Friday, January 29, 2016

Parti Rakyat Malaysia(PRM) says 'NO' to TPPA - PRM Menolak TPPA

Kenyataan Media – 27/1/2016
PRM Menolak TPPA


Parti Rakyat Malaysia(PRM)  dengan  tegasnya   menolak TPPA.


TPPA mula  dirangka dan dirunding dalam kotak hitam oleh 500 “penasihat” syarikat   multinasional terbesar dunia pada 2005 di bawah inisiatif pentadbiran  Presiden Bush.


PRM telah mengambil kira teks Perjanjian, dan  hujahan mengenai kebaikan TPPA dan  keburukan TPPA. Walaupun ada perkara yang mungkin baik bagi sesetengah pihak, nyata juga terkandung banyak aspek yang akan membawa kesan negative kepada banyak pihak lain.


Menurut seorang professor  political economist Amerika yang pernah menjadi Menteri Buruh di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton Robert Reich, antara 29 bab TPPA, hanya 5 bab menyentuh perdagangan, selebihnya meletak had-had (restrictions) pada kerajaan anggota TPPA, menyusutkan kualiti persekitaran, merendahkan standard keselamatan makanan dan orang-perseorangan atau berkenaan polisi dan peraturan kewangan, tenaga, cuaca dan sebagainya. Dengan TPPA, kuasa baru akan diberikan dan dipertingkatkan kepada syarikat multinasional yang kawal semua sumber di dunia.


Justeru, demi menerima apa yang baik, PRM tidak boleh bersetuju kepada perkara yang tidak baik yang akan memberikan implikasi buruk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya pada masa akan datang. Oleh sebab itu, PRM menolak TPPA.


TPPA ada  peruntukan mengenai pelaburan dan mekanisme penguatkuasaannya, iaitu klausa Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (‘Investor State Dispute Settlement’ (ISDS)).


Klausa ini memberikan pelabur asing di Malaysia satu kaedah tuntutan gantirugi undang-undang yang baru, dan  hak perlindungan luar biasa dan tambahan berkenaan pelaburan dan keuntungan mereka iaitu satu  tribunal yang akan mendengar tuntutan mereka. Tribunal ini bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Mereka boleh mencabar polisi dan undang-undang baru Malaysia yang dilaksanakan untuk melindungi kesihatan dan kebajikan rakyat dan alam sekitar yang  akan  menyekat  keuntungan mereka.


Hak  untuk ambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia di tribunal luar negara ini tidak  diberikan kepada pelabur, syarikat dan perniagaan milik rakyat Malaysia. Ini adalah diskriminasi terhadap rakyat Malaysia yang hanya boleh ambil tindakan di Mahkamah  Malaysia terhadap kerajaan Malaysia. Ini tidak adil. Apa-apa tuntutan terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat asing harus di buat  Mahkamah Malaysia.


Pemberian hak ini kepada pelabur asing serta risiko bahawa Malaysia  akan disaman di tribunal luar negara jika Malaysia melalui undang-undang atau polisi melindungi  rakyat  dan pekerja tidak boleh diterima langsung. PRM, setelah melihat impak peruntukan ISDS yang terkandung dalam perjanjian lain yang telah dikuatkuasakan yang  akan menyebabkan negara takut membawa polisi dan undang-undang baru  menjaga kebajikan rakyat dan negara.

Contohnya, jika Malaysia cuba menaikkan gaji minima pekerja selepas menandatangani TPPA,  Malaysia boleh disaman berjuta-juta atau berbillion ringgit oleh syarikat asing kerana menghakis keuntungsn mereka. 
Risiko klausa ISDS bukan lagi teori atau kemungkinan sahaja, kerana sudahpun berlaku di negara Mesir yang disaman syarikat Peranchis berasaskan klausa ISDS. Kerajaan  Kanada , Amerika Syarikat, Argentina, Australia, El Salvador  atau Guatemala disaman oleh syarikat multinasional kerana melaksanakan undang-undang atau polisi yang dikatakan menghakis  keuntungannya.

Perjanjian TPPA dikatakan akan menyebabkan barangan, produk dan perkhidmatan luar negara lebih mudah masuk ke dalam pasaran Malaysia, lalu membawa kesan positif, dan mungkin rakyat akan dapat lebih akses kepada  lebih banyak pilihan dan juga lebih murah. Menurut laporan berita,  sebanyak 30% peniaga dan syarikat Malaysia terpaksa tutup kedai. Petani juga akan terjejas sekiranya hasil tanaman mereka tidak dapat bersaing  dengan produk sama yang datang dari luar negara. Justeru, TPPA harus ditolak demi kepentingan rakyat Malaysia.

PRM mahu rakyat Malaysia diutamakan dalam  perniagaan, bukan sekadar  menjadi pekerja, ataupun hanya menjalankan perniagaan francais,  dan sebenarnya syarikat memberikan francais mmilikan luar negara. KFC dan 7 Eleven  adalah contoh syarikat Amerika Syarikat. 

Pelabur atau syarikat asing  biasanya hanya mencari keuntungan dan tidak tetap di Malaysia. Justeru, ini memberikan impak serius kepada pekerja yang tidak ada mempunyai jaminan kerja dan pendapatan, serta juga syarikat tempatan yang memberikan khidmat kepada syarikat asing ini kerana bila-bila sahaja mereka boleh berpindah ke negara lain..

PRM juga ingin menyatakan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani kerajaan BN Malaysia sudah memberikan kesan negative. Kini perniagaan asing boleh membawa masuk semua pekerja utama mereka dari luar. Ini bermakna tiada pemindahan  teknologi dan kemahiran kepada rakyat Malaysia. 

Perjanjian dahulu juga sudah menamatkan kewajiban bagi pelabur asing gunakan peratusan tertentu ‘bahan tempatan atau local content’. Kini  kesan TPPA akan lebih teruk daripada kesan perjanjian yang ditandatangani kerajaan BN Malaysia.

Banyak pakar juga telah meluahkan kebimbangan akan kesan kemudaratan TPPA terhadap hak kesihatan dan hak kehidupan pengguna, terutamanya kesusahan akses kepada ubat-ubatan  pada kadar yang munasabah atau produk yang selamat; hak bekerja dan hak di tempat kerja; hak untuk menikmati taraf hidup yang memadai, termasuk akses kepada tempat tinggal, makanan dan air yang selamat; hak terhadap harta intelek; hak kumpulan minoriti tertentu dan kewajipan negara untuk melindungi mereka contohnya kanak-kanak, terutamanya yang miskin, dan juga Orang Asli.


PRM juga ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dalam hal perkara TPPA harus menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan hanya kepentingan syarikat dan golongan tertentu sahaja seperti syarikat milik kerajaan dan GLC. Adalah kewajiban kerajaan negara menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan syarikat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.


Justeru, PRM tetap dengan pendirian membantah Malaysia menandatangani TPPA, dan seterusnya meratifikasi TPPA.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551

Source: PRM Blog

PRM Menolak TPPA

 

No comments: