Parti
Rakyat Malaysia(PRM) have been coming out with media statements - but alas, media (including alternative media) are not giving coverage. Sad, because media is supposed to be responsible for communicating views to the people, more so alternative media should be doing this for the 'smaller' NGO and political parties but today this is not happening.
1 - Opposition wins - but when they govern, it seems the same way that BN has been doing. No real changes in direction, policy or 'way of governing' - all that happens are 'changes of the names of people governing and the parties they come from'.
...walaupun PR berjaya mendapat memerintah beberapa negeri, apa yang dilihat adalah cara pentadbiran dan dasar nampaknya tidak banyak berubah daripada cara UMNO-BN. Apa yang berbeda mungkin adalah kerajaan negeri kini lebih bersih, cekap dan amanah.
Ini tidak memadai, kerana perlu juga ada perubahan benar dari segi polisi dan dasar berkenaan, antara lain, promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, orang asli, alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.Rakyat biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat menikmati apa-apa perbedaan nyata berbanding dengan zaman UMNO-BN yang memerintah negeri yang kini ditadbir parti PR, kecuali mungkin di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.
2 - Selfish attitude of political parties to insist of keeping seats which they won, or contested before. Ignoring that there may be a better candidate maybe from some other party. The reason may be the eagerness to contest and win as many seats as possible to brighten chances of one of their party persons will be Prime Minister or Menteri Besar or Chief Minister, and their 'own' party gains > Is this motive wrong - when the real motive should be for the best interest of the people > not so much the best interest of one's own political party.
Sifat mahu terus kekalkan kerusi oleh parti yang calonnya menang, atau telah bertanding pada PRU13, adalah tak rasional dan hanya mendedahkan sifat pentingkan parti sendiri, bukan sama sekali mementingkan rakyat Malaysia dan keadilan.
3 - It is wrong to take the number of votes that people cast for a person from your party as equal to the support of the people that the said party really has. If you contest as the Opposition candidate against the BN candidate > people maybe just voting for you because they really want someone other than UMNO-BN >> cannot take the votes as just being support for the candidate of the particular Opposition party that contested. The support would also be support for the Opposition, including those who contested and did not contest, in the General Elections. Which Opposition party really has the most support? PKR? DAP? PAS?. [When PRM contested in the past, as the Opposition candidate, against only BN - they too garnered about 40 over percent of the vote]
Ingin dinyatakan bahawa bilangan undi yang diperolehi dalam satu-satu kerusi yang dipertandingkan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai sokongan kepada hanya Parti calon pembangkang yang bertanding, tetapi sebenarnya adalah sokongan kepada semua parti pembangkang, sama ada bertanding atau tidak. Secara alternative, undi memihak pembangkang adalah sebenarnya seruan rakyat mahukan alternatif asalkan bukan BN.
4 - Many other issues of interest that is good for reflection comes out...
Kenyataan Media – 28/9/2015
PRM
harapkan semua parti pembangkang bekerjasama menentang BN dalam PRU 14
Parti
Rakyat Malaysia(PRM) berpendirian bahawa bilangan rakyat Malaysia yang menolak
Barisan Nasional(BN) yang dipimpin UMNO kini sudah bertambah, oleh itu perlu
sangat parti-parti politik pembangkang
bersatu menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) menentang Barisan
Nasional.
Adalah
benar, setiap parti politik mempunyai pendirian dan ideologi berlainan mengenai
beberapa isu yang menjejaskan negara, tetapi PRM percaya bahawa semua parti
politik sanggup berkerjasama dengan niat sama mengalahkan parti-parti Barisan
Nasional (atau gagasan parti-parti politik di bawah pengaruh UMNO), yang telah
memerintah Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.
Tidak
boleh dinafikan bahawa kerajaan BN dahulu ada melakukan perkara yang baik,
tetapi jelas kini lagi banyak perkara salah dilakukan termasuk penyalahgunaan kuasa,
rasuah, boros dan pelaksanaan polisi dan dasar
yang tidak mengutamakan rakyat
tetapi hanya menjaga kepentingan beberapa orang
dan perniagaan korporat dan kroni.
Justeru, demi kepentingan rakyat dan negara, zaman
pemerintahan BN harus diakhiri secepat mungkin
dan digantikan dengan kerajaan alternatif yang benar - bukan sekadar penukaran orang dan parti yang memerintah.
Inisiatif
Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS, DAP dan PKR yang dimulakan pada 2008 kini
nampaknya sudah berakhir.
Pertama,
kelemahan Pakatan Rakyat (PR), yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, adalah
keengganan melibatkan parti-parti politik pembangkang lain termasuk PRM. Pendirian ini telah membuntukan perkembangan PR.
Kedua,
Pakatan Rakyat, yang pernah menyatakan mahu menjadi lebih daripada ‘election
pact’ (persetujuan menghadapi pilihanraya), juga telah gagal mengambil
langkah mendaftarkan diri sebagai satu
gabungan parti politik seperti BN.
Ketiga,
kegagalan PR adalah kegagalan sampai pendirian dan dasar berkenaan cara
pentadbiran dan isu-isu asas. Perbedaan
ini nyata dari cara pentadbiran kerajaan negeri yang kini diperintah parti PAS-DAP-PKR.
Hala tuju dan dasar setiap kerajaan negeri
tersebut berkenaan nampaknya ditetapkan oleh Menteri Besar atau parti Menteri
Besar berkenaan, dan bukan secara bersama. Kehilangan Kedah dan kegagalan
merampas kembali Perak dalam Pilihanraya Umum (PRU) lepas adalah kesan amalan
sebegini.
Keempat,
walaupun PR berjaya mendapat memerintah beberapa negeri, apa yang dilihat adalah
cara pentadbiran dan dasar nampaknya tidak banyak berubah daripada cara UMNO-BN.
Apa yang berbeda mungkin adalah kerajaan negeri kini lebih bersih, cekap dan amanah.
Ini
tidak memadai, kerana perlu juga ada perubahan benar dari segi polisi dan dasar
berkenaan, antara lain, promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani,
nelayan, sistem pendidikan, orang asli, alam sekitar, kesihatan dan kebajikan
rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan
adil.
Rakyat
biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat menikmati apa-apa
perbedaan nyata berbanding dengan zaman UMNO-BN yang memerintah negeri
yang
kini ditadbir parti PR, kecuali mungkin di Kelantan di bawah pimpinan
Tuan Guru
Nik Aziz dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Ini juga
boleh dilihat daripada kekurangan kerusi parlimen yang dimenangi oleh
PAS dan
PKR dalam PRU 13.
Seperti
yang telah dinyatakan, kejayaan pembangkang dalam PRU lepas adalah kerana lebih
ramai rakyat menolak Barisan Nasional,
di mana bilangan rakyat yang tidak mahu BN memerintah bertambah lagi. Ini
disebabkan skandal RM2.6 bilion dimasukkan
dalam akaun peribadi Perdana Menteri, perkara berkaitan 1MDB, kegagalan perjalanan lancar penyiasatan dan tindakan
berasaskan undang-undang apabila melibatkan Perdana Menteri atau GLC, pelaksanaan
GST, inflasi dan peningkatan kos sara
diri, penafian hak pekerja menggunakan
Akta dalam kes sistem penerbangan Malaysia, dasar mementingkan keuntungan
syarikat besar lebih daripada isu hak
dan kebajikan rakyat.
Harus
juga diingati bahawa untuk PRU akan datang, apa yang berlaku di negeri yang
kini diperintah gabungan PAS-DAP-PKR juga akan diambil kira pengundi. Jika
tidak ada perubahan nyata dilihat, ini boleh juga menjejaskan keputusan PRU akan
datang, tambah lagi jika UMNO sebelum PRU 14 bertindak menukar Perdana Menteri.
Ingin
dinyatakan bahawa bilangan undi yang diperolehi dalam satu-satu kerusi yang
dipertandingkan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai sokongan kepada hanya
Parti calon pembangkang yang bertanding, tetapi sebenarnya adalah sokongan
kepada semua parti pembangkang, sama ada bertanding atau tidak. Secara
alternative, undi memihak pembangkang adalah sebenarnya seruan rakyat mahukan
alternatif asalkan bukan BN.
Sifat
mahu terus kekalkan kerusi oleh parti yang calonnya menang, atau telah
bertanding pada PRU13, adalah tak
rasional dan hanya mendedahkan sifat pentingkan parti sendiri, bukan sama
sekali mementingkan rakyat Malaysia dan
keadilan.
PRM,
sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955, pengasasnya antara lain Saudara Ahmad Boestamam, mempunyai
sejarah berjuang untuk keadilan dan
kebajikan rakyat Malaysia, terutama untuk kumpulan tertindas dan terpinggir
termasuk golongan pekerja, petani dan nelayan. PRM tetap kekal dan komited
dalam perjuangan, sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
Pendirian
PRM adalah kerusi yang bakal dipertandingkan
diagihkan berasaskan calon yang terbaik, yang berprinsip dan berkebolehan
untuk rakyat dan kawasan berkenaan tak
kira parti.
Meletakkan
calon yang salah bakal merugikan rakyat setempat dan rakyat Malaysia.
Kini
terdapat ramai wakil rakyat dan ADUN pembangkang ponteng Parlimen, tak
berhujah atau tanya soalan, tak juga menampil menunjukkan sokongan isu
rakyat, dan yang tidak pun berkomunikasi berterusan dengan rakyat
seperti yang diperlukan seorang wakil rakyat.
PRM
mahu secara pasti rakyat dikembalikan hak memilih sendiri wakil dalam
kerajaan tempatan (Local Council), serta juga hak memilih secara demokratik
kepimpinan di peringkat kampung, kampung baru, kampung orang asli dan taman.
PRM
mahukan kerajaan alternanif yang bukan bermaksud hanya penukaran orang yang memerintah tetapi juga
perubahan dari segi polisi dan arah tuju pentadbiran.
Asas
perjuangan PRM adalah keadilan dan kebajikan rakyat dengan penekanan harus diberikan kepada yang miskin
dan terpinggir di mana programnya bukan sekadar ‘bantuan kewangan’ seperti
BR1M, tetapi ke arah pembinaan
masyarakat dan rakyat yang dapat berdikari, dengan pendapatan berkekalan buat sekarang dan untuk hari tua.
PRM berharap
semua parti menggembleng tenaga dan
sedia bekerjasama, sanggup membelakangkan
hasrat sempit serta sikap mementingkan diri, bukan mahu menang seberapa
banyak kerusi yang
boleh untuk mencerahkan peluang Wakil Rakyat atau ADUN parti menjadi
Perdana Menteri atau Menteri Besar, dan bersatu demi kepentingan
rakyat dan keadilan untuk
menghadapi pilihanraya akan datang. Strategi satu lawan satu masih
strategi
terbaik untuk mengakhiri pemerintahan UMNO-BN.
PRM
sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan NGO, asalkan bukan UMNO-BN,
demi masa depan rakyat Malaysia.
Koh Swe Yong
Setiausaha
Agung,
Parti Rakyat
MalaysiaSource: PRM Blog
No comments:
Post a Comment