Saturday, April 01, 2017

Union bersama ahli berjuang tanpa takut berjaya menangani niat melakukan 'union busting'?

Pada tahun 2016, satu lagi UNION bersama dengan pekerja ahli union telah berjaya menewaskan tindakan majikan cuba 'serang' dan melemahkan Kesatuan Sekerja.

Di dalam kes ini, Union telah berjuang menentang tindakan majikan menafikan beberapa hak yang sudah dipersetujui dalam Perjanjian Bersama, serta serangan secara peribadi beberapa orang pimpinan pekerja...Union ini telah berpiket di premis majikan berkenaan, di mana dokumen penjelasan isu dan pendirian Union juga diedarkan.



Serangan terhadap General Secretary Union dan beberapa ahli Union

Susulan itu, Presiden(atau CEO) serta bekas Pengarah Sumber Manusia telah mengugut memulakan tindakan saman malu berasaskan surat yang disediakan Union semasa piket. Ugutan mahu mulakan saman malu tersebut itu ditujukan Setiausaha Union Kebangsaaan, serta beberapa orang pemimpin Union di tempat kerja berkenaan.

Union bersama ahli Union telah berjuang melalui surat-menyurat, serta juga melalui satu PETISYEN yang ditanda tangani hampir kesemua ahli Union ditempat kerja tersebut. UNION dan ahli telah menujukan tindakan terhadap majikan tempat kerja...

UNION berjaya menunjukkan SOLIDARITI - petisyen ditandatangani semua ahli ditempat kerja membuktikan bahawa UNION itu kuat dan semua ahli bersatu dalam perjuangan tersebut....

AKHIRNYA, UNION dan ahli yang berani bertindak bersama telah berjaya - dan ugutan ditarik balik, dan semua kembali secara asal.

* Nama Union dan/atau Majikan berkenaan tak dinyatakan kerana Majikan sudah mengalah, dan keadaan kembali saperti dulu. Jika Union itu sendiri mahu memperkenalkan diri, saya serahkan kepada Union tersebut. Yang penting, ini telah berlaku dan Union bersama ahli berjaya dalam perjuangan mereka... 

Apa yang boleh dibelajar daripada kejayaan Union ini? 

* Jika UNION dan ahlinya berani berjuang tanpa rasa takut - UNION dan ahli akan berjaya, dan majikan akan mengalah... dan keadilan tercapai.

* Kebiasaan setengah union apabila penindasan sebegini berlaku adalah terus lari mengadu kepada kerajaan di pejabat Industrial Relations Department(IRD)[atau Pejabat Perhubungan Perusahaan], ATAU kepada Jabatan Buruh[Human Resource Department] atau kepada Menteri berkenaan. Ini adalah pilihan yang ada untuk pekerja - tetapi ini harus menjadi pilihan terakhir. BERJUANG DULU DENGAN MAJIKAN dengan mengunakan beraneka jenis cara dulu...Cara berjuang yang ada kini ada beraneka jenis. Kena kreatif.  Piket adalah satu cara ...petisyen bersama adalah satu cara, perjuangan surat-menyurat cara lain, protes, kempen kepada pemegang saham syarikat, kempen mendapatkan sokongan orang ramai, kempen tanda tangan, dll.. Ada banyak cara lain, sebelum lari pergi adu kepada kerajaan...

* Membuat aduan kepada IRD dan Jabatan Buruh adalah cara mudah. Pekerja tak ada Union pun boleh buat ini. Bila ada isu, dan jika pekerja bersolidariti atau ada mempunyai Kesatuan, berjuang dahulu mengunakan kekuatan kesatuan dengan majikan. Lebih baik jika perjuangan berjaya tanpa melibatkan 'referee'(Jabatan Buruh atau IRD). 

* Kalau buat aduan kepada Jabatan Buruh atau IRD atau Menteri, apa yang berlaku? Mereka akan mulai dengan cuba dapatkan penyelesaian ...jika tak dapat dirujuk kepada Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan...di mana proses ini mengambil bertahun-tahun...Proses pentadbiran keadilan untuk isu pekerja di Malaysia adalah tidak berkesan dan lewat...JUSTICE DELAYED IS JUSTICE DENIED.

* Justeru, lebih baik berjuang dahulu...berjuang bersungguh-sungguh bersama semua ahli -  Jika hanya pemimpin sahaja mahu berjuang, majikan tak takut kerana di Malaysia, ramai majikan percaya ahli Union takut dan tak berani keluar berjuang bermati-matian untuk mencapai keadilan...

Dalam kes ini, UNION telah membuktikan bahawa semua ahli UNION setempat juga bersatu dan sedia bertindak - semua sanggup menulis nama dan tanda-tangani petisyen. 

Jika majikan teruskan, takut pula apa tindakan lanjutan Union ini dan ahli mereka...Jika majikan teruskan buang kerja 'pemimpin' - ini akan semestinya menjejaskan perhubungan dengan semua pekerja ahli yang tinggal...Majikan,dalam keadaan sedemikian, takut meneruskan ketidakadilan ...

UNION di Malaysia perlu menyedari kekuatan Kesatuan Sekerja - SERTA keperluan bertindak BERSAMA semua ahli kesatuan...

JUSTERU, UNION Malaysia harus lebih melibatkan semua ahli...kerja terus menerus memperkasakan ahli sangat penting. Jika kepimpinan Union, meminggirkan ahli dan gagal kerja terus memupuk 'Solidariti' dan memperkasakan ahli - Union akan mendapati ahli tak akan sedia bertindak secara solidariti diperlukan. Kerja 'organising' bukan hanya bila menubuhkan Kesatuan, atau perjuangan mendapatkan pengiktirafan majikan tetapi terpaksa diteruskan setiap masa...

Pasukan bola kena selalu adakan latihan ....supaya bila perlu boleh terus ke Padang dan bermain bersungguh-sungguh. Tentera dan polis juga perlu sentiasa berlatih...UNION juga perlu berjuang untuk mendapatkan hak lebih, atau bila hak dicabul... justeru, ahli perlu pada setiap masa diperkasakan dengan latihan dan aktiviti...

Di negara lain, satu cara adalah mengadakan perjumpaan semua ahli kerap - sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan{Ada Union di sana yang akan menyingkirkan ahli yang tak hadhir perjumpaan Kesatuan - Mengapa? Jawapan satu Unionist dari Indonesia adalah, 'Jika dipanggil hadhir mesyuarat Union pun tak boleh - adakah ahli sedemikian akan turun padang untuk tindakan piket/kempen/protes - lebih baik buang sahaja ahli yang tak ada semangat kesatuan sekerja...Malu jika Union panngil ahli untuk piket, tetapi yang hadhir hanya kurang 50% ahli...majikan akan ketawa dan tak hormat kepada Kesatuan Sekerja??? Kalau 90% ahli keluar bertindak....? Benar juga kata beliau..).

Kesatuan Sekerja - bukan untuk mereka yang hanya mahu bayar yuran dan menikmati hak lebih yang diperolehi akibat Perjanjian Bersama. 

Ahli yang diperlukan adalah ahli yang sanggup berjuang tanpa rasa takut bila ahli lain ditindas...Mereka yang tak sanggup - hanya akan berjuang bila diri sendiri ditindas...bukan ahli yang mana-mana Kesatuan perlukan..Union juga tidak mahu ahli yang hanya mahu 'merayu' tetapi tak sanggup berjuang dengan kuat untuk mendapatkan keadilan...

Kesatuan Sekerja di Malaysia dan ahli mereka kena menilai semula Union dan ahli mereka... Berpuluhan ribu di MAS telah dibuang kerja - tetapi UNION atau ahli langsung tidak dinampak keluar protes pun. MAS was wholly owned by the Malaysian government

G18 di syarikat subsidiary DRB-HICOM dibuang kerja - tak ada pun protes atau piket di kalangan ahli union kilang tersebut pun...(Bukankah KWSP dan KWAP pemegang saham besar dalam DRB-HICOM?)

Najib Razak, MP Pekan, harus mencelah membantu 18 pekerja anak syarikat DRB HICOM mendapatkan kerja mereka kembali segera..

EPF sells 5m DRB-Hicom shares - Business News | The Star Online

www.thestar.com.my › Business › Business News
Aug 8, 2016 - KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund Board disposed of five million shares of DRB-Hicom on Aug 2 when the share price was on .

Kini di Infineon Melaka...kenapa 3,000 ahli Union masih belum keluar tindakan majikan? Beberapa Union lain dan juga MTUC telah keluar kempen menuntut keadilan kes ini...kan lebih baik jika kesemua ratusan Union juga keluar menuntut keadilan?

55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?


Kesatuan Sekerja dan ahli mereka, jika tidak mengulangkaji cara perjuangan mereka ...kesatuan akan menjadi tak relevan...Bilangan pekerja di Malaysia bertambah - tetapi sayang, bilangan ahli kesatuan dan Kesatuan Sekerja nampaknya berkurangan??

Bagus kita hebohkan kejayaan Union dan pekerja menentang ketidakadilan ...ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pekerja dan Kesatuan Sekerja di Malaysia. 

MTUC dan persekutuan Kesatuan saperti CUEPACs boleh membantu memperkasakan Kesatuan Sekerja dan pekerja di Malaysia... Perjuangan pekerja akan berjaya hanya jika semua pekerja dan ahli kesatuan berjuang bersama...




No comments: