Friday, November 18, 2022

Pahang/Perlis peluang merasai kerajaan baru, selain daripada BN, dalam GE15? Rakyat berkuasa - bukan lagi parti atau ahli politik?

Selepas GE14, dua negeri iaitu Pahang dan Perlis kekal negeri kerajaan Barisan Nasional - ini bermakna rakyat kedua negeri ini sejak MERDEKA tidak pernah merasai kerajaan selain daripada BN.

PAHANG - di bawah pentadbiran kerajaan BN, kita telah mengalami kesan atau risiko LYNAS, perlombongan Bauksit, Perlombongan Emas di Raub. Semua projek ini telah mengakibatkan risiko kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat kecuali LYNAS. Bantahan terhadap LYNAS nampaknya hanya kerana kemungkinan risiko proses mengilang 'rare earth' - ketakutannya hanya kerana sejarah Bukit Merah, tetapi sehingga kini tidak ada lagi apa-apa kesan nyata kepada kesihatan atau alam sekitar dari Lynas.

Hutan dan alam sekitar - kita mengenang kempbali bahawa kerajaan Pahang telah membenarkan pembalakkan hutan berhampiran kampung melayu, di mana jika berlaku ada kemungkinan besar kesan kepada kawasan tadahan air, haiwan/burung hampir lupus, perniagaan/pendapatan orang kampung berdekatan yang bergantung kepada air bersih yang disalurkan dari kawasan hutan terbabit untuk air minum dan juga perniagaan membela ikan.

TEMERLOH - pada satu masa, ia mendapatkan hadiah 'bandar tercantik' tetapi selepas itu nyata bahawa keadaan bandar tersebut semakin lama jadi teruk - jalan berlobang, tak bercat, papan tanda dan juga pagar pemisah sudah karat lama takpun di cat...

PERKHIDMATAN BAS - dulu dari Temerloh ke Mentakab, ada bas setiap 20-30 minit, tetapi sekarang tunggu berjam-jam pun tak ada bas. Kebanyakkan 'bus-stop' pun tidak dijaga dengan baik, dll. Kenapa kerajaan Pahang BN tidak memastikan rakyat Pahang ada perkhidmatan bas yang baik, bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga ke bandar berdekatan. Mahu pi Hospital pun susah, kerana tiada perkhidmatan bas kerap. Nak pi Balai polis pun susah. Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor nampaknya telah lama, selepas kerajaan itu tidak lagi di bawah BN, mula menyediakan perkhidmatan Bas..

KERETAPI - tiada pun perkhidmatan shuttle di Pahang. Keretap ekspress dari selatan ke Utara, dahulu berjalan 2 kali sehari - kini hanya satu kali, dan jika dari stesen Mentakag, ianya pada 3 atau 4 pagi. Kalau tak ada orang jemput dekat stesen, tak ada pun perkhidmatan bas atau teksi.

Keadaan di Negeri Pahang merosot atau kekal sama beberapa dekad walaupun dari Pahang, kita sudah ada 3 tokoh yang pernah jadi Perdana Menteri.

Adakah keadaan ini kerana BN 'confident' rakyat Pahang akan sentiasa menyokong BN - justeru tak perlu banyak usaha memperbaharui atau menambahbaik keadaan di bandar-bandar dan kawasan lain di Negeri Pahang?

Mungkinkah kerajaan bukan BN, sama ada PH atau PN akan mengubah keadaan di negeri Pahang?

Apa yang jelas adalah bahawa kerajaan baru akan kemungkinan besar mendedahkan 'raksia kotor', penyalahgunaan kuasa, korupsi dan lain-lain kerajaan terdahulu? Berapa banyak wang rakyat Pahang telah 'di curi' ahli politik atau ahli kerajaan Pahang? Saya mahu tahu...

Jika PAHANG, iaitu rakyat Pahang sendiri, memilih kerajaan lain dalam GE15 - tidak ada mana-mana parti sama ada BN, PN, Pejuang(GTA) atau PH akan memandang rendah rakyat Pahang selepas itu - mereka akan membuat TERBAIK untuk menarik sokongan rakyat Pahang atau Perlis, kerana yang akan berkuasa selepas itu adalah RAKYAT - bukan lagi ahli politik atau mana-mana parti/koalisi?

Jika kerajaan tidak bagus kepada rakyat, PRU akan datang rakyat Pahang akan tukar ...justeru, RAKYAT BERKUASA -  tidak ada mana-mana calun atau parti akan CONFIDENT mendapat sokongan rakyat gitu saja.


Penduduk lima kampung bantah pembalakan di hutan simpan

ROSMANI (dua dari kiri) membuat laporan polis di IPD Jerantut membantah kerja awal pembalakkan di kawasan Hutan Simpan Jerantut Tambahan (Kompartmen 1). FOTO ROSELAN AB MALEK
ROSMANI (dua dari kiri) membuat laporan polis di IPD Jerantut membantah kerja awal pembalakkan di kawasan Hutan Simpan Jerantut Tambahan (Kompartmen 1). FOTO ROSELAN AB MALEK

Jerantut: Penduduk lima kampung di sini merayu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempertimbang dan mengeluarkan arahan projek pembalakan di Hutan Simpan Jerantut Tambahan (Kompartmen 1), Mukim Pedah, dekat sini dihentikan serta-merta dan dikaji semula.

Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Pembalakan Mohd Rosmani Md Sharif, 41, berkata, pembalakan itu menyebabkan kemusnahan alam sekitar di Kampung Bharu, Sungai Badak, Lata Kasah, Binjai dan Sungai Par membabitkan kira-kira 1,500 penduduk.

Katanya, projek pembalakan itu memusnahkan eko-sistem di kawasan itu dengan berlakunya pencemaran air sungai, hakisan tanah serta flora dan fauna terjejas.

Bisu berkata, ia turut memusnahkan habitat haiwan dan unggas untuk berlindung serta menjejaskan sistem saliran yang turut membawa bencana seperti banjir di kawasan sekitar.

"Kami membuat bantahan secara bertulis dan dihantar kepada pejabat Menteri Besar Pahang dan turut dipanjangkan ke Pemangku Raja Pahang, " katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, hari ini.

"Surat bantahan bertulis itu diterima oleh Menteri Besar Pahang pada 29 September 2020 dan KDYMM Pemangku Raja pada 3 Disember 2020," katanya.

Mohd Rosmani berkata, pihak kontraktor sudah menjalankan kerja awal pembalakan pada 22 Januari 2021 tanpa mengambil kira pandangan penduduk.

"Tiada sebarang perbincangan dengan pihak kami dan tidak pernah menerima sebarang jawapan daripada pejabat MB Pahang berkaitan bantahan yang dibuat," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Damak, ZuridanMohd Daud berkata, isu itu sudah beliau sampaikan ke makluman pihak Menteri Besar.

"Saya harap ada perbincangan dengan cara terbaik, demi faedah kedua pihak, agar situasi menang-menang boleh diperolehi.

"Sebagai wakil rakyat, saya perlu menerima makluman dan rayuan orang ramai khusus dalam kawasan Damak dan keperluan itu ada asasnya kerana sebagai tempat tadahan air dan juga kawasan tarikan pelancong seperti aktiviti mendaki Bukit Panau serta terdapat kegiatan penternakan ikan kolam penduduk yang mungkin terjejas," katanya.

No comments: