Thursday, August 12, 2021

Bila kerajaan akan bayar kembali kepada pekerja swasta wang peribadi yang telah digunakan dahulu semasa pandemik COVID?

Ramai pekerja di Malaysia telah MENDAHULUKAN wang peribadi semasa pandemik Covid-19 untuk menampung kehidupan, tetapi adakah kerajaan Malaysia akan bayar kembali wang kami? 

Pengorbanan pekerja terpaksa kerana kerajaan tak berupaya segera memberikan pekerja dan warga lain wang perlu untuk menampung kehidupan apabila terpaksa  berhenti bekerja atau berniaga yang perlu untuk mendapatkan pendapatan peribadi kerana kami sedia berkorban demi negara - untuk menangani Covid-19. Pengorbanan demi kepentingan umum...


DUIT rakyat adalah di dalam tangan kerajaan yang diberikan tugas menguruskan wang kami - termasuk membuat apa yang perlu untuk menjana lebih wang rakyat.

Wang dalam KWSP/EPF(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah wang peribadi pekerja - pekerja dan majikan yang menyumbang kepada KWSP - kerajaan langsung tidak menyumbang apa-apa setiap bulan. Apa-apa wang dalam akaun KWSP pekerja adalah milik peribadi pekerja sahaja.

KWSP diwujudkan untuk 'simpanan hari tua' - untuk menampung kehidupan pekerja sekeluarga apabila tidak lagi mampu bekerja atau menjana pendapatan. Pekerja dipaksa menyimpan wang setiap bulan, dan majikan juga diperlukan melalui undang-undang untuk membayar peratusan tertentu setiap bulan.

Skim PAKSA 'simpanan hari tua' diwujudkan kerana realisasi bahawa sekiranya jika hanya dinasihati, ramai di Malaysia tidak akan menyimpan wang untuk hari tua. Bila tua, tak ada wang untuk menampung kehidupan. Justeru, simpanan paksa. TAMBAHAN - majikan juga dipaksa menyumbang peratusan tertentu.

Selain daripada KWSP, satu lagi skim untuk membantu pekerja bila sudah tua adalah skim PENCEN - tetapi malangnya ianya di Malaysia hanya untuk penjawat awam, termasuk MP, ADUN, Menteri, dll ..

Berbanding dengan KWSP, skim Pencen adalah lebih baik kerana ia menjamin pembayaran bulanan sehingga seseorang meninggal dunia - dan selepas itu, peratusan pencen untuk isteri/suami sehingga mereka meninggal dunia. Wajar dan adil sekiranya skim PENCEN terpakai untuk semua orang di Malaysia.

Skim KWSP sudah jelas TIDAK BERJAYA, kerana kajian menunjukkan bahawa untuk kebanyakkan pencarum KWSP, wang tersebut hanya boleh menampung kehidupan 5 tahun atau kurang. Lihat EPF - 68% EPF members have less than RM50,000 - will last only 4 1/2 years? UMNO-BN Failure?

Kerana pandemic Covid, kerajaan telah menutup banyak tempat kerja dan premis sumber pendapatan rakyat termasuk gerai pasar malam, dsb  demi strategi umum - JUSTERU, kerajaan sepatutnya pada masa yang sama memastikan semua meureka yang terjejas dari segi pendapatan - sehingga kosong bagi setengah hari dibantu dengan peruntukan MINIMA bulanan sebanyak mungkin RM1,000 seorang - untuk memastikan rakyat ada wang untuk kehidupan harian minima sekurang-kurangnya. 

BERBILLION telah dibelanjakan tetapi apa yang pekerja mendapat... Setengah pekerja dan orang perseorangan saperti pekerja sektor awam, badan berkanun kerajaan dan juga pesara kerajaan di mana pendapatan bulanan tak terjejas langsung - setiap bulan terus menerima gaji dan pencen sama TAK PERLU hulurkan apa-apa bantuan tambahan TETAPI semua pekerja dan orang lain yang terjejas perlukan bantuan bulanan. 

Kerajaan bermegah membuat beberapa SKIM supaya rakyat boleh keluarkan dari skim KWSP - tapi rakyat bukan BODOH - ini adalah duit pekerja sendiri...

Masalah dengan kerajaan Malaysia adalah peningkatan penswastaan termasuk juga bagi sektor Kesihatan dan Pendidikan. INI KESILAPAN BESAR - kerana KESIHATAN dan Pendidikan adalah hak asas, di mana semua harus boleh menerima kesihatan dan pendidikan percuma. Bagus, di Malaysia, masih hanya perlu bayar RM1 untuk jumpa doktor(ubat semua percuma), dan jika mahu jumpa pakar kena bayar RM5. Tetapi, jika masuk hospital, masih kena bayar sewa katil, kos lain - yang rendah. Di negara jiran Thailand, hanya dengan pembayaran RM3(atau 30 Baht) - semua cover termasuk kos katil, pembedahan, X-ray, dsb. nya 

Jika Malaysia bergerak terus arah sekarang, kita akan memakai ideologi KAPITALISMA saperti di US - di mana, tak ada wang, tak ada perkhidmatan kesihatan. Sebaliknya di UK, bila pergi ke hospital, semua PERCUMA, dan kamu juga boleh menuntut kembali wang yang digunakan untuk pergi ke hospital sekiranya kamu gunakan perkhidmatan awam.

Justeru, arah tuju kerajaan Malaysia adalah sangat menakutkan kepada semua orang khususnya bila sudah tua dan tidak ada lagi sumber pendapatan....adakah kamu akan ada cukup wang untuk hidup?

Harga barangan - kerajaan BN dahulu telah mengeluarkan semua barangan perlu yang dikawal harga dari senarai - kini, kawalan harga biasa musim perayaan. Baru ini, harga barang perlu asas, iaitu minyak masak pun telah meningkat pada zaman Covid. 

Ya, kos kehidupan meningkat - JUSTERU perlu skim 'SIMPANAN HARI TUA" atau PENCEN. 

Semua pekerja SUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA - bukan hanya penjawat awam, dan kerajaan perlu sedar tentang tanggungjawab kepada semua rakyat...

Ya, pekerja boleh guna wang sendiri dalam akaun KWSP - TETAPI kerajaan perlu membayar balik dengan cepat....TETAPI SENYAP SAHAJA.

KWSP milik pencarum - dan ioni bukan kali pertama, wang peribadi pekerja disalahgunakan oleh kerajaan. Kali terakhir adalah kononnya menjana ekonomi negara - justeru lahirlah konsep Akaun 1 dan Akaun 2.

Adakah kerajaan ada perancangan bagaimana mahu membantu mereka yang tua, tak cukup makan, minum di masa akan datang - kemungkinan tidak lagi, dan bila rakyat susah...

Kini pun, bilangan orang tak berumah(Homeless) semakin meningkat - yang membantu bukan sangat kerajaan tetapi orang perseorangan dan NGO, yang menyediakan makanan sekurang-kurangnya.

Malaysia juga perlu memulakan skim PENCEN untuk semua - saperti di UK - senang hati kita dengan kepastian setiap bulan akan dapat pencen sehingga meninggal dunia. Jika sakit, harapan adalah perkhidmatan kesihatan percuma...POLISI ASAS KERAJAAN PERLU BERUBAH - GUNAKAN WANG RAKYAT DEMI RAKYAT - IAITU SEMUA RAKYAT.

BILA KERAJAAN AKAN BAYAR KEMBALI WANG YANG DIDAHULUKAN PEKERJA DARI AKAUN KWSP?  

 

 



No comments: