Tuesday, July 02, 2013

Sinopsis Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?

Sinopsis Forum Adakah #TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?

i) Tajuk Forum: Adakah TPPA satu bentuk Penjajahan Amerika Moden?


ii) Panelis:
1) Prof Dr Nazari Ismail (Pakar Perdagangan, UM)
2) Dr Rosli Yaakob (Bekas Timbalan Pengarah, BNM)
3) Fifa Rahman, MHL (Pakar Undang2 Kesihatan, MAC)

iii) Moderator: Anas Alam Faizli (BLINDSPOT)

iv) Tempat / Masa: KLSCAH, 27 Jun 2013, Khamis, 8.00 malam, No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia

KEHADIRAN KETUA PERUNDING SDR J JAYASIRI MENGHANGATKAN SUASANA FORUM “ADAKAH TPPA SATU BENTUK PENJAJAHAN MODEN AMERIKA”

Satu forum berkenaan TPPA telah dianjurkan bersama oleh badan bersama Blindspot, DPMM, MTUC, GBM, dan IKRAM bertempat di Dewan Perhimpunan Cina pada 27 Jun 2013, 8.00 malam.

Tiga panelis utama terdiri daripada Dr Rosli Yaakob, Cik Fifa Rahman dan Prof Nazari Ismail dibantu moderator Anas Alam Faizli telah berjaya mengemukakan pandangan masing-masing, tetapi pihak penganjur mendapat peluang mendengar sendiri maklumbalas daripada ketua perunding Saudara J Jayasiri. Penganjur sangat berterima kasih dengan kerjasama daripada ketua perunding.

Objektif Forum diadakan:-
  • Memupuk kesedaran awam mengenai isu TPPA yang bakal memberi kesan besar kepada negara
  • Mendesak kerajaan untuk memberikan lebih disclosure mengenai isu kandungan perjanjian TPPA
  • Menubuhkan gabungan bertindak terdiri daripada NGO-NGO untuk membawa isu-isu TPPA
  • Mendesak kelulusan perjanjian TPPA dibuat bukan di Kabinet tetapi melalui penelitian Parlimen / Jawatankuasa Khas Parlimen
  • Memohon kerajaan memberikan keputusan kajian laporan penuh Cost Benefit Analysis yang dibuat oleh UNDP
Antara tetamu yang hadir adalah YB Nurul Izzah, YB Saari Sungib, Dato Alayuddin (DPMM Putrajaya), Khalid Atan (presiden MTUC), Syed Shahir (bekas presiden MTUC), Wan Saiful Wan Jan (CEO IDEAS), Zul Fikri Zamir (Chairman TFTN), Syed Ibrahim (IKRAM), Ho Yock Lin (GBM), Tan Sri Abd Aziz (bekas pengerusi MAS), Puan Che Mazni (Pengarah Dasar & Penyelarasan FTA, MITI), ahli-ahli NGO dari IKRAM, ISMA, Penang Institute, MTUC, DPMM, MAPEM, KLSCAH, IRF, SUARAM, pensyarah dan pelajar Universiti serta ahli-ahli perniagaan.

Moderator, Anas Alam Faizli (Co-Founder BLINDSPOT) memulakan forum dengan memberikan sedikit latar belakang mengenai perjanjian TPPA dan sejarahnya, status penglibatan  Malaysia dan status terakhir perjanjian TPPA. Pusingan rundingan berikutnya akan diadakan di Kota Kinabalu, 15 – 22 Julai dan perjanjian dijangka ditandatangani Oktober 2013.

Penting untuk memastikan bahawa perjanjian TPPA ini akan mengutamakan kepentingan kedaulatan negara  dan kebajikan rakyat – lebih dari apa2 manafaat perdagangan yang mungkin diperolehi dari perjanjian TPPA. Apapun manafaat perdagangan tersebut  boleh dipertikaikan – sayugia tidak wajar untuk menanggung risiko tinggi mengharungi satu perjanjian yang penuh dengan ranjau.

Antara isu pokok yang diambil perhatian adalah peningkatan kos ubat, pencorotan hak pekerja, isu rokok, artikel 153, kedaulatan undang-undang, SME, akta hak-cipta, penjajahan ekonomi dan isu HALAL.

Panelis, Cik Fifa Rahman (Policy Manager, Aids Council) seterusnya memberikan fakta dan bagaimana harga ubat akan naik dengan pemanjangan tempoh patent dan menyebabkan ubat generic (ubatan tidak punyai jenama) lebih lambat dihasilkan atau tidak langsung boleh dihasilkan disebabkan peraturan ‘evergreen’ yang boleh membenarkan patent di sambung sampai bila2.

Fifa menjelaskan beberapa dasar TPP yang akan menyebabkan ianya sukar untuk membuat ubatan generik yang lebih murah, termasuk data exclusivity. Dia juga menceritakan tentang harga ubatan kanser yang amat mahal (RM9,600-RM10,000) oleh kerana banyak ubatan kanser merupakan ubatan biologik (dihasilkan daripada bahan hidup), ia akan terikat dengan exclusivity untuk 12 tahun. Cik Fifa kemudiannya menjawap 2 soalan dan terpaksa meninggalkan majlis untuk program lain.

Panelis, Dr Rosli Yaakob menerangkan bahawa perjanjian TPP adalah di rangka berdasarkan konsep dan  rangka NAFTA (FTA antara US, Canada dan Mexico –yang ditandatangi pada 1994). Maka kita boleh menjangkakan kesan-kesan negatif yang boleh berlaku dibawah perjanjian TPP ini berdasarkan beberapa  pertikaian dan litigasi yang telah berlaku dalam perjanjian NAFTA tersebut. Begitu juga dengan FTA (perjanjian perdagangan bebas) antara US dan Peru.

Dr Rosli telah memberi contoh pertikaian antara syarikat US dan kerajaan Peru – dimana syarikat US itu telah menyaman kerajaan Peru sebanyak USD4.2 billion walaupun syarikat itu yang jelas telah mencemar sungai2 dengan racun2 kimia yang membunuh rakyat Peru terutama kanak2.

Malah syarikat seperti LYNAS juga boleh menyaman kerajaan Malaysia jika agensi alam sekitar menyekat operasi mereka dengan penguatkuasaan peraturan alam sekitar. Ini bermakna undang2 bagi keselamatan dan  kesihatan awam akan jatuh sekunder pada perjanjian TPP  tersebut.

Begitu juga dengan program sosio-ekonomi saperti affirmative action  juga akan terkesan dengan TPP.  Perolehaan kerajaan di bawah TPP tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan affirmative action atau dasar sosial yang lain.

Panelis, Prof Nazari Ismail kemudiannya menerangkan kebaikan dan keburukan trade dan menceritakan bagaimana Rasulluah saw juga adalah seorang peniaga. Jadi Islam menyokong perniagaan bebas. Namun jika ada unsur yg merosakkan masyarakat Islam akan menyekatnya. Sebab itu perniagaan arak diharamkan. Sekarang ini suasana perniagaan dirosakkan akibat dua ciri utama – syarikat adalah besar dan hutang adalah banyak.

Akibatnya ialah suasana perniagaan yg menekakan masyarakat di mana berlaku pengangguran. Ini terutama di negara barat seperti Amerika dan eropah. Bermakna TPPA bukan penjajahan Amerika sebab rakyatnya juga merana. Punca utama masalah ialah sistem yang salah yang bertunjangkan industri kewangan. Apa yang perlu ialah perubahan kepada sistem yg menjadi konteks perniagaan sekarang.

Majlis kemudiannya menjemput Encik Jayasiri ketua perunding Malaysia naik ke pentas untuk sesi soal jawab. En Jayasiri menegaskan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan akan cuba yang terbaik memastikan trade agreement ini memberi kebaikan kepada Malaysia. En Jayasiri menerangkan bagaimana kita perlu memahami kenapa patent disambung untuk Intellectual Property. Moderator menanyakan mengapakah itu perlu sedangkan industri ubat adalah antara yang paling untung di dunia dan patent 20 tahun sekarang sudah memadai.

Syed Shahir, bekas presiden MTUC kemudian bertanya mengapa TPPA dijalankan dalam keadaan rahsia dan jika baik mengapa ketua perunding Chile telah tarik diri? Moderator menambah soalan dimana Thailand juga pull-out oleh kerana capital control dan Australia pula mendapat pengecualian ISDS di mana syarikat tidak boleh menarik Australia ke International Tribunal dan mereka juga mendapat pengecualiaan ubat generik.

YB Saari Sungib kemudian menanyakan bagaimana TPPA akan mengesankan kerajaan negeri Selangor dimana pelaburan bernilai RM49.74 billion.

YB Nurul Izzah mengutarakan isu system yang lebih berstruktur seperti di Amerika Syarikat yang menubuhkan Trade Congress dan kumpulan istimewa untuk meneliti perjanjian TPPA untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada TPPA; tetapi adakah Malaysia melakukan perkara yang sama? Malah CBA yang dijanjikan oleh MITI juga masih belum diterima.

YB Nurul juga meminta agar sidang hadirin bersama MITI mendesak kerajaan Malaysia meratifikasi TPPA menerusi sebuah jawatankuasa parlimen yang dibentuk, mekanisme pemantauan ini bakal membantu Rakyat menilai serta memastikan keberkesanan TPPA.

Saudara Azlan telah menanya jika jurang antara miskin dan kaya tidak akan ditangani  dalam perlaksanaan ETP walaupun ekonomi dijangka berkembang hingga  mencapai RM 1,700 billion pada 2020 – tidak kah liberalisasi dibawah TPP ini akan menjadikan jurang kemiskinan lebih teruk lagi?

Saudara Zahir Hassan dari IKRAM mengatakan bahawa beliau tidak akan dapat tidur nyenyak selagi beliau tahu apakah bidang kuasa perunding-perunding daripada MITI.

Wakil MTEM, Sdr Aliff Basri pula mengadu mengenai jawapan yang mereka masih tunggu dari Menteri MITI setelah beberapa perjumpaan diadakan bersama beliau.

Sesi soal jawap diteruskan dan dijawap oleh kesemua panelis termasuk En Jayasiri. Forum kemudiannya ditutup dengan komitmen dari hadirin untuk meneruskan agenda dan objektif yang disarankan oleh BLINDSPOT serta rakan-rakan NGO (DPMM, MTUC, GBM, IKRAM dan lain-lainnya).

Laporan Media



TPPA: Harga Ubat Bakal Naik http://www.selangorku.com/?p=30542
 


Sinopsis di sediakan saudara Anas

No comments: