Friday, October 30, 2015

Parti Rakyat Malaysia(PRM) :- Workers, private sector or public sector, should have the same MINIMUM WAGE?

Parti Rakyat Malaysia(PRM) protest the action of the Malaysian government in setting the Minimum Wage of private sector workers at RM1,000, that is lower and different from the Minimum Wage of public sector workers(government employees) which was set at RM1,200.

PRM also protest that the Minimum Wage of workers in Sabah and Sarawak are lower than that set for workers in Peninsular Malaysia.

PRM urges for the minimum wages to be set at 1,500 - and says that Minimum Wage increment of RM100 after 3 1/2 years is absurd.

PRM also makes a proposal to assist the very small businesses/employers - suggesting a basic wage coupled with a profit sharing scheme, as a means to assist these poorer employers.

The PRM Media Statement in Bahasa Malaysia is attached below.[Let's also monitor the media and see who carried this statement - and that will also demonstrate the sad state of affairs of even 'alternative' media who really are not giving spaces for the smaller political parties, NGOs and civil society groups...Really, if there is no time to write a report, just carry all these statements as 'Letters to the Editor' or Opinions on your online sites.]

See earlier related post:-

BN Government says private sector workers less important than government workers - so different MINIMUM WAGES?




Kenyataan Media PRM – 29/10/2015

Pekerja Swasta Dan Awam Harus Menerima Gaji Minima Sama

Parti Rakyat Malaysia(PRM) membantah tindakan kerajaan Malaysia yang tidak prihatin kepada pekerja sektor swasta di mana gaji minima hanya akan dinaikkan kepada RM1,000(untuk Semenanjung Malaysia) dan RM920(untuk Sabah dan Sarawak), sementara pekerja sektor kerajaan (atau penjawat awam) gaji minima telah dinaikkan kepada RM1,200. Harus tidak dilupakan bahawa semua pekerja, sama ada swasta atau kerajaan, menyumbangkan tenaga kepada perjalanan dan pembangunan negara.

PRM berpendapat bahawa semua pekerja, tidak kira sama ada mereka bekerja di sektor swasta atau kerajaan, harus mendapat layanan sama dan gaji minima sama.

Ingin juga dinyatakan bahawa pekerja kerajaan kini menikmati bukan sahaja kestabilan kerja yang lebih, tetapi juga menerima bantuan beraneka jenis termasuk COLA(Cost of Living Allowance), tetapi  semua ini tidak dinikmati pekerja swasta. 

Justeru, secara lojik boleh dikatakan bahawa jika pun ada kadar gaji minima berbeda, secara adil gaji minima pekerja swasta sepatutnya lebih tinggi daripada pekerja kerajaan. Kerajaan harus memerlukan majikan swasta  menyediakan skim saperti COLA untuk  membantu pekerja swasta.

Secara tambahan, adalah tidak munasabah mengapa pekerja di Sabah dan Sarawak ditetapkan gaji minima yang kurang berbanding dengan gaji minima pekerja di Semenanjung Malaysia. Ingin dinyatakan, bahawa kos sara hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Ini bererti pekerja Sabah dan Sarawak seharusnya menikmati gaji minima sama, kalau tidak  lebih tinggi. Nyatanya kerajaan BN lebih mengutamakan perniagaan dan majikan daripada  pekerja.

Gaji Minima RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak, telah mula dinikmati pekerja mulai tahun 2013, berasaskan Perintah Gaji Minima 2012 yang dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Mengikut Akta berkenaan, gaji minima sepatutnya dikaji semula sekurang-kurangnya dua tahun sekali, bererti sepatutnya gaji minima paling lewat sepatutnya bertambah mulai 1 Januari 2015 tetapi kerajaan BN yang tidak prihatin gagal menambahkan kadar gaji minima awal tahun 2015 walaupun kos sara hidup jelas telah bertambah, antara lain kerana tindakan kerajaan BN mengurangkan subsidi, pelaksanaan GST dan kenaikan harga barangan.

PRM juga menuntut agar kerajaan, khususnya Kementerian Kebajikan, menyediakan bantuan kewangan untuk mereka yang kehilangan kerja dan sedang mencari pekerjaan.  Bantuan kewangan ini harus terus disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga mereka dapat kerja baru atau untuk jangka masa sekurang-kurangnya 6 bulan, Bukti usaha mencari kerja wajib untuk melayakkan pekerja mendapatkan bantuan kehidupan ini.  Jumlah bantuan ini harus sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

Kerajaan yang bertanggungjawab harus memastikan bahawa semua pekerja Malaysia ada mempunyai pekerjaan tetap dan stabil, dan sehingga seseorang pekerja kehilangan kerja berjaya mendapat pekerjaan baru, ianya adalah tanggungjawab kerajaan memastikan bantuan kehidupan diberikan kepada pekerja sekeluarga.

Majikan perniagaan sangat kecil saperti kedai-kedai runcit, restoran dan warong makan, gerai pasar dan pasar tani, kontraktor binaan kecil dan kedai mekanik kereta dan motorsikal  khususnya di bandar dan kampung harus diberikan kelonggaran jika mereka memilih opsyen membayar 50-75% daripada gaji minima, dengan syarat ada skim perkongsian pendapatan/keuntungan perniagaan dengan pekerja, di mana peratusan keuntungan yang harus dikongsi dengan pekerja adalah tidak kurang daripada 40% keuntungan bulanan. Ini adalah kerana kini banyak peniaga kecil tidak mempunyai pendapatan tetap, dan tidak mampu memberi komitmen akan membayar gaji minima pun – tetapi sanggup berkongsi keuntungan dengan pekerja. Niat utama skim sebegini adalah untuk memastikan seberapa boleh pekerja dapat menerima gaji adil, dan majikan perniagaan kecil tidak disusah-bebankan.

PRM berpendirian gaji minima yang wajar harus tidak kurang daripada RM1,500, dan harus dikaji semula dan ditingkatkan setiap tahun. Tindakan menaikkan gaji minima sebanyak RM100 selepas tiga setengah tahun adalah tidak rasional dan munasabah.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tel: 012-2766551)

1 comment:

Thumb Logic said...

Please stop supporting this Minimum Wage because over time it will become the Maximum Wage.