Mereka ialah anggota polis, Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35; peniaga, Mohd. Naazri Ishak@Bahari, 49; pengurup wang, Mohd. Haniffa Syedul Akhbar, 36; Anuar Abdul Rawi, 40; bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam, Siti Noor Aishah Atam, 29; suri rumah, Siti Nor Intan Shafinaz Johari, 27; dan peniaga barangan kanak-kanak dalam talian, Muhammad Saiful Hashim, 35.
Tiada pengakuan direkodkan daripada setiap tertuduh.

Di Petaling Jaya, Jusninawati yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan di pejabat IPD tersebut di antara Ogos 2015 dan Mac 2016.

Polis wanita itu dituduh mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan terhadap Mohd. Naazri, Mohd. Haniffa, Anuar, Siti Noor Aishah, Siti Nor Intan Shafinaz dan Muhammad Saiful masing-masing didakwa dilakukan pada tarikh yang sama iaitu 22 Mac lalu.

Mohd. Naazri dihadapkan ke mahkamah di ibu negara atas tuduhan menyediakan kemudahan akaun Maybank untuk kegunaan kumpulan pengganas di alamat 96-07-02, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak di sini kira-kira pukul 8.20 pagi.

Lelaki yang memakai baju T warna biru dan berseluar hitam itu didakwa mengikut Seksyen 130o(1)(b)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Di Mahkamah Majistret Sela­yang, Mohd. Haniffa didakwa memiliki barang yang mempunyai kaitan dengan perbuatan pengganas, di alamat No. 17A, Jalan Kesumba 3A/6, Bukit Beruntung, Rawang dekat sini kira-kira pukul 8.55 pagi.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Anuar didakwa memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di Taman Manir Indah, Kampung Banggol Tuan Muda, Manir kira-kira pukul 8.48 pagi.

Di Kemaman, Siti Noor Aishah yang berbaju kurung hijau dan bertudung hitam didakwa memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di alamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Dungun, kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Di Kangar, Siti Nor Intan Shafinaz didakwa pertuduhan memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di No. 104, Kampung Ujung Tanjung, Kuala Perlis pada pukul 8.15 pagi manakala

Muhammad Saiful didakwa melakukan kesalahan sama di No. 56, Jalan Sekolah Derma, Kangar pada pukul 7.45 pagi.

Bagi pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana barangan tersebut.

Muhammad Saiful turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu didakwa memiliki enam keping mata wang kertas RM10 palsu de­ngan niat hendak menggunakannya sebagai tulen pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah-mahkamah terbabit menetapkan sebutan semula kes di antara 16 Mei dan 21 Jun ini sebelum kesemua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kesemua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin. - Utusan Online, 20/4/2016


Selasa, 19 April 2016 @ 5:37 PM

Dua di Terengganu dituduh terbabit militan IS
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dan Fitri Nizam bhkt@bh.com.my

Anuar Ab Rawi (kiri) dikawal anggota polis semasa dibawa ke Mahkamah Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini dan Chukai, hari ini, atas pertuduhan memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS.

Tertuduh, Anuar Rawi, 40, didakwa mengikut Seksyen 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana mencari atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas atau kepada berlakunya perbuatan pengganas.

Beliau hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Mengikut pertuduhan, Anuar didakwa memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas itu di Taman Manir Indah, Kampung Banggol Tuan Muda, di sini, pada jam 8.48 pagi 22 Mac lalu.

 Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap barangan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Nur Hafizah yang mengendalikan pendakwaan memohon tarikh sebutan ditetapkan bagi membolehkan pihaknya mendapatkan izin kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Abdul Hayyi kemudian menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes itu dan tidak membenarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, di Chukai, seorang bekas penuntut universiti awam didakwa di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Siti Noor Aishah Atam, 29, selepas dia memberi isyarat memahami pertuduhan dibacakan kepadanya.

Wanita itu dituduh memiliki barangan mempunyai kaitan dengan perlakuan pengganas di alamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Dungun pada jam 12.25 tengah hari 22 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman dan Syazwani Nawawi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Hazwanie Hussain Bustari tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 Mei depan. - Berita Harian Online, 19/4/2016

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145372

Thursday September 29, 2016
11:22 PM GMT+8
KUALA LUMPUR, Sept 29 ― A former postgraduate student at a public university was today acquitted and discharged by the High Court here of being in possession of 12 terrorist-related books.

Siti Noor Aishah Atam, 29, who studied Usuluddin, was seen hugging her family members who were present in the public gallery of the court, after Judicial Commissioner Datuk Mohamad Shariff Abu Samah freed her without even calling for her defence.

Mohamad Shariff made the decision after finding that the prosecution had failed to establish a prima facie case against the accused at the end of the prosecution case.

The prosecution called 10 witnesses during the trial.

“There is no evidence that the accused had knowledge about the books which had not been banned by the government and the Home Ministry,” said Mohamad Shariff.

The court also dismissed the application by deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P.Kunyalam to detain Siti Noor Aishah in prison as per Section 30 (1) of the Security Offences (Special Measures) Act 2012 pending appeal.

The woman was accused of having in her possession 12 books on Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) and Al Qaeda (AQ) at Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu at 12.25 pm on March 22.

The charge under Section 130 JB(1)(a) carries a jail sentence of not more than seven years, or fine, and forfeiture of any of the items, upon conviction.

Siti Noor Aishah was represented by lawyers Mohd Kamaruzaman A. Wahab and Zukri Jusoh. ― Bernama - Malay Mail, 29/9/2016


Master's student acquitted of possessing terrorism-related publications 

By KHAIRAH N. KARIM - 29 September 2016 @ 7:41 PM

KUALA LUMPUR: Former master’s student Siti Noor Aishah Atam walked out of the High Court a free woman today after being acquitted of possessing 12 terrorism-related books.

Judicial commissioner Datuk Mohamad Shariff Abu Samah made the decision after finding that the prosecution had failed to establish a prima facie case against the accused.

 "The court therefore acquits and discharges the accused without having her defence called," he said.

Aishah, who was clad in a purple baju kurung and a long black hijab, turned towards her mother, father and younger brother who were sitting in the first row at the public gallery, and smiled with relief when she heard the verdict. In his judgement,

Mohamad Shariff said in this case, the exclusivity of possession of the items as per Section 130 JB (1)(a) of the Penal Code had not been successfully proven by the prosecution.

"There is no evidence showing that the accused had anything to do with the books which were found inside her bedroom, as the room has no door and it was open at all times, which means that it is accessible to anyone," he said, adding that the books were out in the open and not hidden.

On April 19 this year, Aishah, who was an Islamic Studies student at a public university, was charged at the Kemaman Magistrate's Court in Terengganu with possession of 12 publications related to terrorism.

She was accused of having in her possession books on Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) and Al Qaeda (AQ) at Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, at 12.25pm on March 22.

She claimed trial to the offence on July 22 at the High Court here.

The charge under Section 130 JB(1)(a) carries a jail sentence of not more than seven years, or a fine, or forfeiture of any of the items, on conviction.

Deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P. Kunyalam prosecuted, while Aishah was represented by counsel Mohd Kamaruzaman A. Wahab.

Former master’s student Siti Noor Aishah Atam walked out of the High Court a free woman today after being acquitted of possessing 12 terrorism-related books.- New Straits Times, 29/9/2016