Kuasa
telah diserahkan oleh penjajah British kepada UMNO plus MCA plus MIC,
dan sejak kemerdekaan(31/8/1957), kuasa memerintah kekal dengan gabungan
parti politik pimpinan UMNO-MCA-MIC - yang kini dikenali sebagai
Barisan Nasional. Pada hari ini, pengaruh MCA dan MIC dalam Barisan
Nasional menjadi tanda tanya?
Setiap
5 tahun, rakyat Malaysia mengundi memilih wakil Rakyat(Ahli
Parlimen/MP) di mana MP yang dipilih memutuskan siapa yang akan menjadi
Perdana Menteri - MP yang mempunyai sokongan majoriti MP akan dilantik
menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri memilih ahli Kabinetnya.
Di
Malaysia, saperti di banyak negara demokrasi lain, kebiasaannya parti
politik yang berjaya menang kebanyakkan kerusi Parlimen yang memutuskan
siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri. Tidak semestinya Perdana
Menteri adalah pemimpin parti politik - ia sebenarnya boleh menjadi
mana-mana ahli Parlimen yang ada sokongan majoriti. Amalan di Malaysia
malangnya adalah pemimpin BN yang dipilih jadi PM, dan ini sejak awal
lagi merupakan pemimpin UMNO.
Najib Tun Razak tidak dipilih secara khusus oleh rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia - yang memutuskan siapa PM
adalah semua MP yang dipilih, yang juga mempunyai kuasa menukar PM
bila-bila masa. Najib terus kekal menjadi Perdana Menteri hanya kerana
majoriti MP di Parlimen masih mahukan dia menjadi Perdana Menteri.
Justeru,
pendekatan bahawa apa yang perlu kini untuk 'menyelamatkan Malaysia'
adalah untuk mengeluarkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri adalah
kurang benar. Jika mahu, ahli Parlimen(MP) BN boleh bila-bila masa
mengeluarkan Najib. Ini telah berlaku di Kedah, di Trenganu dan di
Selangor bila ADUN memutuskan bahawa mereka mahu menukar Menteri Besar.
Maka,
untuk memastikan ada perubahan atau 'Malaysia diselamatkan', apa yang
perlu adalah untuk memastikan bahawa rakyat menolak MP yang menyokong
Najib - kini nampaknya adalah mereka daripada Barisan Nasional.
Pada
PRU lalu, nyata bahawa Najib dan Barisan Nasional, walaupun berjaya
memenangi majoriti kerusi Parlimen tetalah gagal mendapatkan sokongan
majoriti pengundi di Malaysia yang mengundi..
ALTERNATIF UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Berbanding
dengan Barisan Nasional, yang telah didaftarkan sebagai satu parti
politik - pembangkang sehingga kini gagal menjadi SATU - masih tidak
didaftarkan sebagai satu parti politik. Apa yang ada kini adalah hanya
'perjanjian menghadapi pilihanraya'('electoral pact') - khususnya untuk
memastikan 'satu lawan satu' - untuk memastikan bahawa rakyat pengundi
akan hanya memilih calun BN atau calun ALTERNATIVE.
Pakatan
Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah berusaha menjadi lebih daripada 'electoral
pact' - untuk menjana pendirian dan polisi yang sama. Tetapi nyata,
usaha ini masih tak berjaya, di mana ini nyata bila dilihat cara dan
polisi pentandbiran negeri-negeri yang berjaya pihak PAS-PKR-DAP berjaya
menang dalam PRU lalu - kini cara dan polisi nampaknya bergantung
kepada siapakah yang menjadi Menteri Besar?
Ia
bukan juga tidak bergantung kepada hakikat dari parti mana Menteri
Besar/Ketua Menteri itu datang - ini jelas apabila dilihat cara Kedah
ditadbir, dan cara Kelantan ditadbir di mana kedua-dua negeri ditadbir oleh ADUN PAS sebelum PRU lalu...
Sejak
PRU lalu, banyak yang telah berlaku. PAS telah meluluskan Resolusi di
Mesyuarat Agung yang kini menghalang PAS bekerjasama dengan DAP -
Justeru, usaha menguatkan dan menjayakan Pakatan Rakyat terus
'hancur'...Resolusi ini mengikat PAS, tetapi ini tidak akan menghalang
usaha sampai kepada persetujuan tidak formal mengenai PRU akan datang.
Lebih baik, jika PAS memanggil Mesyuarat Agung dan membatalkan Resolusi
ini...Bantahan PAS semasa terhadap DAP boleh kekal tetapi ia akan tidak
akan mengikat PAS daripada berurusan dengan DAP menghadapi objektif yang
mungkin boleh dikatakan lebih penting iaitu memastikan bahawa kita akan
memecahkan kuasa BN terus memerintah Malaysia..
PKR
juga mungkin bertanggungjawab membawa kepada pemecahan Pakatan Rakyat -
'Kajang Move' dikatakan telah tidak dibincang dan dipersetujui terlebih
dahulu PKR-DAP-PAS sebelum diumumkan dan/atau dilaksanakan...ini
disusuli dengan keputusan siapakah yang harus menjadi Menteri Besar
ganti Khalid. Ini hanya dakwaan tetapi rakyat tidak sebenarnya pasti...
Akibat tindakkan mengantikan Menteri Besar Selangor, seorang berpengaruh
dalam PKR, juga semestinya ada kesannya kepada PKR - berapa ahli dan
sokongan telah PKR hilang akibat tindakan ini? Jangan kita lupa bahawa
pada masa itu, Khalid adalah seorang yang bertanding menentang Azmin Ali
untuk jawatan Timbalan Presiden PKR - dan nyata Khalid ada sokongan...
PAS
dan PKR juga kini dilihat tidak berbeda dengan UMNO - cara pembuangan
keahlian Khalid dan Husam Musa tidak banyak berbeda dengan cara bagaimana UMNO juga telah singkirkan Anwar dan kini Muhyiddin...
Anwar
dikatakan pemimpin PKR tetapi tindakan Azmin Ali dan beberapa
kepimpinan PKR menyertai Dr Mahathir dalam tindakan 'Deklarasi Rakyat',
walaupun nampaknya tidak sangat dipersetujui Anwar, menimbulkan
kerisauan ramai mengenai situasi dalaman PKR...Persoalan juga timbul
mengenai sokongan ramai terhadap PKR. Azmin Ali telah merasmikan
Sambutan Hari Pekerja Nasional anjuran MTUC pada tahun ini(2016) telah
hanya melihat kehadiran kurang 500 - adakah bilangan kehadiran kecil ini
tanda kekurangan sokongan kepada Azmin Ali sendiri oleh rakyat Selangor
sendiri, dan mungkin juga PKR?
Bagi ramai rakyat Malaysia, Nik Aziz adalah daya penarikkan yang membuat ramai yang sanggup menyokong PAS dalam PRU tetapi kini, adakah ini akan berubah kini? Isu 'hudud' dan negara Islam memang isu yang penting yang akan mengakibatkan pengundi - ada yang menyatakan bahawa isu ini ada kesan mengapa PAS dan pembangkang telah gagal mengekalkan majoriti di Trengganu..
SOKONGAN RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG ATAU 'ANTI-BN''?
Ramai
Rakyat Malaysia mahukan 'Asalkan Bukan UMNO-BN', dan ini dikatakan
sebab mengapa ramai telah mengundi pembangkang...tetapi isu kini adalah
sama ada sentimen sedemikian memadai untuk PRU akan datang.
Apa
yang berbeda daripada PRU yang lalu, dan sebelum itu, adalah bahawa
pihak pembangkang telah berjaya menang dan menubuhkan kerajaan di
Penang, Selangor dan Kelantan. Rakyat telah kini boleh memerhati cara
pentadbiran Negeri oleh Pembangkang - adakah mereka gembira dengan apa
yang berlaku di negeri-negeri berikut? Adakah pentadbiran 'pembangkang'
menunjukkan pentadbiran alternatif yang rakyat harapkan - atau adakah
cara pentadbiran 'pembangkang' hanya berjaya mengurangkan harapan rakyat
kepada pembangkang?
Rakyat
Malaysia bukan hanya mahukan 'bersih, cekap dan amanah' tetapi mahukan
lebih - polisi baru, polisi alternatif, ... Apakah polisi pencukaian
alternatif? Apakah polisi mengenai pendidikan? mengenai pekerja?
mengenai 'penswastaan'..? mengenai 'AP'? mengenai perubatan dan
kesihatan/ mengenai pengangkutan awam?..
Dahulu,
janji utama pembangkang adalah penambahan 'demokrasi' - Pilihanraya
Kerajaan Tempatan (Local Council Elections)...Malangnya, kecuali di
Negeri Perak, di mana sekurang-kurangnya telah diadakan pilihan secara
demokratik di peringkat kampung dan beberapa kampung baru. Perkara sama
tak berlaku dinegeri lain...
'Local Council Election' mungkin
ada alasan Akta Persekutuan menghalang - tetapi tak ada apa-apa yang
menghalang diadakan pilihanraya peringkat kampung, kampung baru atau
taman...Tetapi kini, janji untuk adakan pilihanraya kerajaan tempatan
pun sudah kurang diberi penumpuan...
Tak
memadai lagi menghebohkan dan mendedahkan salah laku BN - rakyat sudah
arif mahu tahu apakah polisi dan cara pentadbiran alternatif...
Kini
dakwaan korupsi melibatkan Lim Guan Eng, dan ada juga dakwaan salah
laku melibatkan beberapa pemimpin utama PKR...dan ada juga dakwaan salah
laku isu pembalakkan di Kelantan...
Sokongan
akar umbi kepada PAS dan DAP nyata dan masih kuat - tetapi sokongan
akar umbi kepada PKR, Amanah atau parti baru bekas UMNO adalah tanda
tanya. Sejak PRU lalu, adakah PKR atau pembangkang lain pernah berjaya
memanggil apa-apa protes atau perhimpunan aman menentang apa-apa, yang
mendapatkan sokongan besar? Mengapa? Kenapa tak ada perhimpunan
besar-besaran di Selangor mengenai isu anjurang kerajaan Selangor..atau
kerajaan Penang..atau kerajaan Kelantan... Semua perhimpunan nampaknya
kini anjurang NGO saperti BERSIH, Bantah GST... parti politik mengambil
jalan selamat meminta ahli sokong saja...adakah ini kerana takut jika
dianjur sendiri, mereka yang turun tak ramai - justeru mendedahkan
sokongan sebenar kepada parti pembangkang?
PARTI BARU MAHATHIR-MUHYIDDIN?
Kini
mereka yang baru disingkirkan(atau keluar) UMNO mahu menubuhkan parti
politik baru? Mereka mahu menubuhkan parti bukan untuk semua rakyat
Malaysia - tetapi hanya untuk gulungan ethnik tertentu? Harus dilihat
bahawa parti politik pembangkang mewakili satu ethnik atau agama pun
sudah mengambil langkah melibatkan semua rakyat Malaysia. PAS pun telah
mencalunkan warga bukan Islam sebagai calun PRU lalu.
Jika
diperhatikan Deklarasi Rakyat - tujuan utama adalah untuk mengeluarkan
Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri - bukan menentang UMNO atau BN?
Justeru bila Najib mengundur diri, adakah mereka akan cepat-cepat
kembali kepada UMNO....Semangat 46 pun akhirnya kembali kepada UMNO-BN.
Muhyiddin
dan bekas pimipinan UMNO - mereka juga bersama Najib melangsungkan
polisi dan tindakan UMNO-BN ... Adakah mereka tak tahu mengenai 1MDB dan
semua salah laku kerajaan - mereka bukan ahli biasa - tapi kepimpinan
UMNO..kepimpinan BN...kepimpinan kerajaan...Adakah mereka begitu tak
efisyen sehingga tak sedar apa yang berlaku? Adakah mereka kini bertukar
pendirian dan sedia memansuhkan Akta Hasutan, POTA, POCA...dan Akta
lain yang menindas? Adakah mereka kini mahu gaji minima lebih adil -
atau mahu mansuhkan sistem kontraktor kerja?
Kewujudan
parti Mahathir-Muhyiddin yang baru kemungkinan akan bermakna parti PAS
dan DAP terpaksa mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang bakal
ditanding dalam PRU akan datang?
Harus
kita jangan lupa, bahawa tanpa Parti Mahathir-Muhyiddin yang baru ini,
rakyat sudah ada kuasa untuk memastikan bahawa selepas PRU akan datang,
BN tidak lagi akan mendapat majoriti kerusi parlimen?
Untuk
PKR, mungkin parti Mahathir-Muhyiddin ini penting kerana penglibatan
parti memastikan bilangan kerusi DAP dan PAS akan kurang - justeru PKR
akan terus ada pengaruh...Risiko juga wujud bahawa bukan sahaja ahli
parti bekas UMNO akan pulang ke pangkuan UMNO, kemungkinan juga wujud
bahawa ada pemimpin PKR juga akan kembali ke UMNO...
Parti
pembangkang di Malaysia ada banyak alternatif yang boleh diundang
beserta dalam barisan pembangkang, ini termasuk juga parti PRM, PSM
serta beberapa parti di Sabah dan Sarawak. PRU lepas menunjukkan bahawa
jika 'satu lawan satu', calun dari mana-mana parti pembangkang akan
disokong pengundi...
Mengapa
Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah menyebabkan penyertaan lebih
banyak parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - ada memerlukan 7 parti
untuk membolehannya mendaftar sebagai parti baru saperti Barisan
Nasional.
Jika
kita ada pakatan pembangkang serius saperti BN - lebih selesa kita
semua, bahawa pembangkang ada komitmen mengenai dasar dan polisi
bersama. Perbedaan antara parti biasa - tetapi sekurang-kurang ada
perkara asas yang ada persetujuan bersama.
Apakah perkara asasa yang boleh dipersetujui:-
1- Akta yang anti-kebebasan bersuara, berpendapat dan berhimpun secara aman akan dimansuhkan.
* Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam akan dimansuhkan.
2
- Semua Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara, atau memberikan
kuasa kerajaan menghalang hak rak rakyat secara sendiri..POTA,POCA,KOSMA
dan Akta sedemikian akan segera dimansuhkan
3
- Semua Ahli Parlimen akan dibenarkan kebebasan bersuara, mengeluarkan
pendapat dan mengundi secara bebas. Tidak ada paksaan mengenai cara
seseorang wakil rakyat mengundi. Kini, sama saperti BN, pembangkang pun
ikut cara sama - wakil rakyat mereka dihalang menyokong hujahan MP BN, atau cadangan BN - ini bukan demokrasi.
Paksaan
atau 'Whip' akan hanya digunakan bila diperlukan, khususnya berkenaan
perundangan kewangan (Financial Bills) yang perlu diluluskan untuk
perjalanan kerajaan...Kini sedih sekali, kerana parti pembangkang, juga
mengunakan 'Whip' - paksaan cara mengundi, di mana ianya digunakan bukan
sahaja di Parlimen, DUN tetapi juga di Majlis Perbandaran... Maka,
wakil rakyat 'tidak ada kuasa' bila terpaksa mengundi...ini cara BN dan
seharusnya tidak digunakan pembangkang...Kewujudan sistem 'whip' yang
dipakai setiap masa, membuatkan parlimen sebuah 'sandiwara' - tidak ada
debat dan perbincangan bebas dan terbuka...kuasa kekal ditangan
kepimpinan parti - bukan di tangan rakyat atau tangan wakil rakyat.
4 - ....
No comments:
Post a Comment