Wednesday, January 11, 2017

Azmin dilapurkan kata “Ya, saya akan isytihar kepada umum.” - Bilakah kita boleh lihat pengistiharan harta ini?

Pada 1/12/2016, telah saya melawat laman web rasmi kerajaan Selangor dan mendapati bahawa tak ada Peristiharan Harta Azmin Ali, Menteri Besar Selangor ...saya telah baru-baru ini kembali kepada laman web tersebut dan mendapati bahawa Azmin masih lagi belum mengistiharkan harta - Ini menimbulkan persoalan ...

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

Azmin dilapurkan hari ini menyatakan bahawa semua ahli Exco kerajaan Negeri Selangor telah 'declared their assets' - dan juga telah dilapurkan bahawa maklumat 'perisitharan harta' ini boleh dilihat di laman web rasmi Kerajaan Selangor. [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90?mid=648]


Apakah yang Azmin ingin menyembunyi daripada rakyat? Berapa sebenarnya pendapatan setiap bulan Azmin Ali... Bilakah beliau akan mendedahkan harta/pendapatan beliau memandangkan pernah dilapurkan dulu, bahawa beliau akan berbuat demikian

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau pernah mengisytihar hartanya, selaras dengan ketetapan dalam Pakatan Rakyat (PR), pada sekitar tahun 2008 sebelum dilantik menjadi menteri besar.
“Saya memang sudah buat, itu memang ketetapan dalam PR. Saya sudah buat pada 2008. Selepas jadi menteri besar, belum lagi,” katanya ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
“Ya, saya akan isytihar kepada umum.” - Malaysian Review

* GAJI dan Elaun sebagai Menteri Besar - Berapa?

* Gaji dan Elaun sebagai ADUN - Berapa?

* Gaji dan Elaun sebagai Ahli Parlimen - Berapa?

* Gaji/Elaun sebagai Pengarah/Penasihat syarikat milik kerajaan dan GLC?

* Gaji/Elaun sebagai Pengarah syarikat lain?

* DERMA daripada pihak ketiga, sama ada dari Malaysia atau Luar Negara - Berapa?(jika ada)

* Bagus juga beliau mendedahkan pegangan syer/bond dalam syarikat...

* Bagus juga dedahkan semua akaun bank peribadi beliau - dan berapa di dalam akaun tersebut? Adakah beliau menerima apa-apa 'DERMA' dari pihak ketiga dalam akaun peribadinya? [Ini maklumat perlu selepas kes berbillion dalam akaun peribadi Najib Tun Razak...]

PENGISTIHARAN HARTA..PENDAPATAN...KEPENTINGAN ...SEORANG MENTERI BESAR DAN EXCO KERAJAAN NEGERI SANGAT PERLU - bukan hanya mereka tetapi keluarga terdekat. Pengistiharan kepada orang ramai...bukan hanya kepada MB atau PM. [Sama juga untuk PM dan Kabinet]

Bagus kita ketahui bahawa Eksekutif kerajaan negeri/persekutuan tidak mendapatkan keuntungan peribadi secara salah daripada pihak ketiga - tak ada korupsi - tak ada kleptocracy...

CADANGAN:- 

Apabila Menteri Besar dan Exco dilantik - terus mereka mengistiharkan harta mereka - akaun bank(jumlah wang), hartanah milik mereka, syer/bond yang dimiliki serta keluarga terdekat mereka. 

Pendedahan mesti diberikan setiap 6 bulan untuk memastikan tak ada salahguna berlaku. Kita perlu pastikan bahawa tanah atau syer tidak diperolehi yang ada kaitan dengan polisi/pentadbiran kerajaan. 

Secara otomatik, tak ada projek kerajaan harus diberikan kepada mana-mana syarikat milikan saudara terdekat.

KITA PERLUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH...BUKAN MEREKA YANG AKAN MENGAMBIL APA-APA KESEMPATAN DARIPADA RAHSIA ATAU AKTIVITI KERAJAAN...[Kerajaan mungkin membuat perancangan membangunkan sesuatu tempat, dan kita tidak mahu mereka gunakan pengetahuan ini untuk memperolehi tanah di kawasan itu, atau memperolehi syer dalam syarikat yang akan untung daripada mendapat projek kerajaan.]

Lebih baik, apabila seseorang dilantik sebagai Perdana Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri atau ahli Exco Kerajaan atau Kabinet terus ada halangan undang-undang menghalang mereka mendapat pendapatan selain daripada gaji/elaun jawatan mereka. Thailand ada undang-undang saperti ini. Dahulu apabila seorang Perdana Menteri Thailand mendapat wang daripada syarikat kerana terlibat dalam satu program memasak di TV - walaupun nilai wang rendah tetapi penerimaan wang itu dianggap salah, memerlukan beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri...undang-undang sedemikian wajar dikemukakan di Malaysia...

Pos sebelum yang berkenaan:-

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

Azmin dilapurkan hari ini menyatakan bahawa semua ahli Exco kerajaan Negeri Selangor telah 'declared their assets' - dan juga telah dilapurkan bahawa maklumat 'perisitharan harta' ini boleh dilihat di laman web rasmi Kerajaan Selangor. [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90?mid=648]

 

Jika ada yang tahu lokasi pengistiharan harta Azmin Ali - tolong syer dalam komen selepas post ini.

No comments: