Monday, June 17, 2019

Adakah kerajaan PH menjaga kepentingan pekerja dan hak berkesatuan? Atau tidak peduli? Tidak prihatin?

Jika majikan mengambil pekerja berasaskan kontrak jangka pendek (biasa 1 tahun atu kurang), bagaiman pekerja boleh menubuhkan kesatuan sekerja di tempat kerja...

Pekerja berjumpa buat keputusan mahu menubuhkan kesatuan sekerja - hantar kepada Jabatan/Kementerian untuk mendaftarkan kesatuan...masa proses...katakan pendaftaran kesatuan tersebut diluluskan...

Kini, Mesyuarat Agung Pertama diadakan, Presiden dan kepimpinan kesatuan sekerja dipilih ..

Kesatuan mula bertindak kini untuk mendapatkan pengiktirafan majikan - yang perlu sebelum majikan akan duduk dan menandatangani Perjanjian Bersama(Collective Bargaining Agreement)...yang akan memberikan hak lebih kepada pekerja ...

TETAPI, satu tahun sudah tamat...pekerja hilang kerja ...Dia mungkin juga baru dilantik sebagai seorang barisan pimpinan kesatuan...

SATU tahun tamat, ramai pekerja juga habis tempoh kerja ...ahli kesatuan pun hilang..

Kesatuan Sekerja gagal...pekerja telah hilang kerja walaupun sebenarnya kerja yang ada masih memerlukan pekerja...

Majikan ambil pekerja baru...BUKANKAH INI 'UNION BUSTING' - HAK PEKERJA UNTUK MENUBUHKAN KESATUAN DAN BERJUANG MELALUI KESATUAN UNTUK HAK LEBIH DAN MEMPERTAHANKAN HAK SEDIA ADA tidak boleh berlaku jika majikan di Malaysia terus dibenarkan mengambil pekerja melalui sistem kontrak jangka pendek...

KERAJAAN BOLEH melallui undang-undang memerlukan semua pekerja diambil kerja sebagai pekerja tetap(REGULAR) sampai tarikh persaraan...

Ini tidak akan memprejudiskan majikan kerana jika majikan jika tak perlu lagi mana-mana pekerja kerana kerja tak ada boleh melepaskan pekerja - RETRENCHMENT. Prinsip bila terpaksa mengurangkan pekerja adalah LIFO(Last In First Out), yang baru masuk kerja akan dibuang kerja dulu...SELAIN daripada itu, majikan boleh membuang kerja pekerja yang tealh melakukan salahlaku kerja serius/besar atau pengingkaran kontrak yang serius...

Kalau gitu, mengapa majikan mahu lantik pakai kontrak jangka pendek --- ya, kerana dia tidak mahu KESATUAN SEKERJA...mungkin tak mahu naikkan gaji/hak yang biasa berlaku setiap tahu bergantung kepada tempuh perkhidmatan...lagi lama kerja biasa lagi banyak gaji...lagi banyak hak saperti bilangan cuti tahunan berbayar...Ambil pekerja baru setiap tahun bererti gaji/hak pun tak perlu dinaikkan...

JUSTERU, semua kini di tangan kerajaan baru kerajaan Harapan - adakah kerajaan berasaskan undang-undang mengharamkan pengambilan pekerja mengunakan kontrak jangka pendek? 

Adakah kerajaan Pakatan Harapan mahu pekerja menikmati hak menubuhkan/menyertai kesatuan sekerja ...dan berjuang untuk hak dan menentang ketidakadilan majikan bila berlaku? Atau adakah kerajaan ini juga tak prihatin hak pekerja dan hak kesatuan sekerja?

Satu tahun sudah berlalu...




No comments: