Thursday, June 15, 2017

Jangan beri wakil rakyat wang untuk rakyat/projek kawasan - itu tugas Jabatan/Agensi Kerajaan?

Kerajaan Persekutuan atau negeri TIDAK harus berikan MP, Senator atau ADUN wang RM250,000 atau berjuta ringgit untuk digunakan oleh mereka untuk rakyat atau projek dalam kawasan pilihanraya beliau... Tak harus juga memberikan peruntukan, walaupun perlu melalui Pejabat Daerah dsb...(di mana cara ini pun tidak adil ...kerana jika pun ada pengagihan mengikut kawasan pilihanraya - ia tak boleh sama untuk semua kawasan - kerana bilangan penduduk berbeda..)

Kita ada Kementerian, Jabatan dan Agensi berkenaan yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat - dalam semua aspek termasuk juga memberikan wang perlu kepada yang miskin dan yang berkelayakkan, melakukan projek pembangunan kecil yang perlu, dll...justeru mereka dan penjawat awam berkenaan yang patut membantu semua rakyat...Jika MP, Senator atau ADUN mengunakan wang sendiri atau wang parti mereka sendiri, itu lain...dan boleh diterima > tetapi mengunakan duit kerajaan tak perlu.

Ini juga menjadikan sistem sedia ada untuk bantu rakyat kurang effisyen - kerana siapa sebenar yang bertanggungjawab. Jabatan atau wakil rakyat? Mungkin juga 'bantuan' dua kali diterima...

Bila MP, ADUN dan/atau Senator memberikan wang atau membelanjakan(atau menentukan perbelanjaan) wang untuk projek pembangunan 'kecil' - rakyat akan 'confuse' memikirkan 'wakil rakyat' sangat baik - 'politik wang' semacam ini tak perlu. 

Adakah wakil rakyat PAS akan membantu dahulu ahli atau penyokong PAS - mungkin berlaku? Tambahan pula ramai yang penyokong parti pembangkang tak mahu pi jumpa 'wakil rakyat' BN, dan sebaliknya juga betul. 'You tak sokong, saya tak bantu?' mungkin juga falsafah setengah wakil rakyat atau parti.

Kerajaan mesti membantu rakyat terus melalui jabatan/agensi kerajaan secara terus - bukan melalui wakil rakyat atau parti politik.

Untuk dapat bantuan kewangan, ada pula syarat tambahan - untuk persatuan, kena panggil 'wakil rakyat' atau 'wakil parti BN' untuk hadhir sebagai tetamu ..termasuk perlu beri ruang beri ucapan. Di Temerloh, bila persatuan alumni tidak memanggil 'wakil BN' - tak ada 'derma' pada persatuan? Atau bila 'wakil rakyat atau wakil BN' kawasan tak dapat hadir walaupun dijemput, tak ada pun 'derma' (atau 'peruntukkan")? Justeru, semua terpaksa panggil (walaupun sebenarnya tak mahu) kerana 'derma'. Kebebasan rakyat dinafikan...

Najib pernah menyatakan bahawa kini 'wakil rakyat' (atau wakil BN di kawasan UMNO-BN kalah) akan diberikan lebih kurang RM5-6 juta untuk kawasan mereka... Pembangkang pun kini sama - untuk Selangor, peruntukkan RM500,000(kalau tak salah)...Sedih sekali apabila pembangkang ikut sahaja cara BN?

Kerajaan boleh berikan wang kepada wakil rakyat - untuk perkara tertentu yang kini tidak lagi diberikan (gaji/elaun pekerja wakil rakyat, pejabat,...)

Kini wakil rakyat mendapat gaji dan elaun yang lumayan - tetapi tak ada peruntukkan untuk pejabat dan 'staff' wakil rakyat - jika kerajaan Persekutuan dan Negeri berikan peruntukkan wang kepada wakil rakyat untuk belanja pejabat, dan gaji 'staff'. Setiap wakil rakyat perlukan satu PA(Personal Assistant), seorang kerani(untuk pastikan sentiasa ada orang di pejabat wakil rakyat), dan satu atau 2 (Research Assistant - di mana tugas mereka adalah membantu wakil rakyat - memantau isu semasa di peringkat kawasan/negeri/negara, membantu 'wakil rakyat' membuat response - mungkin kenyataan media..soalan Parlimen...ucapan Parlimen...Wakil rakyat yang sepatutnya menimbulkan isu saperti 1MDB, FGV...dan isu penting yang lain yang memerlukan perhatian rakyat dan juga kerajaan. Justeru, jika kerajaan mahu beri meraka wang lebih - ianya mesti untuk perkara ini untuk pejabat, pekerja dan tugas menjadi wakil rakyat lebih berkesan...? [Kini ramai 'wakil rakyat', kita lihat di Parlimen duduk diam sahaja - Mengapa? Mungkin mereka sebenar tidak tahu apa yang berlaku sebab tak 'prepare'...Mereka juga tak mahu adakan sessi soal jawab dengan rakyat kerana tahu (atau takut) bahawa ada kemungkinan, tak tahu macam mana mahu jawab..

Tak mahu wakil rakyat 'Santa Claus' - hanya pergi sini sana menghulurkan bantuan wang atau benda...Kita mahu wakil rakyat yang berkesan - yang mengeluarkan pendapat, mengeluarkan soalan perlu, membuat siasat mengenai 'isu-isu',...Jika jabatan atau agensi berkenaan tak buat kerja dengan betul - wakil rakyat boleh hebohkan isu supaya jabatan, agensi dan institusi kerajaan bertambah baik.

Kita mahukan 'wakil rakyat' berkualiti sepenuh masa - bukan mereka yang masih terlibat dalam perniagaan peribadi...

Baru ini keluar cerita bahawa kerajaan Selangor tiba-tiba audit seorang ADUN Selangor - sebenarnya semua wakil rakyat yang menerima peruntukkan kerajaan untuk belanja di kawasan pilihanraya perlu di audit, dan akaun mesti didedahkan secara terbuka. 

TETAPI, PENDIRIAN SAYA ADALAH PERUNTUKKAN HARUS HANYA UNTUK PEJABAT DAN PEKERJA PERLU WAKIL RAKYAT - bukan untuk diberikan untuk mereka dalam kawasan mereka, projek kecil, dsb...itu tugas Jabatan/Agensi Kerajaan yang dilakukan oleh penjawat awam tanpa pengaruh/arahan wakil rakyat mengenai siapa harus dapat, atau apa projek perlu..

 
 

PKR MP unhappy with way S'gor gov't audited his office

  Published     Updated
Kelana Jaya MP Wong Chen has expressed his unhappiness and dissatisfaction with the way an audit was carried out on his service centre by the Selangor state treasury.

The audit, which examined the spending of his Kelana Jaya office for 2014 and 2015, took place in March 2016 without his knowledge, Wong Chen complained.

"At all material times, my office was not aware of the audit. The Selangor state treasury made no attempt to inform us, visit my office, or seek clarifications from my staff.

"The audit was done mysteriously and without due process and natural justice," he said in a lengthy Facebook posting today, adding that he received the audit report on Feb 2, 2017.

As his annual RM250,000 budget for his constituents goes through an administrative process involving the Petaling district and land office, he thought the state treasury must have visited those offices instead.

However, he said, when he met later with the Petaling district and land office district officer and finance officer, they did not have any recollection of any such audit visit to their office.

"Despite the continuing mystery of how the audit actually took place on March 1 to 3, 2016, my main quarrel with the Selangor state treasury is essentially over its audit findings," he said.

Though there are no allegations of corrupt practices in the audit findings, Wong Chen said he felt his office had been denied the right to be heard regarding audit findings of not complying with Selangor guidelines.

"In fact, we strongly object to all the audit findings, which in our opinion, some are completely baseless and some can be clarified easily by asking my staff and requesting for documents," he said.

Among the six audit findings that Wong Chen took issue with, one of it was that he had focused most of his financial help on the poor in the Desa Mentari area.

This finding can be easily explained, he said, as his poorest constituents in Kelana Jaya are from the Desa Mentari area.

"I mean, why would I provide welfare aid to people staying in the middle-class suburbs of Subang Jaya?

"There is absolutely no Selangor government guideline that states that we cannot focus our welfare aid to a geographical zone," he said.

Put stop to malicious rumours

Another audit finding appeared to take issue that Wong Chen's office gave financial aid to the same 68 poor individuals in both 2014 and 2015.

"This finding can be easily explained by the fact that all 68 individuals were poor and desperate in 2014 and they remained poor and desperate in 2015," Wong Chen said.

He also refuted the four other audit findings in his Facebook posting.

His office had also issued a full reply refuting all the Selangor state treasury audit findings on the same day they received the audit report, as well as delivering about 4,000 pages of documents related to their 2014 and 2015 accounts.

Since then, there appears to be no response from the Selangor state treasury to attempts by Wong Chen's office to contact them.

He said he had written four letters to the authorities on this matter, without a single reply.

He had also issued a notice to the Selangor state treasury, asking them to reply to him within 14 days and to either absolve his office of their earlier audit findings or conduct another audit, this time in the presence of his staff.
 
The deadline passed yesterday without any reply, which is why he has decided to disclose this incident, he said.
"The political intention of this disclosure is also to put a stop to the malicious rumours that are damaging the good reputation of my staff and my office," he said.

Depending on the next course of action by the Selangor state treasury, Wong Chen also said his office reserves the right to pursue this matter against the state treasury by all legal means available.

Malaysiakini has attempted to contact the Selangor State Treasury but was unsuccessful.
 

ADUN PKR tak puas hati cara k'jaan S'ngor audit pejabatnya

   
Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara audit yang dijalankan ke atas pusat khidmatnya oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.

Menurut Wong Cheng, audit yang dijalankan pada Mac 2016 ke atas perbelanjaan di pejabat beliau di Kelana Jaya pada 2014 dan 2015, dibuat tanpa pengetahuannya.

"Perbendaharaan Negeri Selangor tidak cuba beritahu kami, melawat pejabat atau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan saya.

"Audit itu dilakukan secara misteri dan tanpa melalui proses yang adil dan sewajarnya," katanya dalam laman Facebook yang panjang hari ini, sambil menambah beliau menerima laporan audit itu pada 2 Februari 2017.

Disebabkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM250,000 untuk pengundi di kawasannya perlu melalui proses melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, beliau berpendapat perbendaharaan negeri sepatutnya turut melawat pejabat berkenaan.

Bagaimanapun, Wong berkata, apabila beliau bertemu Pegawai Daerah dan pegawai kewangan di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, mereka tidak ingat sebarang lawatan audit dibuat.

"Walaupun terus jadi misteri bagaimana audit dilakukan pada 1 Mac hingga 3 Mac 2016, ketidakpuasan saya dengan perbendaharaan negeri Selangor pada dasarnya lebih kepada penemuan audit itu," kata beliau.

Walaupun tiada dakwaan amalan rasuah dalam penemuan audit berkenaan, Wong Chen berkata, beliau berasa pejabatnya dinafikan hak untuk mengetahui penemuan audit yang tidak mematuhi garis panduan Selangor.

"Malah, kami membantah semua penemuan audit yang pada pendapat kami, ada yang tidak berasas dan ada yang boleh dijelaskan dengan mudah dengan bertanya kakitangan saya dan meminta dokumen," katanya.

Antara enam penemuan audit yang menimbulkan tidak puas hati kepadanya, salah satunya adalah tumpuan sebahagian besar bantuan kewangan yang diberi kepada penduduk miskin di kawasan Desa Mentari.

Katanya, dapatan itu dengan mudah boleh dijelaskan kerana ramai pengundi miskin di Kelana Jaya adalah dari kawasan Desa Mentari.

"Kenapa saya perlu beri bantuan kebajikan kepada orang yang tinggal di pinggir bandar kelas pertengahan di Subang Jaya? Sama sekali tidak ada garis panduan oleh kerajaan Selangor yang menyatakan kami tidak boleh beri bantuan kebajikan berdasarkan zon geografi," katanya.

Satu lagi penemuan audit berkenaan adalah pejabat Wong Chen telah memberi bantuan kewangan kepada 68 individu miskin yang sama pada tahun 2014 dan 2015.

"Penemuan ini mudah dijelaskan oleh fakta bahawa semua 68 individu miskin dan terdesak pada tahun 2014 itu kekal miskin dan terdesak pada 2015," kata Wong Chen.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Perbendaharaan Negeri Selangor tetapi tidak berjaya. - Malaysiakini, 23/5/2017
 

No comments: