Sunday, September 24, 2017

4 Wakil Pekerja dalam Lembaga KWSP - Berjuang demi pekerja atau 'panas kerusi' sahaja?

Adakah MTUC dan/atau wakil pekerja dalam Board EPF/KWSP bertanggungjawab untuk kegagalan EPF memberikan dividend tahunan yang lebih tinggi...? Dengan adanya wakil pekerja dari MTUC dan CUEPACS, bolehkah kita menyatakan bahawa mereka juga bertanggungjawab semua kegagalan KWSP???

Pada masa ini, ada 4 orang wakil pekerja dalam Lembaga KWSP/EPF - yang bertangungjawab untuk semua aspek KWSP termasuk juga bagaimana wang KWSP dilabur atau digunakan?

Jangan lupa bahawa wang KWSP adalah 100% milik pekerja penyumbang KWSP - iaitu semua pekerja swasta dan mungkin pekerja sektor awam dan sektor lain yang tidak layak mendapat pencen, atau yang telah memilih menyumbang kepada KWSP...Majoriti adalah pekerja swasta...lebih kurang 6-7 juta penyumbang kini.

KWSP bertanggungjawab untuk melabur atau mengunakan wang tersebut untuk menambahkan 'wang' pekerja dalam KWSP. Jika keuntungan tinggi, maka dividend tahunan yang dilapurkan juga tinggi. Jika dividend tahunan 6%, RM1,000 milik pekerja dalam tabung KWSP akan menjadi RM1,060..

Wang KWSP tidak boleh digunakan untuk tujuan sampingan saperti membantu 'kerajaan' atau 'syarikat milik kerajaan'...

Wang ini adalah wang simpanan hari tua - wang yang akan digunakan pekerja menmpung kehidupan setelah hilang kemampuan kerja atau mencari pendapatan...Kini, jika hanya ada RM800 atau kurang sebulan untuk menampung diri untuk 20 tahun... kita ada masalah besar...

Kerajaan UMNO-BN telah menceroboh 'simpanan hari tua' pekerja ini, dengan alasan membantu menyelamatkan ekonomi negara - justeru pekerja dibenarkan gunakan duit 'simpanana hari tua ini'  - membuat pengeluaran beli rumah, dll ...kini ada Akaun 1 dan Akaun 2...justeru 'wang simpanan hari tua' secara otomatik berkurangan. Pekerja digalakkan beli rumah sendiri(kini juga rumah kedua) ...tetapi bila sampai umur 55 (atau 60), berapa ramai yang akan siap jelaskan bayaran pinjaman dan memiliki rumah sendiri? Jika terpaksa lagi menjelaskan bayaran pinjaman bulanan bertahun-tahun lagi, adakah RM800 sebulan cukup? Jika tak bayar balik pinjaman bank, rumah pun akan hilang ---dilelong bank? Mungkin 15 tahun lepas, RM800 sebulan cukup...tetapi kini, berapa yang perlu untuk setiap bulan...Ini MASALAH besar akan datang...dan kos kehidupan semakin bertambah...

Wakil pekerja dalam Lembaga KWSP pada masa ini adalah:-
  • Employees' Representatives:
    1. Tuan Hj Adnan Mat - Setiausaha Agung CUEPACS
    2. Puan Catherine Jikunan - Secretary of the Malaysian Trades Union Congress, Sabah; Deputy Treasurer of Federation of Bank Employees Malaysia -
    3. Puan Hadiah binti Leen -
      President of the Sarawak Bank Employees' union as well as head of Women of the Malaysian Trades union Congress (MTUC), Sarawak Division.
    4. Encik Abdul Halim Mansor - Presiden, Malaysian Trade Union Congress(MTUC)
Justeru - nampaknya ada 3 orang daripada MTUC ...termasuk Presiden MTUC sendiri...

CUEPACS - berapa sebenar ahli CUEPACS yang terlibat dalam skim KWSP? 

Tapi persoalannya adalah apakah 4 orang wakil pekerja dalam Board EPF ini melakukan?

* Adakah mereka hanya 'memanaskan kerusi'...dan tak melakukan apa yang perlu untuk berjuang demi pekerja memastikan EPF/KWSP melakukan apa yang perlu untuk memastikan EPF melakukan apa yang perlu untuk meningkatkan jumlah 'wang simpanan hari tua' pekerja?
 
* Adakah mereka hanya duduk diam ....'berterimakasih kepada Najib, Menteri Kewangan' kerana memberikan kehormatan jadi ahli Lembaga KWSP - tambah pula mendapat elaun tambahan? (Apa yang berlaku kepada wang yang diberikan kepada wakil pekerja ini - masuk poket sendiri atau dikembalikan kepada MTUC dan CUEPACs - padsa pandangan saya, wang elaun kecuali wang perlu untuk belanja pengangkutan, makan dan penginapan harus dikembalikan kepada pekerja memalui MTUC, CUEPACS atau terus masuk kembali kepada tabung KWSP...).

* Siapakah yang memilih wakil pekerja? Sepatutnya pekerja yang memilih - bukan kerajaan sahaja yang memilih dan melantik sendiri. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan yang pilih, bukan MTUC yang memilih.... [Kini ketua kampung pun dipilih kerajaan ...justerus bukan sesuatu yang tidak mengejutkan jika kerajaan juga memilih dan melantik 'wakil pekerja'...Selepas Presiden MTUC Khalid Atan meninggal dunia, secara lojik 'Acting' Presiden dilantik tetapi Abdullah Sani tidak dilantik mengantikan Khalid sebagai wakil pekerja - adakah kerana dia dari parti PKR? ...?- Justeru, adakah kerajaan melantik "YES' man - mereka yang akan dengar dan ikut apa kata kerajaan bukan mereka yang berjuang sungguh-sungguh demi pekerja penyumbang skim KWSP?

* Haruskan Presiden atau Setiausaha Agung MTUC atau CUEPACS menjadi ahli Lembaga KWSP - jika ini berlaku, tidakkah ini akan menjejaskan kuasa MTUC atau KWSP mengeluarkan pendirian mengenai KWSP yang kritikal - bila pemimpin mereka dalam Lembaga? Kini, nampaknya wakil pekerja tidak memaklumkan apa-apa kepada pekerja yang mereka mewakili. MTUC pun, bila mengeluarkan kenyataan berkenaan isu KWSP... ianya bila maklumat sudah keluar dalam media...anih..kerana bila ada wakil dalam Lembaga KWSP - apa yang salah dan tak betul sepatutnya lama sudah diketahui MTUC - justeru isu harus lebih awal dikeluarkan oleh MTUC sebelum isu itu keluar dalam media massa... (Contoh...protes MTUC mengenai kadar dividend rendah...mengenai hakikat Malaysia mahu tambah pelaburan wang KWSP di US...- 2 keadaan apabila MTUC hanya membuat kenyataan SELEPAS isu itu dilapurkan di Media...) - Adakah ini bermakna wakil MTUC dalam Lembaga KWSP gagal memaklumkan kepada MTUC terlebih dahulu...

* Kini, dikalangan lebih 6,000,000 yang ada simpanan KWSP - ada masalah kerana mereka yang berpendapatan rendah tidak akan mempunyai 'wang simpanan hari tua' yang cukup - apa cadangan MTUC? Apakah cadangan menyelesaikan masalah ini yang akan dibawa oleh wakil pekerja dalam Lembaga KWSP kepada KWSP....
The Employees Provident Fund (EPF) says that nearly 80% of workers who will turn 55 this year will not have enough savings in their account to live above the poverty line...EPF chief executive officer Shahril Ridza Ridzuan said yesterday that the workers would not have enough in total EPF savings to enable them to live on RM800 a month for the next 20 years.
TAK GUNA ADA WAKIL PEKERJA DALAM LEMBAGA KWSP SEKIRANYA TIDAK ADA APA-APA YANG DILAKUKAN WAKIL UNTUK MENGUNTUNGKAN PEKERJA...atau menjaga kepenting pekerja penyumpang KWSP {Wakil yang tidak sentiasa berjumpa dan berkomunikasi dengan pekerja juga 'tak guna' - mereka bukan wakil pekerja yang sah - hanya wakil pilihan kerajaan sahaja???? bukan pun mewakili MTUC atau CUEPACs sebenarnya?? bukan juga mewakili pekerja...

UNION - hakikat kini adalah bilangan pekerja yang menjadi ahli kesatuan adalah sangat rendah - dan semakin lama nampaknya keahlian kesatuan di kalangan pekerja swasta berkurangan...Hanya lebih kurang 30% kesatuan pekerja yang kini jadi ahli MTUC..


Di kalangan kesatuan sekerja sektor swasta, bilangan keahlian semakin lama semakin berkurangan...

2014 - 376,362
2015- 366,348
2016-362,031
2017- 354,313
Bilangan keahlian dikalangan kesatuan pekerja sektor awam dan badan statutori bertambah sikit...

924,961 bilangan ahli kesatuan di Malaysia

Bilangan pekerja yang sedang bekerja adalah 14.16 juta - 14,160,000

 
Lembaga/Board EPF adalah yang paling berkuasa dalam KWSP - juga mengarahkan 'Investment Panel"...
"Section 4B(1) EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1951 'There shall be established an Investment Panel responsible for matters pertaining to the investment of the assets of the Board which shall be subject to such directions issued by the Board and approved by the Minister from time to time. 
Wakil pekerja dalam Lembaga KWSP ada tanggungjawab besar ... masa sudah tiba untuk pekerja dan kesatuan melihat dengan lebih terperinchi apa sebenarnya yang mereka melakukan dalam Lembaga... Adakah berjuang untuk pekerja, penyumbang KWSP)...ataukah mereka hanya duduk diam memanaskan kerusi sahaja? 

Undang-undang memberikan pekerja HAK dan peluang perwakilan, apakah yang pekerja dan kesatuan akan buat dengan hak dan kuasa ini?

EPF: 80% retiring at 55 will live a poor life

 | March 13, 2015
Retirees will not have enough to live above poverty line of RM830 for 20 years

KUALA LUMPUR:The Employees Provident Fund (EPF) says that nearly 80% of workers who will turn 55 this year will not have enough savings in their account to live above the poverty line.

EPF chief executive officer Shahril Ridza Ridzuan said yesterday that the workers would not have enough in total EPF savings to enable them to live on RM800 a month for the next 20 years. 

Malaysia’s poverty line income is set at RM830.

The reason for this is that most of them were on low wages when they started contributing to the fund in 1980s, and continued earning relatively low salaries till they turned 55.

More than 75% of 14 million EPF contributors earn less than RM2,000 a month. About 15% earn between RM2,000 and RM5,000 a month, and those earning more than RM5,000 are in the top 10%.

EPF has set RM196,800 as a savings threshold that would allow a contributor to spend at least RM800 a month for the next 20 years.

The threshold is revised every three years to take into account inflation.

Only about 20% of its contributors who turn 55 this year are expected to have RM196,800 in total savings. That percentage is likely to stay about the same in the coming years, said Shahril.

“Historically, we have a low wage environment, so that percentage has inched up only a little.”

“This is why we tell contributors not to take out their savings till they are 60, when they really retire.

“That extra five years can earn them an extra 40% through compound interest.”

These figures, he said, reflect the new reality of working life in Malaysia, as people will have to work beyond 55 in order to save enough to live out the rest of their lives.

“This is the trend in developed countries and we are getting there. The reality is that you can no longer retire at 55 and enjoy yourself.”

That age was set in the 1950s and has not been changed to take into account longer life expectancies. People are expected to live through their 70s.

“We need policies to deal with this, such as financial literacy training so that young people are aware of the need to save for retirement and how to integrate old workers into the market.

“These are issues that advanced economies have to deal with and we are getting there.” - FMT News, 13/3/2015

No comments: