PUTRAJAYA (April 22): Providing thermal scanners and screenings for COVID-19 on workers at construction sites are among the conditions that need to be fulfilled by contractors and companies that are allowed to operate during the Movement Control Order (MCO) period.

Senior Minister of Works Datuk Seri Fadillah Yusof said body temperature checks and screenings for symptoms such as coughing, sore throat or breathing difficulties must be conducted daily at construction site entrances.

“Those at the construction sites are only allowed to operate five days a week from 8am until 5.30pm,” he told a press conference on the standard operating procedure (SOP) for the Construction sector to operate during MCO here today.

Under the SOP, contractors and construction companies are also required to provide transportation for workers, ensure social distancing is observed and the number of workers at the sites is minimised to not more than 50 percent of the requirements on normal days.

In addition, workers tasked with deskjobs such as clerical works, designing and so forth are  encouraged to complete them at home.

Fadillah said contractors and companies must designate someone such as the Safety and Health Officer (SHO), Site Safety Supervisor (SSS) or the owner of the company who will be responsible for ensuring the SOP compliance.

“Each worker is required to download the MySejahtera application for contact tracing purposes,” he said.

Fadillah said the SOP encompasses three aspects namely prevention at construction sites, workers’ movement and workers' quarters.

It involves SOP on the Permission to Operate and Wokers’ Movement for Construction Projects during the MCO; COVID-19 Prevention Practices Guidelines at Construction Sites; Centralised Labour Quarters (CLQ) Operations Guidelines and Construction Workers’ Accommodation during the MCO.

The SOP documents can be accessed through the application.miti.gov.my/daftardanwww.cidb.gov.my link.

Fadillah said monitoring and enforcement operations would also be conducted to ensure full compliane of the SOP.

Any violation of the SOP may be subject to action under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342) and the Construction Industry Development Board Malaysia Act 1994 (Act 520), he added. - Edge Markets, 22/4/2020


PROSEDUR OPERASI STANDARD AM
DAN
GARIS PANDUAN AM KEBENARAN BEROPERASI SERTA PERGERAKAN PEKERJA BAGI PROJEK PEMBINAAN
DALAM TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(DOKUMEN 1)
2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA /LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
KEBENARAN BEROPERASI SERTA PERGERAKAN PEKERJA BAGI PROJEK PEMBINAAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 2
2. Amalan yang Perlu dipatuhi 2
3. Permohonan 5
4. Jenis Projek yang dibenarkan 6
5. Dokumen yang diperlukan 6
6. Pelaksanaan dan Pematuhan 8
7. Penguatkuasaan 10

1. PENGENALAN
1.1. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini disediakan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membenarkan kerja-kerja pembinaan diteruskan semasa PKP.
1.2. SOP ini juga bertujuan untuk memperincikan proses permohonan untuk syarikat mendapatkan kebenaran menjalankan kerja pembinaan semasa PKP.
1.3. Pematuhan SOP ini perlu mengambil kira SOP lain yang dikeluarkan oleh Kementerian atau Agensi lain yang bertanggungjawab dalam rantaian bekalan (Supply chain) industri pembinaan. Rantaian bekalan ini meliputi pengeluar bahan, pengedar bahan binaan, pengusaha kuari serta pembekal jentera dan peralatan termasuklah perkhidmatan logistik dan perkhidmatan perundingan.
1.4. Kerja pembinaan boleh dihentikan serta merta dan tindakan termasuk tindakan tatatertib di bawah CIDB boleh diambil terhadap syarikat sekiranya syarikat gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

2. AMALAN YANG PERLU DIPATUHI
2.1. Surat Kebenaran Beroperasi hendaklah dipamerkan dengan jelas di tapak bina/ premis. Kebenaran beroperasi adalah mengikut zon yang telah ditetapkan oleh MKN dan tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang dikeuarkan oleh MKN
2.2. Kontraktor/ Syarikat hendaklah mematuhi Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di Tapak Bina yang dikeluarkan oleh CIDB serta Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian atau Agensi berkaitan.
2.3. Kontraktor/ Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Pengukuran suhu badan dan saringan gejala perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang/ premis. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu memastikan anggota yang dilatih melakukan pengukuran suhu dan saringan pekerja. Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang kurangnya 3 bulan untuk rujukan.
2.4. Sekiranya bacaan suhu badan ialah 37.5° Celcius atau lebih, atau mempunyai gejala, pekerja tidak dibenarkan memasuki premis dan perlu merujuk pekerja tersebut (dengan pekerja memakai mask) ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.
2.5. Waktu tapak bina/ premis beroperasi adalah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang, 5 hari seminggu dan tiada kerja lebih masa dibenarkan.
Nota:
a) Hari Bekerja Isnin – Jumaat adalah bagi Wilayah Persekutuan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
b) Hari Bekerja Ahad – Khamis adalah bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
2.6. Kontraktor/ Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa yang diperlukan. Kontraktor/ Syarikat juga hendaklah mewujudkan sistem bekerja dari rumah yang sesuai bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti di tapak bina/ premis.
2.7. Semasa Permohonan, Kontraktor/ Syarikat hendaklah mengemukakan kepada MITI keseluruhan senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP. Kontraktor/ Syarikat mestilah memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke tapak bina/ premis sahaja.
Nota:
a) Perlu menghadkan jumlah pelawat ke premis
b) Menggalakkan syarikat membuat mesyuarat secara maya
2.8. Kontraktor/ Syarikat hendaklah memastikan pekerja asing yang bekerja di tapak bina/ premis mempunyai permit kerja yang sah.
2.9. Pekerja-pekerja asing yang tidak tinggal di Malaysia tidak dibenarkan bekerja.
2.10. Pekerja-pekerja yang baru pulang dari luar negara, tidak dibenarkan bekerja selama tempoh 14 hari dari tarikh sampai ke Malaysia dan perlu menjalani proses kuarantin sepanjang tempoh tersebut.
2.11. Bagi kerja yang memerlukan penggunaan jentera berat, perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan jentera adalah dibenarkan.
2.12. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, Kontraktor/ Syarikat adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos perubatan, proses nyah kuman di tapak bina/ premis dan lain-lain kos yang berkaitan. Kontraktor/ Syarikat perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan contact tracing pekerja yang telah dijangkiti Covid-19 dan pengurusan contact.
2.13. Kontraktor/ Syarikat perlu menyediakan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan mengamalkan social/ safe distancing.
2.14. Kontraktor/ Syarikat hendaklah memastikan kenderaan mengangkut pekerja telah menjalani proses sanitasi dan nyah kuman setiap kali sebelum digunakan.
2.15. Kontraktor/ Syarikat hendaklah memberikan pemahaman terhadap garis panduan menangani Covid-19 kepada rantaian nilai mereka.
2.16. Sekiranya Kontraktor/ Syarikat menyediakan kemudahan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk pekerja, pihak Kontraktor/ Syarikat perlu memastikan ianya mematuhi Garis Panduan Operasi Centralised Labour Quarters (CLQ) dan Penginapan Pekerja Binaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh CIDB serta mana-mana agensi yang berkaitan.
3. PERMOHONAN
3.1. Permohonan bagi Surat Kebenaran Beroperasi di tapak bina/ premis boleh dibuat oleh Kontraktor/ Syarikat dan perlu dikemukakan di Portal MITI.
3.2. Permohonan yang dibuat adalah secara self-declaration dan perlu disertai dengan ikrar Aku Janji.
3.3. Ikrar Aku Janji perlu disertai dengan ikrar bahawa Kontraktor/ Syarikat akan melaksanakan fungsi dan tanggungjawab seperti yang ditetapkan di dalam SOP serta mematuhi mana-mana arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan arahan oleh lain-lain agensi Penguatkuasaan yang berkaitan
3.4. Pemprosesan permohonan akan melibatkan rujukan silang (cross-referencing) dengan pelbagai pangkalan data yang relevan di peringkat Kementerian dan Agensi.
3.5. Kontraktor/ Syarikat bertanggungjawab memaklumkan MITI sekiranya terdapat pekerja yang positif Covid-19 untuk menilai semula surat kebenaran beroperasi.
3.6. Keputusan berkaitan permohonan boleh dicapai di dalam sistem Portal MITI. Sebarang rayuan akan dipertimbangkan secara case-by-case dan keputusan rayuan boleh dicapai dalam tempoh 5 hari bekerja.
4. JENIS PROJEK YANG DIBENARKAN
4.1. Jenis projek pembinaan yang boleh dibenarkan beroperasi:-
i. Projek di mana Syarikat G1 dan G2 sebagai syarikat utama;
ii. Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas;
iii. Kerja – kerja terowong;
iv. Kerja – kerja penyelenggaraan dan operasi;
v. Kerja-kerja cerun;
vi. Kerja – kerja Jambatan dan Viaduct;
vii. Kerja-kerja penyiasatan tanah;
viii. Projek bangunan dengan 70 Skor IBS ke atas;
ix. Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja.
x. Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak;
xi. Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk dan lain-lain haiwan perosak;
xii. Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
xiii. Semua perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuklah perkhidmatan senibina, kejuruteraan, perancangan bandar, kerja-kerja ukur tanah, kerja-kerja ukur bahan, pengurusan projek, pengurusan fasiliti dan lain-lain

4.2. Kesemua perlaksanaan projek yang dibenarkan adalah tertakluk kepada pematuhan penuh Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di Tapak Bina.
5. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
5.1. Permohonan adalah berkonsepkan self-declaration di mana Kontraktor/ Syarikat adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas maklumat yang dikemukakan. Kontraktor/ Syarikat tidak perlu memuat naik dokumen bagi tujuan permohonan.
5.2. Kontraktor/ Syarikat perlu menyediakan dokumen berikut dan disimpan di tapak bina/ premis untuk disemak oleh CIDB dan mana-mana Agensi yang menjalankan penguatkuasaan termasuklah KKM, PDRM, PBT dan JKKP:
BIL. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN MENGIKUT JENIS PROJEK YANG DIBENARKAN (merujuk kepada perkara 4.0) i ii iii iv v vi Vii viii ix x xi xii xiii – Lihat dokumen asal di laman web CIDB
Nota :
/ - Dokumen perlu disediakan
x – Dokumen tidak perlu disediakan

6. PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN
6.1. Surat Kebenaran Beroperasi akan dikeluarkan oleh MITI kepada Kontraktor/ Syarikat.
6.2. SOP ini hendaklah dibaca bersama Prosedur Operasi Standard Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh MITI serta lain-lain SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian atau Agensi berkaitan.
6.3. Kontraktor/ Syarikat hendaklah melaksanakan pengurusan risiko, penjadualan kerja dan pengagihan pekerja mengikut skop yang akan dilaksanakan.
6.4. Setiap pekerja perlu memuat turun aplikasi KKM bagi tujuan contact tracing (MySejahtera App).
6.5. MITI menyediakan sistem bersepadu penggunaan QR Code yang boleh digunakan agensi penguatkuasaan bagi menyemak dengan pantas pengesahan kebenaran untuk beroperasi (one stop centre online system).
6.6. Kontraktor/ Syarikat hendaklah melantik seorang atau lebih penyelaras bagi membuat penyelarasan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja. Penyelaras hendaklah terdiri daripada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan (OSH-C) atau Penyelia Tapak Bina (SSS) yang berdaftar atau tersenarai dalam daftar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), atau Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja kecuali bagi kontraktor G1 hingga G5 serta syarikat perunding yang mana Pemilik syarikat akan bertindak sebagai Penyelaras. Penyelaras yang dilantik hendaklah melaporkan status pematuhan syarat-syarat kebenaran beroperasi yang ditetapkan kepada MITI dan JKKP.
6.7. Kontraktor/ Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Pengukuran suhu badan dan saringan gejala perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk tapak bina/ premis. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu memastikan kakitangan adalah dilatih untuk melakukan pengukuran suhu dan saringan pekerja. Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang kurangnya 3 bulan untuk rujukan.
Nota: Sekiranya berlaku jumlah ketidakhadiran pekerja yang ramai kerana demam atau bersimptom, perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.
6.8. Sekiranya bacaan suhu badan ialah 37.5° Celcius atau lebih, atau mempunyai gejala, pekerja tidak dibenarkan memasuki tapak bina/ premis dan Kontraktor/ Syarikat perlu merujuk pekerja (dengan pekerja memakai mask) ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.
6.9. Kenderaan pekerja yang disediakan oleh Kontraktor/ Syarikat tidak dibenarkan untuk melintasi sempadan daerah/ zon dan hanya dibenarkan untuk mengangkut pekerja di dalam daerah/ zon berkenaan sahaja.
6.10. Kontraktor/ Syarikat perlu menyediakan kenderaan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan menerapkan penjarakkan sosial/ safe distancing dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah kuman setiap kali digunakan.
Nota:
a) Pergerakan kenderaan pengangkutan pekerja adalah hanya dibenarkan dalam zon yang dibenarkan oleh pihak MKN sahaja;
b) Kontraktor/ Syarikat digalakkan untuk menyediakan kemudahan penginapan atau menggunapakai perkhidmatan Kuarters Pekerja Berpusat untuk penginapan pekerja yang terletak dalam zon yang sama;
c) Tertakluk kepada kemampuan syarikat, penggunaan hotel sebagai tempat penginapan pekerja boleh dipertimbangkan dalam zon yang sama.

6.11. Semua kenderaan yang masuk ke tapak bina/premis perlulah disanitasi termasuk bahan yang dibawa. Pemandu kenderaan membawa bahan masuk juga perlu disaring dengan mengambil suhu badan dan menggunakan hand sanitizer.
6.12. Kontraktor/ Syarikat perlu mempunyai Protokol Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Protocol) yang menyatakan apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 atau pun kes siasatan jangkitan Covid-19 terhadap pekerja.
6.13. Hanya pekerja-pekerja yang tinggal di Daerah/ Zon yang sama dengan tapak bina/ premis dibenarkan untuk bekerja berdasarkan SOP dan peraturan yang tetapkan. Pekerja-pekerja yang tinggal di luar daerah/zon tapak bina/ premis perlu disahkan bebas dari Covid-19 serta telah melalui proses kuarantin selama 14 hari, sebelum dibenarkan masuk bekerja di tapak bina.
7. PENGUATKUASAAN
7.1. Penguatkuasaan di tapak bina:
i. Surat Kebenaran Beroperasi hendaklah dipamerkan dengan jelas di tapak bina/ premis.
ii. KKM/ CIDB/ PDRM/ PBT/ JKKP atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh membuat pemeriksaan pada bila-bila masa.
iii. KKM, PDRM, JKKP & CIDB berdasarkan kuasa yang diberikan boleh mengarahkan penutupan tapak bina/ premis serta-merta sekiranya ada pelanggaran terhadap kebenaran (bilangan pekerja, penjarakkan sosial, hand sanitizer, saringan suhu badan) yang diberikan.
iv. Kontraktor/ Syarikat hendaklah sentiasa melakukan hebahan kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan diri bagi mengelak jangkitan Covid-19.
v. Ketidakpatuhan Kontraktor/ Syarikat terhadap arahan pematuhan operasi syarikat sepanjang PKP hendaklah dilaporkan kepada pihak PDRM.
7.2. Penguatkuasaan di Sekatan Jalan Raya:
i. Surat kebenaran hadir bekerja perlu sentiasa dibawa oleh pekerja.
ii. Pengangkutan yang digunakan oleh syarikat perlu mempamerkan Surat Kebenaran Beroperasi.
7.3. Taskforce Di Peringkat Negeri:
i. Taskforce di peringkat negeri MKN, PDRM, RELA, MITI, SME Corp., JTK/ JKKP dari segi rondaan kepada perniagaan diperkukuhkan lagi.
ii. Sumber aduan daripada email, bilik gerakan, call centre premis, pekerja, orang awam dan media.

7.4. Penguatkuasaan mengikut zon:
i. Penguatkuasaan zon akan mengikut arahan dan garis panduan yang disediakan oleh pihak MKN.

7.5. Pengesyoran surat pembatalan:
i. Ketidakpatuhan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit akan menyebabkan pembatalan surat kebenaran beroperasi dengan serta-merta.
ii. Makluman pembatalan hendaklah diberikan oleh taskforce ke pihak MITI.
7.6. Kerja pembinaan boleh dihentikan serta-merta dan tindakan termasuk tindakan tatatertib boleh diambil oleh CIDB terhadap Kontraktor sekiranya gagal mematuhi SOP serta garis panduan yang ditetapkan.
CIDB berhak untuk meminda syarat-syarat di atas tertakluk kepada situasi semasa.


GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI TAPAK BINA
(DOKUMEN 2) 2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA /LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(PERLU DIBACA BERSAMA DOKUMEN 1)
1
GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI TAPAK BINA

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA
1. Pendahuluan
2. Pemakaian
3. Objektif
4. Amalan Umum
5. Langkah Pencegahan
5.1 Langkah 1 – Saringan daripada CLQ/Tempat Penginapan
5.2 Langkah 2 – Pengangkutan pekerja/ bahan binaan
5.3 Langkah 3 – Di tapak Bina
5.3.1 Di pintu masuk
5.3.2 Aktiviti kerja
5.3.3 Masa rehat
5.3.4 Balik kerja
5.4 Langkah 4 – Rekod
 6. Ketidakpatuhan 10

1. PENDAHULUAN
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan dan mengambil serius terhadap penularan wabak Covid-19 yang berlaku di negara ini. Selaras dengan perkembangan terkini, CIDB telah menyediakan Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di tapak bina bagi meminimakan risiko penularan Covid-19 dan memastikan persekitaran tapak bina adalah selamat, kondusif dan terkawal di tapak bina.

2. PEMAKAIAN
Garis Panduan ini hendaklah digunapakai oleh SEMUA Kontraktor dan Pekerja Binaan dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan di Malaysia, sebagai amalan langkah pencegahan wabak Covid-19. Garis panduan ini juga hendaklah dibaca dengan SOP dan arahan berkaitan pengawalan Covid-19 oleh kerajaan dan agensi berkaitan yang diberi kuasa dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa.

3. OBJEKTIF
3.1. Membantu pihak-pihak berkaitan mengambil langkah pencegahan penularan di tapak bina.
3.2. Mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 di tapak bina.
3.3. Menyeragamkan tindakan awal pencegahan wabak di tapak bina yang boleh diamalkan oleh pihak-pihak berkaitan.
3.4. Memastikan kepatuhan kontraktor terhadap undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, selaras dengan keadaan semasa iaitu ketika penularan Covid-19.

4. AMALAN UMUM
4.1. Kontraktor hendaklah peka terhadap perkembangan terkini dan mematuhi prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
4.2. Sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang berada di bawah pemerhatian KKM (person under investigation & person under surviellance), pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.
4.3. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, pekerja-pekerja asing yang berada di luar Malaysia adalah tidak dibenarkan masuk ke tapak bina dan bekerja walaupun majikan atau pihak-pihak berkaitan telah diberi kebenaran menjalankan kerja-kerja pembinaan.
4.4. Pekerja-pekerja yang baru pulang dari luar negara pula dalam tempoh PKP, tidak dibenarkan bekerja dan masuk ke tapak bina dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari tarikh sampai ke Malaysia. Ini adalah untuk membolehkan mereka menjalani proses kuarantin selaras dengan arahan KKM.
4.5. Sepanjang tempoh PKP, waktu bekerja adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja, 5 hari seminggu.
Nota:
a) Hari Bekerja Isnin – Jumaat adalah bagi Wilayah Persekutuan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
b) Hari Bekerja Ahad – Khamis adalah bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

5. LANGKAH PENCEGAHAN
Amalan langkah pencegahan Covid-19 di tapak bina adalah dirangka berdasarkan rutin harian yang akan dilaksanakan oleh kontraktor bermula dari tempat kediaman, tapak bina dan pulang semula ke tempat kediaman.

5.1. Langkah 1 – SARINGAN DARI CLQ/TEMPAT PENGINAPAN

i. Kontraktor hendaklah memastikan pekerja adalah sihat dan tidak menunjukkan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas.
ii. Setiap pekerja perlu memuat turun aplikasi KKM (MySejahtera App) bagi tujuan contact tracing.
iii. Kontraktor perlu melakukan saringan kesihatan dengan menjalankan pemeriksaan suhu badan kepada semua pekerja pada setiap hari sebelum menaiki kenderaan untuk bergerak ke tapak bina dan direkodkan.
iv. Kontraktor perlu memastikan pekerja yang disaring bebas daripada gejala-gejala Covid-19.
v. Pekerja yang mempunyai suhu badan tinggi (37.5° Celcius atau lebih) atau mempunyai gejala yang ditetapkan oleh KKM perlu dirujuk dengan segera ke klinik panel syarikat atau klinik yang bersesuaian.
vi. Pekerja yang disyaki menghidapi gejala-gejala Covid-19 dan kontak rapat pekerja tersebut hendaklah seberapa segera diasingkan dan tidak dibenarkan bekerja.
vii. Kontraktor hendaklah memastikan tempat penginapan samada di tapak atau lain-lain adalah selamat dan menepati Garis Panduan Operasi Centralised Labour Quarters (CLQ) dan Penginapan Pekerja Binaan Semasa PKP.
viii. Bagi tapak bina dengan kuarters atau kediaman pekerja di dalam tapak bina, kebersihan dan pemantauan pergerakan pekerja hendaklah dilaksanakan secara berterusan. Pergerakan pekerja keluar masuk hendaklah dihadkan.

5.2. Langkah 2 – PENGANGKUTAN PEKERJA/ BAHAN BINAAN

5.2.1. Proses Pergerakan Pekerja ke Tapak Bina
i. Kontraktor hendaklah menyediakan kenderaan bagi pengangkutan pekerja ke tapak bina. Penggunaan kenderaan awam tidak dibenarkan sama sekali.
ii. Pekerja yang tinggal berdekatan dengan tapak bina digalakkan untuk berjalan kaki ke tapak bina.
iii. Kontraktor hendaklah memastikan kenderaan telah menjalani proses nyah kuman setiap kali sebelum digunakan untuk mengangkut pekerja. Proses nyah kuman perlu dilaksanakan secara berkala dan direkod untuk tujuan pemeriksaan.
iv. Kenderaan pekerja yang disediakan oleh Kontraktor/ Syarikat hanya dibenarkan untuk mengangkut pekerja di dalam daerah/ zon berkenaan sahaja dan tidak dibenarkan untuk melintasi sempadan daerah/ zon.
v. Kontraktor/ Syarikat perlu menyediakan kenderaan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan menerapkan penjarakkan sosial/ safe distancing dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah cemar kuman setiap kali digunakan.

5.2.2. Proses Pergerakan Bahan Binaan ke Tapak Bina
i. Kontraktor perlu memaklumkan kepada semua pembekal barangan dan perkhidmatan (supply chain) yang berurusan dengan mereka supaya mendapat kelulusan beroperasi dan pergerakan yang sewajarnya serta mematuhi dan mengamalkan langkah pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh KKM.
ii. Pergerakan masuk bahan ke tapak bina hendaklah direkodkan dengan lengkap.

iii. Pemandu kenderaan membawa bahan masuk juga perlu disaring dengan mengambil suhu badan dan menggunakan hand sanitizer.

5.3. Langkah 3 – DI TAPAK BINA

5.3.1. Di Pintu Masuk Tapak
i. Kontraktor perlu memastikan Surat Kebenaran Beroperasi dipamerkan dengan jelas di pintu masuk tapak bina untuk rujukan pihak berkuasa yang mengadakan pemeriksaan.
ii. Kontraktor WAJIB mengisytiharkan senarai lengkap pekerja yang akan berada di tapak bina semasa memohon kebenaran memulakan operasi kerja-kerja pembinaan. Senarai tersebut perlu disediakan di tapak bina untuk rujukan pihak berkuasa.
iii. Hanya pekerja yang tiba dengan kenderaan yang disediakan oleh kontraktor boleh masuk ke tapak bina.
iv. Setiap pelawat atau pihak yang berurusan perlulah disaring dengan mengambil suhu badan dan diperiksa tahap kesihatan mereka sebelum masuk ke tapak bina. Pelawat yang bergejala Covid-19 tidak dibenarkan sama sekali masuk ke tapak bina.
v. Pencuci tangan (hand sanitizer) hendaklah digunakan di pintu masuk bagi semua pekerja dan pihak yang berurusan dengan tapak bina.
vi. Kontraktor adalah bertanggungjawab memastikan dan membantu pihak yang diberikuasa untuk melakukan sebarang pemeriksaan ke atas tapak pembinaan dan pekerjanya.

5.3.2. Aktiviti Kerja
i. Bilangan pekerja binaan hendaklah dikurangkan kepada tahap paling minima atau kurang 50% dari bilangan biasa semasa tempoh PKP berkuatkuasa.
ii. Kontraktor perlu mewujudkan satu pasukan petugas khas diketuai oleh seorang ketua yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan risiko penularan wabak di tapak bina.
iii. Kontraktor perlu menyediakan laluan pergerakan keluar masuk terkawal di tapak bina untuk memantau pergerakan pekerja.
iv. Setiap pelaksanaan kerja di tapak bina hendaklah dirancang dengan mengambilkira bilangan pekerja yang seminima mungkin selaras dengan syarat kelulusan.
v. Penilaian semula risiko dengan memasukkan elemen risiko jangkitan Covid-19 hendaklah dilaksanakan sebelum memulakan kerja di tapak bina oleh pegawai yang bertanggungjawab.
vi. Penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh KKM iaitu 1.0 meter hendaklah dilaksanakan di tapak bina agar pekerja tidak berada atau bekerja berdekatan antara satu sama lain dalam tempoh yang lama. Semua pekerjaan di ruangan tertutup hendaklah diminimakan.
vii. Sebarang mesyuarat, sekiranya ada, hendaklah dilaksanakan di ruangan yang sesuai serta mematuhi kehendak penjarakkan sosial.
viii. Kontraktor perlu memantau semua pekerja yang bekerja di tapak bina setiap masa agar tidak duduk berkumpul dan sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial.
ix. Kontraktor hendaklah mewujudkan kesedaran mengenai gejala Covid-19, menjaga kebersihan dan kesihatan diri, amalan kerap membasuh tangan dengan air sabun dan etika batuk yang baik kepada pekerja-pekerja binaan.
x. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri bersesuaian seperti penutup hidung, topeng muka dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.
xi. Topeng muka hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja termasuklah ketika berada di tandas.
xii. Kontraktor perlu menyediakan kemudahan untuk mencuci tangan dengan menggunakan air, sabun dan bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
xiii. Kontraktor juga dikehendaki memberi peringatan lebih kerap dan berterusan di tapak bina seperti melalui siar raya atau menampal poster peringatan Covid-19.
xiv. Sekiranya terdapat jangkitan di tapak bina, proses nyah kuman adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera mengikut tatacara yang ditetapkan oleh KKM.
xv. Kontraktor hendaklah melaporkan kepada KKM dengan segera sekiranya terdapat pekerja yang disyaki menghidapi gejala Covid-19 dan seterusnya perlu mematuhi arahan dan nasihat selanjutnya daripada KKM.
xvi. Tandas di tapak bina hendaklah dalam keadaan sempurna dan sentiasa dibersihkan.
xvii. Kebersihan tandas hendaklah diberi keutamaan dengan menjalankan proses nyah kuman secara berjadual dan kerap.
xviii. Pekerja yang menguruskan kebersihan tandas perlu membersihkan tandas dan menjalankan proses nyah kuman dengan teliti dan menyeluruh.

5.3.3. Masa Rehat
i. Waktu rehat perlu disusun agar tidak menyebabkan kesesakan di kantin dengan pembahagian waktu rehat dalam kumpulan kecil.
ii. Penjarakkan sosial juga perlu dipastikan pematuhannya di semua kawasan rehat, kantin dan ruang solat.
iii. Kafeteria/kantin di dalam tapak yang dibenarkan beroperasi perlulah menyediakan makanan berbungkus yang disediakan oleh pengendali makanan yang memakai topeng muka dan sarung tangan.
iv. Pekerja perlu kerap diingatkan supaya tidak duduk berkumpul dan mematuhi penjarakkan sosial.

5.3.4. Balik Kerja
i. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa semua pergerakan balik pekerja ke tempat kediaman, CLQ atau lain-lain adalah dengan menggunakan kenderaan yang disediakan.
ii. Sebaik sahaja tiba di tempat kediaman pekerja hendaklah terus mandi menggunakan air bersih dan sabun serta membasuh pakaian yang telah digunakan.
iii. Adalah diingatkan sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan setelah pulang bekerja, ianya perlulah dimaklumkan dengan segera kepada Ketua Pasukan petugas khas untuk tindakan sewajarnya.

5.4. Langkah 4 – REKOD
i. Kontraktor hendaklah mengurus dan menyimpan rekod pekerja berikut:-
a. Rekod kehadiran pekerja;
b. Rekod saringan kesihatan;
c. Rekod pergerakan pekerja;
d. Rekod butiran peribadi pekerja;
ii. Kontraktor juga perlu menyediakan rekod pengurusan kebersihan tapak seperti:-
a. Rekod proses nyah kuman kawasan tandas.
b. Rekod pembersihan kawasan tapak bina.
iii. Kontraktor juga perlu menyediakan rekod pengurusan tapak seperti berikut:-
a. Rekod pengurusan risiko dan
b. Rekod pergerakan keluar masuk tapak oleh penyedia barangan dan perkhidmatan.
c. Rekod pemeriksaan Pihak Berkuasa

iv. Semua rekod hendaklah sentiasa lengkap dan sedia untuk diperiksa oleh pihak berwajib pada bila-bila masa jika diperlukan

6. KETIDAKPATUHAN

Mana-mana kontraktor yang tidak mematuhi garis panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 ini boleh diambil tindakan selaras dengan Akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520). Kerajaan berhak menarik balik kelulusan yang diberikan selain meminda syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis dan tertakluk kepada situasi semasa.
Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di tapak bina ini boleh dipinda oleh CIDB pada bila-bila masa mengikut keperluan.


GARIS PANDUAN OPERASI CENTRALISED LABOUR QUARTERS (CLQ) DAN PENGINAPAN PEKERJA BINAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(DOKUMEN 3)
2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA /
LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(PERLU DIBACA BERSAMA DOKUMEN 1)
1
GARIS PANDUAN OPERASI CENTRALISED LABOUR QUARTERS (CLQ) DAN PENGINAPAN PEKERJA BINAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pendahuluan
2. Pematuhan oleh Kontraktor Berhubung Pekerja Binaan
3. Garis Panduan Bagi Operasi CLQ Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
4. Penambahbaikkan Garis Panduan 8

1. PENDAHULUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada kontraktor-kontraktor yang menempatkan pekerja-pekerja mereka di Centralised Labour Quarters (CLQ) atau Kawasan Penginapan Pekerja samada di luar tapak bina atau di dalam kawasan tapak bina. Ia meliputi permis CLQ yang diuruskan oleh pihak kontraktor sendiri atau mana-mana pihak luar.
Garis panduan ini memberi aturan-aturan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor untuk meneruskan kerja/aktiviti pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa untuk menangani wabak Covid-19.
Mana-mana ketidakpatuhan terhadap garis panduan ini, boleh menyebabkan kebenaran pembinaan yang diberi boleh dibatalkan dengan sertamerta dan kontraktor boleh diambil tindakan tatatertib oleh CIDB.

2. PEMATUHAN OLEH KONTRAKTOR BERHUBUNG PEKERJA BINAAN
2.1. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa sebelum memulakan kerja / aktiviti pembinaan semula atau projek baru dalam tempoh PKP, kesemua staf dan pekerja telah membuat saringan kesihatan dan bebas daripada jangkitan Covid-19.
2.2. Pekerja yang bebas daripada jangkitan Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja di tapak bina.
2.3. Pengangkutan ulang alik perlu disediakan oleh kontraktor. Kontraktor perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi yang berkaitan berhubung dengan keperluan untuk pengangkutan ulang alik ini.
2.4. Semua staf dan pekerja yang tinggal di luar tapak bina, apabila kembali bekerja pada hari keesokannya, diwajibkan membuat saringan dan pemeriksaan suhu badan oleh Pegawai Keselamatan & Kesihatan (SHO) kontraktor. Mana-mana pekerja yang mempunyai suhu badan ≥ 37.5 °C tidak dibenarkan masuk ke tapak bina dan kontraktor perlu mengatur supaya pekerja ini diperiksa di Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan terdekat dengan segera.
2.5. Kontraktor perlu menyediakan hand sanitizer dan topeng muka di semua pintu masuk tapak bina. Semua staf, pekerja dan pelawat yang hendak memasuki tapak projek pembinaan diwajibkan mengunakan hand sanitizer dan topeng muka. Topeng muka hendaklah dipakai sepanjang tempoh staf, pekerja dan pelawat berada di tapak bina.
2.6. Sekiranya mana-mana staf/pekerja di tapak bina yang menunjukkan simptom Covid-19 seperti batuk, demam, sakit tekak, susah bernafas, staf/pekerja tersebut mesti diasingkan daripada orang lain dan segera dihantar ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya

3. GARIS PANDUAN BAGI OPERASI CLQ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
3.1. Pekerja yang disediakan tempat penginapan di CLQ, perlu dipantau semasa tempoh PKP. Sekiranya ada pekerja yang menginap di CLQ yang menunjukkan simptom Covid-19, seperti suhu badan melebihi 37.5 °C , batuk, demam, keletihan, sakit tekak ataupun kesusahan bernafas, prosidur berikut perlu ikuti oleh kontraktor:

a) Prosedur Pelaporan
i. Orang yang disyaki mengidap Covid-19 dilaporkan ke Warden CLQ berkenaan
ii. Warden CLQ perlu merujuk kes yang dilaporkan kepadanya terus kepada pihak pengurusan CLQ dengan kadar segera
iii. Pengendali CLQ hendaklah dengan segera melaporkan dan membuat tindakkan untuk menghantar orang yang disyaki mengidap Covid-19 ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya

b) Prosedur Pengasingan
i. Jika mana-mana kakitangan / pekerja mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit kepala, sesak nafas, dan lain-lain semasa tempoh PKP ini, dia mesti dirujuk untuk rawatan perubatan dengan segera.
ii. Kakitangan / pekerja yang disebutkan di atas hendaklah diasingkan / dikuarantinkan di tempat khas di CLQ berkenaan dan mesti dipantau dengan diteliti mengikut nasihat dan arahan doktor.
iii. Jika kakitangan / pekerja pulih selepas tempoh pemantauan yang diberikan oleh doktor, dia boleh dipindahkan balik ke kabin / biliknya di CLQ berkenaan. Jika keadaannya tetap sama, dia perlu dihantar ke Klinik Kesihatan terdekat untuk pemeriksaan lebih lanjut.

c) Prosedur Penjejakan Kontak (mereka yang telah mempunyai hubungan dengan pesakit Covid-19 positif)
i. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) biasanya akan melakukan prosedur penjejakan kontak rapat pesakit Covid-19 sendiri mengikut prosidur KKM bagi wabak Covid-19.
ii. Setiap pekerja perlu memuat turun aplikasi KKM bagi tujuan contact tracing (MySejahtera App)
iii. Pengendali CLQ di mana terdapat kes pesakit Covid-19 yang positif perlu dengan segera mengesan dan mengenal pasti semua kakitangan / pekerja yang diketahui telah berada dalam hubungan langsung / tidak langsung dengan pesakit Covid-19 yang positif itu.
iv. Pengendali CLQ hendaklah menyimpan rekod nama dan butiran lain seperti no K/P pengenalan/passport kakitangan / pekerja ini dan perlu dipantau dengan teliti. Suhu badan mereka perlu diambil tiga (3) kali sehari bagi memastikan mereka bebas daripada apa-apa gejala atau jangkitan Covid-19. Sekiranya suhu badan ≥ 37.5 °C atau apa-apa simptom Covid-19 ditemui semasa tempoh pengawasan (biasanya 14 hari), Pengendali CLQ hendaklah dengan segera mengaturkan atau menghantar kakitangan/pekerja terbabit ke hospital kerajaan terdekat.

d) Kerja Pembasmian
i. Premis CLQ yang mempunyai pesakit menghidap Covid-19 perlu dinyah kuman oleh pengendali CLQ.
ii. Pengendali CLQ hendaklah mengekalkan rekod-rekod untuk diperiksa oleh pihak berkuasa.

e) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Perkara-perkara keselamatan dan kesihatan yang berikut perlu dipatuhi oleh Pengendali CLQ semasa tempoh PKP dan seterusnya:
i. Pekerja yang tinggal di CLQ tidak dibenarkan keluar daripada CLQ berkenaan tanpa kelulusan dari Warden.
ii. Pergerakan pekerja yang bekerja di tapak bina semasa PKP hendaklah direkodkan dan dipantau dengan teliti oleh penyelia mereka. Pekerja-pekerja ini tidak dibenarkan meninggalkan tapak projek mereka tanpa kelulusan penyelia.
iii. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan CLQ, kecuali kakitangan perubatan dan penyedia perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Pengendali CLQ.
iv. Pengendali CLQ hendaklah menjalankan dan merekodkan pemeriksaan suhu badan semua kakitangan dan pekerja di CLQ. Mana-mana kakitangan dan pekerja yang mempunyai gejala penyakit Covid-19 dengan suhu badan melebihi 37.5 °C hendaklah dengan segera dipisahkan daripada orang lain untuk tindakan lanjut.
v. Keadaan kesihatan kakitangan dan pekerja perlu dipantau dengan kerap. Pengendali CLQ dikehendaki berwaspada terhadap kakitangan dan pekerja yang hanya menunjukkan sedikit sahaja gejala Covid-19.
vi. Pekerja dan kakitangan perlu mempraktikkan amalan penjarakkan sosial dan tiada perhimpunan, sosial, sukan atau aktiviti keagamaan dibenarkan dalam CLQ.
vii. Mendidik dan mendisiplinkan pekerja tentang kebersihan diri.
viii. Pastikan semua kakitangan / pekerja yang dipantau selepas hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 tidak meninggalkan kawasan kuarantin sementara yang telah dikenalpasti oleh Pengendali CLQ.
ix. Pengendali CLQ hendaklah berhubung terus dengan KKM mengenai apa kes kecemasan yang berkaitan dengan Covid-19.

f) Kerja Sanitization dan Pembersihan di CLQ
Membersihkan semua kawasan CLQ dan semua kemudahan tiga (3) kali sehari dengan menggunakan Alkohol Ethyl yang mempunyai kandungan alkohol 70%
i. Semua tombol pintu, susur tangga (railing) , meja dan kerusi dan kawasan sentuhan umum
ii. Hand-sanitizer hendaklah disediakan di Pos Pengawal, kiosk, kafeteria, pejabat pengurusan, tandas dan lain-lain
iii. Dettol - untuk pembersihan menyeluruh (cth. Lantai, bilik mandi, tandas, kafeteria, kiosk, dapur dan kawasan umum).
iv. Semua pekerja mesti membersihkan kasut, tangan dan kaki sebelum memasuki kompaun CLQ.
v. Sistem pelupusan sampah yang teratur dan tegas hendaklah diamalkan di CLQ Operasi disinfektan perlu dirancang dan dijalankan oleh Pengendali CLQ.

g) Kawasan Kuarantin

1. Stesen Kuarantin Kerajaan
Pengendali CLQ boleh mendapatkan nasihat daripada KKM atau Klinik Kesihatan untuk mengkuarantin kakitangan / pekerja yang telah dikenalpasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19.

2. Kawasan Pengasingan atau Kuarantin
Tempat yang sesuai hendaklah dikenalpasti oleh Pengendali CLQ di dalam kompleks CLQ sebagai kawasan pengasingan sementara atau kuarantin yang ditetapkan semasa tempoh wabak Covid-19. Pengasingan sementara atau kawasan kuarantin ini adalah untuk mengasingkan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 daripada menyebarkan penyakit ini kepada orang lain di CLQ.

i. Kemudahan - kemudahan asas seperti tempat tidur dan tandas hendaklah disediakan.
ii. Kebersihan diri - kakitangan / pekerja hendaklah mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.
iii. Makanan dan Minuman - pengendali CLQ menyediakan makanan yang dimasak dan dihidangan di dalam bekas makanan pakai buang kepada kakitangan / pekerja. Tiada aktiviti memasak dibenarkan semasa tempoh PKP.
iv. Borang Pemantauan Harian – Pengendali CLQ hendaklah menggunakan Borang Pemantauan Harian untuk memantau kakitangan / pekerja yang dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19.
v. Kakitangan Pengendali CLQ yang terlibat secara langsung dalam menangani kakitangan / pekerja yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19, hendaklah dilengkapi dengan alat pelindung diri bersesuaian seperti penutup hidung, topeng muka, apron plastik berlengan panjang dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.
vi. Kakitangan lain di CLQ, hendaklah sentiasa memastikan kebersihan tangan dan selalu membersihkannya menggunakan sabun atau hand-sanitizer dan memakai topeng muka semasa berada di CLQ dan dalam tempoh PKP.
Garis Panduan boleh dipinda dan ditambahbaik dari masa ke semasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.