Below post, first published in Blog Pejuang Pekerja...
Majikan TIDAK berhak membaca perbualan peribadi pekerja dalam alam siber - emel, Whats App, Facebook, LINE, dll. Pekerja ada hak peribadinya yang tidak boleh dicabul siapa-siapa termasuk juga penguatkuasa undang-undang dan kerajaan kecuali dalam situasi yang jelas dibenarkan undang-undang. Hak ini adalah hak asasi - justeru jika ada yang mencabul, hak wujud untuk mengambil tindakan guaman meminta gantirugi terhadap mereka yang mencabul hak.
Tajuk berita Utusan memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai perkara ini. [Ingin juga dinyatakan bahawa sebenarnya, ada banyak lagi portal berita luar negara yang juga memberikan gambaran dan analisa guaman tersebut yang salah].
Adalah diharapkan bahawa pihak kerajaan dan media akan menjelaskan keadaan sebenar - kalau tidak ramai yang akan kekal ditipu mengenai keadaan sebenar.
Apa yang perlu dilakukan adalah pergi terus dan membaca Penghakiman tersebut - baru akan jelas.
Dalam mana-mana penghakiman, biasa hakim akan menyatakan fakta, menyatakan apa yang berlaku di Mahkamah sebelum termasuk juga merujuk kepada petikan dalam penghakiman Mahkamah sebelum itu, menyatakan juga kandungan hujahan kedua-dua pihak, menyatakan juga perkara dan kes dulu yang telah diambil kira - dan juga akan akhirnya membuat analisa serta keputusan. Maka, jika seseorang sewenang-wenang mengambil saja petikan dari penghakiman, agak senang terkeliru - dan mungkin akan memberikan berita salah mengenai apa yang diputuskan Mahkamah. Adalah bagus khususnya bagi pihak media mendapat nasihat guaman sebelum membuat kesimpulan mengenai apa-apa penghakiman Mahkamah.
Jika hanya Mahkamah menyatakan petikan daripada keputusan Mahkamah terdahulu, atau dari hujahan satu pihak, tetapi tidak dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah setuju dengan pendapat demikian, tidak boleh kita pula sewenang-wenang katakan Mahkamah setuju. Mahkamah, dalam penghakiman biasanya membentangkan semua fakta, semua poin hujahan - ianya untuk memberitahu semua bahawa Mahkamah telah mengambil kira perkara ini ...itu sahaja bukan sama sekali menunjukkan Mahkamah terima atau merestui hujahan itu sebagai betul.
Di dalam kes ini, apa yang penting adalah isu apakah dia maksud 'hak kehidupan peribadi dan keluarganya, rumahnya dan surat-menyurat'(right of his private and family life, his home and his correspondence) di mana ini adalah hak peribadi seseorang yang harus sentiasa dihormati dan tidak dicabuli majikan atau siapa-siapa.
Di dalam kes ini, Mahkamah memutuskan sama ada perbualan peribadi dengan pihak ketiga mengunakan Yahoo Messenger, yang telah secara khusus diarahkan oleh majikan dibuka untuk tujuan berhubang dengan pelanggan syarikat, adalah termasuk dalam perkara yang harus diiktiraf sebagai sebahagian ''hak kehidupan peribadi dan keluarganya, rumahnya dan surat-menyurat' pekerja berkenaan. Keputusan Mahkamah adalah 'YA' - ini juga termasuk di dalam hak peribadi pekerja yang tidak boleh dicabul.
Justeru, majikan tidak boleh sama sekali membaca emel, perbualan Whats App, LINE, WeChat, Facebook pekerja.
Soalan kedua yang Mahkamah memutuskan adalah sama ada, hak pekerja dalam kes ini ini dicabul oleh tribunal/Mahkamah yang mendengar kes pembuangan kerja ini apabila menerima pakai keterangan majikan yang pada asasnya adalah pencabulan hak pekerja ini.
Benar, dalam kes ini majikan telah masuk melihat perbualan Yahoo Messenger berkenaan(iaitu yang diarahkan majikan dibuka untuk tujuann perhubungan syarikat-pelanggan), di mana bukti telah dibentangkan bahawa pekerja telah mengunakan masa kerja untuk urusan peribadi.
Mahkamah menyatakan bahawa dalam situasi ini, majikan tidak berniat untuk mencabul ''hak kehidupan peribadi dan keluarganya, rumahnya dan surat-menyurat' apabila membuka dan melihat rekod pengunaan akaun Yahoo Messenger tersebut - ini penting.
In this context, the Court notes that both the County Court and the Court of Appeal attached particular importance to the fact that the employer had accessed the applicant’s Yahoo Messenger account in the belief that it had contained professional messages, since the latter had initially claimed that he had used it in order to advise clients (see paragraphs 10 and 12 above). It follows that the employer acted within its disciplinary powers since, as the domestic courts found, it had accessed the Yahoo Messenger account on the assumption that the information in question had been related to professional activities and that such access had therefore been legitimate. The Court sees no reason to question these findings.
The Labour Code in force at the time of events provided in Article 40(1)(d) that the employer had the right to monitor the manner in which the employees completed their professional tasks.
Majikan telah masuk melihat penyuratan dalam 'Yahoo Messenger' berkenaan dengan kepercayaan bahawa ianya adalah berkenaan 'isu kerja' - penilaian akviti kerja pekerja adalah hak munasabah majikan.
Kedua, Mahkamah juga menyatakan bahawa apa yang diambil kira bukan isi kandungan 'mesej' peribadi atau juga maklumat kepada siapa mesej peribadi itu ditujukan atau diterima daripada...
...Court does not find that the domestic courts attached particular weight to it or to the actual content of the applicant’s communications in particular. The domestic courts relied on the transcript only to the extent that it proved the applicant’s disciplinary breach, namely that he had used the company’s computer for personal purposes during working hours. There is, indeed, no mention in their decisions of particular circumstances that the applicant communicated; the identity of the parties with whom he communicated is not revealed either. Therefore, the Court takes the view that the content of the communications was not a decisive element in the domestic courts’ findings.
Mahkamah
juga mengambil kira bahawa majikan hanya memasuki melihat kandungan
Yahoo Messenger berkenaan - bukan memasuki melihat data atau dokumen
lain yang terkandung dalam komputer tersebut...
60. In addition, the Court notes that it appears that the communications on his Yahoo Messenger account were examined, but not the other data and documents that were stored on his computer. It therefore finds that the employer’s monitoring was limited in scope and proportionate.
Dalam
kes ini, pekerja telah menafikan bahawa telah mengunakan peralatan
majikan untuk tujuan peribadi - di mana untuk menafikan perkara ini,
majikan juga terpaksa membentangkan bukti menafikan dakwaan majikan.
Harus,
diingati bahawa Mahkamah hanya melihat isu ini dari aspek 'domestic
proceedings' -dan menilai bahawa sama ada Mahkamah/tribunal sebelumnya
telah melakukan salah dalam mengambil kira perkara yang mencabul hak
pekerja. Ya, Mahkamah tidak melihat sama ada majikan lakukan salah atau
tidak, tetapi sama ada Mahkamah sebelum ini mengambil kira perkara yang
boleh dikatakan pencabulan hak pekerja. Majikan, kalau dilihat bukan pun
satu pihak dalam tindakan ini.
Hakikat
bahawa pekerja juga tidak dengan menyakinkan menyatakan sebab mengapa
beliau mengunakan akaun Yahoo Mesenger yang khusus untuk kerja syarikat
untuk komunikasi peribadi juga adalah faktor. Jika pekerja ada alasan
munasabah mengapa beliau gunakan akaun Yahoo Messenger untuk urusan
peribadi, keputusan mungkin berbeda.
Furthermore, the Court finds that the applicant has not convincingly explained why he had used the Yahoo messenger account for personal purposes
Harus,
diingatkan bahawa salahlaku kerja yang digunakan untuk membuang pekerja
adalah ...pengunaan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi...
Akhirnya, Mahakamah sampai kepada keputusan, yang khusus bagi fakta kes ini,...“It is strictly forbidden to disturb order and discipline within the company’s premises and especially ... to use computers, photocopiers, telephones, telex and fax machines for personal purposes.”
62. Having regard to the foregoing, the Court concludes in the present case that there is nothing to indicate that the domestic authorities failed to strike a fair balance, within their margin of appreciation, between the applicant’s right to respect for his private life under Article 8 and his employer’s interests.
Harus juga dilihat, bahawa pekerja, yang haknya dicabul ini, ada cara lain untuk mendapatkan keadilan mengenai isu pencabulan hak peribadinya, yang masih belum digunakan... mungkin juga boleh lagi digunakan.
Harus juga diingati bahawa kes ini adalah berkenaan hak yang terkandung dalam Article 8 of the European Convention on Human Rights. Justeru, keputusan ini relevan untuk negara European Union.The domestic law in force at the time of events provided for other remedies designed principally to protect private life (such as a criminal complaint based on Article 195 of the Criminal Code or a complaint based on Article 18(2) of Law no. 677/2001; see paragraphs 14 and 16 above), and the applicant did not claim that they were ineffective.
Jika mahu membaca Penghakiman Mahkamah ini, atau komen tambahan, sila pergi ke blog saya - European Court affirms right of privacy of workers (emails, social media,) - some media headline confusing?
Bagi
kita di Malaysia, kita pun ada hak peribadi - tetapi itu, mungkin saya
membincang pada masa hadapan. Majikan Malaysia juga, saya percayai,
tidak ada hak untuk menceroboh membaca emel dan komunikasi peribadi
pekerja.
Harus
diingat, prinsip asas adalah masa kerja adalah untuk kerja. Sekiranya
pekerja melakukan kerja peribadi semasa waktu pekerjaan, ia adalah tidak
betul secara am. Kerja peribadi, bagi saya, harus dilakukan pada waktu
rehat atau masa di luar kerja. Bagi komunikasi peribadi, yang dikatakan
'urgent', boleh dibenarkan.
Hakim: Majikan berhak baca perbualan pekerja
15 Januari 2016 12:29 AM
STRASBOURG
14 Jan. - Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa
sesebuah firma berhak membaca perbualan seseorang pekerja di laman
sembang sosial, Yahoo Messenger ketika waktu bekerja.
Panel hakim berkata, pekerja terbabit
juga dianggap melanggar peraturan syarikat, dan majikan mempunyai hak
untuk memeriksa aktiviti mereka.
“Bagaimanapun, polisi berkenaan juga perlu melindungi pekerja daripada pengintipan tidak bermoral,” kata hakim.
Laman web BBC melaporkan, keputusan itu yang dibuat kelmarin, mengikat semua negara di bawah Konvensyen Eropah Berhubung Hak Asasi Manusia termasuk Britain.
Keputusan itu membabitkan seorang pekerja di Romania, Bogdan Barbulescu yang memfailkan saman di ECHR berhubung kes majikannya melanggar haknya melakukan perbualan peribadi, dengan membaca perbualannya tersebut, sebelum memecatnya pada 2007.
Majikannya mendapati jurutera tersebut menggunakan Yahoo Mesenger untuk tujuan peribadi dan profesional.
“Ekoran mereka (majikan) percaya dia (pekerja terbabit) mengakses akaun kerja, firma berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan (membaca perbualannya dan memecatnya),” kata hakim.
Barbulescu sebelum ini turut gagal dalam kes tersebut di mahkamah Romania, lalu mengemukakan rayuan di ECHR
“Bagaimanapun, polisi berkenaan juga perlu melindungi pekerja daripada pengintipan tidak bermoral,” kata hakim.
Laman web BBC melaporkan, keputusan itu yang dibuat kelmarin, mengikat semua negara di bawah Konvensyen Eropah Berhubung Hak Asasi Manusia termasuk Britain.
Keputusan itu membabitkan seorang pekerja di Romania, Bogdan Barbulescu yang memfailkan saman di ECHR berhubung kes majikannya melanggar haknya melakukan perbualan peribadi, dengan membaca perbualannya tersebut, sebelum memecatnya pada 2007.
Majikannya mendapati jurutera tersebut menggunakan Yahoo Mesenger untuk tujuan peribadi dan profesional.
“Ekoran mereka (majikan) percaya dia (pekerja terbabit) mengakses akaun kerja, firma berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan (membaca perbualannya dan memecatnya),” kata hakim.
Barbulescu sebelum ini turut gagal dalam kes tersebut di mahkamah Romania, lalu mengemukakan rayuan di ECHR
No comments:
Post a Comment