Thursday, September 06, 2018

Hak berkesatuan - Satu Kesatuan menguntungkan majikan bukan pekerja? Pindaan perlu

Bila berjuang untuk hak dan/atau keadilan dengan mereka yang kuat, berjuang seorang diri mungkin tidak arif - lebih pandai jika berjuang dengan ramai orang - ini meningkatkan peluang berjaya. Ini adalah prinsip perjuangan yang digunakan pekerja - apabila mereka berusaha berjuang bersama dengan pihak majikan(dan kadang-kala kerajaan) - ini asal usul penubuhan Trade Union(atau Kesatuan Sekerja).

Ini juga cara perjuangan rakyat setempat(sebandar, sekampung...) - Jika ramai bersatu berjuang kemungkinan berjaya meningkat... Kerajaan tahu ...dan justeru regim kerajaan UMNO-BN mengelak situasi ini dengan tidak mengalakkan kesatuan penduduk - tidak mengalakkan demokrasi - terus sahaja melantik ketua kampung atau ketua kawasan - JKKK. Bila rakyat terpaksa melantik ketua dan kepimpinan, sudah tentu mereka terpaksa berjumpa satu sama lain, berbincang ....ini akan jadi 'masalah' kerana bila rakyat bersama, mereka akan jadi kuat...dan berani - dan kemungkinan akan membuat tuntutan dan bantahan yang mungkin bercanggah dengan niat kerajaan. Masalah rakyat akan panggil rakyat lain untuk perjumpaan - kerajaan menghalang dengan Akta - di mana pertemuan perlu dapat 'kebenaran polis' - Peaceful Assembly Act. Lebih baik rakyat tengok TV...jangan berjumpa ...jangan berbincang...

Berbalik kepada KESATUAN SEKERJA - Di Malaya, pekerja telah bersama dalam kesatuan sekerja, di mana sebelum ini sehingga tahun 1948 - tak ada halangan untuk pekerja sawata dan penjawat awam bersama dalam satu Kesatuan Sekerja atau gabungan kesatuan sekerja....dan pada masa itu lebih daripada 50% pekerja di Malaya adalah ahli Kesatuan Sekerja ..dan Kesatuan Sekerja terlibat dalam bukan saha isu kerja dan tempat kerja - tetapi juga telah memainkan peranan penting dan isu sosial-ekonomi dan politik...mereka juga aktif dalam perjuangan kearah kemerdekaan...

In 1947, the Pan-Malayan General Labour Union, which was established in 1946, changed its name to Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). It boasted a membership of 263,598, and this represented more than half the total workforce in Malaya. 85 percent of all existing unions in Malaya were part of the PMFTU.- How the British suppressed the Malayan labour movement


In 1947, the Pan-Malayan General Labour Union, which was established in 1946, changed its name to Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). It boasted a membership of 263,598, and this represented more than half the total workforce in Malaya. 85 percent of all existing unions in Malaya were part of the PMFTU.- How the British suppressed the Malayan labour movement
JUSTERU pihak penjajah British mengambil langkah untuk memecahkan solidariti pekerja, di mana satu cara adalah dengan pengubalan undang-undang yang menghalang penjawat awam dan pekerja sektor swasta terlibat dalam kesatuan sekerja sama...Dan untuk pisahkan pekerja seterus - halangan dimasukkan memastikan bahawa hanya boleh diwujudkan Kesatuan Sekerja terhad kepada 
- Tempat Kerja
- Jenis Pekerjaan
- Industri/Pernigaan tertentu 

Section 2(Trade Unions Act 1959)

"trade union" or "union" means any association or combination of workmen or employers, being workmen whose place of work is in Peninsular Malaysia, Sabah or Sarawak as the case may be, or employers employing workmen in Peninsular Malaysia, Sabah or Sarawak, as the case may be-
(a) within any particular establishment trade, occupation or industry or within any similar trades, occupations or industries:

In bermakna pekerja industri letrik tidak boleh menubuhkan kesatuan bersama pekerja Pos atau pekerja industri perladangan... 

'DIVIDE' and weaken...(Asingkan/Pecahkan dan melemahkan) - Polisi ini secara otomatis melemahkan pekerja - 

Seterusnya, undang-undang dibuat menghadkan satu kesatuan dalam satu tempat kerja, satu jenis pekerjaan dan/atau satu industri...[Justeru, jika majikan atau kerajaan, dapat mengawal kepimpinan atau kesatuan tersebut - majikan dan kerajaan tidak perlu takut kemunculan mana-mana kesatuan lain yang alternatif atau progressif....

Sebagai penerangan -kerajaan hanya membenarkan satu parti politik di Malaysia, iaitu Barisan Nasional >> dan membenarkan pendaftaran atau kewujudan mana-mana parti politik lain atau baru saperti PKR, DAP, Amanah, PAS - kesannya adalah BN akan terus memerintah, dan rakyat tidak ada peluang untuk masuk parti politik lain. Kerana ada banyak parti politik, rakyat ada pilihan lebih untuk menyertai parti mana ...dan akhirnya di PRU14, berjaya rakyat menumpaskan BN...

Malangnya, keadaan tidak sama untuk Kesatuan Sekerja - HANYA SATU KESATUAN SAHAJA DI TEMPAT KERJA ... justeru, jika kepimpinan telah di 'beli' atau memilih tidak mahu lawan dengan majikan, pekerja kini tidak ada pilihan memulakan kesatuan baru atau menyertai kesatuan lain untuk berjuang untuk hak dan keadilan... 

12  Registration (Trade Unions Act 1959)
(2) The Director General may refuse to register a trade union in respect of a particular establishment, trade, occupation or industry if he is satisfied that there is in existence a trade union representing the workmen in that particular establishment trade, occupation or industry and it is not in the interest of the workmen concerned that there be another trade union in respect thereof.
 
Ada yang kata, kenapa tak boleh sahaja menyertai sebagai ahli, menumpaskan kepimpinan sedia ada - TAPI itu bukan mudah - kerana permohonan keahlian mungkin ditolak, mungkin pekerja akan dijadi mangsa Majikan dan kesatuan tak buat apa-apa....

Sama juga di peringkat nasional atau negeri atau 'regional' - jika SATU kesatuan sudah wujud di peringkat nasional untuk pekerja industri pengangkutan, sebagai contoh, kesatuan lain untuk pekerja industri sama tidak akan dibenarkan didaftar...

PERSAINAGAN untuk mendapatkan pekerja jadi ahli kesatuan adalah penting untuk memastikan bahawa Kesatuan Sekerja sedia ada tidak menjadi leka atau malas atau kurang aktif demi nasib pekerja...Sebagai perbandingan, lihat situasi parti politik - banyak pilihan untuk rakyat ...dan seseorang akan memilih parti yang aktif dan berjuang untuk rakyat. 

Olehkerana ada undang-undang yang menghalang 'persaingan' ...apa yang jadi adalah bahawa banyak kesatuan sudah menjadi malas - tak ada keinginan mahu menambahkan ahli, tak ada keinginan berjuang dengan kuat - Banyak kesatuan sekerja di Malaysia tidak pun mengadakan pertemuan/perjumpaan dengan ahli pekerja kerap - di negara lain di mana kesatuan sekerja kuat, pertemuan semua ahli berlaku kerap sekurang-kurang sekali atau 2 kali setiap bulan. Dalam pertemuan, semua ahli ada hak menimbulkan isu dan bincang - pertemuan bukan tempat pemimpin sahaja bercakap.

Olehkerana ada undang-undang yang menghalang 'persaingan'  - hanya SATU kesatuan

Union tempat kerja 
- Berapa peratus pekerja di tempat kerja itu menjadi ahli union?
- Apakah peratus penambahan ahli setiap tahun? 
- Apakah aktiviti kesatuan menambahkan ahli supaya kesatuan boleh mempunyai 95-100% pekerja sebagai ahli?

Union peringkat nasional - kita lihat, sebagai contoh,  pekerja industri elektrik
- Berapa kilang di Malaysia yang mempunyai pekerja yang boleh diwakili Kesatuan Nasional Pekerja Elektrik?
- Sekarang, berapa peratus daripada kilang sedemikian mempunyai AHLI dalam Kesatuan Nasional Pekerka Elektrik?
- Berapa peratuan daripada kilang sedemikian yang sudah IKTIRAF Kesatuan Nasional Pekerja Elektrik?
- Setiap tahun, berapa peratus penambahan ahli?
- Setiap tahun, berapa peratus kilang yang kesatuan nasional ini telah tembusi dan/atau diiktiraf?

Kemungkinan besar, setelah mendapat sebilangan ahli, Kesatuan dan pimpinan 'relaks' - tak utamakan lagi penambahan ahli pekerja ...Kasihan pekerja sektor elektrik yang lain...?

TETAPI jika ada persaingan, di mana ada lebih daripada satu Kesatuan yang boleh menjadikan pekerja dalam sektor dan tempat kerja ahli - dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan...kemungkinan besar, persaingan sedemikian, akan menghidupkan semangat perjuangan pekerja - penambahan keahlian ahli kesatuan.

JUSTERU, APA YANG PERLU DIBUAT KERAJAAN KINI -

1 - Keluarkan halangan undang-undang yang menyatakan satu Kesatuan satu tempat kerja, atau satu kesatuan satu sektor peringkat nasional/negeri...Ini bererti LEBIH BANYAK Union - lebih banyak pilihan kepada pekerja..

2 - Masalah kedua, kini sesuatu kesatuan perlu menunjukkan bahawa mereka mewakili(atau punyai sokongan) 50% campur 1 semua pekerja yang layak jadi ahli kesatuan berkenaan sebelum MAJIKAN terpaksa memberi PENGIKTIRAFAN - yang akan membenarkan Kesatuan memasuki Perjanjian Bersama(Collective Bargaining Agreement) dengan Majikan...PINDA undang-undang supaya kini perlu hanya sokongan 20-25% pekerja layak ditempat kerja. Pindaan sedemikian WAJAR DAN ADIL kerana kini ramai pekerja, termasuk pekerja kontrak jangka pendek dan juga pekerja migran(asing), tidak minat menyertai Kesatuan. Mengapa? Mungkin kerana 'takut' kontrak tidak akan dilanjutkan, dll... Mengapa pekerja yang mahu menyertai kesatuan di nafikan hak mereka?

Pindaan sedemikian juga akan membenarkan lebih daripada 1 kesatuan wujud...

3 - Buang halangan 'hanya boleh tubuh union satu sektor/industri/pekerjaan' - benarkan Kesatuan yang boleh menerima ahli dari mana-mana sektor/industri/pekerjaan...General Labour Union. Di Indonesia pun kini ada lebih 3 Kesatuan sedemikian yang cukup aktif (tetapi syarat PENGIKTIRAFAN majikan tempat kerja untuk tujuan masuki Perjanjian Bersama kekal).

Mengapa perlu?

Berbanding dengan masa dulu, di mana kebanyakkan pekerja adalah pekerja tetap yang akan kerja di dalam satu industri/sektor/pekerjaan/tempat kerja bertahun-tahun ...keadaan telah berubah BILA kerajaan dahulu membenarkan pengajian kontrak jangka pendek wujud tanpa dikawal. Ini bererti pekerja hanya ada kepastian bekerja di satu pekerjaan hanya beberapa bulan atau maksima 1 tahun - selepas itu kena cari kerja baru, dan kemungkinan cara pekerjaan dalam sektor/industri/jenis pekerjaan agar sukar. Ini bererti kini, pekerja jadi ahli kesatuan pekerja elektronik ...tetapi bila tamat kontrak, pekerja tak dapat cari kerja mungkin hanya dapat kerja di industri elektrik(atau barangan getah) ...selepas satu tahun, mungkin hanya dapat kerja di sektor komersil...Justeru, perlu sangat pekerja ada pilihan menjadi ahli Kesatuan Sekerja sedemikian..

JANGAN LUPA PEKERJA MASIH ADA PILIHAN UNTUK MENUBUHKAN, MENJADI AHLI DALAM KESATUAN DALAMAN, KESATUAN PEKERJA DALAM INDUSTRI/SEKTOR TERTENTU ATAU PEKERJAAN TERTENTU...TETAPI KINI ADA PILIHAN JUGA MENJADI KESATUAN SEKERJA SEMUA JENIS PEKERJA..

PERSAINAGAN DAN PILIHAN MENJADI AHLI KESATUAN A ATAU B ATAU C ADALAH PADA PEKERJA ..

DENGAN PENAMBAHAN PILIHAN KESATUAN, JUGA DIHARAPKAN INI AKAN MENGHIDUPKAN KESATUAN SEKERJA YANG SUDAH LEKA DAN MALAS...MENCABAR KESATUAN UNTUK LEBIH AKTIF, LEBIH KREATIF AND LEBIH KUAT DEMI HAK DAN KEBAIKKAN PARA PEKERJA..

Oh ya, undang-undang yang kini menyebabkan ahli hilang hak terus menjadi ahli kesatuan bila kehilangan kerja dalam satu sektor/industri/jenis pekerjaan dan juga tempat kerja akan dimansuhkan - Pekerja harus terus boleh menjadi ahli kesatuan selepas diberhentikan kerja atau hilang pekerjaan ...Bila pekerja hilang keahlian adalah perkara yang harus ditetapkan pekerja atau kesatuan mereka > Tak perlu ada undang-undang yang membatalkan keahlian gitu sahaja...

Kini, bila pekerja SUSAH ...masa mereka perlukan bantuan kesatuan, undang-undang merampas dari mereka keahlian mereka. Kesatuan tidak pun boleh membantu ahli bila bantuan paling diperlukan...

60 tahun di bawah regim UMNO-BN telah menyebabkan pekerja kehilangan banyak hak...ada pekerja yang telah dicuci otak sehingga percaya itu adalah sebenarnya cara kesatuan berfungsi ...Lihat sahaja di luar negara...di Indonesia dan negara-negara yang lebih menghormati hak pekerja dan anda akan lihat Kesatuan Sekerja di Malaysia juga sangat perlukan REFORMASI..

Untuk membawa REFORMASI ...mungkin juga terpaksa menyingkirkan atau buang banyak yang sedia ada ...cara operasi kesatuan, kepimpinan lama.... 

Undang-undang pekerja dan kesatuan sekerja yang menyekat pekerja dan keupayaan pekerja berjuang untuk hak lebih harus dimansuhkan..

Kerajaan UMNO-BN lebih mementingkan kesenangan pihak Majikan dan Pelabur bukan sangat pekerja ... Adakah kerajaan Pakatan Harapan akan lebih prihatin kepada pekerja Malaysia?

Kini kerajaan baru, masa menuntut untuk perubahan adalah sekarang - tetapi sedih pekerja dan kesatuan sekerja masih kurang berjuang dan MENUNTUT... 

Cara dulu - menghebohkan kesusahan pekerja dan HARAPKAN kerajaan menyelesaikan masalah... TETAPI kini cara baru diperlukan, di mana selain daripada menghebohkan masalah pekerja, apa yang diperlukan adalah CADANGAN-CADANGAN mengenai apa yang perlu dilakukan ...dan KEMPEN sehingga dapat...


Baca blog terdahulu untuk mengetahui bagaimana British(dan kemudian UMNO-BN) mengunakan undang-undang untuk melemahkan kesatuan dan pekerja di Malaysia...

The state of the labour movement in Malaysia (Part 1)

The origins of the labour movement in M’sia (Part 2 of a series)

How the British suppressed the Malayan labour movement (Part 3)

The last breath of the labour movement?(Part 4)












No comments: