Wednesday, January 25, 2017

KELANTAN (kerajaan PR) - Orang Asli, Pembalakkan? Apa pendirian PAS, PKR, DAP?

Apa pendirian PAS, DAP dan PKR(parti component Pakatan Rakyat), yang berjaya menubuhkan kerajaan PR di Kelantan, kini di bawah pimpinan Menteri Besar PAS, mengenai isu berkenaan Orang Asli(perobohan 'blockade', penangkapan dan tahanan, kerosakkan harta benda), berkenaan dakwaan pembalakan haram dan korupsi di Kelantan? Dalam PRU akhir, rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan untuk 3 buah negeri di Malaysia - tak kira siapa yang menjadi Menteri Besar, setiap negeri itu adalah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS-DAP-PKR). Walaupun perhubungan antara parti berkenaan tidak se-erat dahulu, tak jadi hal kerana kesemua negeri tersebut adalah tanggungjawab kesemua PKR, DAP dan PAS.

Bila ada sesuatu yang tak betul berlaku di dalam kerajaan tadbiran Najib dan kerajaan BN, cepat benar parti politik pembangkang keluar menghebohkan isu dan berpendirian bahawa sesuatu itu tidak adil atau melanggar hak asasi...

Apa pula respon parti politik DAP, PKR dan PAS apabila sesuatu berlaku dalam negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang saperti Pulau Pinang, Selangor dan/atau Kelantan? Adakah berdiam diri sahaja -- adakah tak peduli? 

Adakah parti pembangkang sama dengan parti-parti Barisan Nasional, tak mahu mengambil pendirian bila sesuatu yang tidak wajar atau tidak adil berlaku dalam kerajaan pembangkang? Adakah parti pembangkang sama saperti ASEAN, di mana negara ASEAN biasa tak akan mengebohkan salahlaku, pencabulan hak asasi dan ketidakadilan yang berlaku di negara ASEAN lain - tetapi dalam ASEAN pun sudah bertukar di mana kerajaan Malaysia telah berganjak dari tradisi mengenai isu Rohingya?

Justeru, apakah pendirian parti pembangkang tentang apa yang telah berlaku kepada Orang Asli di Gua Musang? Tentang dakwaan pembalakan haram ...mungkin juga korupsi dan kleptocracy? 

Tindakan terus berdiam diri, dan tidak mengambil pendirian ini amat membimbangkan. Rakyat tertanya adakah pembangkang juga sama saperti BN? Adakah ahli politik dan parti akan tidak menghiraukan salah laku 'kawan'? 

Dalan isu ketidakadilan, pencabulan hak, salahlaku...prinsip dan nilai saja yang akan menentukan respon dan tindakan. Lawan atau kawan, jika lakukan salah harus ditegur..kerana objektif utama adalah kearah sebuah negara dan kerajaan dimana tidak ada ketidakadilan, tidak ada pencabulan hak, tidak ada korupsi, tidak ada kleptocracy,...di mana sentiasa BERSIH, CEKAP dan AMANAH?

Adakah kesenyapan ahli politik dan parti politik kerana tidak mahu menjejaskan perhubungan apabila PRU akan datang boleh berlaku bila-bila masa? Tak boleh diterima alasan sedemikian..

Apa yang berlaku adalah di Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar - justeru PAS juga harus bersuara? ADUN Pas (khusus backbencher) juga harus bersuara? Jika ini merupakan kesalahan Menteri Besar - mungkin Menteri Besar harus ditukar sahaja? Isu korupsi dan pembalakkan di Kelantan telah ditimbulkan seorang pemimpin PAS (Husam Musa), dan sedih sekali tindakan PAS adalah membuang beliau dari Parti - sama juga dengan cara BN? Adakah ini nilai dan cara Islam yang dilaungkan PAS? Apa pendirian PAS tentang apa yang berlaku?

Kini response 'rakan parti pembangkang lain' dan juga ADUN dan MP pembangkang nampaknya amat mengecewakan...kita harap bahawa mereka akan segera membuat pendirian dan bertindak memastikan keadilan...Jika tidak, rakyat akan ingat bila PRU tiba...

Senang untuk mengatakan bahawa punca masalah ini adalah Putrajaya dan undang-undang Persekutuan - tetapi rakyat Orang Asli ini adalah rakyat Kelantan, dan Kerajaan Negeri Kelantan yang akhirnya bertanggungjawab mengenai pembalakkan di Negeri itu serta juga tanggungjawab memastikan hak Orang Asli negeri itu  dihormati. Adakah pembalakan secara haram berlaku - tanpa permit/persetujuan Kerajaan Negeri? Jika kebenaran telah diberikan, bukankah Kerajaan Negeri sendiri yang gagal mengambil kira hak rakyat Orang Asli di kawasan berkenaan? Jawapan diperlukan daripada Menteri Besar Kelantan mengenai isu ini...

Mungkin kini fokus kepada Kelantan - tetapi isu sama melibatkan rakyat miskin juga telah timbul di negeri lain pentadbiran kerajaan pembangkang. Parti Pembangkang mesti jangan sahaja menumpukan perhatian mahu menang PRU akan datang, kerusi yang akan ditanding atau siapa harus jadi Perdana Menteri bila Pembangkang menang - Tumpuan harus diberikan kepada mendedahkan apakah polisi dan perancangan alternatif untuk Malaysia (ini mesti ditentukan sekarang sebelum PRU)...Rakyat mahukan alternatif dan tidak sama sekali mahukan 'kerajaan baru' yang akan mentadbir dengan cara yang sama dengan BN - di mana rakyat miskin terpinggir terus dilupakan, di mana masih lagi akan ada korupsi dan kleptokrasi dalam kerajaan baru,...

RAKYAT BUKAN BODOH - Mereka akan memilih MP dan ADUN terbaik, harap-harap daripada parti politik yang berprinsip yang akan membawa perubahan positif...

Dalam isu Orang Asli ini, Mahkamah nampaknya telah membuat keputusan...SUHAKAM juga telah menyatakan pendirian, banyak orang dan pertubuhan, termasuk BERSIH telah bersuara...

PRESS STATEMENT


KUALA LUMPUR (24 JANUARY 2017) - The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled at the decision by the Forestry Department of Kelantan to demolish another Orang Asli blockade in Gua Musang, Kelantan. SUHAKAM is informed that these blockades are set up by the Orang Asli to protect the forests and their customary lands from uncontrolled logging by companies, causing among others, severe floods in several areas in Kelantan, as well as destroying properties belonging to the Orang Asli.

SUHAKAM is deeply concerned that this marginalized and vulnerable community who are among Malaysia’s poorest minority have been targets of long-standing discrimination, exclusion and more recently, violence.

These blockades are a symbol of protest by them, opposing unrestrained commercialisation of the forests, which violates the many established principles on business and human rights, such as the duty of the State to protect, and duty of businesses to respect the human rights of the Orang Asli.

SUHAKAM in its National Inquiry in 2013 found that the Orang Asli face substantial, discriminatory and unbearable obstacles to the exercise and enjoyment of their rights to own, possess and control their lands and territories despite international recognition and acceptance of the Universal Declaration of Human Rights, which guarantees the fundamental rights of all human beings. To date, even the basic rights of the Orang Asli remain without safeguards in Government policies and/or legislation.

SUHAKAM emphasizes that the Government must take concrete steps to expedite the implementation of the recommendations of the National Task Force Committee that has in principle accepted  17 out of the 18 recommendations by SUHAKAM. While these recommendations have been separated into 3 stages pending implementation, the Forestry Department and State Government of Kelantan have failed to respect these Government initiatives.

Despite clear evidence that the situation of the Orang Asli constitutes a serious derogation of Malaysia’s obligations to respect, protect and fulfil their rights, the Government has done little to meaningfully address their situation, and the Orang Asli continue to lose more land and with it the enjoyment of related rights. As a Government agency entrusted to oversee all affairs of the Orang Asli, JAKOA must fulfil its role by resolving the ongoing challenges faced by the Orang Asli.

SUHAKAM continues to receive complaints and the Orang Asli have expressedtheir disappointment towards the Government for the slow progress on the implementation of the recommendations of SUHAKAM’s National Inquiry.

SUHAKAM reiterates that major legislative and administrative reforms are needed to adequately define and protect the rights of the Orang Asli over their lands and resources, and decisive steps are necessary to urgently to find solutions that would allow the Orang Asli to recover their lands and territories. SUHAKAM also calls for a review of the National Forestry Act 1984.

SUHAKAM emphasises that the land rights of indigenous peoples play a key role in terms of the protection of our jungles and rainforests in the long run for our future generation.

TAN SRI RAZALI ISMAIL
Chairman
The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
24 January 2017
 
Sumber: Laman Web SUHAKAM  
Post berkaitan:-

BERSIH 2.0:- Kelantan, Hentikan Penindasan Orang Asli/ Stop harassing the Orang Asli?




No comments: