Friday, January 25, 2019

Pekerja dan Kesatuan - REFORMASI atau terus lemah saja?

KESATUAN SEKERJA(Trade Unions) - nampaknya banyak telah gagal promosi dan/atau mempertahankan hak pekerja, termasuk hak ahli kesatuan sendiri. 

HAK PEKERJA, secara asas, akan terkandung dalam PERJANJIAN KERJA, iaitu kontrak di antara pekerja dan majikan. Biasanya, pekerja bila menandatangani kontrak kerja hanya memikirkan untuk mendapat kerja dan mungkin isu gaji - mereka tidak akan khuatir mengenai isu lain - justeru buta-buta sahaja tandatangani kontrak atau perjanjian kerja...tak melihat syarat-syarat atau terma lain dalam perjanjian tersebut.

Apa yang terkandung dalam PERJANJIAN KERJA boleh bila-bila dipinda menghasilkan PERJANJIAN KERJA baru, dengan lebih hak...tetapi biasanya sukar sekali untuk pekerja seorang diri dapat 'memaksa' majikan setuju pinda perjanjian asal - dan tambahkan hak atau tukar terma yang tak adil....Inilah tempat KESATUAN SEKERJA masuk - kerana jika ramai pekerja bersama menuntut sukar majikan menafikan...

TETAPI, di Malaysia, malangnya banyak KESATUAN SEKERJA tidak membuat semua apa yang mereka boleh - mungkin kerana pemimpin 'takut' atau sudah dipengaruhi majikan(sama ada mungkin melalui ugutan atau hadiah atau....). Mungkin pemimpin atau Kesatuan sendiri tidak tahu atau tidak mahu tahu....

PERJANJIAN BERSAMA (Collective Bargaining Agreement) - ini satu cara bagaimana hak dan faedah pekerja ahli boleh ditambah, lebih daripada apa terkandung dalam 'perjanjian kerja' asal bila masuk kerja....Ya, jika perjanjian bersama memberi hak/faedah lebih menguntungkan kepada pekerja daripada apa terkandung dalam 'kontrak kerja asal', pekerja boleh dan akan menikmati hak lebih dan terma yang lebih bagus dalam Perjanjian Bersama ini...

Selain daripada PERJANJIAN BERSAMA, Kesatuan Sekerja atau pekerja bersatu dengan solidariti boleh memaksa majikan setuju memberikan hak lebih...faedah tambahan...tak perlu pun masukkan dalam Perjanjian Bersama...[Perjanjian Bersama pun boleh dipinda bila-bila masa tetapi kebanyakkan Kesatuan hanya melihat kepada pindaan bila tamat tempuh Perjanjian lama, semasa berbincang kandungan Perjanjian Bersama akan datang - kenapa?]

GAJI MINIMA - tak perlu tunggu kerajaan tetapkan melalui undang=undang, pekerja bersama atau Kesatuan Sekerja boleh melalui perjuangan dapatkan majikan mereka setuju menetapkan gaji minima untuk pekerja mereka...

BONUS - Ini juga isu yang boeh ditetapkan dengan majikan. Ramai memperjuangkan isu bonus pasti setiap tahun, iaitu satu bulan atau lebih. Kenapa pekerja dan kesatuan memperjuangkan untuk bonus adil - yang dikaitkan dengan keuntungan majikan? Pekerja hotel dan restoran ada 'caj perkhidmatan', biasa 10% bergantung dengan pembayaran pelanggan - jika lebih pelangan, dapat lebih. Jika kurang pelanggan dapat kurang. Di negara Thailand, pekerja perladangan mendapat 40% daripada keuntungan ladang yang mereka jaga, majikan dapat 60%. Justeru, jika majikan mendapat keuntungan 1 juta ringgit, kenapa 25-40% keuntungan majikan disalurkan kepada pekerja sebagai bonus - JANGAN LUPA MAJIKAN TANPA PEKERJA TAK BOLEH OPERASI...JUSTERU TAK BOLEH UNTUNG?

KWSP - Undang-undang menetapkan peratus sumbangan pekerja dan peratus sumbangan majikan. Pekerja boleh mendapatkan majikan membuat sumbangan lebih, katakan 15%, dan untuk pekerja lebih 2 tahun, 17% dan seterusnya....Bukankah ini akan menguntungkan pekerja ahli kesatuan? Setahu saya, ada kesatuan yang telah berjaya mendapat ini - TNBJOU, kalau tak salah.

Kos pengangkutan pergi balik kerja, pengangkutan percuma pergi balik kerja, KOS SARA DIRI - semua ini pekerja bersama dan kesatuan boleh berjuang dan dapat dari majikan.

JANGAN LUPA Undang-undang hanya menetapkan HAK MINIMA sahaja - justeru, jika anda ada Kesatuan Sekerja, dan anda masih hanya menikmati 'hak minima' saperti tertera dalam undang-undang, ini bererti kamu dan KESATUAN SEKERJA, termasuk kepimpinan sedia ada, gagal ...

DEMOKRASI - adakah semua ahli dalam kesatuan sekerja anda ada hak mengundi memilih Presiden, Setiausaha dan barisan kepimpinan Kesatuan anda? Kini, Parti Keadilan Rakyat(PKR), yang mengatakan ada lebih kurang 800,000 ahli juga telah memberikan semua ahli parti hak mengundi dan memilih kepimpinan pusat parti - justeru, bukankah masanya untuk untuk semua ahli Kesatuan juga diberikan hak sama memilih kepimpinan pusat Kesatuan, khususnya Kesatuan Nasional, Negeri atau Rantau? Jika hanya perwakilan sahaja ada hak, senang sekali berlaku cronyism, politik wang...jika semua ahli ada hak memileh, pasti kepimpinan akan tambah lagi aktif dan lebih prihatin isu setiap ahli...

Jika dipantau, banyak kesatuan sekerja diterajui pemimpin sama berdekad-dekad - Kenapa? Adakah dikalangan ahli tak ada lain yang mampu menjadi pemimpin? Adakah kepimpinan kini melakukan tugas memberikan pengetahuan lebih, skil lebih, serta juga kepercayaan lebih menyediakan dan memberikan ahli lebih kepercayaan untuk berani bertanding jadi kepimpinan?

Ramai pemimpin dan kesatuan cukup aktif mendekati ahli apabila tiba masa untuk mendapatkan pengiktirafan syarikat majikan - kerana memerlukan undi pekerja cukup untuk dapat pengiktirafan...tetapi selepas dapat pengiktirafan, mereka kurang dekat dengan ahli...atau melakukan 'organising' proses perlu untuk menambahkan pengetahuan serta memperkasakan pekerja. Akibat ini, bila dipanggil ahli berpiket pun, kebanyakkan kesatuan tak boleh dapat pun 50% ahli kesatuan terlibat...

JIKA KESATUAN ANDA memanggil semua ahli untuk keluar ramai-ramai berhimpun untuk demonstrasi kekuatan dan solidariti ahli kesatuan - Berapa peratus akan keluar berhimpun? 100%? 80%? 50%? 20%? atau kurang? Jika kepimipinan dan Kesatuan tak boleh pun buat ini, adakah pihak majikan akan 'takut' atau 'hormat' kesatuan sekerja? Majikan akan lihat kesatuan sebagai 'bahan lawak' atau 'joke' - dan apa-apa permintaan atau tuntutan yang dibawa oleh Kesatuan akan tidak dihiraukan sangat oleh majikan - kerana majikan fikir Kesatuan lemah sekali, tak adapun sokongan semua ahli mereka...

Perhimpunan dan mesyuarat semua ahli dari masa ke masa amat penting untuk memperkasakan KESATUAN - dan menunjukkan bahawa KESATUAN kuat. Kesatuan Kebangsaan boleh adakan perhimpunan semua ahli peringkat bandar dan daerah - nak sewa dewan orang ramai pun lebih kurang RM300 sahaja, dan dengan kerajaan baru pasti lebih senang...

Di Indonesia, kesatuan kerap adakan mesyuarat dengan ahli setiap bulan(ada setiap 2 minggu) dan jika ahli tak hadhir 3 kali berturut-turut tanpa alasan baik, keahlian ahli dibatalkan. MENGAPA? kerana jika ahli tak boleh pun hadhir mesyuarat, pasti sekali ahli tersebut juga tak akan keluar berjuang melalui piket, protes bila diperlukan - justeru ahli kesatuan sedemikian tak perlu...tak guna???

PERHIMPUNAN RAMAI-RAMAI adalah bertujuan menunjukkan kekuatan kesatuan...kekuatan solidariti pekerja...ini akan memaksa MAJIKAN lebih menghormati kesatuan dan ahli, lebih takut menindas, lebih senang dipujuk setuju kepada tuntutan pekerja untuk lebih hak, faedah,...dll. Baru-baru ini, bila majikan mendapat petisyen ditandatangani semua ahli kesatuan, pihak majikan telah menarik balik ugutan mahu memulakan tindakan saman malu terhadap beberapa kepimpinan kesatuan. Ini berlaku bahawa majikan sedar pekerja bersatu, dan penerusan tindakan saman malu akan kemungkinan besar mendapat bantahan sepadu semua pekerja. HORMAT DAN TAKUT kepada Kesatuan? Berapa kesatuan di Malaysia ada hormat sedemikian daripada majikan? 

PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN PEKERJA AHLI KESATUAN - ini satu hak semua rakyat. Pada 1 Mei, kesatuan boleh mengadakan perhimpunan/perarakkan di setiap bandar/daerah - jangan saja di KL atau satu lokasi di Lembah Kelang, kerana jimat kos dan masa pekerja pergi jauh...di tempat dekat, di bandar sendiri lebih praktikal - jangan lupa disetiap bandar/daerah pun ada berpuluhan ribu ahli kesatuan, tak kira kesatuan pekerja kerajaan, pekerja swasta...mungkin pada tahun 2019, kita akan lihat ini - tindakan menunjukkan bahawa KESATUAN pekerja di Malaysia masih kuat dan ada solidariti tinggi - cuti awam lagi...semua boleh turun padang beberapa jam khususnya di bandar tempat pekerja tinggal. Perarakan disudahi dengan aktivi sosial yang lain saperti perayaan Hari Merdeka adalah pelan bagus menunjukkan bahawa pekerja bersatu...union kuat...dan Majikan harus lebih prihatin kepada tuntutan pekerja...dan jangan berani senang-senang tindas pekerja ...Jika cuba tindas, pekerja bersatu akan bertindak berjuang menegakkan keadilan...

Majikan memang suka pekerja 'takut'...senang ditindas...dan bila ditindas pun atau dilakukan pencabulan hak, tak ada bantahan daripada pekerja lain dan atau kesatuan lain..

MEMALUKAN untuk pergerakkan buruh bila MAS lama memberhentikan beribuan ahli kesatuan, tak ada pun satu piket atau protes beramai-ramai melibatkan union yang ahli mereka dibuang kerja...

MEMALUKAN juga bila kepimipinan Kesatuan dibuang kerja pun, ahli kesatuan beramai-ramai tak keluar protes...

Semua ini yang telah berlaku hanya telah menjejaskan persepsi kekuatan dan berkesanan Kesatuan Sekerja di Malaysia...

UMNO-BN telah ditendang keluar setelah lebih 60 tahun memerintah,,,kini kita berjaya mempunyai kerajaan alternatif PH..

Bagaimana pula keadaannya dengan pekerja, kesatuan sekerja dan pergerakkan buruh...adakah akan terus 'lemah' saperti dulu, atau akan BANGKIT SEMULA menunjukkan bahawa pekerja ada SOLIDARITI tinggi - dan kita akan membantah dan berjuang demi keadilan sekiranya mana-mana pekerja ditindas atau jika hak munasabah kami dicabul atau dinafikan...

Semua bergantung kepada pemimpin? Salah ...semua bergantung kepada pekerja...termasuk ahli kesatuan. Jika Kesatuan lemah, jangan lupa ianya adalah salah ahli pekerja sendiri ...pemimpin lemah senang dibuang...pemimpin tak buat kerja senang diganti...

Apakah yang pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia mahu? kekalkan keadaan sedia ada saja ...atau REFORMASI?

No comments: