Friday, January 10, 2020

Dhamendran - Death in Custody > Criminal Prosecution Against 4 police fails - Judgments of High Court & Court of Appeal

Malaysia needs good police officers that will uphold the cause of justice without fear or favour - police officers that will not cover-up the crimes of fellow police officers or superiors. 

Death in police custody cases - ODD that there are no police witnesses, CCTV evidence and other evidence when the crime happens in the police station/premises or to people in police custody. This raises great concern about the integrity or honesty of police officers themselves...and their commitment to upholding the cause of justice.

Recently, following the death in custody of one Dhamendran a/l Narayanasamy in 2013, 4 police officers were charged for murder - but then they were all acquitted. Looking through the judgment of the High Court and the Court of Appeal, both of which is copied below...we find that oddly, despite the fact that this crime happens in police premises - there seem to be no evidence or witness that saw who was the police officers responsible for the beating and torture that resulted in death... 

No one saw when and who did the beating, etc... and none of the 'weapons' used were discovered. And, there was evidence apparently that places all the 4 accussed police officers in some other location other than the crime scene...

Did the Public Prosecutor simply pick and charge 4 officers without any available identification evidence of the alleged perpetrators? Because apparently, no evidence of the identity of the perpetrator or 'evidence linking the perpetrator to the crime was adduced'? Normally, the prosecution will not charge anyone in court without having these material evidence that shows that it was the accused person that committed the crime?

Was it some other police officers that were guilty - and innocent officers with stong alibi were charged? Why? Maybe a PR exercise to pacify the Malaysian public who were shocked with this death in custody..

Maybe the NEW Public Prosecutor need to review the entire case - including the conduct of the prosecution? 

I also wonder why they were charged with 'murder' and not some lesser charges, which may have been easier to prove?

What about the appeal by the prosecution - only one ground? 

How did they even decide to charge the 4 persons - when the prosecution seem to have no evidence that they actually tortured/beat/stapled...killed? 

ALIBI - well, accused persons who want to rely on alibi have to give notice a few days before trial commenced? This allows the prosecution to investigate and verify - and even decide to withdraw the charges? What happened?

In the judgment, there was evidence of one 'L/Kpl Mohamad Adnan Masri bin Safril (SP53)' hitting the deceased with a rubber pipe...kicking and punching the deceased..
 telah memukul si mati menggunakan getah paip dan telah mendenda kesemua tahanan dalam lokap termasuk si mati. SD13 menyatakan bahawa beliau nampak si mati dibawa keluar dari dalam lokap D9 dan ditampar serta dipukul oleh SP53. Selain itu, si mati juga telah disepak, ditumbuk dan dipukul dengan getah paip oleh SP53.  
This prosecution witness was not charged - WHY? This is Malaysia - and the police cannot hit with rubber pipe, kick, punch, fine or torture persons arrested and detained...
If Malaysia closes its eyes to police wrongdoings and crime, then it will not end... and our police force will not be cleaned up. 
If anyone beats us with a rubber pipe/hose, kick you, punch you - it is a CRIME. Police or not...they must be charged? But then, we are still waiting for that IGP that gave Anwar Ibrahim a 'black eye' to be charged...Tolerance to crimes by police and enforcement officers must end - They ought to be speedily be charged, tried and if convicted given a DETERENT sentence...
BUT the problem seems that there may be no more(or too few) HONEST and good police officers who will uphold the cause of justice without fear or favour in Malaysia ...?



DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
[PERBICARAAN JENAYAH NO: 46B-03-09/2013]
PENDAKWA RAYA
Lawan
HARE KRISHNAN SUBRAMANIAM (I/14794)
(Didengar bersama)
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
[PERBICARAAN JENAYAH NO: 46B-02-09/2013]
PENDAKWA RAYA
Lawan
1. JAFFRI BIN JAAFAR (RF/124039)
2. MOHD NAHAR BIN ABDUL RAHMAN (RF/122839)
3. MOHD HASWADI ZAMRI BIN SHAARI (RF/132728)
ALASAN PENGHAKIMAN

HAJI KAMARDIN BIN HASHIM, H:

Latarbelakang

[1] Tertuduh Hare Krishnan A/L Subramaniam, seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dihadapkan dengan satu pertuduhan membunuh seorang tahanan lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Pertuduhan Pindaan (P4) terhadap Tertuduh dibacakan seperti berikut:

Bahawa kamu bersama-sama Jaffri Bin Jaafar (RF/124039); Mohd Nahar Bin Abdul Rahman (RF/122839) dan Mohd Haswadi Zamri Bin Shaari (RF/132728) pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran a/l Narayanasamy (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.
[2] Manakala tiga lagi Tertuduh dalam kes 46B-02-09/2013 adalah merupakan anggota-anggota bawahan Inspektor Hare Krishnan A/L Subramaniam, turut dihadapkan dengan satu pertuduhan bagi kesalahan yang sama. Pertuduhan Pindaan (P5) terhadap mereka dibacakan seperti berikut:

Bahawa kamu bersama-sama Hare Krishnan A/L Subramaniam (I/14794) pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran a/l Narayanasamy (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.
[3] Kesemua Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dan meminta untuk dibicarakan.

[4] Atas permohonan daripada Tuan TPR dan dengan persetujuan dari semua peguambela yang mewakili kesemua Tertuduh, kesemua Tertuduh dalam kedua-dua kes telah dibicarakan secara bersama dalam satu perbicaraan. Untuk kemudahan perbicaraan, Inspektor Hare Krishnan A/L Subramaniam (I/14794) dikenali sebagai Tertuduh 1, Sarjan Jaffri Bin Jaafar (RF/124039) dikenali sebagai Tertuduh 2, Koperal Mohd Nahar Bin Abdul Rahman (RF/122839) dikenali sebagai Tertuduh 3 dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Bin Shaari (RF/132728) pula dikanali sebagai Tertuduh 4.

[5] Perbicaraan telah bermula pada 17.2.2014 dan setelah memanggil seramai 58 orang saksi, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pendakwaan, Kuala Lumpur, Tuan TPR Suhaimi Bin Ibrahim telah menutup kes pihak pendakwaan pada 18.11.2014. Pihak-pihak telah berhujah pada 4.12.2014 dan pada 12.12.2014, saya telah menyampaikan keputusan Mahkamah ini. Setelah membuat pertimbangan secara maksima keterangan 58 saksi pendakwaan dan meneliti 49 Ekshibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan, Mahkamah ini mendapati kes pihak pendakwaan terhadap kesemua Tertuduh telah gagal mencapai tahap pembuktian kes Prima Facie atas pertuduhan yang dihadapkan kepada kesemua Tertuduh. Oleh yang demikian kesemua Tertuduh telah dibebaskan dengan tanpa dipanggil untuk membela diri mereka atas pertuduhan.

[6] Pihak Pendakwa Raya yang terkilan terhadap perintah pembebasan kesemua Tertuduh, merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap perintah pembebasan tersebut. Diperturunkan seterusnya di bawah ini alasan-alasan mengapa Mahkamah ini telah membebaskan kesemua Tertuduh daripada pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka.

Kes Pendakwaan

[7] Walaupun 58 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membentangkan naratif kes pendakwaan, tidak ada walau seorang saksi mata (eye witness ) dalam kes ini. Tidak ada saksi yang menyaksikan apakah yang telah dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini yang mungkin menyebabkan kecederaan atau kecederaan-kecederaan sehingga membawa kepada kematian Dharmendran a/l Narayanasamy KP:811028-14-5551 (Simati) dalam kes ini. Sungguh malang, kejadian ini telah dikatakan berlaku di dalam sebuah lokap di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang melibatkan Simati, seorang orang tahanan yang sedang dalam siasatan oleh pihak penguatkuasa undang-undang. Seramai 4 orang pegawai penguatkuasa undang-undang telah dipertuduhkan dengan kematian Simati. Dua fakta utama yang tidak dipertikaikan dalam kes ini adalah bahawa Simati adalah seorang orang tahanan di dalam lokap D9, IPK Kuala Lumpur, dan bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah pasukan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyoal-siasat Simati bersabit satu kejadian tembakan yang dilepaskan akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap kaum India yang berlaku di kawasan Cheras. Dalam insiden tersebut seorang bernama Saravanan A/L Naguru (SP21) telah mendapat kecederaan parah dan diwadkan untuk rawatan di Hospital HUKM, Bandar Tun Razak.

[8] Sebelum Simati ditangkap oleh pihak polis, beliau sempat membuat satu laporan polis mengenai insiden pergaduhan sehingga berlakunya tembakan dilepaskan terhadap SP21. Simati telah membuat satu laporan polis pada 11.5.2013 jam 9.35 malam, sebaik selepas berlakunya pergaduhan dan tembakan tersebut, di Balai Polis Pudu melalui Sungai Besi Report No. 004828/13 (D15). Antara lain, Simati menyatakan dalam laporan polis beliau D15 bahawa seramai 7 lelaki termasuk Saravanan (SP21) telah memukul beliau dengan "menggunakan helmet, kayu besi dan parang bertubi-tubi.....mereka berkata mahu membunuh saya...saya telah pengsan di sana.... ". Seterusnya Simati menyatakan "...Saya mengalami sakit dan bengkak di kepala, kedua-dua belah tangan, jari tangan kanan dan kedua-dua kaki saya...". Walaupun begitu, saksi-saksi pendakwaan menyatakan Simati berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sehat sepanjang masa berada di dalam tahanan lokap D9 dari 13.5.2013 sebaik ditangkap oleh Inspektor Mohd Fauzi Bin Mohd Shariff (SP4) pada 12.5.2013 jam 2.12 pagi sebaik Simati selesai memberi percakapan di IPD Cheras. Report tangkapan oleh SP4 seperti Pudu Report No. 003960/13 (P14).

[9] Menurut keterangan SP4 dan juga keterangan yang diberikan oleh Supt. Yahya Bin Abdul Rahman (SP17), Pegawai Turus D9 IPK Kuala Lumpur, Simati telah ditangkap dan ditahan bagi siasatan atas kesalahan cubaan untuk membunuh SP21. Kes itu disiasat oleh ASP Mohamed Sazif Bin Mohamed Subri (SP46). Saksi SP17 mengesahkan Simati telah ditahan di lokap D9 IPK Kuala Lumpur mulai 13.5.2013 sehingga ke 21.5.2013, tarikh Simati ditemui pengsan di dalam lokap tersebut oleh Tertuduh 2 dan kemudiannya disahkan oleh para medik telah meninggal dunia. Disamping mayat Simati, turut ditemui di dalam lokap D9 tersebut, satu alat inhaler bagi pesakit asthma. Isteri Simati, Marry A/P Mariay Susay (SP15) mengesahkan suaminya, Simati mempunyai penyakit asthma dan alat inhaler tersebut telah beliau berikan kepada Simati semasa beliau melawat suaminya itu pada 19.5.2013.

[10] Keterangan SP15 seterusnya agak penting. Selain bertemu dengan suaminya, SP15 telah berjumpa dengan Tertuduh 3 yang telah membuka gari di tangan Simati dan juga telah bertemu dengan Tertuduh 4 di lokap D9 tersebut. Pada 19.5.2013, iaitu 2 hari sebelum Simati meninggal dunia, SP15 ada bertanya kepada Simati adakah beliau telah dipukul dan Simati hanya menjawab kena pukul sikit saja. SP15 menyatakan dia tidak ada melihat sebarang kecederaan pada tangan dan muka suaminya. Malahan suaminya telah berbual-bual seperti biasa dan telah makan makanan yang dibawakan olehnya (SP15). Simati ada menyatakan kepada SP15 bahawa beliau ada dipukul sedikit. Ini berlaku pada atau sebelum 19.5.2013 sedangkan pertuduhan tidak merangkumi tarikh-tarikh selain tarikh 21.5.2013 di antara jam 2.20 petang hingga jam 4.30 petang. Pada 21.5.2013 saksi SP15 telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat serangan penyakit asthma dan sakit jantung.

[11] Saksi Detektif Lance Koperal Mohamad Fairul Bin Mohd Fauzi (SP41) adalah anggota dari Unit Kem Komandan yang telah ditugaskan untuk menjaga lokap pada 21.5.2013 mulai jam 3.00 petang hingga jam 7.00 petang. SP41 telah mengambil alih tugas sebagai sentri lokap daripada Lance Koperal Sokongan Mohd Fairus Bin Mohd Saharuddin (SP45) yang telah mula menjalankan tugas sebagai sentri lokap mulai jam 11.00 pagi hari yang sama. Menurut SP45, pada masa menerima tugas pada jam 11.00 pagi hari tersebut, lokap D9 adalah kosong. Tidak ada orang tahanan dalam lokap pada ketika itu. Oleh itu SP45 telah diarahkan untuk turun untuk membantu tugas di pondok pengawal di pintu masuk ke IPK Kuala Lumpur. Saksi SP41 yang tiba pada jam 2.45 petang di pondok pengawal untuk memulakan tugas sentri lokap D9 telah bertemu dengan SP45 dan penyelia beliau, Kpl. Norazman Bin Mohamed (SP30) di pondok pengawal yang sama. SP41 telah dimaklumkan oleh kedua-dua anggota tersebut bahawa tiada orang tahanan di dalam lokap dan lokap D9 kosong ketika itu. Oleh itu, SP41 terus berada di pondok pengawal membantu tugas-tugas pengawalan di pintu keluar masuk ke IPK Kuala Lumpur tersebut.

[12] Pada jam 4.30 petang, SP41 telah diarahkan untuk naik ke Tingkat 7 untuk menjaga lokap D9. Beliau terima panggilan dari Bahagian D9 dan arahan telah disampaikan kepada SP41 oleh Lance Koperal Jasmin Bin Jasin (SP56). Tiba di Pejabat Pertanyaan D9, SP41 memaklumkan kunci lokap berada pada Tertuduh 2 yang ketika itu sedang berada di lokap D9. Tiba di lokap SP41 mendapati pintu lokap dan pintu cel dalam keadaan terbuka dan SP41 melihat Simati berada dalam cel dalam keadaan terbaring dan Tertuduh 2 sedang mengejutkan Simati. Simati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menurut SP41, Tertuduh 2 memaklumkan bahawa beliau telah memanggil ambulan dan telah melaporkan kepada pengawal 24 jam, ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP42) yang sampai tidak berapa lama selepas itu. SP41 ingin membuat catitan dalam Buku Perharian Balai (D37) tetapi telah dihalang oleh Tertuduh 2 dan Tertuduh 2 telah mengambil D37 dan membawa pergi dari situ. SP41 kemudiannya telah membuat satu laporan polis di Balai Tun HS Lee No. 18468/2013 (P38).

[13] Pihak ambulan dan para medik telah sampai di lokap D9 pada jam 5.13 petang. Seorang Penolong Pegawai Perubatan, Mohammad Anwar Bin Mohamad (SP18) telah membuat pemeriksaan terhadap badan Simati dan mendapati Simati telah tidak lagi bernyawa. Beberapa pegawai kanan polis dari IPD Dang Wangi kemudiannya sampai ke lokap D9, termasuklah Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Satu mesyuarat dan taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian D9 dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa. Pada jam lebih kurang 7.30 malam, seorang koroner, Ery Shariman Bin Nor Ariffin (SP20) telah sampai dan telah memeriksa mayat Simati sebelum mengarahkan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengetahui sebab-sebab kematian Simati. Dalam laporan (P35) yang disediakan oleh SP20, Tuan koroner menyatakan beliau telah memeriksa keseluruhan badan Simati yang meliputi bahagian kepala, leher, dada, perut, rusuk kiri, rusuk kanan, kedua-dua tangan dan kaki serta bahagian kemaluan Simati dan mendapati dalam keadaan elok, tiada sebarang kesan luka atau lebam. SP20 hanya mendapati sedikit kesan luka di bahagian kanan atas tubuh Simati, luka yang biasa dan tanpa lebam.

[14] Mayat Simati telah dibedah siasat oleh Dr.Siew Sheue Feng (SP51), Pakar Perubatan Sains Forensik HKL. SP51 telah mengeluarkan satu laporan bedah siasat (P45) yang menyatakan hasil bedah siasat yang telah beliau lakukan ke atas jasad Simati pada 22.5.2013 jam 2.00 petang. Semasa membuat pemeriksaan luaran, SP51 menemui sejumlah 52 kecederaan luaran yang dialami oleh Simati, kebanyakannya lebam-lebam (bruises). SP51 menyimpulkan sebab-sebab kematian Simati adalah "Diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma".

Pembuktian Kes Prima Facie

[15] Tugas seorang Hakim bicara di akhir penutupan kes pendakwaan adalah seperti diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Acara Jenayah (KAJ) yang menyebutkan seperti berikut:
180. Procedure after conclusion of case for prosecution.
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a Prima Facie case against the accused.
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a Prima Facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
(3) If the Court finds that a Prima Facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
(4) For the purpose of this section, a Prima Facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.
[16] Di dalam kes Ahmad Najib Bin Aris v. PP [2009] 2 CLJ 800, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan kedudukan undang-undang di akhir kes pendakwaan seperti berikut:
"In dealing with the question as to the position of the law at the end of the prosecution's case and the steps to be taken by the trial Judge, useful reference may be made to the judgment of this Court in Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321 where the following pronouncement were made:
(a) In deciding whether a Prima Facie case has been established under the new section 180 CPC, a maximum evaluation of all the evidence adduced by the prosecution must be done and a Prima Facie case is one that is sufficient for the accused to answer, and the evidence adduced must be such that it can only be surrounded by evidence in rebuttal.
(b) If the evidence is unrebutted, and the accused remains silent, he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution's case is whether there is sufficient evidence to convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the affirmative, means that a Prima Facie case has been made out.
(c) Whenever the accused has chosen to remain silent, there is no necessity to re-evaluate the evidence to determine whether there is reasonable doubt in the absence of any further evidence".
[17] Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) telah memutuskan seperti berikut mengenai isu yang sama:
"The correct test to be applied whether a Prima Facie case had been made out under s. 180 CPC was that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ in Dato' Mokhter Hashim & Anor v. PP. Therefore, a judge sitting alone under s. 180 of the CPC must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question "If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case?" If the answer was in the negative, then no Prima Facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal..."
[18] Untuk membuktikan satu kes Prima Facie terhadap semua Tertuduh atas pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen yang berikut:
(a) Berlaku kematian terhadap Simati, DHAMENDRAN A/L NARAYANASAMY (KP No. 811028-14-5551);
(b) Kematian Simati berpunca dari kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang dikenakan kepada Simati;
(c) Kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang mengakibatkan kepada kematian Simati telah didatangkan oleh Tertuduh-Tertuduh;
(d) Perbuatan Tertuduh-Tertuduh yang mendatangkan kecederaan atau kecederaan-kecederaan kepada Simati sehingga mengakibatkan kematian kepada Simati telah dilakukan dalam salah satu keadaan berikut, sama ada:
(i) Perbuatan Tertuduh-Tertuduh itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan kematian kepada Simati; atau
(ii) Perbuatan Tertuduh-Tertuduh itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan sesuatu bencana tubuh yang Tertuduh-Tertuduh sendiri ketahui mungkin akan menyebabkan kepada kematian Simati; atau
(iii) Perbuatan Tertuduh-Tertuduh itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan sesuatu bencana tubuh kepada Simati dan bencana tubuh yang diniatkan itu adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kepada kematian Simati; atau
(iv) Tertuduh-Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan yang sangat berbahaya sehingga mungkin akan menyebabkan kematian atau menyebabkan bencana tubuh yang mungkin membawa kepada kematian Simati dan Tertuduh-Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan tanpa apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya yang menyebabkan kematian atau bencana tubuh sebagaimana tersebut itu; dan
(e) Tertuduh-Tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut atas niat bersama untuk mematikan Simati.
[19] Tugas saya sekarang adalah untuk membuat penilaian yang maksima terhadap keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan membuat keputusan sama ada semua elemen tersebut telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dalam Ucapan Pembukaan (P3), pihak pendakwaan bergantung kepada kekecualian di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan untuk membuktikan elemen keempat iaitu tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mana bencana tubuh yang diniatkan itu pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian kepada Simati.

[20] Dalam kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan mengikut keadaan untuk mendapatkan sabitan terhadap Tertuduh-Tertuduh. Adalah undang-undang yang mantap bahawa sabitan hanya boleh dikenakan terhadap Tertuduh-Tertuduh dalam keadaan setelah mengambilkira keseluruhan keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hanya dapat menjurus kepada satu konklusi yang konklusif bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang yang telah mendatangkan kecederaan atau kecederaan-kecederaan atau bencana tubuh kepada Simati yang cukup pada lazimnya mengakibatkan kepada kematian Simati. Sekiranya terdapat sesuatu penjelasan yang munasabah atau pun terdapat sesuatu kelompangan dalam keterangan mengikut keadaan tersebut, maka faedah keraguan hendaklah diberikan memihak kepada Tertuduh-Tertuduh dan Tertuduh-Tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan (Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296 dan Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195).

Kematian Simati

[21] Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang cukup kukuh bahawa seorang bernama Dhamendran A/L Narayanasamy K/P: 811028-14-5551 telah meninggal dunia. Fakta ini tidak dipertikaikan. Kematian Simati telah disahkan pada awalnya di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan, Muhammad Anwar Bin Mohamad (SP18). Kematian Simati telah berlaku di dalam cel lokap di Pejabat D9, IPK Kuala Lumpur pada petang 21.5.2013 di antara jam 2.20 petang hingga jam 4.30 petang.

[22] Kematian Simati turut disahkan oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP51) yang telah melakukan bedah siasat terhadap jasad Simati. Bedah siasat telah diadakan pada 22.5.2013 di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.45 petang. Semasa bedah siasat dijalankan, jurugambar Konstable Mohd Khairil Anuar Bin Mansor (SP2) telah diarahkan untuk merakam sejumlah 131 keping gambar-gambar bedah siasat yang dijalankan seperti di Ekshibit P9 (1-131). Walaupun terdapat kesilapan pada nombor kad pengenalan Simati yang dicatitkan oleh SP51 atas laporan bedah siasat yang beliau keluarkan, iaitu pada empat angka terakhir (6561 yang sepatutnya 5551), namun tiada keraguan mayat tersebut adalah mayat Simati Dhamendran A/L Narayanasamy. Mayat Simati itu telah dicamkan kepada SP51 oleh Pegawai Penyiasat Awal (Initial Investigating Officer ), ASP Kamarul Rizal Bin Jenal (SP54) dan juga oleh bapa mertua kepada Simati yang bernama Maliswaran A/L Supramaniam (SP55). Saya berpuas hati bahawa elemen pertama pertuduhan iaitu seorang bernama Dhamendran A/L Narayanasamy K/P: 811028-14-5551 telah meninggal dunia telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Kecederaan-Kecederaan Kepada Simati

[23] Elemen kedua yang perlu dibuktikan adalah bahawa Simati telah meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang telah didatangkan kepada tubuh badan Simati. Kematian Simati hendaklah dibuktikan bukan telah disebabkan atau disumbangkan oleh perkara-perkara atau sebab-sebab yang lain seperti akibat penyakit dan juga sebagainya.

[21] Jasad Simati telah dibedah siasat oleh SP51. Semasa membuat pemeriksaan luaran, SP51 telah menemui sejumlah 52 kecederaan pada badan Simati. Kecederaan-kecederaan tersebut dinyatakan di ruang "Marks of Injury" dalam laporan bedah siasat P45 yang disediakan oleh SP51. Kecederaan-kecederaan tersebut adalah seperti berikut:
1. The back of right auricular was stapled with a metal staple. Two puncture wounds were noted after removing the staple. Each puncture wound measuring 0.1 x 0.1 cm and the distance between them was 1.1 cm. These wounds partially penetrated the right auricular and were associated with haemorrhage of the surrounding tissues.
2. The front of left lobule was stapled with a metal staple. Two puncture wounds were noted after removing the staple. Each puncture wound measuring 0.1 x 0.1 cm and the distance between them was 0.6 cm. These wounds perforated the left lobule and were associated with haemorrhage of the surrounding tissues.
3. Bruise, measuring 7 x 4 cm on back of left auricular and left retro-auricular region.
4. Two bruises on right upper quadrant of abdomen, measuring 2 x 1.5 cm and 3 x 2 cm (outer to inner, respectively).
5. Bruise, measuring 5.5 x 2.5 cm on lower half of left upper quadrant of abdomen.
6. Bruise, measuring 7 x 5 cm on antero-lateral aspect of left sub costal area.
7. Patterned bruise, resembling an incomplete digital number 8 on left iliac fossa. This wound measuring 6.5 x 4.5 cm and was located below wound number '6'.
8. Bruise, measuring 14 x 7 cm on left loin, lateral to wound number '7'.
9. Bruise, measuring 15 x 5 cm on peri-umbilical area.
10. Bruise, measuring 3 x 2.5 cm on lateral aspect of right inguinal region.
11. Multiple bruises on right shoulder region, over an area measuring 16 cm x 10 cm; with an abrasion, measuring 2 x 0.3 cm on mid shoulder.
12. Thick haematoma, measuring 20 x 16 cm on left shoulder region.
13. Multiple overlapping bruises with thick haematoma formation on back of thorax, over an area measuring 56 cm x 35 cm. These bruises were associated with the following:
i. A group of 4 to 5 linear and circular abrasions on inner half of right scapular region.
ii. Multiple small abrasions scattered over the thoracic vertebrae and left scapular region.
14. A group of three double 'tramline' abraded bruises over the lumbar vertebrae. These wounds were arranged in parallel oblique pattern. Each wound measuring 1.5 x 1 cm.
15. A group of four double 'tramline' abraded bruises on lateral aspect of right posterior iliac crest. These wounds were arranged in parallel oblique pattern and measuring 3.5 x 1 cm, 3.2 x 1 cm, 3.5 x 1.2 cm and 3.5 x 0.5 cm (outer to inner respectively).
16. An oblique double 'tramline' bruise, measuring 4.5 x 1.2 cm on lateral aspect of right posterior iliac crest, slightly below and inner to wounds number'15'.
17. Two oblique double 'tramline' abraded bruises on the posterior iliac crest, measuring 2.5 x 1 m and 3 x 1 cm (outer to inner, respectively). These wounds were crisscrossed by three linear abraded bruises, measuring 2 x 0.7 cm each.
18. Bruise, measuring 11 x 7 cm on outer quadrants of right gluteal region.
19. Multiple bruises on lateral aspect of left groin, over an area measuring 9 cm x 6 cm.
20. An interrupted bruise, measuring 8 x 3 cm on upper-outer quadrant of left gluteal region.
21. Bruise from lateral aspect of left gluteal region to lateral aspect of the upper end of left thigh. This wound measuring 12.5 x 3 cm and was located below wound number '20'.
22. An oblique double 'tramline' bruise, measuring 2.5 x 0.8 cm on lateral aspect of upper end of left thigh, below wound number '21'.
23. Multiple overlapping bruises on lower quadrants of left gluteal region, over an area measuring 12.5 x 5 cm.
24. Bruise, measuring 7.5 x 3.5 cm on the back of left arm, above the axilla.
25. Bruise, measuring 8 x 4 cm on lateral aspect of left arm.
26. Bruise, measuring 14 x 2.5 cm on medial aspect of left arm.
27. Two oblique, double 'tramline' bruises on back of left arm, measuring 6 x 2.5 cm each.
28. An abraded double 'tramline' bruise, measuring 4 x 0.8 cm on inner aspect of left wrist; consistent with handcuff mark. This wound was associated with the following injuries:
i. Subcutaneous haemorrhage, measuring 7 x 2 cm on back of left wrist,
ii. Subcutaneous haemorrhage, measuring 6 x 2 cm on front of left wrist.
29. Bruise, measuring 6 x 1 cm on lateral wall of right axilla.
30. Bruise, measuring 11.5 x 4.5 cm on medial aspect of right arm.
31. Bruise, measuring 10 x 10 cm on right elbow region.
32. An oblique, double 'tramline' abrasion, measuring 6 x 0.5 m on back of right wrist-hand; consistent with handcuff mark.
33. Multiple bruises on lateral aspect of right thigh, over an area measuring 43.5 cm x 13 cm.
34. Thick haematoma on lower half of the front and lower third of medial aspect of right thigh, measuring 28 x 20 cm.
35. Bruise, measuring 4 x 2.5 cm on medial aspect of right knee.
36. A group of three bruises on front of right lower leg, measuring 6 x 3 cm, 4.5 x 3 cm and 3 x 2 cm (above to below, respectively).
37. Patterned injury in the form of two puncture wounds, measuring 0.1 x 0.1 cm each on front middle third of right lower leg. The distance between them was 1 cm.
38. Puncture wound, measuring 0.1 x 0.1 cm on front of middle third of right lower leg, below and inner to wound number '37'.
39. Bruise, measuring 9.5 x 5.5 cm on lower half of the back of right lower leg.
40. Bruise, measuring 11 x 10 cm on dorsum of right foot.
41. Extensive haematoma on front, lateral aspect and back of left thigh, measuring 50 x 31 cm.
42. Bruise, measuring 6 x 4 cm on inner aspect of left knee.
43. Bruise, measuring 3 x 2 cm below the left knee.
44. Patterned bruise, resembling an incomplete outline of a rectangle, measuring 19 x 4.5 cm on antero-medial aspect of upper third of left lower leg.
45. Multiple bruises on antero-medial aspect of lower half of left lower leg, over an area measuring 6 cm x 3 cm.
46. Puncture wound, measuring 0.1 x 0.1 cm on antero-medial aspect of middle third of left lower leg.
47. Patterned injury in the form of two puncture wounds on antero-medial aspect of lower third of left lower leg, measuring 0.2 x 0.1 cm and 0.1 x 0.1 cm (upper to lower, respectively). The distance between them was 1.1 cm.
48. Bruise, measuring 7 x 4 cm on dorsum of left foot.
49. Bruise, measuring 23 x 14 cm on lateral aspect of left lower leg.
50. Abraded bruises, measuring 13.5 x 10 cm on back of lower half of left lower leg.
The following injuries were noted after dissection of the skin:
51. Haematoma, measuring 9 x 6.5 cm on left half of face.
52. Patchy subcutaneous bruises on front of root of neck and upper chest, over an area measuring 13 cm x 8 cm.
[25] Menurut keterangan dan laporan bedah siasat (P45), Simati telah mengalami lebam-lebam dan lebam dangkal di seluruh badan. Terdapat juga kesan cucukan dipercayai dari besi kokot (stapler) di bahagian kaki dan terdapat besi kokot masih tertanam di bahagian teliga kiri dan kanan Simati. Saksi SP51 turut menyatakan terdapat kesan darah yang masih baru di selaput kulit mangsa. Oleh kerana keadaan kulit Simati yang agak gelap, SP51 menyatakan semua kecederaan yang telah dialami oleh Simati tidak kelihatan oleh mata kasar. Kecederaan-kecederaan tersebut jelas kelihatan setelah kulit badan Simati dibuka. Menurut SP51 kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh Simati berusia tidak lebih daripada 3 atau 4 hari sebelum kematian Simati. Ini bermakna kecederaan-kecederaan tersebut telah didatangkan kepada tubuh badan Simati dalam tempoh di antara 18.5.2013 sehingga 21.5.2013.

[26] Saksi SP51 seterusnya memberikan pandangan bahawa kecederaan-kecederaan lebam dan lebam dangkal yang dialami oleh Simati adalah sepadan dengan diakibatkan oleh benda tumpul dan keras atau hentakan kepada permukaan yang tumpul dan keras. SP51 juga menyatakan tidak terdapat kemungkinan kecederaan-kecederaan tersebut disebabkan oleh Simati sendiri (self inflicted injury ) dan tidak ada kecederaan untuk membela diri (defensive injury ). SP51 turut menyatakan bahawa kematian Simati bukanlah disebabkan atau disumbangkan secara besar oleh apa-apa penyakit dan dengan tegas menyatakan kematian Simati bukanlah disebabkan oleh serangan jantung mahupun disebabkan serangan penyakit asthma yang kronik. Kematian Simati adalah berpunca daripada kehilangan darah dari urat-urat darah akibat trauma terhadap seluruh badan Simati yang telah mengakibatkan oksigen tidak cukup dibekalkan ke organ penting dan ini telah menyebabkan kepada kematian Simati. Akhirnya, SP51 bagaimanapun bersetuju bahawa sekiranya kecederaan-kecederaan tersebut diambil secara berasingan, setiap satunya tidak akan membawa kepada kematian Simati. SP51 juga bersetuju bahawa orang yang mendatangkan setiap satu kecederaan tersebut tidak mempunyai niat untuk mematikan Simati mahupun mempunyai niat untuk mendatangkan bencana tubuh badan kepada Simati yang lazimnya boleh membawa kepada kematian Simati. Perlaku tersebut hanyalah dikatakan ingin mendatangkan kesakitan kepada badan Simati.

[27] Kepakaran SP51 langsung tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Oleh itu Mahkamah ini menerima keterangan pakar yang telah diberikan oleh SP51 mengenai sebab-sebab kematian Simati. Sebab Kematian Simati mengikut pendapat SP51 adalah "Diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma". Oleh itu saya berpuas hati dan mendapati bahawa kematian Simati adalah disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang telah didatangkan terhadap tubuh badan Simati, dan bukanlah dari sebab-sebab atau punca-punca yang lain. Dengan itu, elemen kedua pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Persoalan seterusnya, siapakan yang telah mendatangkan kecederaan atau kecederaan-kecederaan terhadap tubuh badan Simati tersebut, persoalan mengenai niat orang itu dan juga niat bersama orang-orang yang terlibat?

Niat

[28] Pembuktian elemen niat adalah satu persoalan fakta. Niat boleh ditemui melalui inferen yang munasabah daripada fakta dan keadaan dalam sesuatu kes. Niat juga dapat dilihat melalui kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh Simati. Dalam kes ini, tidak ada sebarang saksi mata yang melihat bagaimanakah kecederaan-kecederaan yang telah dikenakan terhadap tubuh badan Simati. Tidak ada juga walau seorang saksi pun yang mendengar sebarang jeritan, teriakan atau sebarang bunyi semasa kecederaan-kecederaan tersebut didatangkan terhadap tubuh badan Simati. Tidak ada sebarang senjata tumpul ditemui dan dirampas semasa siasatan pihak polis. Hanya ditemukan beberapa alat stapler di pejabat Bahagian D9 IPK Kuala Lumpur. Stapler adalah pada lazimnya boleh diperolehi di mana-mana pejabat mahu pun di rumah. Lazimnya stapler bukanlah suatu senjata maut (lethal weapon ). Tidak ada juga keterangan menunjukkan di manakah tempat atau tempat-tempat di mana Simati telah menerima kecederaan-kecederaan tersebut.

[29] Oleh itu tidak terdapat cukup keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang memudahkan Mahkamah ini untuk membuat inferen yang munasabah mengenai persoalan niat para perlaku jenayah dalam kes ini. Apa yang jelas dari keterangan SP51 bahawa perlaku yang mencederakan Simati tidak mempunyai niat untuk membunuh Simati mahu pun untuk mendatangkan bencana ubuh yang secara lazimnya boleh mendatangkan kematian kepada Simati. Kematian Simati bagaimana pun berlaku akibat dari kombinasi kecederaan-kecederaan serius terhadap saluran darah yang telah pecah dan mengalirkan keluar darah dari pembuluh darah sehingga menyebabkan kekurangan bekalan oksigen kepada badan Simati. Kecederaan-kecederaan tersebut akibat hentaman oleh benda tumpul. Tiada keterangan kukuh dan jelas siapakah dan bagaimanakah kecederaan-kecederaan tersebut telah dikenakan kepada tubuh badan Simati.

[30] Pihak pendakwaan dalam Ucapan Pembukaan (P6) telah memilih untuk bergantung kepada peruntukan di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan untuk membuktikan elemen niat. Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa Tertuduh-Tertuduh telah melakukan perbuatan dengan niat hendak mendatangkan bencana tubuh kepada Simati dan bencana tubuh yang diniatkan itu adalah cukup pada lazimnya akan menyebabkan kematian kepada Simati. Seksyen 300(c) Kanun tersebut memperuntukkan sebagai berikut:
300. Murder.
Except in the case hereinafter excepted, culpable homicide is murder -
(a)...
(b)...
(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
(d)...
[31] Berdasarkan kepada keterangan saksi pakar SP51, pihak pendakwaan nampaknya telah gagal untuk melepasi beban pembuktian bagi membuktikan elemen niat tersebut selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 300(c). Selain ketiadaan keterangan kukuh terhadap bagaimana bencana tubuh tersebut telah dikenakan terhadap Simati, sekiranya pun diterima bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang yang telah mendatangkan kecederaan-kecederaan tersebut kepada Simati, kecederaan-kecederaan tersebut secara individunya tidak cukup untuk mematikan Simati. Apatah lagi SP51 bersetuju perlaku tidak mempunyai niat untuk membunuh selain hanya untuk mendatangkan kesakitan sahaja kepada Simati dan perbuatan itu tidak secara lazimnya akan membawa kepada kematian Simati. Oleh itu saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen niat dalam kes ini.

Siapa Perlaku

[32] Elemen niat dan siapa perlaku yang telah mendatangkan bencana tubuh yang membawa kepada kematian kepada Simati adalah fakta yang saling kait mengait. Melihat kepada pertuduhan yang dihadapkan kepada Tertuduh-Tertuduh, Mahkamah ini hendaklah melihat kedua-dua elemen itu dalam koteks tarikh dan masa yang dipertuduhkan. Tarikh pertuduhan adalah pada 21.5.2013 jam antara 2.20 petang hingga 4.30 petang. Walaupun Simati telah ditahan di lokap D9 IPK Kuala Lumpur sejak daripada 13.5.2013, Simati kemudiannya telah dibebaskan pada pagi 21.5.2013 oleh kerana tempoh reman telah tamat pada tarikh itu. Simati kemudiannya telah dibebaskan (dibawa keluar dari IPK Kuala Lumpur) dan ditangkap semula pada hari yang sama di tempat di mana beliau telah dibebaskan pada awalnya. Keterangan Pegawai Turus D9, SP17 telah mengesahkan fakta ini. Tangkapan semula Simati adalah untuk siasatan bagi kes melibatkan rompakan berkawan menggunakan senjatapi di bawah seksyen 395/397 seperti Petaling Report No. 1384/13 (P21). Pegawai penyiasat kes itu adalah Inspektor Mohd Hairul Zaidi Bin Zainal (SP10).

[33] Pihak pendakwaan telah mengemukakan satu laporan polis yang kononnya telah dibuat oleh Tertuduh 1 yang dibuat melalui Balai Tun HS Lee No. 018421/13 (ID22). Laporan itu telah dibuat pada jam 2.13 petang 21.5.2013, berkaitan dengan tangkapan semula Simati pada jam 1.00 tengah hari 21.5.2013 di Jalan Galloway, di luar bangunan IPK Kuala Lumpur. Tangkapan telah dilakukan oleh sepasukan polis yang diketuai oleh Tertuduh 1. Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan bagaimanapun amat meragukan sama ada sebenarnya Simati telah dibebaskan dan ditangkap semula di Jalan Galloway. Begitu juga meragukan keterangan dan laporan polis ID22 yang mengatakan Simati telah ditangkap semula oleh Tertuduh 1 dan bahawa laporan polis tersebut sebenarnya telah dibuat oleh Tertuduh 1. Apa yang jelas adalah selepas Simati ditangkap semula, tiada keterangan dikemukakan apa seterusnya telah berlaku kepada Simati memandangkan SP41 dan SP45 menyatakan lokap D9 adalah kosong pada waktu itu. Pada masa yang sama, SP17 mengesahkan Tertuduh 1 tidak berada di pejabat D9 di antara jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada hari kejadian. Begitu juga dengan Tertuduh 3 dan 4 tidak kelihatan di pejabat D9 pada masa yang sama. Tertuduh-Tertuduh telah pergi mejalankan siasatan di luar pejabat, iaitu, ke IPK Negeri Sembilan dan juga ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras untuk menemubual saksi SP21. Selesai tugas tersebut, Tertuduh-Tertuduh telah pergi makan tengah hari di Cheras dan Tertuduh 1 telah pulang ke rumah beliau di Puchong.

[34] Pihak pendakwaan telah mengemukakan Jadual Tugas Harian untuk tempoh bermula dari 11.5.2013 sehingga 21.5.2013 (P34 A-K) melalui saksi Sarjan Rahim Bin Md Diah (SP19). Pihak pembelaan turut mengemukakan Jadual Tugas Harian bertarikh 21.5.2013 melalui saksi SP17. Setelah meneliti dokumen-dokumen tersebut, adalah didapati bahawa tugas untuk melakukan soal siasat terhadap orang tahanan lokap D9 pada hari itu adalah atas tanggungjawab Detektif Sarjan Kanaran A/L Kunjiraman (SP25) dan Detektif Koperal Romzi Bin Kasim (SP28). Manakala penyelia yang bertugas 24 jam adalah ASP Rico Tay (SP42) yang bertanggungjawab secara keseluruhannya menyelia tugas-tugas soal siasat tersebut. Tersenarai dalam Jadual Tugas Harian tersebut nama-nama semua empat Tertuduh bersama Detektif Koperal Javis Aldrian anak Oyo (SP33) sebagai tugas "Stand By 2". Saksi-saksi yang disebutkan, termasuk saksi SP17 mengesahkan tidak ada sebarang soal siasat telah dijalankan keatas Simati pada tarikh 21.5.2013 tersebut. Malahan siasatan terhadap Simati untuk kes di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan masih belum lagi bermula.

[35] Pihak-pihak juga telah mengemukakan Buku Perharian Balai (D37) yang digunakan oleh sentri lokap D9 untuk membuat catitan. Menurut entri 3149 dan entri 3150 menunjukkan pada jam 2.20 petang, Simati telah dibawa keluar dari lokap D9 oleh Tertuduh 3 untuk tujuan dibebaskan dengan tanpa syarat. Catitan asal (P44) menunjukkan terdapat kekeliruan tentang masa sebenar yang dicatitkan, sama ada jam 12.20 atau pun 1420. Terdapat pembetulan dan gangguan telah dilakukan terhadap catitan yang telah dibuat oleh SP45. Berdasarkan kepada entri 3151 menunjukkan pada jam 1450 Simati telah dimasukkan semula ke dalam lokap D9 kononnya oleh Tertuduh 1 sedangkan fakta dan siasatan pihak polis sendiri menunjukkan Tertuduh 1 berada di luar pejabat pada waktu itu. Kemudian mengikut entri seterusnya menunjukkan SP45 telah menyerahkan tugasnya kepada SP41 dan telah menyerahkan Simati yang berada di dalam lokap D9 pada masa itu, jam 3.00 petang dimana dilaporkan Simati berada dalam keadaan baik. Saksi SP41 kemudiannya telah membuat catitan dalam D37 untuk entri 3151 sehingga 3161 (P39A-C).

[36] Menurut keterangan lisan SP41 dan SP45, entri-entri yang telah mereka masukkan dalam Buku Perharian Balai tersebut adalah salah dan tidak benar. Kedua-dua saksi penting pihak pendakwaan tersebut menyatakan bahawa mereka telah diminta oleh pegawai atasan mereka supaya memasukkan entri-entri yang tidak benar tersebut untuk menjaga kepentingan pegawai atasan dan juga kepentingan PDRM. SP41 dan SP45 menyatakan bahawa mereka telah dipanggil oleh pegawai atasan pada hari kejadian sekitar jam 7.30 malam untuk menulis catitan-catitan itu semasa berada di Bilik Mesyuarat, Cawangan D9. Antara pegawai atasan yang mereka maksudkan termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa; Ketua Turus D9, Supt. Yahya Bin Abdul Rahman (SP17); Timbalan Ketua Turus D9, DSP Glenn Anthony Sinappah (SP31); ASP Kamaruzaman dan Tertuduh 1 yang juga turut hadir bersama. SP41 kemudiannya telah membuat satu laporan polis melalui Balai Tun HS Lee No. 5892/14 (P38) pada 16.2.2014 jam 11.02 malam, 9 bulan selepas kejadian. Saksi SP45 pula telah membuat satu laporan polis melalui Balai Tun HS Lee No. 5889/14 bertarikh 16.2.2014 jam 11.06 malam (P43), juga 9 bulan selepas kejadian. Kedua-dua laporan polis itu telah dibuat tidak sampai satu hari sebelum perbicaraan terhadap Tertuduh-Tertuduh dimulakan (perbicaraan bermula pada 17.2.2014 di mana SP1 telah mula memberi keterangan). Nampaknya, keterangan yang dibawa oleh pihak pendakwaan boleh menjuruskan kepada lebih daripada satu inferen. Inferen yang memihak kepada Tertuduh-Tertuduh hendaklah diterima pakai dan dalam keadaan itu, kes Prima Facie dikatakan gagal dibuktikan.

[37] Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuk keterangan dokumentari, saya berpuas hati tiada keterangan kukuh dan mencukupi untuk mendapati bahawa Tertuduh-Tertuduh telah secara bersama mendatangkan kecederaan tubuh badan Simati yang pada lazimnya akan menyebabkan kematian kepada Simati.

Niat Bersama

[38] Elemen terakhir yang wajib dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah elemen niat bersama Tertuduh-Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan tubuh badan Simati yang lazimnya membawa kepada kematian Simati. Kebetulanya Tertuduh-Tertuduh berada dalam satu pasukan yang sama. Selain dari itu tiada keterangan menunjukkan bahawa semua Tertuduh telah mencederakan Simati secara bersama pada tarikh dan waktu dalam pertuduhan. Tuan TPR berhujah bahawa niat bersama boleh dicapai pada bila-bila masa hatta pada masa kecederaan itu dilakukan ke atas Simati. Turut dihujahkan walaupun tidak semua berada pada satu tempat yang sama, penggunaan peralatan canggih boleh digunakan bagi menyalurkan arahan bertujuan untuk mencapai niat bersama. Mahkamah ini akur dengan keputusan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 yang dirujuk oleh Tuan TPR, namun dalam kes sekarang, fakta adalah berbeza dan tiada keterangan menunjukkan perkara itu telah berlaku dan terjadi dalam kes sekarang. Tugas resmi Tertuduh-Tertuduh adalah untuk menyoal siasat Simati untuk membantu pegawai penyiasat menyelesaikan siasatan sesuatu kes. Bukan tugas anggota polis untuk melakukan siasatan sehingga sanggup membunuh orang tahanan! Tidak ada keterangan kukuh menunjukkan semua Tertuduh telah mencapai niat bersama dengan sengaja untuk mendatangkan bencana tubuh yang lazimnya boleh membawa kepada kematian Simati. Saya berpuas hati dan mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen niat bersama terhadap Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini.

Konklusi

[39] Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hanyalah berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan. Keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan hendaklah cukup kukuh sehingga tanpa sebarang kelompangan mahu pun penjelasan yang lain selain daripada menuju ke arah kebersalahan Tertuduh-Tertuduh. Walaupun motif tidak menjadi satu elemen kepada pertuduhan, namun kes-kes yang melibatkan keterangan mengikut keadaan, motif boleh diketengahkan dan diterima sebagai sebahagian bukti kes pendakwaan. Saya tidak melihat ada sebarang motif dalam kes sekarang. Keterangan-keterangan mengikut keadaan dan keterangan berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang turut dipertikaikan ketepatannya tidak boleh menjadi keterangan yang kukuh dan mencukupi untuk menggantung Tertuduh-Tertuduh.

[40] Atas alasan-alasan tersebut di atas, dan setelah membuat pertimbangan yang maksima keseluruhan keterangan 58 orang saksi pendakwaan disamping keterangan-keterangan berbentuk dokumentari, saya berpuas hati kes pihak pendakwaan telah gagal untuk mencapai tahap pembuktian kes Prima Facie. Dengan kata lain, Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh-Tertuduh dengan pertuduhan sekiranya pembelaan mereka dipanggil dan mereka memilih untuk berdiam diri. Oleh itu, semua Tertuduh telah diperintahkan untuk dilepas dan dibebaskan dengan tanpa dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapkan.
(KAMARDIN HASHIM)
HAKIM
MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 2
KUALA LUMPUR
Bertarikh: 12 DISEMBER 2014



DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
[MAHKAMAH RAYUAN RAYUAN JENAYAH NO: W-06A (LB)-8-07/2016]
ANTARA
PENDAKWA RAYA
... PERAYU
DAN
1. HARE KRISHNAN K SUBRAMANIAM (I/14794)
2. JAFFRI JAAFAR (RF/124039)
3. MOHD NAHAR ABDUL RAHMAN (RF/122839)
4. MOHD HASWADI ZAMRI SHAARI (RF/132728)
... RESPONDEN-RESPONDEN
(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur,
Perbicaraan Jenayah No: 46B-02-09/2013 & 46B-03-09/2013
Antara
Pendakwa Raya
Dan
1. Hare Krishnan K Subramaniam (1/14794)
2. Jaffri Jaafar (RF/124039)
3. Mohd Nahar Abdul Rahman (RF/122839)
4. Mohd Haswadi Zamri Shaari (RF/132728))
KORAM:
TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR
MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR
IDRUS HARUN, HMR
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Latar belakang
[1] Responden Hare Krishnan a/l K. Subramaniam ("responden pertama"), seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dihadapkan dengan pertuduhan yang berikut:
"Bahawa kamu bersama-sama Jaffri bin Jaafar (RF/124039); Mohd Nahar bin Abdul Rahman (RF/122839) dan Mohd Haswadi Zamri bin Shaari (RF132728) pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran a/l Narayasamany (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.".
[2] Responden-responden Jaffri bin Jaafar ("responden kedua"), Mohd Nahar bin Abdul Rahman ("responden ketiga") dan Mohd Haswadi Zamri bin Shaari ("responden keempat") pula menghadapi pertuduhan yang berikut:
"Bahawa kamu bersama-sama Hare Krishnan a/l K. Subramaniam (I/14794) pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran a/l Narayanasamy (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.".
[3] Responden kedua ialah anggota polis berpangkat Sarjan manakala responden ketiga dan keempat masing-masing berpangkat Koperal. Mereka merupakan anggota-anggota bawahan responden pertama.

[4] Kedua-dua kes telah dibicarakan bersama setelah responden-responden mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan di atas. Di Mahkamah Tinggi, responden pertama, kedua, ketiga dan keempat masing-masing dikenali sebagai tertuduh 1, 2, 3 dan 4.

[5] Di akhir kes pendakwaan, responden-responden telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya merayu ke Mahkamah ini. Rayuan Pendakwa Raya telah dibenarkan. Responden-responden telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

[6] Selepas mendengar kes pembelaan, Mahkamah Tinggi sekali lagi melepaskan dan membebaskan responden-responden.

[7] Di hadapan kami ialah rayuan Pendakwa Raya terhadap perintah pelepasan dan pembebasan di akhir kes pembelaan tersebut. Setelah mendengar hujahan pihak-pihak dan meneliti rekod rayuan, kami sebulat suara menolak rayuan Pendakwa Raya dan mengesahkan perintah pelepasan dan pembebasan responden-responden. Berikut adalah alasan kami.

Kes Pendakwaan

[8] Secara ringkas, kes pendakwaan ialah seperti berikut. Responden-responden ialah pasukan yang bertanggungjawab untuk menyoalsiasat Dhamendran a/l Narayanasamy (si mati) berikutan satu kejadian tembakan yang dilepaskan akibat pergaduhan dua (2) kumpulan kongsi gelap kaum India. Pergaduhan berlaku di kawasan Cheras. Dalam kejadian tersebut, seorang bernama Saravanan a/l Naguru (SP21) mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital HUKM, Bandar Tun Razak.

[9] Si mati telah ditangkap oleh Inspektor Mohd Fauzi bin Mohd Sharif (SP4) pada 12.5.2013 jam 2.12 pagi. Mulai 13.5.2013 sehingga 21.5.2013, si mati ditahan di lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP4 dan Pegawai Turus D9, IPK Kuala Lumpur, Supt. Yahya bin Abdul Rahman (SP17), si mati telah ditangkap dan ditahan untuk disiasat berhubung dengan kes cubaan membunuh. Kes cubaan membunuh itu disiasat oleh ASP Mohamed Sazif bin Mohamed Subri (SP46).

[10] Sebaik berlaku pergaduhan dan kejadian tembakan terhadap SP21 dan sebelum si mati ditangkap oleh pihak polis, pada 11.5.2013 jam 9.35 malam, si mati ada membuat laporan polis (eksibit D15). Dalam laporan polis itu, si mati menyatakan, antara lain, bahawa SP21 telah memukul beliau dengan "menggunakan helmet, kayu besi dan parang bertubi-tubi ke arah saya... mereka berkata mahu membunuh saya... saya telah pengsan di sana... saya mengalami sakit dan bengkak di kepala, kedua-dua belah tangan, jari tangan kanan dan kedua-dua kaki saya...".

[11] Pada 21.5.2013, si mati ditemui pengsan oleh responden kedua dalam lokap. Si mati kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh paramedik. Turut ditemui dalam lokap ialah satu alat inhaler bagi penyakit asthma.

[12] Isteri si mati, Marry a/p Mariay Susay (SP15), mengesahkan bahawa si mati mempunyai penyakit asthma. SP15 juga mengesahkan bahawa beliau yang memberi inhaler kepada si mati ketika beliau melawat si mati pada 19.5.2013. Selain itu, SP15 menyatakan bahawa selain bertemu suaminya di lokap pada 19.5.2013, dia juga telah berjumpa dengan responden ketiga yang membuka gari di tangan si mati. SP15 juga berjumpa responden keempat di lokap tersebut. Menurut SP15, ketika melawat si mati pada 19.5.2013, beliau ada bertanyakan si mati sama ada dia dipukul. Si mati menjawab bahawa beliau 'kena pukul sikit saja' dan ini berlaku sebelum 19.5.2013. SP15 tidak melihat sebarang kecederaan pada si mati. Si mati berbual-bual dengan SP15 seperti biasa dan makan makanan yang dibawa oleh SP15.

[13] Detektif Lance Koperal Mohamad Fairul bin Mohd Fauzi (SP41), anggota dari Unit Komandan bertugas menjaga lokap pada 21.5.2013 mulai jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. SP41 mengambil alih tugas menjaga lokap daripada Lance Koperal Sokongan Mohd Fairus bin Mohd Shaharuddin (SP45) yang menjalankan tugas pada hari yang sama mulai jam 11.00 pagi. Menurut SP45, ketika beliau menerima tugas pada jam 11.00 pagi hari tersebut, lokap D9 adalah kosong. Tiada orang tahanan dalam lokap tersebut. Oleh sebab itu, SP45 telah diarah turun untuk membantu tugas di pondok pengawal di pintu masuk ke IPK Kuala Lumpur.

[14] SP41 yang tiba untuk memulakan tugas di lokap pada jam 2.45 petang telah bertemu SP45 dan penyelia Koperal Norazman bin Mohamed (SP30) di pondok pengawal. SP41 telah dimaklumkan oleh kedua-dua SP45 dan SP30 bahawa tiada orang tahanan dalam lokap. SP41 terus berada di pondok pengawal membantu tugas-tugas pengawal di pintu keluar masuk IPK Kuala Lumpur.

[15] Pada jam 4.30 petang, SP41 telah diarahkan untuk naik ke tingkat 7 untuk menjaga lokap D9. Arahan telah disampaikan oleh Lance Koperal Jasmin bin Jasin (SP56). Setiba di pejabat pertanyaan D9, SP41 dimaklumkan bahawa kunci lokap berada pada responden kedua yang ketika itu berada di lokap. Apabila SP41 sampai di lokap, beliau mendapati pintu lokap dan pintu sel dalam keadaan terbuka. Si mati dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sel dan responden kedua sedang mengejutkan si mati. Responden kedua memaklumkan kepada SP41 bahawa beliau telah memanggil ambulan dan telah melaporkan kepada pengawal 24 jam, ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay (SP42), yang sampai ke tempat kejadian tidak berapa lama selepas itu.

[16] SP41 ingin membuat catatan dalam Buku Perharian Balai (eksibit D37) tetapi telah dihalang oleh responden kedua. Responden kedua telah mengambil D37 dan membawa pergi dari situ. SP41 kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Tun HS Lee (eksibit P38).

[17] Koroner Erry Shariman bin Nor Aripin (SP20) melaporkan bahawa beliau telah memeriksa keseluruhan badan si mati yang meliputi bahagian kepala, leher, dada, perut, rusuk kiri, rusuk kanan, kedua-dua tangan dan kaki serta bahagian kemaluan si mati. Kecuali sedikit luka biasa tanpa lebam di bahagian kanan atas tubuh si mati, SP20 mendapati tubuh si mati dalam keadaan elok. Tiada sebarang kesan luka atau lebam ditemui.

[18] Mayat si mati dibedah siasat oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP51), Pakar Perubatan Sains Forensik HKL. Dalam laporan bedah siasat (eksibit P45), SP51 menyatakan bahawa si mati mati pada 21.5.2013 jam 2.00 petang. SP51 mendapati sejumlah 52 kecederaan luaran pada si mati, kebanyakannya lebam-lebam dan lebam dangkal di seluruh badan. Terdapat juga kesan cucukan dipercayai dari besi kokot ("stapler") di bahagian kaki dan terdapat stapler yang masih tertanam di bahagian telinga kiri dan kanan si mati. Terdapat juga kesan darah yang masih baru di selaput kulit si mati.

[19] SP51 memberi pandangan bahawa kecederaan-kecederaan lebam dan lebam dangkal yang dialami oleh si mati adalah sepadan dan diakibatkan oleh benda tumpul dan keras atau hentakan kepada permukaan yang tumpul dan keras. Kematian si mati adalah berpunca daripada kehilangan darah dari urat-urat darah akibat trauma terhadap seluruh badan si mati yang telah mengakibatkan bekalan oksigen ke organ penting tidak mencukupi. Sebab-sebab kematian disimpulkan oleh SP51 sebagai "Diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma.".

Dapatan di akhir kes pendakwaan

[20] Pihak pendakwaan bergantung kepada peruntukan seksyen 300(c) Kanun Keseksaan dan kepada keterangan ikut keadaan untuk mendapatkan sabitan terhadap responden-responden. Seksyen 300 Kanun Keseksaan menyebut:
"300. Murder.
Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder:-
(a)...
(b)...
(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
(d)...".
[21] Dalam menimbangkan sama ada suatu kes prima facie telah dibuktikan terhadap responden-responden, hakim bicara telah menilai sama ada elemen-elemen berikut telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan:-
(a) Berlaku kematian terhadap si mati;
(b) Kematian si mati berpunca daripada kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang dikenakan kepada si mati;
(c) Kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang mengakibatkan kepada kematian si mati telah didatangkan oleh responden-responden;
(d) Perbuatan responden-responden yang mendatangkan kecederaan atau kecederaan-kecederaan kepada si mati sehingga mengakibatkan kematian kepada si mati telah dilakukan dalam salah satu keadaan berikut, sama ada:-
(i) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan kematian kepada si mati; atau
(ii) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan sesuatu bencana tubuh yang responden-responden sendiri ketahui mungkin akan menyebabkan kepada kematian si mati; atau
(iii) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan sesuatu bencana tubuh kepada si mati dan bencana tubuh yang diniatkan itu adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kepada kematian si mati; atau
(iv) Responden-responden melakukan perbuatan itu dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan yang sangat berbahaya sehingga mungkin akan menyebabkan kematian atau menyebabkan bencana tubuh yang mungkin membawa kepada kematian si mati dan responden-responden melakukan perbuatan itu dengan tanpa apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya yang menyebabkan kematian atau bencana tubuh sebagaimana tersebut itu; dan
(e) Responden-responden telah melakukan perbuatan tersebut dengan niat bersama untuk mematikan si mati.
[22] Hakim bicara mendapati bahawa elemen pertama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Mengenai elemen kedua, setelah menilai keterangan SP51, hakim bicara berpuashati bahawa kematian si mati adalah disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang didatangkan terhadap tubuh badan si mati dan bukanlah dari sebab atau punca yang lain. Dengan itu, hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen kedua.

[23] Elemen seterusnya yang dipertimbangkan oleh hakim bicara ialah niat. Dinyatakan oleh hakim bicara bahawa (Rekod Rayuan Jld 1: ms 86-87):-
"[25] Pembuktian elemen niat adalah satu persoalan fakta. Niat boleh ditemui melalui inferen yang munasabah daripada fakta dan keadaan dalam sesuatu kes. Niat juga dapat dilihat melalui kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh Simati. Dalam kes ini, tidak ada sebarang saksi mata yang melihat bagaimanakah kecederaan-kecederaan yang telah dikenakan terhadap tubuh badan Simati. Tidak ada juga walau seorang saksi pun yang mendengar sebarang jeritan, teriakan atau sebarang bunyi semasa kecederaan-kecederaan tersebut didatangkan terhadap tubuh badan Simati. Tidak ada sebarang senjata tumpul ditemui dan dirampas semasa siasatan pihak polis. Hanya ditemukan beberapa alat stapler di pejabat Bahagian D9 IPK Kuala Lumpur. Stapler adalah pada lazimnya boleh diperolehi di mana-mana pejabat mahu pun di rumah. Lazimnya stapler bukanlah suatu senjata maut (lethal weapon). Tidak ada juga keterangan menunjukkan di manakah tempat atau tempat-tempat di mana Simati telah menerima kecederaan-kecederaan tersebut.
[26] Oleh itu tidak terdapat cukup keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang memudahkan Mahkamah ini untuk membuat inferen yang munasabah mengenai persoalan niat para perlaku jenayah dalam kes ini. Apa yang jelas dari keterangan SP51 bahawa perlaku yang mencederakan Simati tidak mempunyai niat untuk membunuh Simati mahu pun untuk mendatangkan bencana tubuh yang secara lazimnya boleh mendatangkan kematian kepada Simati. Kematian Simati bagaimanapun berlaku akibat dari kombinasi kecederaan-kecederaan serius terhadap saluran darah yang telah pecah dan mengalirkan keluar darah dari pembuluh darah sehingga menyebabkan kekurangan bekalan oksigen kepada badan Simati. Kecederaan-kecederaan tersebut akibat hentaman oleh benda tumpul. Tiada keterangan kukuh dan jelas siapakah dan bagaimanakah kecederaan-kecederaan tersebut telah dikenakan kepada tubuh badan Simati.
[27]...
[28]... Selain ketiadaan keterangan kukuh terhadap bagaimana bencana tubuh tersebut telah dikenakan terhadap Simati, sekiranya pun diterima bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang yang telah mendatangkan kecederaan-kecederaan tersebut kepada Simati, kecederaaan-kecederaan tersebut secara individunya tidak cukup untuk mematikan Simati. Apatah lagi SP51 bersetuju perlaku tidak mempunyai niat untuk membunuh selain hanya untuk mendatangkan kesakitan sahaja kepada Simati dan perbuatan itu tidak secara lazimnya akan membawa kepada kematian Simati. Oleh itu saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen niat dalam kes ini.".
[24] Justeru, responden-responden telah dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Bagaimanapun, atas rayuan Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah mengakaskan keputusan hakim bicara apabila rayuan Pendakwa Raya dibenarkan dan responden-responden diperintahkan untuk membela diri. Mahkamah ini juga telah membenarkan permohonan Pendakwa Raya untuk meminda tarikh pertuduhan dari "21.5.2013" kepada "di antara 18.5.2013 sehingga 21.5.2013.".

Kes Pembelaan

[25] Kes pembelaan telah dinyatakan secara terperinci oleh hakim bicara di ms 18-33 Rekod Rayuan Jld 1. Kami tidak berhasrat mengulanginya secara terperinci di sini. Memadai dinyatakan bahawa dalam keterangan yang diberikan secara bersumpah, intipati pembelaan responden-responden ialah alibi di mana kesemua responden menyatakan bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa dalam pertuduhan. Untuk menyokong pembelaan alibi mereka, responden-responden juga masing-masing mengemukakan saksi-saksi.

[26] Keterangan responden pertama antara lain, ialah bahawa:-
(i) beliau tidak pernah pada bila-bila masa dilantik sebagai pegawai soal siasat terhadap si mati;
(ii) beliau dilantik oleh SP17 sebagai pegawai projek bagi siasatan kes terhadap si mati;
(iii) sebagai pegawai projek, tugas beliau hanya melibatkan operasi risikan, serbuan, rampasan dan tangkapan hasil maklumat yang diberikan oleh pegawai yang menjalankan soal siasat terhadap si mati;
(iv) beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada anggota pasukan beliau untuk menjalankan soal siasat terhadap si mati tetapi mengakui memberi kebenaran kepada SP15 untuk melawat si mati;
(v) beliau menyangkal entri yang dibuat oleh RF 163931 Mohd Khairul Hafiz bin Mohammad Tarmizi (SP43) yang mencatatkan bahawa pada 19.5.2015 jam 4.00 petang, beliau telah memasukkan semula si mati dalam lokap D9;
(vi) pada 19.5.2013, jam 4.00 petang, beliau bersama beberapa anggota pasukan beliau berada di Klang menjalankan penyiasatan satu kes colek;
(vii) beliau menafikan ada memberi arahan kepada D/L/Kpl 144682 Mohamad Fairul bin Mohd Fauzi (SP41) untuk membuat laporan polis THSL 018468/2013 (eksibit P38);
(viii) satu inkuiri telah dijalankan oleh Supt. Choo Lili (SD2) yang mengesahkan bahawa pada 21.5.2013 antara jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang beliau tidak berada di pejabat;
(ix) keputusan inkuiri oleh SD2 disahkan melalui 'phone mapping' yang telah dilakukan oleh ASP Koh Fei Cheow (SD3) yang menunjukkan bahawa pada waktu yang material, beliau berada di luar kawasan IPK, Kuala Lumpur;
(x) beliau tidak pernah memberi sebarang arahan untuk sentri membuat entri palsu dalam station diary lokap D9; dan
(xi) keselamatan orang dalam tahanan lokap D9 bukan tanggungjawab beliau tetapi adalah tanggungjawab Team Inspector 24 jam.
[27] Intipati keterangan responden pertama seperti di atas disokong oleh responden kedua, ketiga dan keempat. Dengan kata lain, keterangan keempat-empat responden adalah konsisten mengenai tugas dan peranan mereka sebagai anggota pasukan projek yang pada waktu-waktu material berada di luar pejabat untuk menjalankan siasatan kes terhadap simati dan kes-kes lain sebagaimana diarahkan dan bahawa mereka tidak bertanggungjawab menyoalsiasat si mati.

[28] Jamaluddin bin Ali (SD13) adalah salah seorang saksi penting bagi kes pembelaan. SD13 ditangkap pada tengah malam 19.5.2013 dan dimasukkan dalam lokap D9 pada jam lebih kurang 1.30 pagi 20.5.2013. SD13 berada dalam lokap yang sama dengan si mati. Keterangan SD13 adalah bahawa pada 20.5.2013, antara jam 7.00 hingga 8.00 pagi, seorang sentri yang kemudiannya disahkan sebagai L/Kpl Mohamad Adnan Masri bin Safril (SP53) telah memukul si mati menggunakan getah paip dan telah mendenda kesemua tahanan dalam lokap termasuk si mati. SD13 menyatakan bahawa beliau nampak si mati dibawa keluar dari dalam lokap D9 dan ditampar serta dipukul oleh SP53. Selain itu, si mati juga telah disepak, ditumbuk dan dipukul dengan getah paip oleh SP53. SD13 juga menyatakan bahawa sepanjang berada dalam lokap D9, beliau tidak pernah melihat keempat-empat responden datang ke lokap tersebut. Walaupun dicabar oleh pihak pendakwaan, hakim bicara mendapati kredibiliti SD13 tidak tercalar sehingga pihak pembelaan menutup kes mereka.

[29] Saksi-saksi pendakwaan Sjn. Rahim bin Md Diah (SP19) dan Sjn Mohd Saad bin Kimbok (SP40) telah dipanggil semula di peringkat kes pembelaan. SP40 bertanggungjawab menyediakan Jadual Tugas Harian Cawangan D9 IPK Kuala Lumpur bagi tarikh-tarikh 13.5.2013 (eksibit D61), 18.5.2013 (eksibit D62), 19.5.2013 (D63), 20.5.2013 (D64) dan 21.5.2013 (D30). Berikut, antara lain, ialah keterangan SP40:-
(i) pada 13.5.2013, kesemua responden bertugas 'standby' manakala dua (2) anggota iaitu Kpl. Khidir dan Kpl. Azlan bertugas sebagai anggota soal siasat;
(ii) pada 18.5.2013 kesemua responden menjalankan tugas escort dan standby dan tiada anggota atau pegawai ditugaskan untuk soal siasat pada tarikh tersebut; dan
(iii) pada 19.5.2013 dan 20.5.2013, tidak ada anggota atau pegawai ditugaskan menjalankan soal siasat.
[30] SP40 mengesahkan bahawa sepanjang 18.5.2013 sehingga 20.5.2013, kesemua responden tidak ada menjalankan tugas soal siasat kerana mereka bertugas dalam Pasukan Projek yang menjalankan serbuan, risikan, tangkapan dan rampasan. SP40 juga mengesahkan bahawa pasukan dikenali sebagai "SS" (Siasatan Sulit) atau "Strike Team" boleh menjalankan tugas soal siasat jika diarahkan oleh Pegawai Turus D9. Sekiranya ada soal siasat maka proses soal siasat dan kawalan lokap D9 berada di bawah tugas pegawai/anggota bertugas 24 jam. Pegawai "SS" terdiri daripada Kpl. Mohd Nazri bin Masrul (SD12) dan Kpl. Ram Singh.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pembelaan

[31] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara mengarahkan mindanya kepada peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah dan kepada prinsip undang-undang mengenai beban adalah terletak atas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap responden-responden melampaui keraguan yang munasabah seperti dinyatakan dalam kes-kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; PP v. Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 CLJ 281; [2002] 5 MLJ 406 dan PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16. Selain itu, hakim bicara juga mengingatkan dirinya mengenai prinsip-prinsip berkaitan keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) sebagaimana dijelaskan dalam kes-kes Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195; Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] 1 MLJ 296 dan Rajamorgan Marimuthu v. PP [2014] 6 CLJ 850.

[32] Setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada, hakim bicara memutuskan bahawa keterangan-keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah disangkal oleh pihak pembelaan satu persatu. Kesimpulannya, hakim bicara mendapati bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes prima facie pihak pendakwaan dan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan pindaan terhadap responden-responden melampaui keraguan yang munasabah. Berikutan itu responden-responden telah dilepaskan dan dibebaskan, justeru rayuan di hadapan kami.

Rayuan

[33] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang terpelajar mengutarakan satu isu sahaja iaitu bahawa kesemua responden hanya mengemukakan pembelaan bersifat penafian semata ("bare denial"). Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, TPR berhujah bahawa dapat dirungkaikan kesemua responden mempunyai akses kepada lokap tempat si mati ditahan. TPR bergantung khususnya kepada keterangan SP17, SP41, SP45 dan SP24 yang menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai akses dalam urusan soal siasat dan siasatan terhadap si mati.

[34] Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesemua responden berpegang kepada pembelaan alibi dan menyatakan tidak berada di tempat kejadian namun berdasarkan keterangan SP41 yang melihat responden kedua berada di sisi si mati sewaktu kembali ke lokap menunjukkan keberadaan responden kedua di kawasan kejadian.

[35] Begitu juga dengan keterangan SP45 dan SP41 yang menyatakan mereka telah menerima arahan daripada pegawai atasan iaitu responden pertama untuk mengisi station diary berdasarkan arahan dan fakta oleh responden pertama dan menyatakan fakta itu merupakan fakta yang tidak tepat.

[36] TPR juga menghujahkan bahawa hakim bicara tidak membuat penilaian maksima kepada keterangan ini kerana responden pertama tidak menyangkal dan memberikan penerangan lanjut tentang keterangan SP45 dan SP41 tersebut. Oleh itu, keterangan tentang maklumat yang tidak tepat yang diisi itu kekal dalam naratif pendakwaan tanpa disangkal oleh kesemua responden. Dihujahkan seterusnya oleh TPR terpelajar bahawa oleh kerana responden-responden gagal menyangkal keterangan saksi pendakwaan tentang fakta maklumat dalam station diary dan tentang keberadaan responden kedua di sisi si mati, responden-responden telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.

[37] TPR menjemput Mahkamah ini menilai semula keterangan saksi pendakwaan SP24 di peringkat kes pendakwaan dengan melihat keterangan SD13. Mengikut SD13, si mati dipukul oleh SP53 di luar lokap, sedangkan tiada keterangan daripada SP24 yang menunjukkan si mati dipukul oleh SP53. Apa yang dinyatakan oleh SP24 adalah bahawa dia mengecam responden kedua, ketiga dan keempat yang membawa si mati keluar masuk lokap bagi tujuan siasatan dan dinyatakan si mati pernah memberitahu yang dia ada dipukul oleh pihak polis tetapi tidak mendedahkan siapa pelakunya. Oleh itu TPR menghujahkan bahawa perkara ini merupakan satu fakta yang perlu diperhalusi di mana hakim bicara khilaf kerana tidak menilai dengan wajar keterangan SP24, SP41 dan SP45.

Dapatan/Keputusan kami

[38] Rayuan pihak pendakwaan hanya membangkitkan satu persoalan untuk pertimbangan kami, iaitu sama ada hakim bicara khilaf kerana gagal menilai keterangan SP24, SP41 dan SP45 dengan wajar. Berkaitan keterangan SP24, aspek yang dikatakan gagal dinilai secukupnya oleh hakim bicara ialah bahawa tiada keterangan daripada SP24 yang menunjukkan si mati pernah dipukul oleh SP53 di luar lokap.

[39] Berhubung SP41 dan SP45 pula, hakim bicara dikatakan gagal menilai keterangan mereka mengenai station diary dan mengenai akses oleh responden-responden kepada si mati.

[40] Jelas bahawa dalam menggesa kami mengakas keputusan hakim bicara, TPR yang terpelajar bergantung hanya kepada keterangan bahawa kesemua responden dikatakan mempunyai akses kepada lokap di mana si mati berada dan juga kepada fakta bahawa responden kedua adalah orang yang terakhir dilihat bersama si mati.

[41] Pertamanya, kami dengan hormatnya tidak bersetuju dengan hujahan TPR bahawa pembelaan responden-responden adalah penafian semata (bare denial). Nas yang seringkali dirujuk berhubung pembelaan "bare denial" ialah D.A. Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 di mana Raja Azlan Shah C.J (Malaya) (Baginda ketika itu) memutuskan:-
"The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasonable doubt on the prosecution case against the appellant.".
[42] Berbeza dengan kes D.A. Duncan (supra), pembelaan responden-responden di sini bukan a "simple denial" sebaliknya responden-responden telah memberi keterangan atau penjelasan yang mencukupi dalam menafikan kes pendakwaan terhadap mereka. Kes ini juga berbeza dengan kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692 di mana Mahkamah Persekutuan menggariskan prinsip bahawa pembelaan alibi gagal jika tertuduh dikenalpasti sebagai orang yang terlibat dalam jenayah yang dipertuduhkan. Bagi kes semasa, tiada sebarang keterangan yang menunjukkan responden-responden atau salah seorang daripada mereka dikenalpasti oleh mana-mana saksi pendakwaan sebagai orang yang telah memukul atau melakukan sesuatu kepada si mati yang mengakibatkan kematiannya.

[43] Selanjutnya, sebagaimana diakui oleh ASP Chang Chee Fong (SP58) notis-notis alibi yang dikemukakan oleh responden-responden tidak disiasat. Penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Vasan Singh v. PP [1989] 1 CLJ Rep 166; [1988] 3 MLJ 412 menyebut di ms 414:-
"The primary purpose of an alibi notice is to alert the prosecution to the fact that an alibi might be relied upon so that they may have the opportunity before the trial of making such investigations as they think fit. It may well be that the alibi is in fact true in which event the prosecution will either withdraw the charge or offer no evidence in the case.
The defence of alibi is a legitimate defence and in fact is often the only evidence of an innocent man.".
[44] Dalam kes ini, bukan sahaja alibi gagal disiasat, malahan keterangan responden-responden tentang keberadaan responden-responden di tempat selain dari di tempat kejadian di lokap D9 pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan serta keterangan saksi-saksi lain pihak pembelaan yang menyokong alibi responden-responden tidak langsung dicabar oleh pihak pendakwaan. Perlu juga ditekankan bahawa asas pembelaan responden-responden bahawa mereka tidak terlibat dengan soalsiasat si mati dan hanya menjalankan tugas serbuan, risikan, tangkapan dan rampasan disokong oleh saksi pendakwaan sendiri, iaitu keterangan SP40 seperti dibentangkan di perenggan [29-30] di atas.

[45] Keduanya, setelah menimbang dengan cermat hujahan pihak-pihak dan meneliti rekod rayuan, kami tidak bersetuju dengan TPR yang terpelajar bahawa hakim bicara gagal menilai keterangan SP24, SP41 dan SP45 dengan wajar. Bertentangan dengan hujahan TPR, kami mendapati bahawa hakim bicara telah memberi penilaian sewajarnya kepada keterangan saksi-saksi SP24, SP41 dan SP45 dalam mempertimbangkan sama ada pembelaan responden-responden berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Memadai untuk kami petik alasan penghakiman hakim bicara yang relevan seperti berikut (Rekod Rayuan Jld 1: ms 52-55):-
"[47] Tuan TPR yang bijaksana juga berhujah bahawa semua Tertuduh telah memukul simati. Namun sehingga diakhir kes, tidak ada walau secebis keterangan dibawa untuk menunjukkan fakta ini. Sebaliknya pihak pembelaan telah mengemukakan keterangan melalui saksi SD13 bahawa pada awal pagi 20.5.2013, SP53 adalah orang yang telah memukul simati menggunakan getah paip dan seterusnya mengenakan denda yang cukup berat terhadap semua tahanan termasuk simati kerana kesalahan simati menghisap rokok di dalam cell dan menghembus asap rokok kepada SP53. Saksi SP53 mengakui akan kejadian tersebut sebagai benar berlaku tetapi menafikan ada memukul simati dan sebaliknya menyatakan hanya mengacah-acah sahaja. SP53 tidak dapat menjelaskan tentang tindakannya membawa keluar simati dari dalam cell sekiranya hanya setakat untuk memberi amaran keras kepada simati. SP53 akhirnya mengakui ada "physical contact" berlaku kepada simati. Keterangan berkaitan insiden ini turut disebut dalam keterangan saksi pendakwaan sendiri. SP24 yang turut berada di dalam cell bersama simati dan SD13 pada masa kejadian itu berlaku mengesahkan kejadian yang berlaku. Kejadian SP53 memukul simati menggunakan getah kabel ini pada pagi 20.5.2013 adalah selari dengan keterangan SP51 yang menyatakan kecederaan yang membawa kepada kematian simati telah berlaku dalam tempoh 3-4 hari sebelum bedah siasat yang saksi lakukan terhadap jasad simati (22.5.2013) dan senjata yang telah digunakan menurut SP51 besar kemungkinan adalah getah paip, alat yang sama yang telah digunakan oleh SP53 dalam memukul simati.
[48] Pihak pembelaan juga membawa keterangan bahawa sebagai Ketua Projek atau Pegawai Projek, tugas dan tanggungjawab Tertuduh 1 dan anggota pasukannya adalah untuk menjalankan aktiviti risikan, serbuan, tangkapan dan rampasan. Pihak pembelaan menafikan soal-siasat sebagai sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh Tertuduh-Tertuduh. Keterangan pihak pembelaan ini tidak disangkal oleh pihak pendakwaan. Tiada saksi "rebuttal" dipanggil terutamanya SP17 untuk menyangkal keterangan saksi-saksi pembelaan terhadap penyataan ini.
[49] Keterangan saksi pendakwaan SP24 bahawa salah seorang daripada Tertuduh telah memasukkan simati ke dalam lokap D9 pada satu malam setelah pulang dari serbuan di Cheras. Dalam keterangan SP24 yang dihujahkan oleh Tuan TPR adalah bahawa SP24 mendengar anggota D9 tersebut telah mengeluarkan kata-kata amaran terhadap simati dan telah turut meludah kearah muka simati kerana simati telah memberi maklumat palsu tentang rakan jenayah bersembunyi disebuah rumah flat. Keterangan ini telah disangkal oleh pihak pembelaan. Sekiranya benar perbuatan ugutan ada dikeluarkan, tidak ada keterangan menunjukkan apa yang telah dilakukan terhadap simati hasil dari ugutan tersebut.
[50] Kes pihak pendakwaan juga diasaskan kepada catitan yang terdapat dalam Station Diary (D30). Saksi pembelaan dan saksi-saksi pendakwaan sendiri mengakui bahawa catitan dalam D30 tidak boleh diterima bulat-bulat. Daripada keterangan saksi-saksi menunjukkan terdapat banyak keraguan dan kesilapan terhadap catitan di dalam D30 tersebut. Semua catitan dalam D30 telah dilakukan oleh sentri seperti SP53, SP41 dan SP45. Saksi-saksi tersebut mengakui bahawa catitan dibuat lewat atau kemudian setelah orang tahanan dibawa masuk atau dibawa keluar. Saksi-saksi juga mengakui setiap ruangan dalam D30 hendaklah dipenuhkan dan tidak dibiarkan kosong. Oleh yang demikian mereka akan menulis perkataan-perkataan seperti "dibawa keluar untuk soal-siasat" sedangkan mereka sendiri tidak tahu apakah tujuan sebenar orang tahanan itu dibawa keluar. Hatta pada malam haripun jika seorang orang tahanan dibawa keluar, mereka akan buat catitan "untuk tujuan soal-siasat walhal di bawah Peraturan Lokap tidak membenarkan orang tahanan dibawa keluar pada waktu malam untuk apa tujuan sekalipun. Begitu juga dengan tulisan mengenai orang tahanan dan keadaan lokap ditulis sebagai "dalam keadaan baik dan terkawal" ditulis hanya untuk memenuhi ruangan dalam Station Diary sedangkan saksi-saksi akui tidak tahu keadaan sebenar orang tahanan di dalam lokap dalam masa tersebut.".
[46] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara di atas yang tidak mengandungi sebarang kekhilafan dari segi fakta dan/atau undang-undang. Berkenaan station dairy, hakim bicara telah menilai dan memberi alasan kenapa catitan di dalamnya tidak boleh diterima bulat-bulat. Tidak ada alasan untuk kami campur tangan dalam penilaian tersebut. Kami juga tidak mempunyai sebarang alasan untuk campur tangan dalam keputusan hakim bicara yang memutuskan bahawa SD13 adalah saksi yang "credible" dan dalam menerima keterangan SD13 bahawa SP53 telah memukul si mati. Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa soal kebolehpercayaan saksi-saksi adalah terletak pada hakim bicara (lihat Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1; [2007] 6 MLJ 1; Wan Marzuki Wan Abdullah v. PP [2008] 4 CLJ 631; Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. PP and another appeal [2015] 2 CLJ 145; [2015] 2 MLJ 293). Dalam hubungan ini, penting diingatkan bahawa walaupun SP53 menafikan memukul si mati, SP53 mengakui ada membawa keluar si mati daripada lokap dan 'mengacah-acah' si mati dan mengakui ada "physical contact" antaranya dengan si mati.

[47] Dari segi keberadaan responden kedua di tempat kejadian di mana pihak pendakwaan bergantung kepada fakta bahawa responden kedua dilihat bersama si mati, kami mengulangi pendirian Mahkamah ini dalam kes Rajamorgan Marimuthu (supra), di mana merujuk kepada kes Rishi Pal v. State of Uttarakhand 2013 (2) ACR 147, Mahkamah ini menyatakan di ms 860:-
"[26] Learned DPP submitted that the fact the appellant and the deceased being last seen will complete the chain of circumstances for the court to make a finding that it is consistent only with the hypothesis of the guilt of the appellant.
[27] With respect, we disagree with the submission. The fact that the appellant was last seen with the deceased may have created suspicions of his guilt, but not enough to prove the case against him beyond reasonable doubt. It is trite that last seen evidence does not by itself necessarily leads to an irresistible inference that the appellant committed the crime unless the same is duly supported by other links in the chain of circumstances (sic) evidence unerringly pointing out the guilt of the appellant. It should also be noted that the last seen evidence is only relevant evidence to complete the chain of circumstantial evidence; however the conviction cannot be solely based on this piece of evidence.".
[48] Kami juga menerimapakai penghakiman Thakker J dalam kes Chandrappa & Ors v. State of Kamataka [2007] 4 SCC 415 berhubung kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan terhadap perintah pembebasan dan pelepasan di mana di ms 432 dinyatakan:-
"42....
(4) An appellate court, however, must bear in mind that in case of acquittal, there is double presumption in favour of the accused. Firstly, the presumption of innocence available to him under the fundamental principle of criminal jurisprudence that every person shall be presumed to be innocent unless he is proved guilty by a competent court of law. Secondly, the accused having secured his acquittal, the presumption of his innocence is further reinforced, reaffirmed and strengthened by the trial court.
(5) If two reasonable conclusions are possible on the basis of the evidence on record, the appellate court should not disturb the finding of acquittal recorded by the trial court.
Kesimpulan

[49] Kami bersetuju dengan hakim bicara bahawa keterangan ikut keadaan yang ada tidak mencukupi untuk mensabitkan responden-responden dengan tuduhan membunuh. Begitu banyak nas yang menegaskan beban yang perlu digalas oleh pihak pendakwaan dalam menuntut sabitan bersandarkan keterangan ikut keadaan. Salah satunya adalah penghakiman Mahkamah ini dalam kes Pathmanthan a/l Nalliappen & Ors v. PP [2016] 1 CLJ 377 yang menyatakan di ms 397-398:-
"[73]... we keep in mind the following golden principles of the standard of proof required for recording a conviction on the basis of circumstantial evidence as laid down in Sharad Birdhichand Sarda v. State of Maharashtra [1984] 4 SCC 116:
(i) The circumstances from which the conclusion of guilt is to be drawn must be fully established;
(ii) The facts so established should be consistent only with the hypothesis of the guilt of the accused, that is to say they should not be explainable on any other hypothesis except that the accused is guilty;
(iii) The circumstances should be of a conclusive nature and tendency;
(iv) They should exclude every possible hypothesis except the one to be proved; and
(v) There must be a chain of evidence so complete as not to leave a reasonable ground for the conclusion consistent with the innocence of the accused and must show in all human probability the act must be done by the accused.".
[50] Kami mendapati bahawa prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas gagal dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Lebih-lebih lagi keterangan pihak pendakwaan sendiri menunjukkan dua versi yang berbeza iaitu keterangan SP24 bahawa salah seorang responden membawa si mati keluar/masuk lokap dan keterangan SP40 yang mengesahkan responden-responden tidak langsung terlibat dalam menyoal siasat si mati. Oleh itu kami sebulat suara menolak rayuan Pendakwa Raya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan responden-responden.

BERTARIKH: 17 JULAI 2017
(TENGKU MAIMUN TUAN MAT)
Hakim Mahkamah Rayuan


No comments: