Rakyat/Pekerja di Malaysia biasa tunggu orang lain berjuang untuk mereka - sendiri tak mahu berjuang...tak mahu ambil risiko. Ada pula ambil sikap 'biar sahaja' apabila ditindas...
Keadaan sama dengan KESATUAN SEKERJA - tunggu pemimpin sahaja bertindak (atau pemimpin mahu tindak sendiri) - tidak mahu berjuang bersama ahli Kesatuan...Bilakah kali terakhir anda lihat/dengar mengenai pekerja keluar beratusan berjuang untuk hak...
BERJAYA - Pekerja Atlas Ice (Cawangan Batu Caves dan Kepong) telah bersatu dan berjuang BERSAMA untuk hak mereka telah berjaya ...

Keadilan boleh dicapai pekerja jika ada kesangguppan berjuang? Sumbangan KWSP?
Post Berkaitan:-Hampir RM800,000 berjaya dituntut oleh 100 pekerja Kilang Atlas Edible Ais di Kepong dan Batu Caves!
ATLAS EDIBLE AIS workers complain about EPF Officer, and Employer failings in EPF Contributions?
Pekerja Atlas Ice - Majikan Gagal Membuat Caruman KWSP Untuk Komisyen/'Profit Sharing"?
Pekerja ini tidak ada KESATUAN SEKERJA - namun mereka telah 'organize' dan datang bersama dan berjuang untuk hak mereka...akhirnya telah berjaya tak sampai 7-8 bulan...
Pihak KWSP(seorang pegawai) mula-mula cuba menafikan hak mereka tetapi ini tidak memecahkan semangat pekerja ini yang telah terus berjuang untuk mendapatkan hak mereka...
BERSAMA - itulah cara perjuangan yang digunakan. Jika Kesatuan hanya diwakili kepimpinan sahaja, ianya amat sukar - kerana majikan tak takut - tetapi jika ia perjuangan semua atau majoriti besar pekerja, keadaan lebih cerah bahawa kejayaan akan tercapai... Secara perbandingan, ramai tempat kerja yang ada Kesatuan Sekerja...bila majikan secara salah mencabul hak, tak pun kita nampak ratusan atau ribuan ahli keluar mengambil tindakan. Pos terdahulu, yang menunjukkan bahawa tindakan bersama semua ahli/pekerja akan berjaya adalah -
PERJUANGAN TERBUKA - DIHEBOHKAN PENCABULAN HAK - Banyak Kesatuan Sekerja kini, mungkin ada berjuang, tapi kita tak nampak kerana kebanyakkan perjuangan di buat secara 'senyap-senyap' - ahli sendiri pun kemungkinan tidak tahu atau dimaklumkan oleh pucuk kepimpinan...Perjuangan pekerja Atlas Ice dihebohkan melalui media sosial dan juga media...
PERJUANGAN MESTI BERTERUSAN SAMPAI DAPAT - Kini cara perjuanga hanya kadar keluarkan satu kenyataan media atau buat satu piket atau hantar satu surat tidak akan berjaya...ia mestilah perjuangan berterusan sampai dapat. Di negara lain, termasuk negara jiran Thailand, jika pemimpin atau ahli dibuang kerja secara salah, pekerja akan keluar berpiket atau protes berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan...sampai dapat. Ada juga akan 'mogok'...
MEDIA sama ada 'mainstream' atau 'alternatif' pun sedih sekali tidak melapurkan banyak tentang penindasan dihadapi pekerja, perjuangan pekerja dan/atau juga kemenangan pekerja...
MEDIA sama ada 'mainstream' atau 'alternatif' pun sedih sekali tidak melapurkan banyak tentang penindasan dihadapi pekerja, perjuangan pekerja dan/atau juga kemenangan pekerja...
No comments:
Post a Comment