Sunday, October 27, 2013

Najib Razak, MP Pekan, harus mencelah membantu 18 pekerja anak syarikat DRB HICOM mendapatkan kerja mereka kembali segera..

Selepas Raya, 18 pekerja anak syarikat DRB HICOM di Pekan dibuang kerja kerana aktiviti berjuang untuk hak pekerja semasa PRU13

Walaupun kita telah berusaha, tetapi 18 saudara pekerja di Pekan telah ditamatkan perkhidmatan pada 19 Ogos 2013.

DRB HICOM boleh bila-bila masa mengembalikan pekerjaan kepada 18 pekerja ini, Harap semua meminta DRB HICOM berbuat demikian,

Najib, Wakil Rakyat Pekan, harus mencelah membantu 18 pekerja ini mendapatkan kerja mereka kembali segera..

 
 
Kenyataan Bersama – 25/6/2013 (sekarang 52)
DRB HICOM HARUS MENGHORMATI HAK RAKYAT UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROSES DEMOKRASI DI MALAYSIA
– Hentikan tindakan disiplin terhadap pekerja kerana melaksanakan hak politik mereka
Kami, 52 pertubuhan masyarakat sivil(CSOs), kesatuan sekerja dan kumpulan yang dinyatakan dibawah ini  terharu dengan tindakan dua syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan, khususnya HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd kerana mengambil tindakan disiplin terhadap 18 pekerja kerana melaksanakan hak mereka (di luar waktu kerja), sebagai rakyat mengambil bahagian dalam proses demokratik. Berasaskan keputusan  Malaysian Trade Union Congress (MTUC), yang turut disokong National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW), pekerja diminta mengambil tindakan untuk mendapatkan komitmen isu hak pekerja daripada calun dan parti politik bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) di seluruh Malaysia, termasuk di Pekan, di mana tarikh mengundi adalah pada 5/5/2013. Ramai pekerja  cuba dan/atau telah jumpa calun pilihanraya untuk mendapatkan komitmen mereka.
Justeru, pada 3/5/2013, sekumpulan 18 pekerja telah menyerahkan memorandum MTUC kepada seorang daripada calun bertanding di kawasan parlimen Pekan, yang juga merupakan kawasan parlimen di mana Perdana Menteri Malaysia sedang bertanding.
Berasaskan tindakan ini, tindakan disiplin telah dimulakan oleh 2 syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan terhadap 18 pekerja ini. 
Pertama, Hicom HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, yang memasang automobile jenama  Suzuki, Mercedes-Benz dan Volkswagen, telah mengeluarkan surat tunjuk sebab pada   22/5/2013 kepada 16 pekerja,  dan dengan cepat mendgadakan 'Domestic Inquiry' yang bermula pada 11/6/2013. Pada masa ini Domestic Inquiry masih belum tamat dan tidak ada apa-apa keputusan lagi.
Kedua, ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd yang memasang automobile jenama  Isuzu, juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada 2 pekerja. Mereka juga sedang menunggu keputusan Domestic Inquiry. 
Harus diambil kira bahawa pekerja TIDAK dibenarkan di wakili peguam atau wakil daripada Kesatuan Sekerja Nasional mereka, iaitu NUTEAIW, hanya dibenarkan diwakili oleh wakil jawatankuasa  work site dari kilang berkenaan. 
Kami berpendirian bahawa tindakan kedua-dua syarikat DRB Hicom tersebut bukan sahaja pencabulan serius hak pekerja. Ia juga pencabulan hak rakyat mengambil bahagian dalam proses demokratik di Malaysia, khususnya semasa pilihanraya umum. Majikan seharusnya tidak ada hak untuk memutuskan secara khusus atau secara tidak khusus pilihan, kegiatan dan/atau tindakan politik pekerja mereka, tambahan bila ini dilakukan  di luar masa kerja.  Pekerja, selaku rakyat Malaysia, harus mempunyai kebebasan untuk menyertai parti politik dan mengambil bahagian dalam mana-mana parti politik pilihan mereka, menawarkan diri mereka sebagai calun pilihanraya jika mereka memilih berbuat demikian, dan melibatkan diri dalam aktiviti kempen semasa pilihanraya.
Maka, tindakan DRB Hicom mengambil tindakan disiplin terhadap 18 pekerja kerana melakukan apa yang merupakan hak mereka semasa PRU13, adalah sama sekali tidak wajar atau patut. Ia merupakan pencaulan besar hak 18 pekerja ini. Di dalam situasi ini, kami menuntut agar DRB Hicom segera memberhentikan tindakan disiplin terhadap 18 pekerja ini. Jika mana-mana daripada 18 pekerja ini telah diberhentikan kerja, mereka harus segera diambil balik sebagai pekerja (reinstated).
Kami difahami bahawa tuduhan terhadap pekerja ini adalah (1) menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada secara lisan, tulisan atau perbuatan, dan (2) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk mengemukakan dan menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan itu adalah tuntutan secara individu atau tuntutan lain-lain kakitangan. 
Kami juga difahami bahawa majikan DRB Hicom cuba menjustifikasi tindakan terhadap 18 pekerja – yang cuba mendapatkan komitmen berkenaan hak pekerja dari calun kawasan Pekan – dengan mendakwa bahawa pekerja telah mungkin memberikan gambaran palsu bahawa syarikat terlibat dalam politik bercanggah dengan pendirian syarikat.  
Kami mendapati penjelasan ini mengelikan! Ianya adalah hipokritikal berasaskan fakta bahawa semasa tempuh kempen pilihanraya, iaitu pada 25/4/2013, syarikat telah mengalakkan pekerja pergi dan menemui calun pilihanraya Barisan Nasional kawasan Pekan, Mohd Najib Abdul Razak, yang merupakan juga mantan Perdana Menteri. Pekerja dibenarkan pergi untuk pertemuan ini semasa waktu kerja.  Kegiatan ini juga telah dipaparkan dalam laman web calun pilihanraya Najib (‘ Najib’s 13th General Election Pekan Constituency candidate website) (http://www.parlimenpekan.com/?p=840), di mana posting ini diberi tajuk ‘Dato’ Sri Najib Beramah Mesra Dengan Warga DRB-Hicom Pekan’. Kemudian pada tarikh yang sama pekerja perempuan juga dibenarkan  pergi berjumpa dengan isteri Najib.  
Syarikat dan perniagaan seharusnya tidak memberhentikan pekerja untuk alasan selain daripada mengenai halperkara yang berkait dengan perlakuan kerja dan/atau kelakuan semasa kerja kecuali dalam situasi luarbiasa, sebagai contoh bila pekerja disabitkan melakukan jenayah. 
18 pekerja ini ada keluarga dan kanak-kanak, dan pemberhentian kerja akan mengakibatkan kesusahan besar menjejaskan kesenangan dan kehidupan mereka. Di anatara 18 pekerja terbabit terdapat  pemimpin kesatuan sekerja, termasuk pengerusi MTUC Divisyen Pahang. Kami berharap pemberhentian pemimpin pekerja tidak berlaku dan kedua-dua syarikat DRB Hicom tidak melakukan  ‘union busting’(usaha memecahkan kesatuan sekerja).
Kami memanggil DRB Hicom, HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd untuk segera memberhentikan tindakan disiplin terhadap 18 pekerja ini, dan jika ada mana-mana pekerja terbabit sudah diberhentikan kerja untuk segera mengembalikan kerja (reinstate) mereka tanpa kehilangan faedah.
Kami juga menyeru kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, yang juga ahli Parlimen kawan Pekan, untuk mencelah dan memastikan bahawa hak mereka di kawasan pilihanrayanya, sebagai pekerja dan rakyat, tidak dicabul oleh majikan. 
Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong
Untuk dan bagi pihak 52 organisasi yang dinyatakan di bawah
ALIRAN
Asia  Pacific Forum on Women, Law and Development ( APWLD)
Asian Migrant Centre (AMC)
Association of Maybank Executives
Building and Wood Workers International Asia Pacific
Burma Campaign Malaysia
Clean Clothes Campaign
Community Action Network (CAN), Malaysia
Dignity International
Group of Concerned Citizens
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Human Rights Ambassador for Salem News , UK 
Jawatankuasa Sahabat Rakyat (人民之友)
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
Legal Aid Commission, Sri Lanka
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysians for Beng Hock
Malaysian Physicians for Social Responsibility
Migrante International
Migrants Rights Council,India
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Melaka
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Pahang
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Penang Division
Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
NUHBRW (National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers), Malaysia
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Persatuan Kesedaran Komuniti, Selangor (EMPOWER)
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Pusat KOMAS (KOMAS)
Sarawak Dayak Iban Association
SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
Tenaganita, Malaysia
Think Centre, Singapore
Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU), Malaysia
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Women's Aid Organisation (WAO), Malaysia
Workers Assistance Center, Inc, Philippines
Workers Hub For Change (WH4C)
Additional Endorsements:
NLD LA Malaysia
Yayasan LINTAS NUSA - Batam Indonesia
IMA Research Foundation, Bangladesh
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Committee for a Workers' International (CWI) Malaysia
Women's Rehabilitation Centre (WOREC), Nepal
National Alliance Of Women Human Rights Defenders Alliances, Nepal
Legal Support for Children and Women (LSCW), Cambodia
HMISC (Hsinchu Cathoic Diocese Migrants and Immigrants Service Center, Taiwan
National Domestic Workers’ Movement (NDWM), India
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad

No comments: