Kenyataan Bersama – 19/11/2015 – Terjemahan Bahasa Malaysia
MAB Milik
Kerajaan, Operator Baru Malaysian Airlines, Harus Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Dan
Tidak Menafikan Kebebasan Berpersatuan (Freedom Of Association)
Di Malaysia,
sebelum sesuatu kesatuan sekerja boleh berunding dan membuat Perjanjian Kolektif (CBA) dengan majikan, majikan
perlu terlebih dahulu memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja tersebut.
Kegagalan MAB untuk segera mengiktiraf NUFAM memberi gambaran negatif pada Malaysia yang mempunyai
tanggungjawab untuk menghormati hak-hak
pekerja terutama Kebebasan
Berpersatuan, yang juga merupakan hak
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Berasaskan
undang-undang sedia ada, NUFAM telah memohon kepada MAB untuk pengiktirafan
melalui surat bertarikh 11/9/2015.
Seksyen 9(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan, ‘…An employer or a trade union of
employers upon whom a claim for recognition has been served shall, within
twenty-one days after the service of the claim- (a) accord recognition; or
(b) if recognition is not accorded, notify the trade union of workmen concerned
in writing the grounds for not according recognition…’ [‘…Bahawa majikan atau kesatuan majikan kepada siapa
satu tuntutan pengiktirafan disampaikan harus, dalam masa dua puluh satu hari
selepas penyampaian tuntutan pengiktirafan tersebut – (a) memberikan
pengiktirafan; (b) jika pengiktirafan tidak diberikan, memaklumkan kepada
kesatuan sekerja pekerja berkenaan dalam bentuk penulisan alas an mengapa
pengiktirafan tidak diberikan….’]
MAB langsung tidak ada budi bahasa untuk menghantar apa pun jawapan kepada NUFAM dalam jangkamasa 21 hari yang diperuntukkan, di mana ini boleh dianggap kelakuan tidak wajar khususnya kerana MAB merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia.
Saperti yang diperlukan undang-undang melalui surat bertarikh 6/10/2015, NUFAM telah dalam bentuk tulisan melapurkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan(DGIR) untuk mengambil langkah perlu atau melakukan penyiasatan demi memastikan ‘… the competence of the trade union of workmen concerned to represent any workmen or class of workmen…’ [‘…kelayakan kesatuan sekerja pekerja berkenaan untuk mewakili pekerja atau kelas kelas pekerja….’] di dalam MAB, dan untuk menentukan ‘…by way of secret ballot, the percentage of the workmen or class of workmen, in respect of whom recognition is being sought, who are members of the trade union of workmen making the claim…’ ‘melalui undi sulit,memastikan peratusan pekerja atau kelas pekerja, untuk siapa pengiktirafan dituntut, yang merupakan ahli kesatuan pekerja yang menuntut pengiktirafan…’ Keputusan undi sulit mesti menunjukkan bahawa lebih 50% dari pekerja yang layak menyertai kesatuan sekerja berkenaan menyokong kesatuan berkenaan, di mana mereka yang tidak berpeluang mengundi akan diambilkira sebagai mereka yang tidak menyokong kesatuan berkenaan.
Lebih daripada 40 hari telah berlalu, dan DGIR masih belum memberikan sebarang respon kepada NUFAM. Memandangkan ramai pekerja kini diambil kerja sebagai pekerja kontrak jangka tetap, tindakan pantas dan cekap diperlukan dari pihak berkuatkuasa. Kelewatan ini memprejudiskan pekerja.
Apabila kesatuan sekerja di Malaysia berjaya mendemonstrasikan bahawa mereka mempunyai sokongan lebih 50% pekerja yang layak menjadi ahli melalui undi sulit, dan Menteri memutuskan pengiktirafan majikan diberikan, kini ada setengah majikan yang akan mencabar keputusan ini di Mahkamah dan hak yang timbul akibat pengiktirafan boleh tergantung bertahun-tahun lamanya – pekerja dan kesatuan sekerja yang merana.
Bila
sistem penberbangan Malaysia dahulunya di bawah Malaysian Airlines Systems
Berhad(MAS Bhd), NUFAM telah berjaya dalam undi sulit dan Menteri buat
keputusan NUFAM diiktiraf MAS Bhd. Malangnya, MAS Bhd telah memulakan tindakan
semakan kehakiman di Mahkamah mencabar keputusan Menteri, di mana kes ini masih
belum selesai.
Union Busting – Menubuhkan Entiti Undang-Undang Berasingan Yang Baru
Ada
syarikat swasta dahulunya menubuhkan satu entiti undang-undang berasingan yang
baru, dan kemudian memindahkan asset dan perniagaan daripada syarikat sedia
wujud kepada entity baru(syarikat baru), di mana ini akan membunuh kesatuan sekerja
sedia ada – memaksa pekerja bermula sekali lagi proses menubuhkan, mendaftarkan
dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan untuk kesatuan baru untuk pekerja yang
kini kerja dalam syarikat baru. Ini merupakan strategi yang digunakan juga untuk
menyingkirkan pepmimpin pekerja dan pekerja yang cukup berani untuk berjuang
menentang eksploitasi.
Adalah
sangat mengecewakan apabila kerajaan Malaysia mengunakan kaedah sama untuk
‘union busting’(menghancurkan kesatuan sekerja) bagi syarikat milikan kerajaan dan/atau
syarikat GLC.
Malaysian
Airlines Systems Berhad(MAS Bhd) merupakan syarikat yang dulu mengendalikan
sistem penerbangan Malaysian Airlines dengan lebih kurang 20,000 pekerja. Apa
yang telah berlaku adalah MAS Bhd dikatakan telah memindahkan asset dan perniagaan sistem
penerbangan mereka kepada satu entity undang-undang berasingan, Malaysian
Airlines Berhad(MAB), dan memberhentikan lebih kurang 20,000 pekerja MAS Bhd.
MAB,
syarikat baru yang mengambil alih Malaysian Airlines, telah mengambil pekerja
baru, antara lain lebih kurang 14,000
bekas pekerja MAS Bhd. Semua kesatuan
sekerja dalaman (in-house unions) yang wujud di MAS Bhd secara berkesan telah/akan
mati.
Kini, MAB
bebas kesatuan sekerja.
NUFAM
kemungkinan kesatuan sekerja pertama yang menuntut pengiktirafan daripada MAB –
di mana pengiktirafan diperlukan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja ahli
mereka dengan lebih baik dalam MAB, dan juga untuk membolehkan kesatuan
memasuki Perjanjian Kolektif (Collective Bargaining Agreement) dengan MAB.
Moratorium Untuk Semua Tindakan Mahkamah
Melibatkan MAS Bhd
Yang
memburukkan lagi keadaan adalah Malaysia telah meluluskan undang-undang
baru – Malaysian Airline System Berhad
(Administration) Act 2015, yang antara lain, telah secara berkesan menghalang akses
menuntut keadilan melalui Mahkamah dengan cepat. Satu moratorium kini berkuatkuasa
menghalang Mahkamah meneruskan dengan kes-kes melibatkan MAS Bhd. Bila
moratorim ini akhirnya ditamatkan, ianya mungkin sudah terlewat. Keadilan yang
dilambatkan adalah keadilan yang dinafikan.
Kerajaan Malaysia Memiliki Syarikat Lama
dan Syarikat Baru
Kerajaan
Malaysia, melalui dana pelaburan strategik Khazanah
Nasional, adalah tuan punya kedua-dua MAS Bhd dan MAB yang baru ini. Justeru,
kerajaan Barisan Nasional kini di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak yang
boleh dianggap bersalah melakukan ‘union busting’. Penafian pengiktirafan cepat kepada NUFAM dan mungkin
kesatuan sekerja lain oleh Malaysian Airlines
Berhad(MAB) boleh dianggap tindakan
anti-pekerja dan anti-kesatuan sekerja.
Undang-undang
Malaysia berkenaan kesatuan sekerja adalah menindas dan anti-pekerja.
KAMI
MENUNTUT :-
-
Malaysian Airline
Berhad(MAB), sebuah syarikat milik Malaysia, segera mengiktiraf National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM);
- Bahawa kerajaan Malaysia akan memastikan bahawa semua syarikat milik kerajaan dan/atau yang ada kaitan dengan kerajaan(GLC) akan menetapkan standard tertinggi berkenaan menghormati hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia;
- Bahawa Malaysia segera meratifikasi Konvensyen ILO Convention No. 87 Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention, 1948, [ILO No. 87 Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak untuk Mengorganisasi Konvensyen, 1948], yang merupakan satu daripada 8 konvensi inti asas;
- Bahawa Malaysia segera meminda dan/atau memansuhkan undang-undang berkenaan kesatuan sekerja yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa terutama kebebasan berpersatuan.
Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong
Untuk dan bagi
pihak 67 organisasi, kesatuan sekerja dan kumpulan yang disenaraikan
ALIRAN
Asia Monitor Resource Centre
(AMRC)
Association of Maybank
Executives
BPSLU (Batangas Pier Stevedores
and Dockworkers Labor Union), Philippines
Center for Trade Union and
Human Rights (CTUHR), Philippines
Centro De Reflexión Y Acción
Laboral (CEREAL),
México
Clean Clothes Campaign(CCC)
Committee for Asian Women (CAW)
CBBRC (Crispin B. Beltran
Resource Center), Philippines
Daeduck Employees Union- Ind. ,
Philippines
Eagle Ridge Employees Union,
Philippines
Electronic Industry Employees
Union (EIEU) Southern Region, Peninsular Malaysia
GoodElectronics Network
Hyesung Workers Union-Ind.,
Philippines
IDEAL (Institute for Development
of Alternative Living)
Institut Rakyat
Inverclyde Advice and Employment
Rights Centre, Scotland
Jaringan Kampung Orang Asli
Semenanjung Malaysia /JKOASM
Jaringan Orang Asal SeMalaysia
Jawatankuasa Bertindak Kuala
Lumpur Tak Nak Insinerator
Kalikasan People's Network for
the Environment, Philippines
Kesatuan Eksekutif AIROD
Kesatuan Eksekutif Canon Opto
Kesatuan Pekerja-Pekerja Mitsui
Copper Foil(MCFEU)
Knowledge and Rights with Young
people through Safer Spaces(KRYSS)
LINTAS NUSA - Batam Indonesia
MADPET (Malaysians Against
Death Penalty and Torture)
Malaysian Youth and Students'
Democratic Movement (DEMA)\
Malaysia Physicians for Social
Responsibility
MAP Foundation for the Health
and Knowledge of Ethnic Labour, Thailand
Migrant CARE
Myanmar Migrants Rights Centre
Nagkakaisang Manggagawa ng
Keyrin Electronics-Ind. , Philippines
NAMM(Network of Action for
Migrants in Malaysia)
National Union Employees in
Companies Manufacturing Rubber Products (NUECMRP)
National Union
of Flight Attendants Malaysia(NUFAM)
National Union of Journalist
(NUJ) Cawangan Utusan Melayu
National Union of Transport
Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
North South Initiative
Paper Products Manufacturing
Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Pax Romana ICMICA
People & Planet
Perak Women for Women Society
PERMAS (Persatuan Masyarakat
Selangor & Wilayah Persekutuan)
Persatuan Kesedaran Komuniti
Selangor (EMPOWER)
Persatuan Komuniti Prihatin
Selangor dan Kuala Lumpur
Persatuan Sahabat Wanita
Selangor (PSWS)
Projek Dialog, Malaysia
Sahabat Rakyat 人民之友
Samahan ng mga Manggagawa sa
Eagle Ridge Golf Course and Residential Estate, Philippines
SAVE Rivers
SAWO (Sabah Women's Action
Resource Group)
Selangor and KL Hokkien
Association Youth Section
Solidarity of Cavite Workers,
Philippines
Tenaga Nasional Junior Officers
Union (TNBJOU)
Tenaganita
The Alternative ASEAN Network
on Burma(Altsean-Burma)
Workers Assistance Center, Inc (WAC)
, Philippines
WH4C (Workers Hub For Change)
Yayasan Chow Kit
Yayasan LINTAS NUSA – Batam.
Indonesia
CWI Malaysia (Committee For Workers’
International)
Cividep, India
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta
Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua EngineManufacturing Sdn. Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (KPP Proton)
Nota: Ini hanya merupakan penterjemahan Bahasa Malaysia
kenyataan bersama asal dalam Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment