Tindakan disiplin terhadap 5 guru kerana 'kritik' kerajaan,... Apa sebenarnya yang mereka katakan atau lakukan kurang jelas...tetapi Menteri mengatakan bahawa "...We are a democracy. If you say on social media 'the government is
wrong, the minister is wrong and this should be done instead', that is
fine..."..."But if you go to the extent of slander, then that is wrong. Just don't go overboard," he[Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid] said. Pendirian NUTP, saperti tersiar dalam media pula menyedihkan, "“You cannot work for the government and then talk bad about your
employer,” he[NUTP president Kamarozaman Abdul Razak] said. “This is hypocritical and it’s against the oath we
took as civil servants.”. Adakah kesatuan sekerja pekerja sektor awam membantah arahan amalan atau 'oath' yang mengurangkan atau menafikan hak pekerja? Baca lapuran media berkenaan di bawah ini untuk mendapat gambaran tepat apa yang telah disiarkan.
Justeru, masa untuk kita membincangkan hak pekerja serta juga pekerja 'sektor awam'...Hak bersuara dan meluangkan pendapat - termasuk hak menghebohkan salah laku majikan, serta 'kritik' majikan dikhalayak umum adalah hak pekerja yang tidak boleh dinafikan...Bukan tugas pekerja menjaga 'imej' majikan...bukan tugas pekerja untuk kempen untuk UMNO-BN...
Kerajaan semasa akan menentukan polisi, program dan arahan kerja semasa - pekerja terpaksa bekerja bersungguh-sungguh melaksanakan polisi, program dan arahan kerja yang diberikan oleh kerajaan semasa...walaupun secara peribadi mereka mungkin tak bersetuju...TETAPI ini sama sekali tidak harus menghalang pekerja daripada meluangkan pendapat/pendirian peribadi di luar waktu kerja...
Jangan pula kita lupa bahawa kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia, dari parti UMNO, Tun Razak (sejak 1950) dan Tun Hussein Onn((sejak 1945) adalah penjawat awam atau pekerja 'sektor awam' kerajaan penjajah British...Adakah mereka mengkritik kerajaan British semasa....? Jika tidak, adakah mereka sebenarnya terlibat dalam perjuangan menyingkirkan pemerintah British sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan? Jangan pula kerajaan UMNO-BN kini bertukar pendirian kini mengenai hak penjawat awam atau pekerja 'sektor awam"...Hak untuk kempen dan bekerja untuk menyingkirkan (atau menyimpan) kerajaan UMNO-BN adalah hak peribadi seorang individu yang tidak harus dicabul...asalkan tidak dilakukan semasa waktu kerja...
Upon his return from the United Kingdom, in 1950, Tun Razak joined the Malayan Civil Service.[1] Owing to his political calibre, he became the youth chief for United Malays National Organisation (UMNO). Two years later, he worked as the Assistant State Secretary of Pahang and in February 1955...
Tun Hussein came back to Malaysia in 1945 and was appointed Commandant of the Johor Bahru Police Depot. The following year he joined the Malaya Civil Service as an assistant administrative officer in Segamat, Johor. He was later posted to the state of Selangor, becoming Klang and Kuala Selangor's district officer.
Bolehkah pekerja kritik majikan? Ya, boleh jika majikan melakukan sesuatu bercanggah dengan hak asasi, hak pekerja, hak berkesatuan, ...atau dalam perjuangan mendapatkan hak tambahan...
Pekerja boleh menjadi ahli parti politik selain daripada parti politik yang menjadi kerajaan semasa. Pekerja boleh melaksanakan hak politik mereka(di luar masa kerja) untuk menyokong atau mengkritik parti yang kini menjadi kerajaan, atau menyokong atau mengkritik parti politik lain yang bukan kini kerajaan TETAPI di luar masa kerja...
Pekerja boleh menjadi ahli parti politik selain daripada parti politik yang menjadi kerajaan semasa. Pekerja boleh melaksanakan hak politik mereka(di luar masa kerja) untuk menyokong atau mengkritik parti yang kini menjadi kerajaan, atau menyokong atau mengkritik parti politik lain yang bukan kini kerajaan TETAPI di luar masa kerja...
Penjawat Awam dan/atau pekerja sektor awam, menurut pendapat saya, ada obligasi tambahan kepada rakyat dan negara...yang merupakan 'BOSS' mereka. Najib dan kabinetnya boleh dikatakan hanya 'CEO dan Lembaga Pengarah' dan rakyat Malaysia adalah pemegang saham dan tuan punya 'Malaysia'.
CEO boleh ditukar bila-bila...(Jika majoriti Ahli Parlimen tidak lagi mahu Najib terus kekal PM, atau selepas PRU parti lain mendapat majoriti dan PM dari parti lain dipilih)...Penjawat Awam akan terus jadi 'pekerja kerajaan' tak kira parti politik mana yang berkuasa...
Jika kita gunakan pendirian bahawa mereka yang bekerja dengan kerajaan mestilah ahli atau penyokong Najib dan UMNO-BN, dan penentang parti-parti lain - maka, jika parti lain menjadi kerajaan, adakah semua 'pekerja sektor awam' kini dibuang kerja dan diganti dengan pekerja baru pilihan kerajaan parti pemerintah baru? Ini mungkin berlaku dengan syarikat swasta bila syarikat lain mengambil alih, saperti MAB mengambil alih sistem penerbangan Malaysia daripada syarikat lama, MAS - tetapi, saperti yang dikatakan ini bukan keadaannya dengan 'penjawat awam' atau pekerja 'sektor awam'.
Penjawat Awam dan/atau pekerja 'sektor awam' harus menumpukan tenaga mereka melakukan kerja mereka secara profesional semasa kerja - Semasa kerja, mereka tidak harus 'mempromosi' atau menyatakan sokongan mereka atau bekerja menambahkan sokongan untuk UMNO-BN, ataupun mengkritik UMNO-BN, ataupun mempromosi parti politik lain. Semua itu boleh dilakukan di luar masa kerja dalam kehidupan peribadi mereka...tetapi masa kerja, mesti kerja bersungguh-sungguh berasaskan polisi dan arahan kerajaan semasa...
'LANTIKAN POLITIK'? - Bila masuk seorang CEO atau Perdana Menteri atau Menteri Besar baru, kebiasaannya beliau mahu melantik 'orang' dia, yang beliau percaya akan menyokong dan melaksanakan polisi, arahan dan caranya secara berkesan - beliau tidak akan mahukan mereka yang tidak sokong beliau, justeru kebiasaannya akan berlaku penukaran peringkat tertinggi kepimpinan sektor awam - biasanya Ketua Pengarah/Pengarah, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya(AG), dll...Ini mungkin saya setuju - tetapi pekerja sektor awam, walaupun ditukar pangkat (atau tanggungjawab kerja) tidak boleh dibuang kerja tanpa alasan wajar...
Pekerja sektor awam 'profesional' biasanya tak perlu risau sangat kerana beliau pekerja 'profesional' akan kerja bersungguh-bersungguh berasaskan arahan dan polisi semasa, walaupun secara peribadi mungkin tak setuju dengan pimpinan kerajaan semasa.
Untuk adakan sekatan khusus menghalang mereka ,yang berjawatan ketua pengarah, pengarah, ketua..., daripada 'kritik' kerajaan semasa secara terbuka mungkin ada lojik - tetapi adalah salah untuk ini jadikan halangan sama kepada semua pekerja 'sektor awam' yang lain. Untuk makluman, pekerja pangkat tinggi dalam jawatan sedemikian juga kini dihalang menyertai kesatuan sekerja ...
'KRITIK MAJIKAN' secara terbuka - Pekerja biasa ada hak mengkritik majikan yang mengikut pendapat mereka berlaku tidak adil. Pekerja dibenarkan berkempen mendapatkan sokongan rakyat umum menyokong berjuangan untuk mendapatkan keadilan...Dalam undang-undang Malaysia, hak ini diiktiraf - pekerja boleh berpiket ...piket mesti dilakukan bukan dalam premis majikan tetapi di luar - untuk mendapatkan sokongan pekerja lain...untuk mendapatkan sokongan rakyat umum...menentang majikan menyokong perjuangan pekerja dan kesatuan menentang majikan. Justeru, penyataan bahawa pekerja sektor awam tak boleh kritik 'kerajaan' adalah tak munasabah...
Pekerja bukan milik majikan. Pekerja bukan 'hamba' majikan. Pekerja tidak 'menjual' semua hak peribadinya kepada majikan. Pekerja dan majikan memasuki perjanjian kerja - Pekerja hanya diperlukan bekerja bersungguh-sungguh melakukan kerja yang diberikan majikan secara 'profesional' - itu sahaja. Majikan ada kawalan apa yang dilakukan pekerja semasa masa kerja sahaja, dan mengenai perkara berkenaan hal ehwal kerja. Pekerja, selain daripada pekerja yang diambil khusus untuk tugas mempromosi nama baik majikan/syarikat majikan saperti pekerja PR[Public relations] dan mungkin CEO dan Pengarah, memang tidak ada obligasi untuk mempromosi nama baik atau imej syarikat di luar masa kerja atau dalam masa peribadi. Pekerja yang didakwa lakukan jenayah pun tidak boleh dibuang kerja oleh majikan, sehingga pekerja tersebut dibicarakan dan didapati salah oleh Mahkamah...
Pekerja, termasuk pekerja 'sektor awam', ada hak untuk bersuara, menyatakan pendapat, masuk atau terlibat secara aktif dalam mana-mana parti politik.
Pekerja 'sektor awam' ada hak untuk berkempen, tetapi bukan pada waktu kerja, untuk parti selain daripada parti yang kini menguasai kerajaan, termasuk juga mengkritik parti UMNO-BN yang kini menjadi kerajaan.
Pekerja, termasuk pekerja sektor awam, ada hak mengkritik secara terbuka polisi kerajaan semasa. Perkerja 'sektor awam' ada hak berkempen secara terbuka, di luar masa bekerja, untuk mendapat sokongan rakyat menolak UMNO-BN. Tindakan disiplin tidak harus diambil terhadap pekerja 'sektor awam' berkenaan tindakan mereka semasa masa peribadi mereka - bukan masa kerja.
Jika anda memuatkan komen dalam Facebook atau media sosial pada waktu kerja , jaga-jaga kerana ini adalah salah. Pada waktu kerja, pekerja harus tumpukan perhatian kepada kerja sahaja ...aktif dalam 'sosial media' atau internet semasa waktu kerja boleh dikatakan salahlaku kerja samada kritik kerajaan atau memuatkan resipi ikan patin...Masa kerja harus kerja ...Apa sebenarnya yang telah dilakukan cikgu yang kini siasat ini? Maklumat lebih diperlukan...Harap pihak media akan terus lapurkan berita ini...
Apabila anda meluangkan pendapat - nyatakan bahawa ianya adalah pendapat anda...
Apabila anda mengeluarkan kenyataan fakta - pasti ianya ada asas...berasaskan kebenaran... Jangan buat kenyataan berasaskan apa yang anda dengar saja ...atau tak pasti sama ada benar atau tidak?
Cara cakap setengah Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat bukan contoh yang baik, kerana dalam Dewan, mereka boleh cakap apa-apa tanpa risau akan disaman atau dituduh melakukan jenayah...justeru, bila mengeluarkan pendapat atau kenyataan di luar harus lebih pandai...
Pekerja 'sektor awam' ada hak untuk berkempen, tetapi bukan pada waktu kerja, untuk parti selain daripada parti yang kini menguasai kerajaan, termasuk juga mengkritik parti UMNO-BN yang kini menjadi kerajaan.
Pekerja, termasuk pekerja sektor awam, ada hak mengkritik secara terbuka polisi kerajaan semasa. Perkerja 'sektor awam' ada hak berkempen secara terbuka, di luar masa bekerja, untuk mendapat sokongan rakyat menolak UMNO-BN. Tindakan disiplin tidak harus diambil terhadap pekerja 'sektor awam' berkenaan tindakan mereka semasa masa peribadi mereka - bukan masa kerja.
Jika anda memuatkan komen dalam Facebook atau media sosial pada waktu kerja , jaga-jaga kerana ini adalah salah. Pada waktu kerja, pekerja harus tumpukan perhatian kepada kerja sahaja ...aktif dalam 'sosial media' atau internet semasa waktu kerja boleh dikatakan salahlaku kerja samada kritik kerajaan atau memuatkan resipi ikan patin...Masa kerja harus kerja ...Apa sebenarnya yang telah dilakukan cikgu yang kini siasat ini? Maklumat lebih diperlukan...Harap pihak media akan terus lapurkan berita ini...
Apabila anda meluangkan pendapat - nyatakan bahawa ianya adalah pendapat anda...
Apabila anda mengeluarkan kenyataan fakta - pasti ianya ada asas...berasaskan kebenaran... Jangan buat kenyataan berasaskan apa yang anda dengar saja ...atau tak pasti sama ada benar atau tidak?
Cara cakap setengah Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat bukan contoh yang baik, kerana dalam Dewan, mereka boleh cakap apa-apa tanpa risau akan disaman atau dituduh melakukan jenayah...justeru, bila mengeluarkan pendapat atau kenyataan di luar harus lebih pandai...
NUTP to teachers: Heed Mahdzir’s warning
'You cannot work for the government and talk bad about it.'
PETALING JAYA: The National Union of the Teaching Profession (NUTP)
has given its support to Education Minister Mahdzir Khalid’s
denunciation of teachers who publicly criticise the Putrajaya
administration.
Speaking to FMT, NUTP president Kamarozaman Abdul Razak said teachers
must be reminded that they had signed an oath that they would not
criticise the government in public.
“You cannot work for the government and then talk bad about your
employer,” he said. “This is hypocritical and it’s against the oath we
took as civil servants.”
However, he acknowledged that teachers had the right to participate
in politics although they must apply for permission from the Education
Ministry. Furthermore, their speeches must be based on hard facts, he
added.
“Teachers are allowed to engage in politics, become members of
political parties and even become candidates as long as they ask for and
get permission to do so,” he said.
“Nowadays, however, teachers who engage in politics do so without the
ministry’s knowledge and the politics they play is unprofessional and
gutter-like.”
When asked what he thought of teachers who refrained from talking
about politics in the classroom but were politically active outside, he
said, “When you’re teachers, what you do outside of classrooms also
counts.
“Most students follow politics and if they find out their teachers
said something about the government, then they’re going to be wondering
what’s going on.”
A Bernama report earlier quoted Mahdzir as saying that teachers who
were critical of the government should resign or face the consequences. - FMT News, 28/3/2017
Five teachers to get show cause letters for participation in Opposition activities
Posted on 27 March 2017 - 11:48am
Last updated on 27 March 2017 - 01:26pm
Last updated on 27 March 2017 - 01:26pm
KUALA LUMPUR: The government will issue show-cause letters to five teachers who are active in opposition political party activities.
Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said although they have
breached the civil servants' code of conduct, they will be given a
chance to explain themselves.
"Civil servants are subject to the General Order of the civil
service, there are rules in regards to the conduct of civil servants.
"My advice is, if you support the Opposition, show some class
(beradat). Don't go overboard and resort to insults and inappropriate
words," Mahdzir told a press conference after an event at the Impian
KLCC Hotel here today.
Mahdzir said the teachers in question hold party posts in the
Opposition and have literally taken the stage in their events to
criticise the government.
He said teachers have the right to support whomever they want but reminded them that they are bound by the General Order.
Mahdzir also said teachers have freedom of speech and the right to
criticise, including on social media, as long as their statements are
not slanderous.
"We are a democracy. If you say on social media 'the government is
wrong, the minister is wrong and this should be done instead', that is
fine.
"But if you go to the extent of slander, then that is wrong. Just don't go overboard," he said.
Mahdzir added the teachers are still working as usual and action, if
any, will only be taken after internal investigations are completed. - The Sun Daily, 27/3/2017
No comments:
Post a Comment