Bila hak pekerja dicabul, tidak ada lapuran media ....pekerja di kilang di Muar, lebih kurang 700, telah mogok/protes kerana "...dipercayai berpunca daripada rasa
tidak puas hati pekerja terbabit terhadap pengurusan kilang kerana
menangguh pelaksanaan penetapan had gaji minimum yang dijadualkan
berkuat kuasa sejak Januari lalu..."
Isunya adalah isu perlaksanaan gaji minima.
Lapuran menyatakan bahawa protes ini berlaku sejak 7/3/2013... tak ada tindakan ke arah penyelesaian isu hak pekerja. Selepas itu...3 hari lagi 8/3/2013, 9/3/2013, 10/3/2013 -- dan dakwaan 'keganasan' berlaku pada 10/3/2013... Jika mengadu pencabulan hak, tak ada apa berlaku...Kalau protes/mogok tak ada apa yang berlaku... selepas itu, apa nak buat? Sepatutnya kerajaan masuk segera menyelesaikan isu ini - mengambil tindakan tegas terhadap majikan... Kini pun banyak aduan mengenai isu
gaji minima dan ketidak patuhan majikan kepada undang-undang negara -
tapi Menteri dan Kerajaan senyap sahaja... dan ini akan menjana ke
Siapa yang patut disalahkan?
Majikan - BETUL
Kerajaan - BETUL, kerana sepatutnya pihak Jabatan Sumber Manusia(Labour Department) mesti segera masuk cuba
mentelesaikan isu pencabulan hak dan memberikan jaminan kepada pekerja
... Mengapa paksa sampai pekerja terpaksa protes...mogok - mengapa pihak
berkuasa berkenaan tidak memantau majikan mematuhi undang-undang
negara...
Kesian - kini kemungkinan besar tumpuan
beredar kepada tuduhan jenayah terhadap pekerja -- dan pihak majikan
mendapat 'kesian' orang ramai, dan pekerja menuntut hak mendapat 'nama
buruk'
MTUC dan MTUC Johor, dan kesatuan pekerja harus bertindak pergi segera membantu kaum pekerja yang terbabit...
150 pekerja mengganas
10 Mac 2013
MUAR – Suasana tenang di Kawasan Perindustrian Parit Jalan berhampiran
Seri Menanti, dekat sini, bertukar menjadi kecoh apabila kira-kira 150
pekerja warga asing dari sebuah kilang mengadakan mogok dan bertindak
ganas dengan memukul serta mencederakan seorang pengurus pengeluaran dan
tiga penyelia, kelmarin.
Kejadian sekitar jam 3 petang itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja terbabit terhadap pengurusan kilang kerana menangguh pelaksanaan penetapan had gaji minimum yang dijadualkan berkuat kuasa sejak Januari lalu.
Kejadian sekitar jam 3 petang itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja terbabit terhadap pengurusan kilang kerana menangguh pelaksanaan penetapan had gaji minimum yang dijadualkan berkuat kuasa sejak Januari lalu.
Difahamkan, kekecohan itu sudah berlaku sejak Khamis lalu (7 Mac)
dengan melibatkan seramai 700 pekerja melakukan mogok tidak mahu
menjalankan tugas masing-masing, namun tidak berlaku sebarang keganasan.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, berkata, keadaan menjadi lebih kecoh apabila 20 pekerja kilang terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat dan menarik keluar pengurus pengeluaran.
Menurutnya, tindakan pekerja terbabit disedari tiga penyelia kilang yang kemudiannya cuba membantu pengurus berkenaan, tetapi dihalang dan mereka dikasari dengan beberapa tumbukan dan sepakan.
“Keadaan menjadi sedikit tidak terkawal apabila sebahagian daripada mereka membaling batu pada tingkap menyebabkan banyak kaca tingkap pecah dan bertaburan.
“Pihak pengurusan ada cuba untuk memujuk mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus itu, tetapi tidak berjaya malah suasana menjadi lebih tegang,” katanya.
Katanya, keadaan itu memaksa pihak pengurusan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan apabila pihak berkuasa tiba, keadaan kembali menjadi terkawal dan pekerja terbabit bersurai.
Akibat daripada keganasan pekerja terbabit, pengurus dan penyelia kilang itu yang berusia lingkungan 30an mengalami kecederaan ringan serta lebam pada bahagian muka dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selain membuat laporan di balai polis berhampiran.
Usaha Sinar Harian untuk menemu bual dan mendapatkan penjelasan pihak pengurusan kilang berkenaan tidak berjaya, namun mengakui mahu menyelesaikan masalah itu secara dalaman.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad
Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengakui pihaknya
ada menerima laporan berhubung kes itu.
“Polis akan tahan mereka yang terlibat untuk siasatan lanjut dan kes
disiasat ikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.- Sinar Harian, 10/3/2013, 150 pekerja mengganas
No comments:
Post a Comment