Parti Rakyat Malaysia(PRM) wants to know the status of Najib's corruption case.. the best is for the decision as to guilt or innocence be made by the Courts...
PRM ask that people not be easily by other issues - like whether 1MDB or other Government Linked Companies(GLC) is the source of the funds - which is a separate issue...
08-08-15
Kenyataan
Media
PRM hendak tahu status penyiasatan kes rasuah Perdana Menteri
Parti
Rakyat Malaysia(PRM) hendak segera mengetahui status penyiasatan kes rasuah Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dakwaan
kini adalah sejumlah besar wang, dikatakan
lebih kurang RM2.6 billion telah ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana
Menteri.
Setakat
ini, penemuan tersebut belum dinafikan. Itu sahaja memadai untuk memulakan
penyiasatan kesalahan rasuah.
Isu
sama ada wang tersebut datang dari 1MDB atau Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked-
Company (GLC) lain adalah perkara lain.
Kalau
melihat undang-undang mengenai rasuah, apa yang pendakwaan perlu tunjukkan
adalah hakikat wang atau derma telah diterima oleh penjawat awam. Dalam pada
itu, wang tersebut bukan daripada gaji,
elaun atau pendapatan biasa yang lain.
Lepas
itu, yang perlu membuktikan bahawa penerimaan wang bukan tujuan rasuah adalah
penerima wang tersebut – di mana, memandangkan dalam kes ini orang yang disyaki
adalah Perdana Menteri.
Oleh
itu, perlu keputusan dibuat oleh Mahkamah berkecuali sama ada beliau bersalah
atau tidak. Keputusan bersalah atau tidak, tidak boleh dibuat oleh polis, MACC
atau pihak lain yang di bawah kuasa atau
pengaruh kerajaan semasa, yang boleh dianggap
tidak berkecuali dan rakyat akan sukar mendapatkan kepastian dan diyakinkan
bahawa PM tidak terlibat dalam rasuah.
Maka,
apa yang patut dilakukan sekarang adalah tangkap dan tuduh Najib di Mahkamah.
Ini bukan bererti dia bersalah, kerana undang-undang menganggap seseorang itu
tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Proses dan keputusan Mahkamah akan
lebih meyakinkan rakyat samada Najib bersalah atau tidak.
Kini,
ada pihak yang berusaha menimbulkan
isu-isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada persoalan asas, iaitu
sama ada Najib Tun Razak bersalah melakukan jenayah rasuah.
Koh
Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551
No. 7D
Jalan PJS 1/48 Petalaing Utama, Petaling Jaya Selangor
Other related earlier posts:-
No comments:
Post a Comment