Monday, March 04, 2019

Semenyih - Mengapa PH kalah?Bukan kerana isu kaum/agama tetapi...

SEMENYIH - Pakatan Harapan kalah lagi...lagi lama sokongan rakyat kepada PH berkurangan..

MENGAPA? Trend kehilangan sokongan PH jelas daripada pilihanraya kecil Post Dickson(Anwar dapat kurang undi berbanding Danyal ...)

- Rakyat bijak...mahu memasukkan lebih ramai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, untuk memantau perjalanan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Mereka semua tahu bahawa satu lagi DUN bukan Pakatan Harapan tidak akan mengugat kedudukan kerajaan negeri sedia ada...

- Rakyat rasa tidak puas hati dengan Pakatan Harapan kerana banyak janji sebelum PRU14 masih gagal dilaksanakan..
* Undang-undang tidak adil, selepas lebih kurang 9 bulan, saperti SOSMA, POCA,POTA, Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam, Akta Universiti, Akta ...masih sehingga kini belum lagi dibatalkan ...malah banyak masih lagi digunapakai..
* Pekerja marah - kerana harapan gaji minima akan dinaikkan kepada RM1,500 tidak berlaku - hanya dinaikkan RM50 kini menjadi RM1,050
* Tol belum dihapuskan
* Pilihanraya BERSIH pun tak berlaku - masih lagi tempuh kempen terlalu singkat, kes kesalahan pilihanraya pun macam tak ada tindakan, Calun MP boleh belanja RM200,000 - adakah Anwar Ibrahim belanja lebih?(Itu pun tak tahu), Jentera kerajaan dan/atau duit kerajaan masih digunakan semasa pilihanraya(ini tindakan yang dibantah rakyat semasa pentadbiran BN?)
- Tak ada tindakan menjamin pekerjaan rakyat - kerja tetap kekal(Sistem 'contractor for labour'[sistem pakai pekerja pihak ketiga-'outsourcing') belum dihapuskan, pekerjaan kontrak jangka pendek yang memaksa pekerja cari semula kerja baru setiap tahun belum lagi dihapuskan atau dihadkan...
- Kerajaan PH pun sikap sama dengan BN lama - lantikan politik termasuk pemimpin parti sedia-ada..
- Perlantikan bekas ketua hakim, yang menyebabkan 'krisis kehakiman' terkini pula dilantik kerajaan untuk siasat peristiwa 'Wang Kelian' - Mengapa? 
- Kos kehidupan masih tinggi...

Ya, kerajaan PH telah banyak menyiasat dan mendedahkan kesalahan Najib dan yang lain berkenaan kleptokrasi, rasuah, salahguna wang rakyat, dsb...tetapi bicara belum dimulakan atau siap..TETAPI pada masa yang sama tak ada polisi atau undang-undang baru memastikan yang berkuasa tidak boleh lakukan kesalahan sama..

Isu gaji terlalu tinggi untuk CEO dan Pengarah GLC termasuk syarikat milik penuh kerajaan - tetapi sehingga kini gaji mereka masih tidak dikurangkan. Isu ada setengah penjawat awam gaji terlalu, beberapa kali ganda gaji Perdana Menteri - itu pun belum ada perubahan...Kini, adakah lantikan politik PH yang baru juga dibayar gaji terlampau saperti dahulu?

Pengisytiharan Harta/Pendapatan MP Kerajaan - Jika dilihat, ada lagi MP Kerajaan termasuk Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan yang dikatakan mungkin akan menjadi PM selepas Mahathir, belum lagi mengisytiharkan harta/pendapatan. Pengisytiharan harta/pendapatan harus dilakukan setiap tahun supaya rakyat boleh tahu sama ada mereka menjadi kaya lebih akibat kedudukan mereka sebagai MP/Mentei kerajaan - adakah ini akan berlaku, itu pun tak cakap? Banyak perkara masih tidak didedahkan - syer/kepentingan dalam syarikat mana, wang dalam akaun bank(adakah memiliki akaun di luar negara - semua ini penting.

PERSEPSI ramai adalah tak ada banyak yang berubah - hanya orang parti yang menjadi kerajaan...lantikan politik juga masih berlaku(berapa gaji?)...ada pula ahli parti PH yang mahu pula kontrak untuk pemimpin cabang/...kan sama saperti masa kerajaan BN?

Anwar, dan kini Azmin pula masih bermain politik perkauman yang mahukan 'lebih' untuk Melayu dan Islam - pelik kerana PKR adalah parti berbilang kaum bukan UMNO, parti orang Melayu. Mereka yang bercakap atau prihatin hanya untuk ahli kumpulan etnik/agama mereka tidak sesuai menjadi pemimpin Malaysia yang berbilang kaum/agama. Pemimpin negara harus prihatin semua rakyat Malaysia khususnya yang miskin...

Anwar dan juga Azmin nampaknya mahu menoleh perhatian kekalahan kepada isu Melayu dan Islam ...dan bukan sangat kepada perkara lain yang lebih penting. Apa sebenarnya kepentingan Melayu atau Islam yang telah dihakis akibat masuk kerajaan baru - kerajaan Pakatan Harapan?  Tidak ada apa-apa pun dari pemerhatian saya. Kuota biasiswa, tempat dalam universiti/kolej, kuata penjawat awam, kuota lesen /permit...Objektif utama kepentingan sedemikian adalah untuk pengagihan harta dan peluang untuk memastikan Melayu dan orang asal(native) Sabah dan Sarawak sama taraf dengan kaum lain di Malaysia - selepas 60 tahun BN tak berjaya kerana masih lagi ramai daripada golongan ethnik tersebut masih miskin/susah - Mengapa? Mungin hanya segelintir yang kaya bertambah kaya - tetapi majoriti masih miskin. Fokus harus berubah memberikan penumpuan kepada yang miskin ...jika gitu, fokus harus mungkin diubah kepada semua yang miskin di Malaysia..Kini apakah kuota tersebut juga tak pasti? Bilangan orang kaya Melayu dan orang Sabah dan Sarawak bertambah tetapi malngnya yang kaya kurang atau tidak akan membantu atau berkongsi harta dengan mereka dari kaum/agama sama...
"We must take these into consideration but while we must always uphold the spirit of the Federal Constitution on the rights of the Malays and Islam...
Anwar dan Azmin mungkin masa mempunyai budaya UMNO - mereka gagal sendiri REFORMASI...

Persoalan utama adalah kehilangan sokongan rakyat miskin berapa? rakyat sederhana pendapatan berapa? rakyat kaya berapa? Hilang berapa banyak sokongan pekerja kilang swasta? petani? penjawat awam? Hilang berapa banyak sokongan penduduk luar bandar? warga tua? warga muda? 

Rakyat Malaysia bukannya 'racist' - akan hanya undi calun Melayu? Di Semenyih, calun PH, BN dan satu calun bebas adalah Melayu...BN dan PH adalah gabungan parti-parti yang berbilang etnik dan agama...

Mengapa PH hilang sokongan rakyat tidak boleh dikatakan kerana isu etnik dan agama saja - ini pemikiran cetek.

Dalam pilihanraya kecil, rakyat berani akan memilih calun pembangkang khususnya bila keputusan tidak akan mengugat kerajaan sedia ada....Rakyat juga akan mengundi calun selain dari calun kerajaan kerana mahu tunjukkan tidak puas hati dengan kerajaan sedia ada...Atau mungkin kerana lihat siapa calun itu sendiri - peribadi, nilai, prinsip...tak kira parti? 

Rakyat Malaysia kini tidak sempit dan hanya mahu undi ikut kaum atau agama...

Kerajaan BN dahulu memberikan perhatian kepada pembangunan di Lembah Kelang dan mungkin bandar besar sahaja...Di Malaysia, berapa bandar ada kemudahan sukan awam saperti kolam renang, gelanggan skuash, padang bola keranjang/voley ball/sepak raga, netball...itu pun tak ada? Internet pun hanya 1MB atau kurang. Perkhidmatan pengangkutan awam pun kurang - semua terpaksa beli kereta atau motor. Teksi boleh panggil melalui talipon pun tak ada. Uber atau Grab pun tak ada. Jalanraya pun banyak rosak - garis putih pun hilang sudah...Menteri Sukan mahu bina stadium ragbi tetapi apa yang perlu adalah faciliti sukan awam di semua bandar...

Kini hak bersuara semakin lama nampaknya bertambah kurang --- apa-apa kritikan, MP dan Menteri mahu saman, Internet sekarang pun dipantau kerajaan,...

PRU14 - Harapan rakyat adalah negara yang alternatif - bukan terus dengan cara kerajaan BN - di mana kebebasan rakyat dikongkong...Anwar bukan dalam kabinet - dia berhak bersuara menuntut ini dan itu dilakukan kerajaan...atau hebohkan kegagalan kerajaan ..tapi nampaknya isu utama beliau adalah mahu jadi Perdana Menteri selepas Mahathir saja...Jika itu saja fokus Anwar, ramai mungkin tak mahu beliau sebagai PM...

Jangan menjadi rakyat Malaysia rakyat yang hanya prihatin kaum/agama sendiri tetapi fokus atau tumpu kepada apa yang perlu untuk membasmi kemiskinan, mengurangkan kos sara hidup, mengembalikan hak dan demokrasi termasuk hak memilih ketua kampung dan ahli majlis perbandaran, mendapat kembali hak kerja tetap(tak perlu cari kerja baru setiap tahun), ....

Anwar: Semenyih loss is a message of the rakyat's sentiments

PORT DICKSON: Pakatan Harapan could not defend the Semenyih state seat as it has yet to execute some programmes it had pledged, says PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

He said given time, the rakyat would understand why it is taking the Pakatan administration time to carry it out.

"The rakyat will also understand why we had to undertake some other measures as well as our limitations in carrying out some programmes," he said at a Chinese New Year open house hosted by him here Saturday (March 2). 

He said although Pakatan lost Semenyih, both the Selangor and Federal governments were firmly in its control. 

"The outcome surely gives us a message on the peoples' sentiments, especially the Malays. 

"We must take these into consideration but while we must always uphold the spirit of the Federal Constitution on the rights of the Malays and Islam, we must also ensure the needs of other races and racial unity is always preserved," he said.

Anwar said the Semenyih result shows that Pakatan has to quickly look into the problems faced by the people. 

Deputy Prime Minister Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, who was also present, said the result clearly showed that democracy was alive in Malaysia. 

"The voters have sent us a message and there are some issues that we need to see thoroughly. 

"We have taken heed of the voters' sentiments and would work on them," she said. 

DAP's Lim Kit Siang, who was also present, did not respond to questions from reporters. - Star, 2/3/2019

Semenyih voters sent clear message - Azmin

(File pix) The government, Azmin said, will enhance the implementation of measures to ease the economic burden of Malaysians. NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: The outcome of the Semenyih by-election yesterday is a wake-up call for Pakatan Harapan (PH) which should not play the blame game, said its vice-president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“We must act collectively in the spirit of consensus to advance the reform and development agenda for the people,” he said in a statement issued today.

Azmin added that in the light of the outcomes of the Semenyih and Cameron Highlands by-elections earlier, PH needs to take heed of the signals sent by the voters.

“We must deeply reflect on our actions moving forward. We are cognisant of the sentiments expressed by voters and we must be committed to taking proactive steps to address issues concerning the rakyat,” Azmin said.

“Pakatan Harapan must step up efforts to change and be the party of choice for Malay voters. Pakatan Harapan must become a source of strength for the community.

“We must be brave and not hesitate in fulfilling our promises, especially on the Malay and Bumiputera agenda which is an integral part of the national agenda. We must do so without feeling apologetic and fearful of criticism of others,” he said.

The government, Azmin said, will enhance the implementation of measures to ease the economic burden of Malaysians.

He added that through the Economic Action Council, measures to reduce the cost of living, improve wages, alleviate poverty and increase home ownership would be implemented urgently. - Bernama, New Straits Times, 3/3/2019

1 comment:

Observer said...

Saya seorang pengundi di semenyih dan saya amat memahami perubahan di prk semenyih. Saya tak bersetuju dengan salah satu alasan kekalahan di atas. Ramai pengundi memang beralih dari ph kepada bn kerana ph dilihat gagal menjaga kepentingan islam, malah lebih teruk dari bn. Jika bn tidak bergabung dengan pas, bn mungkin akan kalah. Orang melayu bukannya mengundi bn, tetapi mereka mengundi islam. Hujah saya berdasarkan kepada diskusi bersama rakan2 yang juga pengundi di semenyih. Jika hujah saya ini kurang tepat, masakan jika saya berdiskusi bersama 10 orang pengundi, semua sekali bersependapat dengan saya.