Monday, March 31, 2008

Follow PERAK - elections at all levels of local government NOW..

Pemilihan penghulu Perak April ini
30/3/2008 (Malaysiakini)

Tanpa menunggu sehingga semua ketua kampung meletakkan jawatan beramai-ramai 1 Mei ini, kerajaan baru Perak menggesa pemilihan jawatan-jawatan itu diadakan segera bulan depan.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinMenteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tatacara dan kaedah pemilihan itu akan disampaikan kepada semua ketua kampung dan pegawai daerah tidak lama lagi.

Semua jawatan ini akan tamat pada 31 Disember tetapi Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) menggesa semua mereka, yang dilantik sewaktu pentadbiran BN, meletakkan jawatan pada awal Mei.

Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak dilaporkan bersedia berbuat demikian atas alasan mereka tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR.

Seramai 13,140 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) akan menurut langkah yang sama, kata presiden PKKNP Zukiman Jalil pada Rabu lepas.

Mohammad Nizar berkata pelantikan semua ketua kampung akan dibuat sebelum Mei, lapor laman web The Star Online hari ini.

Menurut laporan itu, wakil rakyat PAS itu berkata ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagaimanapun dikekalkan.

Pemilihan ketua kampung itu seumpama pemilihan dalam mesyuarat agung tahuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah, kata Mohammad Nizar.

Sementara wang dalam bank akaun dan kelengkapan di peringkat kampung, termasuk yang diselia JKKK, tidak wajar dipindahkan atau dikeluarkan sehingga pelantikan ketua kampung baru, katanya lagi.

Selasa lepas, dalam acara sulungnya sejak dilantik menteri besar, Mohamad Nizar mengumumkan sistem pengundian akan diperkenalkan kembali untuk melantik ketua kampung dan pengerusi di JKKK di Perak.

Sistem pemilihan seumpama itu pernah diperkenalkan di negeri itu, katanya selepas perjumpaan dengan 300 ketua kampung dan pengerusi JKKK.

Mohamad Nizar dilaporkan berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan."

Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan sistem pengundian secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampung sedia ada tamat hujung tahun ini.

Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri.

No comments: