KEPRIHATINAN adalah satu nilai dan ciri rakyat Malaysia - kita akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira agama, etnik atau latar belakang...
TETAPI setengah ahli politik suka mengunakan isu kaum atau agama untuk cuba menghancur kesatuan rakyat - Agak sedih bila kita masih mengunakan aspek kaum untuk menilai sokongan politik rakyat ...Ada juga ahli politik yang hanya bersuara bila isu itu menyentuh kaum tertentu...
Baru-baru ini kita ada isu SOSMA digunakan terhadap beberapa orang termasuk 2 orang wakil rakyat Pakatan Harapan sendiri - tetapi bila kita melihat berita, sedih bahawa respon menentang pengunaan SOSMA datang kebanyakkannya daripada ahli politik daripada ahli politik PH dari satu kaum - sungguh sedih?
Mengapa SOSMA tidak adil? Lihat pos terdahulu...
Apakah pendirian 4 pemimpin parti dalam Pakatan Harapan?
- satu pemerhatian adalah bahawa Anwar dan Mat Sabu nampaknya kurang faham tentang apakah SOSMA itu...atau apakah yang mereka mahu pinda dan buang
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.Walau bagaimanapun, beliau berkata, penahanan berkenaan tidak seharusnya dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) yang disifatkannya sebagai terlalu keras."Kami telah menentang akta ini sejak awal namun sebenarnya jika ia berkaitan dengan keganasan saya menyokong tindakan polis, ia tidak terhad kepada tindakan terhadap LTTE tetapi semua yang membabitkan keganasan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/51924/BERITA/Nasional/[DIKEMASKINI]-LTTE-Anwar-tidak-setuju-polis-guna-SOSMA

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak perlu dimansuhkan susulan
kritikan berhubung penggunaan akta itu untuk menahan 12 individu
berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).Katanya, Sosma perlu diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia disalahgunakan.Beliau memberi contoh penyalahgunaan Sosma atas penahanan Ahli
Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah selama 10 hari
sebelum perhimpunan Bersih 5 pada 2016. - Sinar Harian, 19/10/2019
Guan Eng menegaskan adalah menjadi pendirian dan keutamaan DAP agar Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada kerajaan perlu berbuat demikian
dengan kadar segera, Ahli Parlimen Bagan itu enggan mengulas lanjut. - Astro Awani, 14/10/2019
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan polis menggunakan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menahan
12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil
Eelam (LTTE).- BH, 14/10/2019
Mat Sabu dan Anwar kena sedar bahawa -
1 - Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kini ada Jadual yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan dan Kanun Kesaksaan dan Akta lain sebagai kesalahan keselamatan (security offences) - dan bila seseorang ditahan polis kerana disyaki melakukan mana-mana kesalahan tersenarai tersebut, SOSMA terpakai.
PENYELESAIAN - KAJI SEMULA senarai ini dan hadkan senarai ini kepada kesalahan yang serius sahaja yang melibatkan pengunaan keganasan saja. Kesalahan saperti memiliki buku/artikel atau CD atau baju-T mungkin harus dikeluarkan daripada senarai sedemikian - kerana mempunyai atau membaca barangan sedemikian tidak membuktikan seseorang itu penganas atau penyokong penganas - hanya menunjukkan bahawa beliau mungkin ingin tahu tetapi bukan untuk menyokong atau edarkan kefahaman sedemikian. Kadang-kadang hanya terima sahaja kerana orang beri - bukan untuk menyokong. Kesalahan saperti melakukan aktiviti bertentang demokrasi parlimen harus terus dikeluarkan kerana apakah kesalahan itu pun tak jelas - ini kesalahan yang akibatkan Maria Chin ditahan.
2 - SOSMA menafikan hak seseorang disyaki dihadkan dihadapan Magistret dalam masa 24 jam selepas ditangkap polis > Ini adalah hak asasi terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan dokumen Hak Asasi yang lain > ianya untuk memastikan polis tidak menyalahgunakan kuasa tangkap dan tahan. SOSMA membenarkan polis tidak perlu bawa tahanan ke hadapan Magistret.
PENYELESAIAN - Hak untuk dibawa depan Magistret dalam masa 24 jam selepas ditangkap polis harus dikekalkan.
3 - Hak dibawa kedepan Magistret dalam masa 24 jam - Tak ada reman tanpa perintah reman Magistret.
Selepas polis tangkap - polis mempunyai hak untuk menahan seseorang yang disyaki untuk tujuan penyiasatan sahaja . polis tidak boleh pukul atau mendera tahanan - polis tidak boleh MENGUGUT tahanan. Polis boleh tanya soalan sahaja dan orang yang disyaki boleh menjawab atau tidak menjawab. Polis boleh ambil gambar orang yang ditahan. Polis boleh membawa orang yang ditahan untuk kawat cam - di mana saksi dipangil untuk mengecam orang yang disyaki. Itu sahaja yang polis boleh lakukan dalam proses PENYIASATAN. Undang-undang prosidur jenayah menetapkan had maksima tahanan adalah 14 hari, dan tahanan lebih 24 jam memerlukan perintah reman Majistret.
Bila seseorang dibawa ke depan Majistret, polis boleh memohon untuk perintah REMAN untuk tujuan penyiasatan. Majistret setelah mendengar alasan polis, mendengar respn orang yang disyaki akan buat keputusan - biasanya perintah reman diberikan.
Dahulu, Majistret mungkin terus berikan perintah reman untuk 14 hari tetapi beberapa tahun lepas, Parlimen telah pinda undang-undang menetapkan tempuh maksima perintah reman untuk setiap permohonan - kini tempuh maksima untuk mereka yang disyaki bunuh orang pun adalah 7 hari - jika mahu reman lagi, polis pohon lagi tetapi had maksima adalah 14 hari.
Jika kesalahan keselamatan yang disenaraikan SOSMA, tak perlu bawa hadapan Majistret - tak perlu dapatkan perintah reman Majistret - polis sendiri boleh tahan orang yang disyaki terus sampai 28 hari...
Bila Najib, Rosmah,Zahid ditangkap polis - mereka orang yang disyaki yang tidak ditahan REMAN perlu tinggal dalam lokap polis semasa polis menjalankan siasatan - Ya, benar polis tak perlu reman seseorang untuk tujuan jalankan siasatan - boleh bebaskan dengan syarat perlu hadhir pada masa ditentukan untuk tujuan siasatan.
Hak dibawa kehadapan Majistret dan prosidur reman dihadapan Majistret adalah untuk pastikan polis tidak salahgunakan kuasa - tak mendera atau buat salah. Tujuan tahanan hanya untuk siasatan bukan sebab lain...bukan untuk menghukum atau untuk rehabilitiasi.
Lokap polis - ramai MP kini ada pengalaman tinggal dalam lokap - di mana keadaannya teruk sekali - penjara lebih baik keadaannya. Orang yang disyaki harus diberikan lokap yang lebih selesa dan berperikemanusian berbanding orang yang telah disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara. Ini reformasi perlu.
PENYELESAIAN - Kembalikan hak dibawa ke hadapan Majistret dalam masa 24 jam selepas tahanan...Kembalikan hak tak ada tahanan reman tanpa perintah reman oleh Magistret. Jika mahu, had maksima boleh tahan reman boleh dipanjangkan daripada 14 hari kepada 28 hari tetapi had maksima perintah reman setiap permohonan polis dikekalkan 7 hari.
4 - Jika kamu dituduh melakukan kesalahan sekuriti yang disenaraikan dalam SOSMA, kamu dinafikan hak diJAMIN - justeru sampai tamat bicara terpaksa merunggut dalam tahanan - mereka ini belum didapati salah. Untuk jenayah berat, dalam setengah situasi, Mahkamah Malaysia telah memberikan Jaminan.
PENYELESAiAN - Hak memohon dan mendapat jaminan diberikan. Jika cuba lari atau tak hadhir di Mahkamah, jaminan boleh dibatalkan. Jika ada bukti, cuba ugut saksi, Jaminan boleh dibatalkan. Kuasa diberikan kepada Mahkamah untuk memberikan atau menafikan jaminan.
Bila polis tahan dalam reman - tujuan adalah untuk penyiasatan sahaja - Wang rakyat dibelanjakan untuk setiap tahanan reman - makanan/minuman. Di setengah negara, tahanan ada tujuan sampingan - 'rasuah' - mahu beli roti canai, bayar RM50...mahu pakai talipon, RM50...Adakah ini berlaku di Malaysia? Mungkin perlu disiasat - CCTV dengan keupayaan merakam mungkin boleh memastikan perkara ini tidak berlaku di Malaysia.
Tahanan 28 hari lokap polis diikuti tahanan sampai tamat bicara dan rayuan akan menyebabkan orang tak bersalah pun mengaku bersalah kerana mahu cepat bebas daripada penderitaan berterusan. Ini mestilah bukan niat kerajaan atau kita, rakyat Malaysia yang prihatin dan mahukan keadilan.
5 - SOSMA membenarkan Mahkamah menerima Keterangan yang biasanya ditolak Mahkamah kerana bercanggah dengan Akta Keterangan. SOSMA membenarkan prosidur saksi memberikan keterangan tanpa kehadiran sidituduh(atau peguam) termasuk juga mungkin menafikan hak soal balas saksi... INI SEMUA MENYEBABKAN PROSES BICARA YANG TAK ADIL.
Penyelesaian - Keterangan dan Prosidur Bicara yang terpakai saperti terkandung dalam Akta Keterangan dan Kanun Acara Jenayah harus digunakan untuk semua kes jenayah secara adil dan saksama.
MEREKA YANG PRIHATIN DAN MAHUKAN KEADILAN MAHUKAN SISTEM PENTADBIRAN KEADILAN JENAYAH YANG ADIL DAN SAKSAMA
SOSMA PERLU DIMANSUHKAN - Polis dan penguatkuasa undang-undang harus lebih arif dan profesional dalam menjalankan penyiasatan - seseorang yang tidak boleh dibuktikan bersalah di Mahkamah harus dibebaskan...
Yang memutuskan siapa bersalah atau melanggar undang-undang BUKAN polis atau Menteri atau Kerajaan tetapi adalah Hakim dan Mahkamah..
Hak bicara yang adil adalah satu hak yang harus diiktiraf dan dijamin di Malaysia..
Sedih sekali situasi di Malaysia, di mana kini lebih kurang 25% daripada lebih kurang 70,000 dalam tahanan di Malaysia adalah mereka yang masih belum didapati bersalah oleh Mahkamah...Keadilan terbesar berlaku apabila mereka didapati tidak bersalah...dan di Malaysia masih lagi tidak ada skim pampasan...
Harapan saya adalah bahawa Anwar, Mat Sabu serta ahli politik (MP/ADUN/Senator) faham apakah itu SOSMA dan mengapa ia harus dimansuhkan segera...Lagi lama ia wujud...lagi ramai menjadi mangsa ketidakadilan...
Kadang-kadang bila mendengar komen ahli politik, jelas sekali mereka tidak mengkaji dengan betul SOSMA - ramai masih mengatakan bahawa ianya adalah undang-undang tanpa bicara- ia bukan kerana ada bicara - ianya adalah jelas daripada nama penuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)
Jika hanya mahukan pindaaan - harap Mat Sabu dan Anwar terus terang katakan apakah 'pindaan' yang mereka mahu...Rakyat ingin tahu...dan rakyat mungkin ada respons kepada pendirian mereka..
Sediah bila ramai ahli politik tidak jelas dengan pendirian mereka ...

No comments:
Post a Comment