Satu cara bagaimana majikan mengugat semangat perjuangan pekerja mereka adalah dengan menyerang kepimpinan pekerja. Jika pimpinan diserang dan dianiyai, maka setengah majikan percaya ahli kesatuan sekerja akan berasa 'takut' dan segala niat majikan kemungkinan akan seterusnya berjaya tanpa bantahan/halangan dari kesatuan atau pekerja.
Kesatuan sekerja adalah satu cara bagaimana pekerja bersatu dapat berinteraksi dengan majikan untuk menuntut hak lebih dan keadaan kerja yang lebih baik dan selamat. Pekerja bersatu juga boleh menangani apa-apa ketidakadilan yang dilakukan majikan.
TETAPI Bukan senang, bila dengan senang majikan boleh membuang kerja atau mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin, di mana ini akan menjana perasaan ketakutan di kalangan ahli lain - 'Jika majikan boleh lakukan gitu pada pemimpin, bagaimana pula saya?'
Ketakutan sedemikian akan secara lojik wujud - tetapi ini juga masa tekad dan solidariti pekerja dicabar. Adakah 'solidariti' itu hanya cakap 'kosong' bila keadaan baik - atau adakah Kesatuan dan pekerja akan tampil ke hadapan, sanggup ambil risiko, yang mungkin termasuk risiko kehilangan kerja atau risiko penangguhan kenaikan gaji, untuk berdiri bersama secara SOLIDARITI berjuang - lawan tetap lawan sehingga keadilan dicapai...Atau adakah 'kesatuan' dan 'solidariti' ini akan retak dan pecah gitu saja? Semua bergantung kepada ahli individu dan pimpinan kesatuan - prinsip, nilai, watak, personaliti...?
Syabas kepada Union di Infineon Melaka dan ahli kesatuan tersebut yang BERTAHAN dan telah mengambil pendirian wajar secara solidariti - menuntut INFINEON Melaka membenarkan Presiden mereka(walaupun telah dibuang kerja secara salah) kembali melakukan tugas dan tanggungjawab beliau. Berikut adalah petikan emel yang dihantar Setiausaha Kesatuan kepada Infineon Melaka...

Sent: Thursday, January 12, 2017...
Assalamualaikum En Fazli,
Saya sebagai
Setiausaha Kesatuan ingin memaklumkan kepada pihak majikan bahawa untuk jawatan
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. masih
lagi disandang oleh saudara Muhammad Zulfadlee Thye bin Abdullah.
Setelah merujuk kepada MTUC Pusat dan berlandaskan undang-undang seperti yang
tercatit di dalam Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Sekerja, maka saudara
Zul Thye masih lagi layak memegang jawatan Presiden Kesatuan.
Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS). Maka dengan rasminya segala tugas-tugas Presiden Kesatuan masih lagi
dijalankan oleh saudara Zul Thye termasuklah perbincangan CA yang akan datang.
Kami juga berharap agar perbincangan CA yang akan datang dapat dibincangkan
dengan secara harmoni.
Sekian Terima Kasih.
With Best Regards,
Muhd Khairul Buang
Infineon Technologies
(Malaysia) Sdn. Bhd.
(IFMY OP BE POM SO M4
UPS ASSY DB UT)
Zulfadlee Thye |
Pendirian yang diambil Kesatuan ini harus dipuji. Tuntutan mereka adalah wajar dan berasaskan undang-undang. Bila seorang pekerja dibuang kerja, mendakwa bahawa pembuangan kerja itu salah dan menuntut kerja kembali, beliau akan terus kekal sebagai ahli kesatuan, dan terus memegang jawatan dalam Kesatuan tersebut - di dalam keadaan ini, Presiden Union...
Malangnya, majikan Infineon Melaka terus menafikan hak Presiden Union ini meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden Union...masuk pejabat Union pun dihalang secara salah oleh majikan berkenaan..
MTUC juga telah membuat tuntutan yang sama - tetapi Infineon Melaka terus berkeras...menafikan hak Presiden dan Kesatuan tersebut..
Kerajaan UMNO-BN sudah pun tahu bahawa salah laku bercanggah undang-undang sedang berlaku - mana dia penguatkuasaan undang-undang?
Kenapa Menteri Sumber Manusia, termasuk peguatkuasa Jabatan Perhubungan Manusia dan Pendaftar Kesatuan Sekerja masih belum bertindak...Sepatutnya cepat-cepat masuk, dan menuntut Infineon Melaka menuruti undang-undang negara - Presiden Kesatuan harus segera dibenarkan masuk dan meneruskan tugas sebagai Presiden...[Isu pembuangan kerja isu lain, boleh ikut proses sedia ada - tapi buat cepat sikit]. Isu kini adalah isu 'union busting ' dan isu penafian majikan membenarkan Presiden Union yang sah menjalankan tugas...Mana penguatkuasaan undang-undang...
Mana penguatkuasaan undang-undang buruh dan Kesatuan Sekerja? Malas atau segaja tak prihatin kerana kerajaan tak prihatin hal ehwal pekerja - Mungkin perlu buat aduan kepada EAIC (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan) isu kegalan pihak penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia?
Penguatkuasaan undang-undang buruh juga harus dilakukan dengan cepat dan berkesan - Salah jika hanya menunggu pekerja dan/atau kesatuan sekerja bawa ke Mahkamah saja?
Bila sedar ada tindakan majikan bercanggah undang-undang negara, penguatkuasaan mesti dilaku segera...bukan berlenggah-lengah? Kadang-kadang ada aduan difailkan...kadang-kadang telah dapat tahu mengenai salah laku cara lain. Bila dapat tahu, dengan apa-apa cara pun, penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia kena segera bertindak....? Apa kata Menteri - adakah pihak penguatkuasa undang-undang pekerja kurang efisyen? Adakah terdapat 'rasuah' yang menyebabkan pihak penguatkuasa melewatkan tindakan?
Rekod menunjukkan bahawa KEMENTERIAN semestinya sudah tahu mengenai salah-laku, bercanggah undang-undang negara, sejak sekurang-kurangnya Januari 2017...apa yang telah dilakukan?
Pos berkaitan:-
No comments:
Post a Comment