Saturday, December 01, 2018

Hadi Awang - penyata pendirian PAS? 2 kelas rakyat Malaysia?

Abdul Hadi Awang - adakah beliau mewakili pendirian PAS? Atau adakah apa yang beliau katakan hanya pendirian peribadi?

PAS, pada satu masa dahulu adalah parti yang berpegang kepada prinsip dan nilai - di mana, walaupun dikatakan Parti Islam, ianya boleh diterima rakyat Malaysia bukan Islam kerana ianya bukan parti 'racist'(parti yang berpendirian sesuatu golongan ethnik adalah dalam klas atas, dan yang lain hanya kelas kedua atau...)

Ya, PAS memang Parti yang ahlinya mesti orang Islam - tetapi PAS telah membuka kepada penglibatan mereka yang bukan Islam - bahkan juga telah meletakkan beberapa calun bukan Islam dalam PRU yang lalu...

Tetapi, kini nampaknya Abdul Hadi berpendirian bahawa Malaysia ada dua kelas rakyat - kelas atas adalah orang Islam, dan yang lain semua di kelas bawah...dan kita di Malaysia tidak harus melakukan apa-apa yang akan atau boleh mengugat hakikat ini? 

Adakah PAS masih berpendirian bahawa semua manusia adalah sama berhak kepada hak asasi yang sama? Atau adakah PAS telah bertukar menjadi saperti UMNO, yang nampaknya pada setiap masa berpendirian Malaysia adalah negara 2 kelas - MELAYU dan yang lain kelas kedua? - ketuanan Melayu?

Adakah Abdul Hadi Awang(dan mungkin PAS) kini sokong sistem saperti saperti 'APARTHEID' - atau sistem di mana rakyat boleh didiskriminasi berasaskan agama atau golongan 'ethnik'? Jika begitu, kini Abdul Hadi Awang(dan mungkin PAS) susah menuntut keadilan dan hak sama untuk orang Rohingya di Myanmar(Burma)? atau mereka di Palestin?

Isu Palestin dan Zionis Israel - Adakah Abdul Hadi Awang(dan mungkin PAS) ada pendirian moral membantah lagi apa yang berlaku di Palestin-Israel jika beliau mengambil pendirian bahawa rakyat Malaysia ada yang lebih berhak dari yang lain? 

Isu diskriminasi berasaskan golongan ethnik atau agama adalah sesuata yang lama wujud - dan merupakan asas peperangan, pembunuhan, deraan ....'genocide'...

TETAPI bukan di Malaysia, kerana rakyat Malaysia yang berbilang ethnik dan agama dapat hidup bersama hormat-menghormati setiap insan, tanpa mengira etnik dan/atau agama dan/atau perbedaan lain. 

Bila buruh migran masuk Malaysia, mungkin ada beberapa yang melihat mereka sebagai 'manusia' kelas bawahan - tetapi lama kelamaan sentimen sedemikian berkurangan...harapan saya akan terus berkurangan sehingga tak relevan..dan kita boleh lihat manusia sebagai manusia bukan berasas etnik dan agama...ataupun kewarganegaraan.

Pengunaan etnik atau agama, kemungkinan untuk tujuan mendapatkan sokongan politik harus ditolak rakyat Malaysia...kita lebih baik daripada itu...

Akibat Rakyat Malaysia datang bersama tanpa mengira kaum atau agama melalui perjuangan BERSIH(untuk pilihanraya adil dan bersih dan lain-lain), perjuangan 'Bantah GST', perjuangan bantah TPPA, perjuangan Anti-Lynas, perjuangan menentang Rasuah, Kleptokrasi..., perjuangan menuntut hak bersuara dan berhimpun....kebersamaan dan penyatuan rakyat bertambah...sifat melihat setiap individu sebagai manusia, ciptaan Tuhan, bertambah...Isu ethnik atau agama dipinggirkan...Beratusan ribu, mungkin jutaan rakyat Malaysia melangkah mendemonstrasi bahawa rakyat Malaysia bersatu...

Tetapi, selepas kekalahan UMNO-BN, isu ethnik ...isu klas rakyat berbeda mula ditimbulkan kembali oleh parti politik UMNO dan mungkin juga parti politik BN yang ahlinya satu ethnik. Ini adalah tindakan terdesak cuba menghidupkan semangat ethnik...menghebohkan perbedaan dan memecah kesatuan rakyat Malaysia ...SEDIH sekali. Kemudian PAS juga tergelinchir ke arah ini ... atau tidak?

AGAMA - Seorang Budha percaya agamanya betul dan yang lain silap...seorang Kristian sedemikian...seorang Sikh pun sama...seorang Islam Shia juga sama...seorang agama sendiri memang percaya bahawa agama mereka adalah benar...Ya, dan setiap mereka dalam agama mereka ada obligasi 'mendakwah'...untuk membawa mereka yang lain kepada jalan benar...Tetapi undang-undang negara menghalang mereka dari agama lain mendakwah atau cuba memujuk mereka yang beragama Islam masuk agama mereka. Ini telah diterima umum, mungkin ada segelintir kecil tidak...Orang Islam pun ramai menghormati mereka yang agama lain dan tidak akan memperkecilkan agama orang lain...

Ya, agama dan ethnik adalah cara yang boleh dipergunakan untuk mendapat sokongan politik...untuk menang PRU? 

Tetapi, saya percaya rakyat Malaysia amnya sudah jadi matang dan kini sudah beredar daripada perjuangan sempit berteraskan etnik, kaum atau agama sedemikian...kita mahukan perkara yang lebih penting ...kita mahukan kerajaan yang bersih dan tidak korup...kita mahu mengakhiri kemiskinan...kita mahukan kebebasan bersuara, kebebebasan berhimpun secara aman ...kita mahu terlibat lebih dalam pengurusan negara dan komuniti kami....

Parti politik yang kita mahukan adalah parti politik yang berjuang untuk keadilan dan hak asasi...bukan parti politik yang mahu memisahkan rakyat mengunakan isu etnik atau agama ...

PAS, satu kelemahan sedia ada adalah kurang dihebohkan apakah secara khusus perubahan yang diperjuangkan ...selalu hanya menyatakan 'cara Islam'...tetapi kurang kekhususan. Adakah apa yang mereka mahu hanya cukup jika orang Islam jadi pemimpin...Apakah pendirian PAS tetang penahanan tanpa bicara? Adakah PAS berjuang untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan percuma untuk semua rakyat? Adakah PAS memperjuangkan untuk demokrasi - pilihanraya Majlis Perbandaran...pilihanraya kampung...pilihanraya Penghulu...atau PAS juga suka, saperti UMNO-BN, lantikan politik? Apakah pendirian PAS tentang TPPA? Apakah pendirian PAS tentang hak bersuara...hak berhimpun secara aman? Apakah pendirian PAS tentang hak Orang Asli? Apakah pendirian PAS tentang gaji minima? Apakah pendirian PAS tentang hak pekerja? YA - pada masa dulu, mungkin cukup menghebohkan kegagalan UMNO-BN? Tetapi pasti tidak lagi? 

Pemimpin Islam atau bukan Islam, jelas sekali bukan isu lagi - apa yang kita perlukan adalah pemimpin yang baik yang akan mengutamakan rakyat dan tidak akan buat salah memperkayakan diri dan kawan saja...

Abdul Hadi Awang, seorang Ahli Parlimen, justeru gaji asas RM16,000 tak termasuk elaun,...dia sudah ada pencen. Apakah jumlah harta Abdul Hadi? Adakah beliau dan ahli PAS lain sedia mendeahkan pendapatan dan harta mereka dan keluarga? Jika ya, bagus..tak ada apa yang nak disembunyikan. Jika tidak, mengapa ...apakah yang disembunyikan. Ini isu prinsip dan nilai ...Wakil Rakyat ...terbuka, transparen, accountable...

Adakah PAS berjaya menghapuskan kemiskinan di Kelantan, negeri pentadbiran PAS berdekad-dekad? Adakah kekayaan dibahagi sama rata? Sedih di Kelantan pun tidak ada pemilihan  secara demokratik pimpinan kampung, taman - saya percaya masih guna cara BN, iaitu perlantikan politik?

Melayu - berapa sebenar bilangan orang Melayu di Malaysia kini? - ini soalan yang sukar dipastikan kerana tak ada statistik sedemikian dihebohkan. Kini, akibat tindakan kerajaan UMNO-BN terdahulu, kita hanya boleh lihat statistik 'bumiputra' - tetapi masalahnya adalah siapa sebenar yang dianggap 'bumiputra' - adakah ianya orang melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak saperti mana dikenal pasti diberikan perhatian khas dalam Perlembagaan kita, atau adakah ia juga melibatkan ethnik yang lain?

Jika dilihat orang 'Melayu' sahaja di Semenanjung Malaysia, jelas ramai lagi yang miskin? Apakah ini merupakan kegagalan kerajaan terdahulu? Objektif utama kuota khas diberikan adalah supaya semua kumpulan ethnik terpilih boleh mencapai kesamaan dengan ethnik lain dari segi pendidikan, pekerjaan dan pendapatan serta skil..tetapi selepas lebih 60 tahun, apa yang berlaku adalah hanya segelintir telah menjadi kaya...bertambah kaya...dan majoriti masih ketinggalan dalam kemiskinan...

Adakah faedah dialirkan sama rata kepada semua kumpulan etnik yang dikenal pasti - Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Murut, Kadazan-Dusun, Kenyah,....ini mesti disiasat ...atau adakah kumpulan Melayu mendapat kebanyakkan faedah kerana kerajaan pimpinan BN di kuasai parti UMNO, yang ahlinya Melayu?

Ada tentangan daripada beberapa kumpulan etnik apabila dicadangkan semua dilonggokkan dalam satu kumpulan - Bumiputra? Adakah sasaran faedah ini akan sampai sama rata kepada semua golongan ethnik - atau akan lebih disalurkan kepada kumpulan etnik majoriti? 

Akhirkata, objektif faedah ini untuk memastikan kemiskinan dilupuskan dan semua rakyat ethnik tersebut mendapat melepaskan kemiskinan dan status kurang pendidikan dan pendapatan berjaya? Nyata jika seorang Melayu jadi kaya raya - ini tidak bermaksud, beliau akan kongsi dengan yang lain supaya semua menikmati harta dan faedah...
Apa yang dibangakan adalah rakyat biasa menolak politik perkauman dan agama ...Jika seseorang miskin atau susah memerlukan bantuan, kita tak lihat sama ada beliau ini dari etnik atau agama kami ...tetapi akan secara murni menghulurkan bantuan...

Mangsa banjir, tsunami ...nampak jelas bahawa semua turun membantu...ada Persatuan Budhis, Kristian, Islam...ada persatuan ethnik juga membantu ...yang cantik ialah mereka membantu tanpa mengira kaum/agama mangsa...Ini cara Malaysia ...ini pengalaman saya.

Ada pihak kini di Malaysia, mungkin untuk tujuan 'politik', cuba menghebohkan perbedaan rakyat khususnya etnik dan agama...TETAPI sebagai manusia baik, kamu perlu membuat pilihan sendiri ...adakah kamu 'racist' atau...

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) - sudahkah anda membacanya? Ia adalah satu cara Malaysia mengumumkan pendirian bahawa kita di Malaysia diskriminasi berasaskan kaum secara am. Ini, tidak akan menjejaskan peruntukan Perlembagaan mengenai kuota khas untuk kumpulan etnik tertentu...Melayu, native Sabah dan native Sarawak.

Mungkin kerajaan Malaysia harus mengadakan REFERENDUM di mana semua rakyat akan mengundi sama ada Malaysia akan meratifikasi ICERD atau tidak? Pengetahuan mengenai kandungan Konvensyen juga perlu diberikan.
      
Banyak yang kerajaan baru kita nak buat - termasuk meratifikasi banyak Konvensyen...tetapi perlu ditanya kenapa ICERD sahaja dihebohkan dan oleh siapa?

SEBATAN - kini cara sebatan dilakukan adalah bertentangan dengan cara sebatan harus dilakukan dalam Islam. Kenapa PAS atau parti lain tidak membantah?

TAHANAN TANPA BICARA - Nyata ianya bertentangan nilai agama? Kenapa PAS, UMNO dan parti pembang lain tidak membantah? Kenapa tidak menghebohkan kegagalan kerajaan baru menghapuskannya?

HAK PERUMAHAN - nyata kos rumah murah terlalu tinggi...

Bil TM untuk talian talipon rumah - sudah beberapa bulan TM tak hantar bil....Ini mencabul hak penguna...tanpa Bil, kita tidak boleh selidik sama ada TM tipu dan terlebih caj. Kenapa PAS dan parti lain tidak menimbulkan isu..

Banyak sangat isu...serta juga 'kegagalan' kerajaan baru ini....Hak memilih secara demokratik kerajaan tempatan(Majlish Perbandaran/Daerah/...) telah dinafikan rakyat sejak lewat 60an...kerajaan Negeri meletak 'lantikan politik' dalam Majlis - ini bukan 'wakil rakyat' tetapi wakil parti politik yang mentadbir negeri...dan pasti kepentingan rakyat dipinggirkan ...dan kepentingan kerajaan Negeri diutamakan... Banyak cukai dipungut, tetapi keadaan jalanraya, lampu trafik, taman, ...semua tidak dijaga ...kemana perginya duit rakyat? Sepatutnya mesyuarat Majlis dibuka kepada orang ramai...tetapi semua kini ditutup. 

 







Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua umat Islam wajib menentang cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia akan meletakkan kedudukan Islam sama dengan agama lain.

Kata Abdul Hadi, peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sedia ada berkaitan halangan melakukan diskriminasi terhadap bukan Islam yang berkonsepkan hak keadilan dan persamaan sebenarnya sudah memenuhi keperluan masyarakat majmuk di negara ini dan ia sememangnya jauh lebih baik berbanding ICERD.

Kata beliau, rakyat Malaysia sudah merasai betapa keamanan wujud di negara ini dan apa juga kelemahan dalam aspek pelaksanaan, boleh diselesaikan dengan cara kita sendiri dan tidak memerlukan untuk mengubah perkara dasar.


"Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan dan hak beragama lain menjadi kontrak sosial yang sudah mencukupi mengikut nalurinya.

"Justeru, umat Islam wajib menolak konsep liberal yang menyamakan semua agama kerana sifat semua penganut agama wajib percaya bahawa agamanya sahaja yang benar, bukan menganggap agama yang dianutinya sama sahaja dengan agama lain," katanya menerusi catatan terbaru Minda Presiden di laman Facebooknya, hari ini.

Abdul Hadi berkata, menurut riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW sudah memberi panduan jelas kepada penganut Islam, bahawa "sesiapa yang mahukan keredaan Allah SWT walaupun dimarahi manusia, nescaya Allah meredainya, dan Allah menjadikan manusia meredainya.

"Namun, barang siapa yang mahukan keredaan manusia walaupun dimurkai Allah, nescaya Allah murka terhadapnya dan dijadikan manusia juga memarahinya".

Untuk itu, beliau berkata, umat Islam wajib menolak dan mengharamkan ICERD selama-lamanya, kerana kita mempunyai takrif yang merdeka daripada pengaruh penjajah dan jahiliah khususnya terhadap perkataan diskriminasi, hak, keadilan serta kebenaran.

Katanya, takrif diskriminasi, hak dan keadilan mengikut fahaman yang beragama Islam, bahkan semua yang beragama adalah berbeza dengan kalangan yang tidak beragama.

"Kita tetap berkeyakinan bahawa takrif kita adalah relevan sepanjang zaman, adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

"Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah.

"Pada masa sama, hak agama, kaum lain, golongan anak yatim serta hak istimewa wanita juga tidak dinafikan," katanya.

Jelas Abdul Hadi lagi, ada di kalangan yang buta al-Quran dan Hadis membuat kenyataan bahawa hak istimewa tidak disebut di dalam kedua-dua sumber syara’ itu namun hakikatnya ia jelas sudah dinaskan.

Kata Abdul Hadi, masyarakat juga perlu memahami perbezaan di antara menegakkan kebenaran terhadap agama dan hak kebebasan menganut agama masing-masing.

Kata beliau, konsep barat yang menghalalkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) contohnya dengan menganggap berlaku diskriminasi jikalau mengharamkannya kerana kepercayaan semua agama mengharamkannya adalah bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

Tegasnya, jika LGBT dibenarkan, ia boleh menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit berbahaya kepada individu, keluarga dan masyarakat.

"Diyakini, pengiktirafan ICERD umpama menebuk lubang dinding rumah bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes membiak tanpa menyedari bahaya yang boleh membawa maut.

"Mereka yang memperjuangkan ICERD adalah petualang yang wajib ditentang kerana ia adalah agenda Freemason untuk merosakkan agama, bangsa dan negara.

"Maka umat Islam, umat yang beragama, kaum Bumiputera dan semua bangsa hendaklah bersatu menentang agenda ICERD, kerana konsepnya yang sebenar adalah tidak beragama dan berperikemanusiaan, jadi jangan terpengaruh dengan agenda barat yang sudah meninggalkan agama serta etika kemanusiaan sebenarnya," katanya.





Hadi: 'Compulsory' for Muslims to oppose Icerd

Published:  | 
   
PAS president Abdul Hadi Awang has said that all Muslims must oppose the ratification of the International Convention of the Elimination of Racial Discrimination (Icerd).

He said this is because the ratification of Icerd would place Islam at the "same level" as other religions and criticised Muslims who appeared to be supportive of the convention.

"Unfortunately there are Muslims who don't understand or pretend not to understand... they want to fight for equality by making Islam the same as other religions.

"We must oppose (Icerd) because it is compulsory for Muslims to say that Islam is correct. We can give rights to other religions but to say that other religions are the same as Islam is unacceptable.

"This is a line we cannot cross," he said during a ceramah at Kuala Terengganu last night, as reported by the New Straits Times today.

Icerd, he said, would actually be unfair to the country, as the bumiputera Muslims are lagging behind.

Using the example of parents with different number of children, he said one cannot give all parents the same things in an effort to be fair.

"The bumiputera Muslims are lagging behind. The (British) colonisers gave us poor learning facilities while the non-Muslims were placed in cities to control trade, industry, the ports and many more.

"To remove (our privileges) in our weak state in the name of equality is not right," he said.

The government's recent proposal to ratify Icerd became highly contentious as critics fear it will result in the removal of the Malays' special privileges.

PAS, along with Umno, have announced they will hold a joint protest against the ratification of Icerd in Kuala Lumpur on Dec 8.- Malaysiakini, 20/11/2018


No comments: