Wednesday, January 04, 2017

Menghebohkan masalah pekerja tanpa membuat tuntutan khusus adalah kesilapan MTUC dan Rakyat Malaysia?

Masalah utama dikalangan ramai rakyat Malaysia termasuk Kesatuan Sekerja adalah tidak tahu membuat tuntutan pasti...Kebanyakkan masa, kita hanya menghebohkan kesengsaraan kita, masalah kita, situasi kita ... dan meminta kerajaan atau pihak berkenaan menyelesaikan masalah kita. Tidak ada tuntutan jelas yang dibuat...Tidak ada cadangan pun bagaimana masalah boleh diselesaikan.

Kini lapuran media Sun melapurkan bagaimana MTUC menyatakan bahawa 'pekerja Malaysia kini tidak dibayar gaji mencukupi untuk menampung kehidupan...ada ramai yang mempunyai keberhutangan...dll...

TETAPI apakah tuntutan khusus MTUC? Nyata tidak ada...jadi, apa yang dibuat adalah memaklumkan kepada kerajaan masalah pekerja ...itu Najib dan kerajaan (Pusat atau Negeri) juga sudah tahu...tetapi apakah cadangan MTUC untuk menyelesaikan masalah ini...Dari lapuran media, tak nampak pun apa-apa yang dituntut...atau dicadangkan...

Maaf - sebenarnya MTUC nampaknya mencadangkan Gaji Minima dinaikkan - tetapi apa kenaikkan..

GAJI MINIMA - Taktik kerajaan cukup 'pandai' - kini dilonggokkan kesemua majikan - syarikat besar dan tuan punya warung dekat Kemaman dalam satu kelompok...dan satu Gaji Minima untuk semua...Ramai majikan kecil, tuan punya kedai dan warung di bandar-bandar kecil...agak sukar membayar gaji RM1,000 pun pada masa ini...terpaksa tutup...Di Temerloh/Mentakab pun banyak kedai telah tutup...tak mampu lagi dengan GST campur juga 'gaji minima', dll...Melonggokkan semua majikan dalam satu kategori membantu juga majikan korporat dan syarikat besar berjaya melawan tuntutan gaji minima yang wajar...pandai benar kerajaan pro-majikan kita?

Gaji Minima yang sama di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, dan juga di Bera atau Kemaman. Semua tahu kos kehidupan berbeda - daripada sewa rumah, harga makanan, caj parkir, dll...Di negara lain, gaji minima berbeda ditetapkan bergantung kepada lokasi dan kos kehidupan setempat...Kenapa Malaysia malas(atau sengaja tidak) menetapkan gaji minima berbeda bergantung kepada tempat dan kos kehidupan setempat?

CADANGAN YANG MUNASABAH MENGENAI GAJI MINIMA..

1- Gaji Minima Kelas A - untuk semua pekerja yang kerja di kilang dan syarikat besar, yang mengupah 10 atau lebih pekerja, saperti McDonald, Panasonic, Proton, DRB Hicom, YTL, MAS, FELDA, Sime Darby, Petronas,...dll - di mana gaji minima yang wajar adalah sekurang-kurangnya RM1,500..

2 - Gaji Minima Kelas B - untuk semua pekerja yang kerja di kedai/warung biasa(tidak termasuk supermarket), projek bela ikan kecil, bot nelayan, dll - Gaji Minima adalah ditetapkan pada kadar RM500 - dengan syarat bahawa majikan akan mengagihkan 40% daripada keuntungan perniagaan kepada pekerja. Ini akan memastikan bahawa majikan 'miskin' sedemikian boleh terus berniaga - dan tidak dipaksa tutup kedai kerana tak mampu mengupah pekerja bergaji tinggi...

3 - Gaji Minima berbeda juga harus ditetapkan bergantung kepada kos kehidupan setempat...

4 - Gaji Minima pekerja menjalankan kerja manual mesti lebih tinggi...sama juga dengan mereka yang menjalankan kerja 3D (yang kotor, berbahaya, 'demeaning'..). Kerja yang pekerja tak minat buat harus menawarkan gaji lebih tinggi...bukan lebih rendah.

ISU KINI ADA 2 KOMPONEN - GAJI DAN KOS SARA HIDUP

Kerajaan boleh melakukan sesuatu untuk menurunkan kos sara hidup - subsidi untuk barangan asas, mengurangkan kos pengangkutan, parkir, menghapuskan tol...

Kerajaan boleh menampung pekerja kehilangan kerja...untuk sementara waktu - menangguhkan obligasi membayar hutang dan kos barangan asas saperti letrik, air, telekomunikasi bila seseorang pekerja kehilangan kerja..

Selain daripada itu, kerajaan boleh memastikan kestabilan pekerjaan - mansuhkan kerja kontrak jangka pendek dan juga sistem 'contractor for labour'. 

Kerajaan boleh memastikan ada pasaran/permintaan untuk pekerja tempatan - di mana majikan sanggup membayar lebih. Kini, setiap kali majikan minta, kerajaan kita membawa sahaja masuk pekerja murah dari luar negara - di mana ini akan sentiasa memastikan gaji rendah...?

JADI APAKAH TUNTUTAN MTUC UNTUK MEMASTIKAN PEKERJA MENDAPAT GAJI BERPATUTAN...? TIDAK GUNA HEBOHKAN MASALAH TANPA MEMBERIKAN TUNTUTAN PASTI YANG KERAJAAN PERLU MEMBERIKAN..

'Workers not paid enough to meet normal standard of living'

PETALING JAYA: Workers in the country are not being paid the right amount to manage the increasing cost of living, the country's top trade unionist has claimed.

Newly-elected MTUC general-secretary J. Solomon said a large population of workers are living on borrowed income, adding that in the middle of last year Bank Negara announced the nation's household debt was 89.9% of the gross domestic product.

"I believe it is much higher. We are also the highest in Asia. The nation cannot take comfort of the fact that since workers are employed it is alright for them to be highly in debt. A nation in debt is like a bubble that can burst any time," Solomon told theSun in a recent interview.

Solomon said workers must be paid a living wage, a wage that is high enough to meet a normal standard of living.

He pointed out that a living wage affords the earner and/or his family the most basic costs of living without the need for government support or poverty programmes.

"With a living wage, an individual can take pride in her work and enjoy the decency of a life beyond poverty, beyond an endless cycle of working and sleeping, beyond the ditch of poverty wages.

"MTUC appreciates the fact that the Government has implemented the minimum wage, however, the amount of RM 1,000.00 is not sufficient and has not taken into consideration the Goods and Service Tax (GST) and the cost of controlled good that has already arisen this year," he said.

He said the National Wages Consultative Council (NWCC) is supposed to review the minimum wage every two years taking into consideration all factors relating to economy but workers were denied a revision of the minimum wages for 18 months as the review of RM 1,000 was only effected on July 1 last year.

Solomon said the minimum wage for Peninsular Malaysia is RM1,000 and RM920 for Sabah, Sarawak and Labuan, this is still inadequate given the rapidly rising cost of living including the cost of controlled goods, this amount is not sufficient.

He added that the minimum wage should be revised to RM1,500 and standardised between Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia.

He also added that when the minimum wage is implemented the salaries of other workers should also be elevated proportionately as the increase in prices post the minimum wage will affect these group of workers. - Sun Daily, 2/1/2017

No comments: