Wednesday, July 05, 2017

Kleptocracy - Malu Parlimen Gagal Mendedahkan? Kualiti Wakil Rakyat?

1MDB bukan merupakan satu-satu syarikat milik kerajaan yang kemungkinan telah berlaku 'kleptocracy', penyalahgunaan kuasa atau 'korupsi' - ia mungkin telah berlaku dalam banyak syarikat milik penuh kerajaan yang lain - MAS, dll...dan juga syarikat yang kerajaan memiliki lebih 50% atau menguasai ....

Amat memalukan kerana yang telah mendedahkan atau menghebohkan isu ini bukan Ahli Parlimen( sama ada dari parti pembangkang atau backbencher UMNO-BN) - Ini adalah satu kegagalan Parlimen - tugas memastikan pihak eksekutif(Kabinet dan PM) tidak buat salah ditangan MP gagal dilakukan...Soalan yang perlu ditanya adalah 'MENGAPA'? 

Adakah ahli parlimen ini semua tidak mempunyai 'quality' atau kecekapan perlu - Mereka adalah wakil RAKYAT untuk memastikan semua berjalan dengan baik. [Yang mula mendedahkan pun bukan mana-mana ajensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan memastikan undang-undang negara dihormati --- Yang mendedahkan buat kali pertama adalah orang lain] ....

Kini parti pembangkang kerja memaklumkan kepada rakyat apa yang berlaku...di mana ini adalah bagus...tetapi kegagalan 'pertama' jangan kita lupakan...




MENGAPA? Adakah Ahli Parlimen kita tak cekap, tak pandai atau mungkin tak prihatin sangat isu sebegini? ...justeru gagal menunaikan tugas utama memastikan PM dan Kabinet PM tidak melakukan perkara yang tak betul...

Adakah Ahli Parlimen kita 'malas' - hanya tunggu 'orang lain' dedahkan dan media hebohkan selepas itu baru mereka pun bersuara? Tidakkah ahli Parlimen harus sentiasa memantau ...menyiasat untuk melihat sama ada apa-apa yang tak betul...memastikan tak ada kleptocracy...memastikan tak ada pelupusan wang rakyat? Justeru calun yang kita semua memilih amat penting...

AHLI PARLIMEN - Ada yang hanya mahu jadi dan kekal jadi YB - Tetapi hadhir sahaja di Parlimen, tanya soalan atau bersuara tak memadai... Apakah yang disuarakan oleh MP penting - lihat sahaja Hansard(Minit) Parlimen ...boleh di sana kita menilai 'quality' ahli Parlimen kita. 

Saya telah menyatakan bahawa kita memerlukan ahli parlimen sepenuh masa...tetapi sedih ramai Ahli Parlimen kita masih 'wakil rakyat' separa masa - banyak masih meluangkan masa untuk perniagaan peribadi...Kita bukan memerlukan Ahli Parlimen yang asyik 'jalan-jalan senyum lambai' di kawasan Parlimen biasa semasa majlis kahwin atau ada sesiapa meninggal...Interaksi serius dengan rakyat pun sangat kurang....Bagaimana boleh mewakili rakyat jika tidak ada perbincangan dengan rakyat?

PANDAI dan berpendidikan tinggi...itu tak perlu. Hanya memerlukan seorang yang baik...kerana walaupun tak fasih tentang banyak perkara, seorang ahli parlimen bijak akan meminta bantuan orang untuk lebih arif membantu beliau memahami sesuatu isu...atau membantu melakukan kerja pemantauan dan/atau kajian mereka...

Ahli Parlimen juga mesti melatih diri mereka bukan sahaja berceramah tetapi lagi penting menjawab soalan yang dikemukakan rakyat...Ini akan menajamkan lagi penghayatan dan kefahaman sesuatu isu...menjadikannya seorang wakil rakyat yang lebih baik...

Tak cukup hebohkan salahlaku kerajaan tetapi perlu juga mempunyai cadangan bagus apa yang harus dilakukan untuk membetulkan keadaan serta juga 'alternatif' yang baik. Contohnya, ramai kata 'hapuskan GST' - tetapi apakah alternatif menambahkan dana kerajaan? 

Apa pendirian/pendapat wakil rakyat - tak tahu kerana mereka 'takut' buat kenyataan umum/media' ...Kenyataan Umum penting supaya rakyat tahu dengan jelas apa yang mereka menyatakan (kan...jika hanya pihak media lapurkan tak tahu sama ada dilapurkan dengan tepat atau tidak...dan kita boleh terus rujuk kenyataan umum/media untuk lihat apa sebenar yang dikatakan??) Sedih kerana kita tak tahu pendapat ramai (atau mungkin mereka tidak mempunyai pendapat) - lebih senang ikut sahaja apa kata pemimpin tak kira betul atau salah...

Adakah soalan bertulis/lisan mencukupi untuk Parlimen memantau PM dan Kabinet(MB dan Exco) - semestinya tidak? Apa yang diperlukan adalah banyakJawatankuasa Parlimen  tetap yang sentiasa memantau, menyiasat aduan/isu, dll...Kini ada masalah, Parlimen tubuh PAC(Public Accountability Committee) macam untuk isu 1MDB...ini tak cukup, mesti ada jawatankuasa kekal, di mana rakyat pun boleh mengadu...yang akan menjalankan 'inquiry' secara terbuka..Di setengah negara, prosiding 'inquiry' adalah 'live' dalam TV supaya rakyat boleh juga lihat...

PARLIMEN - kerajaan UMNO-BN mungkin boleh dipersalahkan kerana tidak ada Jawatankuasa memantau sedemikian - Apakah alasan untuk Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?

Apakah komitmen pembangkang untuk menubuhkan lebih banyak 'select committee' atau 'Jawatankuasa' di Parlimen (dan Dewan Undangan Negeri) yang akan sentiasa memantau dan memastikan semua aspek kerajaan sentiasa scara aktif dipantau oleh Parlimen/DUN? 

1MDB - kini semua melihat kepada isu ini ...yang sedihnya Malaysia dan 1MDB sendiri nampaknya berpendirian bahawa tidak ada apa-apa 'kleptocracy' atau kesalahan yang berlaku dalam 1MDB, syarikat berkaitan serta 'dana' 1MDB? Tetapi apa yang berlaku di luar negara di banyak negara menyatakan sebaliknya...

Baru ini Bank Negara pun menyatakan bahawa badan dan institusi kewangan berkaitan dengan kes 1MDB telah didenda kerana melakukan salahlaku -- tetapi puas saya mencari, tak ada pun butiran mengenai apakah salahlaku tersebut. Siapakah badan, institusi kewangan dan syarikat ini yang telah melakukan kesalahan(apa kesalahan), dan apakah denda yang dikenakan? Rakyat berhak mengetahui...

Denda telah dibayar - ini biasanya boleh dikatakan pengakuan oleh mereka yang bersalah...Hakikat ini juga bercanggah dengan pendirian kerajaan dan 1MDB... Bagaimana dengan individu yang melakukan kesalahan ini? Adakah mereka akan dituduh atau 'dibuang kerja' atau tak ada apa-apa ...? Banyak soalan tetapi Najib pun tak banyak memberikan jawapan kepada rakyat...

“So, we could issue letters of administrative compound to relevant bodies and financial institutions breaching Bank Negara’s regulations in the 1MDB case. I would say the fines were probably the highest in history,” she[former Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz] told the Chinese vernacular daily, explaining how the whole matter was settled with the fine being paid.- FMT News, 24/6/2017
Ketua Audit negara keluarkan lapuran mengenai 1MDB - tetapi itu pun masih dirahsiakan daripada rakyat...

JUSTERU, sikap dan cara lama kena diketepikan....Keyakinan bahawa PM(atau MB/KT) dan Cabinet(Exco) akan melakukan kerja dengan amanah dan betul demi kepentingan rakyat sudah kurang ...kini ada alegasi 'kleptocracy', rasuah, pelupusan aset/wang rakyat secara salah, dll...kita perlukan WAKIL RAKYAT berkualiti yang ada kemampuan memantau, menyiasat dan menghebohkan dakwaaan atau salahlaku...kita perlukan Jawatankuasa Parlimen tetap(di wakili Ahli Parlimen pembangkang dan 'Backbencher' kerajaan) yang akan sentiasa kerja memastikan tak ada apa-apa salah laku berlaku....

TRANSPARENSI juga sangat diperlukan khususnya daripada mereka yang ada kuasa 'Eksekutif', iaitu Perdana Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri dan semua ahli Kabinet/Exco mereka....'Pengisytiharan Harta dan Kepentingan' - untuk memberi keyakinan kepada rakyat tak ada 'kleptocracy' - iaitu mereka tidak gunakan kuasa mereka untuk memperkayakan diri sendiri atau keluarga/kawan... Di Selangor, hanya tinggal Azmin Ali dan Elizabeth Wong yang nampaknya masih belum membuat pengisytiharan harta...Mengenai isu ini, pengisytiharan harta mesti dibuat bila mereka mula-mula jadi PM/MB/Exco...semua pendapatan semasa mesti senaraikan....dan seterusnya setiap tahun sekali selepas itu supaya semua rakyat boleh pastikan bahawa mereka tidak menambahkan harta/kepentingan/dan dana secara salah...melalui kleptocracy, rasuah,...dll. Sekali isytihar tak guna sangat ...Selangor pun hanya sekali pengisytiharan sahaja - sukarlah kalau begini...bagaimana kita mengetahui sama ada wang/harta/dll telah diambil secara bersalah semasa berkuasa...

Yang amat menyedihkan adalah ramai wakil rakyat hanya menumpukan perhatian mahu kekalkan kerusi - tugas utama 'check and balance' eksekutif nampak macam dipinggirkan? Apakah perubahan perlu untuk menjadikan Parlimen lebih efektif???

Jika parti menang PRU sahaja ...tetapi ikut kembali cara UMNO-BN, apa gunanya kerana rakyat yang terus jadi mangsa...Program khusus yang akan dilakukan bila menang perlu sangat dikemukakan sekarang ...

Adakah POTA, POCA dan semua Akta membenarkan tahanan tanpa bicara akan dimansuhkan dalam 100 hari dan semua yang ditahan atau disekat segera dibebaskan...Jika ada bukti , polis boleh tangkap dan dakwa di Mahkamah...kalau tidak, bebaskan saja...Adakah sistem pendidikan akan diubah? Adakah hak pendidikan percuma diberikan kepada semua di sekolah kerajaan sampai ke Universiti tempatan? Adakah sistem 'contractor for labour' dan kontrak kerja jangka tetap akan dimansuhkan dan semua pekerja akan dijadikan pekerja tetap di tempat kerja mereka? Adakah parti pembangkang atau gabungan parti pembangkang ada persetujuan mengenai perkara ini...atau habis PRU, baru  akan bincang isu ini? Adakah pilihanraya kerajaan tempatan akan diadakan di semua tempat dalam masa 100 hari? Adakah pilihanraya ketua kampung/taman/kampung baru akan segera diadakan, dan akan mengantikan JKKKK, dsb lantikan kerajaan yang kini wujud? Adakah hukuman gantung akan dimansuhkan? 

Adakah wakil rakyat kini, atau bakal wakil rakyat ada kebolehan dan initiatif berbuat ini - atau budaya sama akan diteruskan?

Parlimen 'berkualiti' memerlukan wakil rakyat 'berkualiti' yang mementingkan rakyat dan negara - bukan yang hanya mahu mendapat faedah dan kekayaan bagi diri sendiri...?
 



Zeti says Bank Negara powerless to act against 1MDB

FMT Reporters
 | June 24, 2017

1MDB probe was one of the toughest moments during her 16-year tenure as governor of central bank, says Zeti Akhtar Aziz.

Zeti-Akhtar-1mdb

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia was powerless to take further action than just some fines to “relevant bodies and financial institutions” over breach of regulations in relation to the 1MDB case.

This was the admission by former Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz, who added that the handling of the 1MDB case was one of her toughest moments in office, Sin Chew Daily reported.

“Although outsiders had very high expectations from Bank Negara, nevertheless, it did not have the power to prosecute.

“Bank Negara has the most comprehensive laws, including the Central Bank of Malaysia Act 2009 and Financial Services Act 2013 to preserve the integrity, stability and healthy functioning of the financial system.

“So, we could issue letters of administrative compound to relevant bodies and financial institutions breaching Bank Negara’s regulations in the 1MDB case. I would say the fines were probably the highest in history,” she told the Chinese vernacular daily, explaining how the whole matter was settled with the fine being paid.

She added that the primary objective of BNM in dealing with the 1MDB case was to ensure the integrity of the country’s financial system.

In March last year, BNM said it would initiate “appropriate action” against 1MDB for failing to produce evidence it had used the allocated US$1.83 billion for debt management and restructuring exercises overseas. 1MDB had initially cited these two reasons when asked why the money had not been repatriated to Malaysian shores.

BNM then fined 1MDB on April 28, giving the state-owned investment fund a May 30 deadline to settle the fine. 1MDB paid the fine on May 25, and with that, new BNM governor Muhammad Ibrahim said the central bank’s investigations into 1MDB had concluded.

The fine was one of the last actions by Zeti before she retired on April 30 last year, with deputy governor Muhammad Ibrahim taking over the next day.- FMT News, 24/6/2017

No comments: