedikit kepada Yang Berhormat Menteri mengenai teknikal sedikit fasal levi kerana pungutan levi kepada pekerja asing agak banyak. 

Bila mereka sudah menjadi tidak tanpa izin, adakah mereka ini berhak mengeluarkan levi dan apakah proses untuk mengeluarkan levi ini mengambil kira setelah mereka betul-betul keluar daripada negara kerana ini adalah melibatkan pengaliran dana negara? Terima kasih. 

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan ucapan kalau bukan soalan daripada Yang Berhormat Mersing, mantan Timbalan Menteri Pertahanan ketika saya menjadi Menteri Pertahanan.  Jadi  insya-Allahakan naik semula sebagai Menteri. [Dewan riuh] 

Mengenai manifesto Pakatan Rakyat untuk mengurangkan pekerja asing, saya ingin menyebutkan bahawa manifesto itu baik. Akan tetapi seolah-olah seperti mengecat langit dan tidak berpijak di bumi yang nyata kerana tidak dapat dilaksanakan.  [Tepuk]Hanya kira-kira 15% sahaja manifesto yang telah dilontarkan dalam Pilihan Raya2008 telah dapat dilaksanakan sehingga Pilihan Raya 2013. Ertinya dengan izin, manifesto rubbish. [Tepuk]Jadi dalam perkara ini saya fikir janganlah buat janji baru dan saya fikir... 

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]:Manifesto konkrit itu. 

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Apa yang penting Yang Berhormat Ipoh Barat, kita hendaklah melakukan manifesto berdasarkan kepada realiti. Kita harap apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan memuaskan hati semua pihak dan saya rasional dalam perkara ini sama ada bagi memenuhi kehendak pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Apa yang penting ialah rakyat keseluruhannya supaya mendapat faedah.

Soalan yang kedua mengenai penukaran sektor. Ramai  di kalangan pekerja asing ini menukar sektor. Saya ambil contoh, daripada sektor  perladangan tukar kepada sektor perkhidmatan kerana sektor perkhidmatan menjanjikan gaji yang lebih. Apa yang sedang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Sumber Manusia ialah memberikan kad biometrik. Kad pengenalan yang bercirikan biometrik dan juga ada  bar codeyang menandakan perbezaan warna kad berkenaan. Ambil contoh umpamanya dalam sektor perladangan, hijau umpamanya. Sektor perkhidmatan, biru muda umpamanya. Sektor perhotelan, merah umpamanya tetapi sektor lain warna biru. Dalam keadaan itu, levi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada sektor-sektor berkenaan. Namun, jika mereka bertukar sektor contoh MoU yang telah ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh jika pekerja mereka bertukar sektor, dendanya ialah sebanyak USD10,000. 

Ini adalah bagi menentukan bahawa hanya sektor-sektor tertentu sahaja yang dipenuhi. Kita mahu supaya siling-siling tertentu dapat dipatuhi oleh majikan-majikan dan saya harap negara-negara sumber dapat mematuhi garis-garis panduan yang telah ditentukan. 

Itulah sebabnya kita tidak mahu melayani semula peranan yang dimainkan oleh agensi pengambilan pekerja asing, sebaliknya pihak majikan diizinkan terus memohon, tidak melalui orang ketiga. Ini kerana orang ketiga ini lazimnya  mengaut keuntungan lebih banyak. Kita tidak mahu seolah-olah ada perniagaan hamba abdi berlaku di negara kita.


No comments: