Tiba-tiba Parlimen tunda perbincangan RUU355 ke sesi akan datang - kenapa tak habis bincang dan undi sampai tengah malam saperti mana pernah dilakukan dulu untuk POTA,....?
UMNO-BN pada masa ini berdepan dengan rakyat Malaysia yang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan atau kegagalan kerajaan UMNO-BN. Kemungkinan besar, pada PRU akan datang kerajaan pimpinan UMNO (kini UMNO-BN) akan ditolak rakyat Malaysia membawa kepada kewujudan kerajaan baru - kerajaan campuran parti-parti pembangkang...Bagi saya, ini satu perkembangan perlu, kerana rakyat Malaysia akhirnya akan merasai kerajaan baru, selain dari UMNO-BN, selepas lebih kurang 60 tahun merdeka...
Apabila satu kerajaan berkuasa begitu lama, kemungkinan kemerosotan dalam pentadbiran berlaku adalah tinggi - korupsi, kleptocracy, dll..
Kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, kebebasan media dan lain-lain telah merosot - Akta saperti Akta Hasutan, dan akta lain masih digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara. Akta Tahanan Tanpa Bicara pun kini bertambah - POCA, POTA, SOSMA,....Malaysian Insider satu daripada media alternatif yang kita sudah hilang...
Isu berkaitan 1MDB, penemuan berbillion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri...masih belum ada penyelesaiannya ...walaupun di Malaysia nampaknya penyisatan telah berlaku...Hakikat bahawa Najib sendiri tidak memberikan penjelasan masih menjadi tanda tanya...
Korupsi - sehingga MACC pun mencadangkan bahawa lebih 50% penjawat awam bawah umur 40 tahun mungkin telah lakukan kesalahan ini. Bilangan mereka yang kini disiasat bertambah ...
Polis juga didakwa melakukan kesalahan jenayah semasa menjalankan tugas - termasuk membunuh, memalsukan lapuran dan dokumen, menyembunyikan atau melupuskan keterangan fakta (termasuk saksi), ...Ini bukan lagi dakwaan tidak berasas...bila EAIC dan SUHAKAM telah mendapati bahawa ini telah berlaku...
Resolusi Peguam 'Dakwa Polis melakukan jenayah', dan singkirkan 'polis kotor' - kes Syed Mohd Azlan?
Keberhutangan negara nampaknya bertambah dengan begitu pesat - kini dikatakan sudah mencecah RM900 billion, dan reserve negara pun tidak cukup menjelaskan hutang - hanya RM___ berasaskan apa yang dimaklumkan Bank Negara..
Kos sara hidup meningkat - Perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan yang sepatutnya percuma atau 'nominal' kini sudah pun naik -- di mana kini penguna terpaksa membayar kos penuh untuk kelas 1 dan kelas kedua di setengah hospital? Kos pendidikan pun bertambah. Kos mendapat perkhidmatan pergigian yang disediakan kerajaan juga bertambah?.. Rakyat terpaksa berbelanja lebih pergi klinik-klinik setiap bulan untuk dapatkan bekalan perubatan, bila dahulu terus dapat ubat cukup sehingga tarikh temujanji doktor yang akan datang...Perkhidmatan kesihatan jantung(by-pass, angioplasty, etc) semua kini perlu bayar berpuluhan ribu...mana rakyat miskin mampu..
Pekerja - hak mendapat kerja regular tetap sehingga umur persaraan lama kelamaan hilang. Kini, kontrak jangka pendek...atau sistem 'contractor for labour'. Gaji dan pendapatan bulanan pekerja tidak naik sapertimana diperlukan, di mana kerajaan UMNO-BN telah mengakui kegagalan ini, dengan memberikan BR1M kepada lebih kurang 7 juta orang...(iaitu lebih kurang 24 daripada 30 juta rakyat Malaysia)...
Bilangan penduduk Malaysia 30 juta - kini BRIM 2017 diberikan kepada 6.3 juta orang (ini ketua isirumah/keluarga). Jika campur isteri dan katakan 2 anak sekeluarga, ini bermakna BR1M akan dinikmati lebih kurang 25 juta orang.... KESIMPULAN: UMNO-BN TELAH GAGAL JIKA 25 JUTA DARIPADA 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN selepas lebihkurang 60 tahun memerintah??? -
BR1M - Asal dapat OK? Keprihatinan lebih untuk Malaysia diperlukan?
Bila beli setem 60 sen kena bayar GST...dan pengeluaran subsidi barangan makanan asas juga merunsingkan. Subsidi barangan makanan asas, minyak masak, gas, dll perlu dikekalkan tetapi kini sudah tak ada. Kerajaan suruh kita tukar petrol dengan janji subsidi tetapi janji itu juga tidak dikotai...
Kebebasan rakyat bersuara atau menyatakan pendapat juga telah dibendung - kini orang tekan 'Like' dalam FB pun diambil tindakan,..Adakah Malaysia masih sebuah demokrasi ...atau sudahkah ianya menjadi sebuah 'diktatorship' kerajaan semasa....
ALTERNATIF - Memang parti pembangkang ada banyak kekurangan juga - perubahan yang diharapkan di kerajaan negeri tadbiran koalisi pembangkang tidak nampak sangat ...Cara tadbiran juga banyak kelemahan...
Mengikut pandangan saya, 2 parti pembangkang yang masih mempunyai sokongan dan harapan ramai kekal adalah DAP dan PAS. PAS terus aktif di peringkat akar umbi - ceramah umum masih berlaku 2-4 kali setiap minggu di peringkat bandar/kampung - dan cabang-cabang masih aktif. DAP mempunyai ADUN dan MP yang ramai yang bersuara dan menimbulkan isu, kebanyakkan ada Blog/Laman Web dan selalu keluar menimbulkan isu rakyat di peringkat tempatan dan nasional (cuba 'Google' sahaja, boleh kita lihat...)...
PKR harapan rakyat? Tetapi di peringkat cabang nampaknya tak aktif. Pemimpinnya juga kurang bersuara...dan menimbulkan isu kecuali beberapa saperti Rafizi, Tian Chua, N.Surendran,....
Pakatan Rakyat gagal membawa bersama semua parti pembangkang lain - hanya cuba menghadkan kepada 3 parti saja. Parti pembangkang saperti PRM, PSM dan parti-parti pembangkang lain di Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak pun dijemput masuk Pakatan Rakyat.
Pakatan Harapan - pakatan baru tetapi tanpa PAS dan masih tidak menjemput masuk parti pembangkang lain.
Pribumi, parti terbaru mereka yang kena buang dari UMNO, masih tidak dapat kepercayaan ramai dan nampaknya hanya mahu jadi "PM" dan bertanding seberapa banyak kerusi yang boleh.
Amanah, parti mereka yang berpecah dari PAS tetapi alasan meninggalkan PAS kerana 'kalah pilihanraya' mungkin boleh mendapat sokongan di Selangor tetapi mungkin sukar menarik sokongan di lain tempat...
Pribumi dapat liputan media, tetapi sokongan akar umbi kepada Pribumi adalah tanda tanya...Muhyiddin mahu jadi PM...sama saperti Anwar dulu...tetapi beliau bukan Anwar, dan bekas pemimpin UMNO dalam Pribumi hanya kritik tindakan Najib - tetapi belum lagi mendedahkan kesilapan mereka dalam UMNO-BN...Kerusi yang akan diberikan kepada pemimpin bekas-UMNO ini mungkin juga jejaskan peluang menyingkirkan UMNO-BN...jika UMNO-BN kalah tipis, apa jaminan mereka yang bekas UMNO-BN tidak akan lompat kembali ke UMNO-BN? ...sama saperti apa yang berlaku di Perak dahulu???
TETAPI - keadaan di Malaysia pada masa ini, di mana ramai rakyat tak mahu lagi UMNO-BN - kemungkinan UMNO-BN akan kalah PRU akan datang agak tinggi....tapi, rakyat tidak akan terus tolak UMNO-BN selama-lamanya kerana mereka berkemungkinan kembali berkuasa PRU akan datang ...
Jika UMNO-BN kalah PRU akan datang, jangan disalah takrif bahawa rakyat kini sokong semua parti pembangkang...Apa yang ianya akan buktikan adalah bahawa rakyat merampas kembali kuasa daripada UMNO-BN dan parti-parti politik. Selepas itu, yang berkuasa adalah rakyat - yang akan menentukan siapa yang berhak memerintah...
UMNO-BN terdesak - beranika strategi dan taktik mungkin akan digunakan untuk memastikan bahawa UMNO-BN kekal memerintah...
RUU 355 - Adakah ini strategi yang digunakan UMNO-BN? Biasanya Usul ahli Parlimen Pembangkang adalah di bahagian terakhir Aturcara(Agenda) harian parlimen, selepas semua soalan parlimen...dan biasanya tak sempat pun Parlimen habis semua soalan - justeru, tak sampai pun mana-mana usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen parti pembangkang. Untuk RUU355 - mereka membawa kedepan perkara agenda ini...
Taktik UMNO-BN boleh dikatakan 'pandai' - dan Presiden PAS dan PAS sendiri pun tak sangka ini akan berlaku. Justeru, pencadang usul cuba mengurangkan implikasi usul ini dengan menukar usul ini untuk hanya meningkatkan hukuman denda, penjara dan sebatan, dan mengeluarkan hukuman lain saperti potong tangan, dll...PAS dalam kedudukan sukar - tak boleh tarik balik usul Presiden PAS tetapi terpaksa terus berkempen untuk usul ini.
Pada masa yang sama, parti lain saperti DAP terpaksa juga keluar membantah. Secara otomatik, ini juga menyusahkan PAS dan DAP bersama-sama dalam PRU akan datang menentang UMNO-BN. Keadaan lebih kompleks bila UMNO pula nampaknya macam sokong...sampai ada pemimpin hadhir perhimpunan aman menyokong RUU355. Ada yang menyangka bahawa ini hanya sandiwara UMNO-BN, yang akan pada saat terakhir berhenti menyokong RUU355...dan ini akhirnya telah dilakukan atas alasan keputusan 'concensus' parti BN. Imej UMNO-BN bertambah baik - menjadi gabungan yang lebih relevan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum..berbilang agama.
PAS, yang telah berusaha mengubah imej menjadi parti bukan sahaja umat Islam tetapi parti untuk semua terjejas. Jangan lupa, bahawa PAS telah juga meletakkan calun bukan Islam pada PRU lepas.
DAP juga mungkin terjejas akibat tindakan UMNO-BN ini - mereka mungkin telah kehilangan sokongan setengah orang Islam di Malaysia - tetapi tak pasti - kita lihat dahulu apa berlaku pada PRU akan datang.
RUU355 - isu yang ramai rakyat takut adalah isu layanan sama rata - apa berlaku bila jenayah dilakukan seorang Islam dan seorang bukan Islam? Tak adil jika hanya orang Islam dihukum dan bukan orang bukan Islam. Bagaimana jika mangsa dan saksi bukan Islam - bolehkah keterangan mereka diterima? Bolehkah pesalah terlepas gitu saja? Justeru, ada banyak isu sampingan yang menjadi asas bantahan - bukan hanya isu sama ada hukuman denda, penjara dan sebat dinaikkan?
Strategi lain adalah liputan media - Kini banyak liputan media mengenai isu-isu pertelingkahan antara parti-parti pembangkang.... ini semua bagus untuk UMNO-BN jika gambaran bahawa pembangkang tidak bersatu diberikan???
Kini, isu RUU355 tidak selesai di sidang Parlimen ini - mengapa tidak? Dulu, isu POTA pun Parlimen sanggup berterusan sehingga lewat malam sehingga undian dilakukan - tetapi kini RUU355 ditangguhkan kepada sesi Parlimen akan datang...Jika diundi, dan Ahli Parlimen undi menyokong...atau undi membantah, ia juga akan menjejaskan UMNO-BN tetapi jika ditangguhkan...untung untuk UMNO-BN tetapi 'sakit' untuk PAS serta juga parti pembangkang lain...
Apa lagi yang UMNO-BN boleh lakukan pada saat terakhir? Mungkin Najib akan letak jawatan...atau akan berjanji akan letak jawatan dalam masa setahun...strategi ini pernah digunakan oleh UMNO-BN oleh Mahathir...akibat tindakan sedemikian adalah ramai yang dahulunya mungkin mengundi calun selain daripada UMNO-BN - sedia kekal mengundi UMNO-BN kerana mahu memberikan peluang kepada Perdana Menteri yang baru....Pak Lah??? Tetapi, jika Najib mengunakan taktik sama...mungkin rakyat tidak akan menerima Zahid Hamidi, berbanding dengan Pak Lah (yang pada masa itu nampaknya 'orang baik' dan 'bersih').
Taktik pembangkang dan orang menyalahkan Najib untuk semua yang berlaku bukan taktik baik. Najib tidak boleh melakukan apa yang beliau didakwa melakukan tanpa sokongan UMNO, dan/atau sokongan parti lain dalam BN. Najib tidak boleh terus kekal jadi PM jika hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen BN. Justeru, semua yang telah dilakukan atau gagal dilakukan kerajaan UMNO-BN adalah salah UMNO-BN....termasuk semua parti komponen GERAKAN, MIC, MCA,...dan ahli politik parti tersebut???
RAKYAT ADA PELUANG PADA PRU AKAN DATANG UNTUK CUBA PULA CARA PENTADBIRAN KERAJAAN SELAIN DARIPADA UMNO-BN? ...APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN RAKYAT?
No comments:
Post a Comment