Saturday, April 01, 2017

Kesatuan dan ahli BERJAYA menghalang hasrat INFINEON mahu tukar kepada kerja 2 shift sehari?

INFINEON Melaka pada lebih kurang awal 2013 berhasrat menukar daripada kerja 3 shift  kepada 2 shift....TETAPI hasrat majikan tidak tercapai kerana Kesatuan Sekerja dan ahlinya membantah. Zulfadlee Thye adalah Presiden Kesatuan Pekrja Infineon Technologies(M) Sdn Bhd...

Pengundian juga diadakan, dan 3,189 pekerja telah bersatu menolak hasrat majikan tukar kepada 2 shift - Majikan hanya mendapat sokongan 157. (Lihat gambar keputusan undi di bawah)

Kesatuan Sekerja di mana ahli pekerja telah bertindak secara bersolidariti telah berjaya... SYABAS...

Infineon Melaka pada masa itu telah menghormati niat dan hasrat pekerja dan Kesatuan Sekerja 










Jika 3 shift, bererti pekerja akan bekerja hanya lebih kurang 8 jam sehari setiap syif ...jika 2 syif, mungkin pekerja terpaksa kerja selama 12 jam terus menerus setiap hari...

Pekerja telah berjuang lama untuk dapatkan hak bekerja hanya untuk 8 jam sehari - 8 jam kerja, 8 jam rehat/tidur, 8 jam untuk kehidupan sosial(bersama keluarga, aktivit sosial  lain.) 


Paling baik adalah kerja 8 hari setiap hari - bermula pagi dan akhir petang - supaya dapat pekerja juga balik rumah dan bersama isteri dan anak, mengambil bahagian dalam kegiatan sosial lain - persatuan, hadhir ceramah, pergi relaks membeli belah di pasar raya...pi tengok bola...dan lain-lain. 

Pekerjaan syif sendiri memprejudiskan pekerja - kerana bila semua free, mereka terpaksa masuk kerja syif ...dan ini juga mungkin mengakibatkan aktiviti sosial dan juga kehiduppan sekeluarga ...

Setengah kerja saperti hospital, bomba, polis ...adalah perkara yang perlu menyediakan perkhidmatan 24 jam ...justeru, terpaksa ada kerja syif...

Tetapi, untuk setengah kilang - tujaun 'syif' adalah hanya untuk tambah pengeluaran dan 'keunutngan' majikan...jadi kilang jalan 24 jam tak henti-henti... [Ada pilihan di sini, tambah kapasiti pengeluaran dan tambah pekerja - dan tak perlu lagi syif, matlamat sama boleh dicapai majikan sedemikian - dan semua pekerja boleh menikmati 'masa free'  yang sama untuk meluangkan masa dengan suami/isteri, anak-anak, dan juga komuniti setempat... Boleh pi hadhir ceramah di Surau ...boleh pi Stadium tengok bola, boleh hadhir  ceramah politik, boleh hadhir mesyuarat persatuan, boleh lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi...

3 syif - sekurang-kurangnya kerja hanya lebih kurang 8 jam setiap kali ...tapi 2 syif  - kena pula kerja terus selama 12 jam...

Kualiti kehidupan pekerja yang kerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang ...memang lebih baik daripada kualiti hidup pekerja terpaksa kerja syif malam, atau shif sampai pagi... Bila pulang rrumah, anak sdah pi sekolah....Bila mereka 'free', orang lain kerja ...

Pimpinan Union kuat, ahli UNION bersatu dan kuat - boleh MENANG...

INFINEON Melaka  telah menghormati tuntutan pekerja yang wajar - apa yang kini berlaku kepada INFINEON?

Lihat pos lain berkenaan apa yang berlaku di Infineon:-


55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

 

No comments: