Monday, April 29, 2013

87 Kumpulan :-RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR



Kenyataan Media Bersama – 4 April 2013

RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION
DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR

Kami, 87 pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan dan kumpulan  yang bertandatangan di bawah memanggil RENESAS Semiconductor KL Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai NEC Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd] untuk menghormati kebebasan berasosiasi dan hak pengiktirafan efektif untuk adakan collective bargaining,  yang merupakan satu hak asasi pekerja yang juga satu daripada nilai asas  International Labour Organisation (ILO)'s. RENESAS mesti berhenti tindakan menghalang atau melewatkan, dan segera memberikan pengiktirafan kepada  Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenjung Malaysia(KSIEWBSM)/ Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR)[UNION]  supaya pekerja di RENESAS boleh akhirnya mula menikmati faedah collective bargaining agreement.  Kini sudah lebih 3 tahun sejak UNION mula menuntut  pengiktirafan RENESAS pada January 2010. 

Di Malaysia, setelah didaftarkan, pengiktirafan majikan diperlukan sebelum UNION dapat mula berunding dan memasuki apa-apa  Collective Bargaining Agreement  dengan syarikat majikan. UNION perlu menghantar tuntutan pengiktirafan, dan dalam masa 21 hari majikan boleh mengiktiraf atau tidak. Jika pengiktirafan tidak diberikan, pihak Director General of Industrial Relations (DGIR) akan mencelah dan memulakan proses ke arah mengadakan undi sulit (secret ballot) untuk mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya  50 peratus campur 1 jumlah pekerja yang berkelayakan menjadi ahli UNION mahukan kesatuan – lepas itu Union akan diberikan pengiktirafan dan boleh mula merepresentasi pekerja dengan berkesan.  

Walaupun lebih kurang 70% (1,300) pekerja RENESAS yang ada kelayakan menjadi ahli Union sudah menjadi ahli EIEUWR pada masa permohonan pertama untuk pengiktirafan di buat oleh UNION kepada RENESAS, RENESAS tidak member pengiktirafan dan kini selepas 3 tahun, RENESAS masih enggan mengiktiraf union. 

Pada 18/1/2010, UNION menghantarserahkan permohonan pertama(1) untuk pengiktirafan kepada  RENESAS. Respon RENESAS adalah bahawa ada sebuah jawatankuasa protem in-house union lain yang juga meminta pengiktirafan. Director General of Industrial Relations (DGIR) menolak alasan ini. Kemudian RENESAS mendakwa pula bahawa mereka tidak menerima permohonan pengiktirafan, walaupun permohonan pertama ini telah di hantarserah kepada RENESAS oleh Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, Presiden UNION, dan RENESAS telah mengesahkan penerimaan. Pihak DGIR akhirnya meminta  UNION untuk hantar lagi permohonan untuk pengiktirafan. 

Tuntutan kedua(2) untuk pengiktirafan telah di hantar pada 17/8/2010, kali ini mengunakan pos berdaftar akuan terima, di mana sekali lagi RENESAS mendakwa tidak menerima permohonan  UNION. Malangnya, UNION juga tidak menerima kembali kad akuan terima dari pihak pos.

Tuntutan ketiga(3) telah dihantar kepada RENESAS pada 8/10/2010, kali ini mengunakan Kourier Nasional Poslaju. Selepas menerima surat UNION, RENESAS  telah secara salah cuba menghantar surat UNION kembali kepada Poslaju dengan permintaan surat dikembalikan kepada UNION. Poslaju telah memberikan surat mengesahkan perkara ini. Kali ini, RENESAS tidak boleh lagi menafikan penerimaan, dan sepatutnya pihak DGIR mula melakukan apa yang perlu untuk tujuan mengadakan undi sulit. Tidak ada apa-apa tindakan di pihak DGIR walaupun UNION berkali-kali menuntut tindakan, dan akhirnya UNION terpaksa berpiket pada 12/8/2011 di hadapan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya. DGIR kemudian memberitahu UNION bahawa document relevan hilang/salah letak, dan Timbalan DGIR dipertanggungjawabkan untuk kesalahan tersebut, di mana beliau sejak itu itu ditukar jawatan. Pihak DGIR kemudian meminta pihak UNION untuk membuat satu lagi permohonan pengiktirafan.

Tuntutan keempat(4) dibuat pada 8/9/2011. RENESAS kali ini membalas dengan mencabar, antara lain, pendaftaran UNION  EIEUWR itu sendiri, dan kelayakkan Setiausaha Agung UNION (General Secretary), iaitu  Bruno Gentil Pereira. Bila Menteri menolak bantahan ini pada 9/4/2012, pada 8/5/2012, RENESAS membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi mencabar keputusan Menteri, di mana Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012. Selepas itu,  RENESAS, merayu kepada Mahkamah Rayuan, yang juga sebulat suara menolak rayuan RENESAS pada 5/12/2012.
 
Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012, tidak wujud apa-apa perintah Mahmah menghalang pihak DGIR meneruskan dengan proses undi sulit tetapi DGIR tidak berbuat apa-apa.

Selepas banyak protes daripada UNION, DGIR akhirnya pada 14/12/2012 memulakan proses dengan menulis surat kepada RENESAS meminta mereka menghantarserahkan Borang B, sebagaimana diperlukan undang-undang. RENESAS tidak menghantar Borang B, dan surat kedua bertarikh 14/1/2013 telah dihantar oleh DGIR kepada RENESAS. RENESAS tidak melakukan apa yang diperlukan, dan kini pihak DGIR dipercayai sudah menghantar surat ketiga.

Bila akhirnya sampai tarikh undi sulit, pekerja yang berhak mengundi adalah pekerja yang layak pada tarikh tuntutan pengiktirafan dihantarserah, iaitu 8/9/2011 tetapi dengan kehadiran kontrak kerja jangka pendek, ramai pekerja yang sokong UNION pada masa itu sudah tidak lagi berada  di RENESAS, di mana ini akan memprejudis UNION, yang masih perlu menunjukkan  sokongan dengan memperolehi undi sekurang-kurangnya 50% campur satu berdasarkan senarai pekerja layak pada 8/9/2011. Taktik melambatkan proses undi sulit menguntungkan pihak majikan, dan memprejudiskan UNION. 

Wan Noorulazhar, pekerja RENESAS yang juga Presiden UNION lah dibuang kerja pada 26/8/2011 oleh RENESAS di mana kesalahan yang didakwa majikan adalah bahawa beliau telah melakukan tindakan bercanggah dengan polisi khusus syarikat ‘contrary to explicit company policies’. Beliau didakwa membuat kenyataan mengenai cara RENESAS melayan pekerja di dalam sebuah kumpulan Facebook tertutup, di mana ahli kumpulan itu ada rakan pekerja. Salahlaku ini langsung tidak ada kena mengena dengan  work performance. Kes pembuangan kerja secara salah kini di Mahkaman Perusahaan. 

Trend masa kini Mahkamah Perusahaan adalah bila didapati pembuangan kerja secara salah dilakukan adalah untuk tidak memerintahkan pekerja diambil balik sebagai pekerja tetapi mengarahkan majikan membayar pampasan. Jika tidak diambil balik sebagai pekerja di RENESAS, pekerja di RENESAS akan kehilangan pemimpin. RENESAS sebenarnya boleh pada bila-bila masa mengambil kembali Wan Noorulazhar sebagai pekerja tanpa kehilangan faedah.



Pada 14/3/2013, EIUWR bersama pekerja RENESAS telah sekali lagi mengadakan piket protes di Putrajaya.

Kami menuntut RENESAS Semiconductor KL  Sdn  Bhd untuk segera mengiktiraf Electronic Industry Employees Union Western Region (EIEUWR), dan segera mengambil balik sebagai pekerja  Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah dan mana-mana pemimpin pekerja yang telah dibuang kerja.

Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud
Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong
Badrulzaman bin Mohd Ghazali

Bagi pihak 87 organisasi di bawah,

ALIRAN
Andhra Pradesh State Domestic Workers' Union, India
Asia Monitor Resource Centre(AMRC)
Asia  Pacific  Forum on Women , Law and Development ( APWLD)
Asia Floor Wage Alliance- SEA Office
Building and Wood Workers International Asia Pacific Regional Office (BWI APRO)
Center for Migrant Advocacy ,Philippines
Centre for Human Rights and Development (CHRD) Sri Lanka
Center for Orang  Asli Concerns (COAC)
CIMS- Centre for Indian Migrant Studies

Clean Clothes Campaign
Committee for Asian Women, Bangkok
Community Action Network (CAN), Malaysia
Confederation of Free Trade Unions of India
Dignity International
GoodElectronics
GoodElectronics Thailand (GET)
Hope Workers' Center, Taiwan
Hsinchu Catholic Diocese Migrants and Immigrants Service Center (HMISC), Taiwan
Human Rights Ambassador for Salem-News.com

IDWN( International  Domestic Workers’  Network)
IMA Research Foundation, Bangladesh
International Campaign for Responsible Technology, US
International League of Peoples' Struggle – Canada
Legal Support for Children and Women (LSCW), Cambodia
LIPS (Lembaga Informasi Perburuhan Sedane/Sedane Labour Resource Centre) Indonesia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysian Physicians for Social Responsibility
MAP Foundation, Thailand
Maquiladora Health & Safety Support Network, Berkeley, CA  USA

Migrant Care
Migrant Forum in Asia (MFA)
Migrant Forum India (MF India)
Migrant Forum Lanka (MFL)
Migrants Rights Council India
Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
NAMM (Network of Action for Migrants in Malaysia)
NDWM -  National Domestic Workers' Movement, India
NLD-LA (National League for Democracy-Liberated Areas), Malaysia
Pakistan Rural Workers Social Welfare Organization (PRWSWO)

Parti Rakyat Malaysia(PRM)
People & Planet, UK
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
PINAY Quebec
Progressive Labor Union of Domestic Workers- Hong Kong
PSWS (Persatuan Sahabat Wanita Selangor)
Pusat KOMAS (KOMAS)
Refugee and Migratory Movements Research Unit (RMMRU), Bangladesh
SALT (School of Acting Justly Loving Tenderly and Walking Humbly)
SBMI (Serikat Buruh Migran Indonesia)

Solidarity of Cavite Workers (SCW), Philippines
State Enterprises Workers' Relations Confederation (SERC), Thailand
State Railway Workers' Union of Thailand (SRU), Thailand
SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
Tenaganita, Malaysia
The Alliance of Progressive Labor - Hong Kong
Tourism Employees Association of Maldives
Women's Rehabilitation Center (WOREC) Nepal
Workers Assistance Center, Inc, Philippines
Workers Hub For Change (WH4C)

Women Workers Lead
Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
Youth For Peace/Peace Institute of Cambodia (YFP/PIC)

Malaysian Unions
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia (KSIEWTSM)
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Sekerja Pekerja Industri Elektronik Wilayah Utara
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Paper & Paper Products Manufacturing Employees' Union Of Malaysia (PPPMEU)
TNBJOU (TNB Junior Officers Union), Malaysia
Malayan Technical Services Union (MTSU)
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
Association of Maybank Executive
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat Pengangkutan Dan Sekutu(NUTEAIW)
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta-[Union Of Employees In Private Medical And Health Services]
Kesatuan Eksekutif Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd.
Electrical Industry Workers' Union (EIWU)
Kesatuan Pekerja Pekerja Fujikura Federal Cables Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
Kesatuan Eksekutif Airod (KEA)
UNI Global Union-Malaysia
MTUC Pahang
MTUC Penang Division
MTUC Bahagian Melaka
Kongres Kesatuan Sekerja Cawangan Pulau Pinang
MTUC Selangor & Wilayah Persekutuan

Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud - Senator in the Malaysian Parliament, the Immediate Past President of the Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and Executive Secretary to the National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers; Charles Hector - human rights defender and lawyer; Mohd Roszeli bin Majid VicePresident (Private Sector) Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and also the President of the TNB Junior Officers Union; Pranom Somwong - Workers Hub For Change(WH4C), Asia  Pacific  Forum on Women , Law and Development ( APWLD); Badrulzaman bin Mohd Ghazali -  President, Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad(MHSEU)

No comments: