Wednesday, November 23, 2016

MTUC dan pergerakkan pekerja di Malaysia boleh belajar cara perjuangan dari BERSIH 5? 14 juta lebih pekerja?

Haruskah MTUC dan Kesatuan Sekerja di Malaysia belajar daripada cara perjuangan BERSIH 5...yang mungkin boleh digunakan untuk isu pekerja? Sifat Kesatuan adalah kepimpinan berjuang sendiri(tak melibatkan ahli), tak melibatkan orang lain...cara kini bukan cara perjuangan tetapi lebih kepada cara 'buat aduan' - apa-apa pi mengadu kepada Jabatan Kerajaan berkenaan...

Cara BERSIH sebaliknya adalah untuk pergi kempen mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia seluruh negara (dan juga di luar negara) di mana akhirnya memuncak dengan BERSIH 5, yang membawa lebih kurang 60,000 - 100,000(Jumlah tertinggi semasa adalah lebih kurang 40,000)...Selepas itu, bila Maria ditangkap dan ditahan polis, terus protest setiap malam di Dataran Merdeka (lebih kurang 400-500), di hadapan Balai dan dibeberapa tempat seluruh Malaysia - Petition Online - yang sehingga kini melebihi 25,000 tanda tangan...

Ada lebih kurang 14 juta pekerja, MTUC dan Kesatuan Sekerja ada kemampuan berjuang sebegini jika mahu...Apakah pencapaian MTUC dan Kesatuan di Malaysian ...mungkin hanya satu, iaitu Gaji Minima tetapi pada masa yang sama banyak hak telah hilang...

MTUC akhirnya menjelaskan pendiriannya membantah TPPA

From the beginning, Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has pointed its opposition towards the TPPA. MTUC believes that the TPPA would bring more negative implications on the interest of Malaysia, to our people especially workers.
Kelemahan MTUC dan semua Kesatuan Sekerja di Malaysia, khususnya Kesatuan Sekerja Nasional, Negeri dan Kawasan adalah kegagalannya berjuang secara terbuka untuk kepentingan pekerja di Malaysia...



Pekerja ahli kesatuan pun selalu tertanya-tanya apa yang Kesatuan mereka ini melakukan untuk mereka -  Kebanyakkan kesatuan besar serta MTUC tidak pun mempunyai sistem komunikasi terus kepada pekerja - mereka tidak ada surat khabar atau majalah. Mereka tak ada e-group mengaitan semua pekerja ahli kesatuan sekerja pun...Mereka tidak ada pun laman web atau Blog (jika ada pun jarang update dengan posting atau maklumat baru)..

Kepimpinan kebanyakkan kesatuan ini seolah-olah mahu merahsiakan pendapat dan apa yang mereka buat daripada ahli Kesatuan...Mengapa? Adakah sebabnya? Adakah ini kerana mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa...ya, mereka mungkin pergi mesyuarat berjumpa Menteri, pegawai di Kementerian, Jabatan Buruh, dll - tapi persoalan adalah jumpa dan buat apa-apa - adakah apa-apa tuntutan dibuat? Atau pi saja minum teh dan berbual kosong saja... 

Yang pasti semua pemimpin Kesatuan Sekerja membuat adalah mengadakan rundingan dan membuat Perjanjian Bersama [Collective Bargaining Agreement] di antara majikan dan Union - tetapi jika diteliti banyak CBA ini, ada banyak kekurangan atau kesalahan...

Contohnya, bila 18 pekerja anak syarikat DRB Hicom di buang kerja...di dapati bahawa Perjanjian CBA ada banyak kekurangan...

1 - Hak pekerja diwakili wakil Kesatuan dalam CBA hanya diberikan kepada wakil kesatuan yang kerja dalam syarikat/kilang berkenaan - persoalannya, ini National Union - kenapa tidak ada peruntukkan yang pekerja boleh diwakili oleh mana-mana wakil Union Kebangsaan tak perlu orang yang kerja disyarikat itu saja. Jika Kesatuan Dalaman, boleh faham. Justeru, ini kesilapan besar yang dilakukan oleh National Union...

2 -   Pekerja ini dituduh melakukan kesalahan kerja bukan di tempat kerja - tetapi dalam aktiviti luar masa kerja. Pekerja ini, atas arahan MTUC, telah pergi menghantar memorandum minta calaun bertanding PRU memberikan komitmen kepada hak pekerja. Apa yang boleh menjadi 'salah laku kerja' bukan ditetapkan oleh majikan sahaja - tetapi harus dipersetujui oleh majikan dan pekerja. Bila ada Kesatuan, sebuah salahlaku kerja yang disenaraikan serta hukuman jika didapati bersalah harus dipersetujui Kesatuan dan Majikan. Tetapi, jika Kesatuan malas...dan menuntut ini...atau terima saja semua keslahan kerja dalam 'handbook' majikan, pekerja yang akhirnya menjadi mangsa kerana kelalaian Kesatuan...Bila dah kena...tak boleh buat apa-apa?

3 - Ya, kebanyakkan Kesatuan buat sahaja CBA dan fokus utama kebiasaan adalah kadar kenaikkan gaji, bonus, elaun ---dan lain-lain perkara mengenai hak tidak diambil kira. Biasa Kesatuan melantik peguam, ada yang dibayar sampai RM100 ribu lebih...Peguam biasa buat apa yang diarahkan...yang bersalah adalah kepimpinan Union...(Adakah Union mengadakan perbincangan dengan ahli dan buat keputusan bersama?)

4 - 18 pekerja ahli Kesatuan Kebangsaan dibuang kerja - tak ada pun piket atau protes di peringkat kilang perkenaan oleh pekerja ahli Union yang lain - tak ada juga protes atau kempen di kalangan semua ahli di semua tempat di mana National Union itu berada? Akhirnya ada protes di Putrajaya - itu pun pekerja dibuang kerja bersama keluarga mereka...Adakah ini cara Kesatuan Sekerja? Lihat Maria Chin di tahan polis - beratusan orang protes malam-malam di Dataran Merdeka - ada juga protes depan balai...Berbanding dengan keadaan bila 18 pekerja dibuang itu...tak ada pun protes..sama juga bila ribuan pekerja MAS dibuang - ada Kesatuan tapi tak ada protes..

JUSTERU - pekerja kena bangun...pemimpin cara lama kena buang - kepimpinan baru diperlukan - cara lawan baru diperlukan - Pengajaran boleh diperolehi daripada cara BERSIH berjuang...Ada banyak isu pekerja - tapi sehingga hari ini, MTUC berserta Kesatuan tidak pun mengambil initiatif anjurjan Himpunan Pekerja secara besar-besaran...Bila menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja - semua Kesatuan tak mampu membawa 10,000 daripada 14 juta pekerja berhimpun...[Tahun ini, dengar hanya kurang 500 walaupun ia dirasmikan oleh MB Selangor sendiri...]
 
Adakah MTUC telah berjuang untuk hak pekerja - pindaan kepada undang-undang...

Nampaknya, kalau bukan kerana Amerika - kerajaan Malaysia tidak pun akan meminda Undang-undang pekerja 

Sepatutnya pemindaan undang-undang memberikan lebih hak kepada pekerja dan Kesatuan datang daripada hasil usaha perjuangan pekerja dan Kesatuan, bersama semua rakyat, tetapi ini telah tidak berlaku di Malaysia...

Ada yang mungkin dalam MTUC akan mengatakan bahawa mereka sebenarnya yang mula-mula berjuang untuk semua ini - tetapi mana bukti? Tak ada apa-apa dalam Laman Web atau Bulletin MTUC sebelum ini...tak ada pun kenyataan lama...

Jadi gambarannya, USA telah berjuang - kini MTUC dan mungkin Kesatuan Kebangsaan lain(kebanyakkan ahli MTUC) akan cuba berjuang agar apa yang dituntut Amerika dan disetujui Malaysia diberikan...
[Mengapa Amerika beria-ia sangat mahu cuba pastikan pekerja dan kesatuan Malaysia ada hak lebih - Ini kerana di Amerika ada undang-undang menghalang Amerika memasuki apa-apa perjanjian dengan negara yang tidak menghormati hak asasi termasuk hak pekerja. Jadi, US terpaksa memaksa Malaysia buat undang-undang dipinda supaya boleh mereka menandatangani TPPA dengan Malaysia - Ada niat di sebalik tindakan US itu...]

Kini, MTUC mahu Akta-akta berkenaan dipinda sapertimana terkandung dalam perjanjian di antara Amerika dan Malaysia...

MTUC juga nampaknya kini mahu TPPA diteruskan - walaupun dulu membantah TPPA...kini ada kerisauan bahawa Presiden akan datang, Trump, mungkin akan menarik diri dari TPPA...NASIB BAIK MTUC JELASKAN BAHAWA MTUC MASIH MEMBANTAH TPPA]

MTUC mesti kembali kepada pendirian awal mereka mengenai TPPA - dan terus menuntut Malaysia menarik diri daripada TPPA...

Untuk hak pekerja dan pindaan undang-undang yang perlu, MTUC(serta Kesatuan Nasional dan kesatuan yang lain) harus berjuang bersama 
- SEMUA Pekerja 
- SEMUA Kesatuan(hanya lebih kurang 30% kesatuan kini ahli MTUC) termasuk Kesatuan Global
- SEMUA NGO/Kumpulan di Malaysia dan luar negara....
- SEMUA rakyat malaysia dan global...
- SEMUA yang boleh membantu...

Tabiat bertindak SENDIRI dan secara 'RAHSIA'...dan dengan tidak melibatkan semua pekerja mesti berakhir...

FOKUS diperlukan dalam perjuangan mana-mana hak....MTUC (dan Kesatuan Sekerja) kadang-kadang tak ada fokus (ATAU hanya fokus jangka pendek). Sebagai contoh, apa terjadi kepada kempen membantah sistem 'contractor for labour'... masih lagi wujud... tapi kempen macam sudah dilupakan...

MTUC dan kepimpinan kesatuan mesti berhenti bertindak sebagai 'kroni'/sahabat kerajaan - tak mahu bertindak keras..hanya mahu senyum dan ikut cara lembut....[Itu nyata tak berjaya...kini ramai tak tahu apa yang MTUC mahukan demi pekerja ...kalau tahu, bolehlah orang sokong - dan tekanan diberikan untuk memastikan ada progress ke arah mencapai hak...] MP dan Senator pun tak tahu - tak boleh pun mereka desak kerajaan ...hanya Abdullah Sani(pemangku Presiden MTUC) yang tahu - tapi jelas dia kena bertambah berkesan...

KUALITI pemimpin Kesatuan juga perlu ditambahbaik--- 

Ada orang kata - buang yang keruh ambil yang jernih...tetapi siapa pengantinya? Jika diperhatikan, masalah sama kini di kalangan semua pemimpin Kesatuan-kesatuan...

NUBE - dari pemantauan saya, NUBE memang aktif dahulu - kerap membuat protes, piket dan kenyataan mengenai isu ahli walaupun seorang ahli yang ditindas. Mereka mengunakan beranika cara - YouTube, media sosial dan beranika jenis cara ...tetapi kini nampaknya sudah kurang...selepas kes pembuangan kerja Solomon gagal diperingkat Mahkamah tertinggi..tetapi NUBE masih aktif di FB dan ...

CUEPACS - ia nampaknya pandai berkempen sehingga kerajaan majikan mereka telah juga memberikan mereka gaji minina RM1,200 (berbanding dengan pekerja lain hanya RM1,000) - dapat juga mereka pinjaman kerajaan yang lebih dan banyak perkara lain...mungkinkah kita perlukan mereka dari CUEPACs dan Kesatuan Pekerja Kerajaan tampil ke hadapan menjadi pemimpin MTUC - mungkin pekerja lain juga akan beruntung dari segi hak?

NUFAM - ia juga merupakan Union yang banyak bersuara dan aktif...tetapi tak tahu sehingga kini, permohonan mereka untuk menjadi ahli diterima - yang saya tahu apabila memohon jadi ahli MTUC, permohonan ditolak...

Masalah kini, adalah pemilihan MTUC 3 tahun sekali...mungkin perlu dijadikan setiap tahun...Selepasdilantik, tahun 1 dan 2 relaks...dekat nak ada PRU aktif lebih...? Ada juga kenyataan dari MTUC Penang mengesa MTUC bantah SOSMA (mungkin calun...) - 

Condemn Sosma less be deemed 'eunuchs', MTUC told

Malaysiakini (subscription)-9 hours ago
Penang Malaysian Trade Union Congress (MTUC) secretary K Veeriah has called on the union's national delegates to condemn the Security ...

Mungkin, tempuh menjadi pemimpin MTUC(Kesatuan) dihadkan kepada 2 penggal sahaja ...Orang sama duduk kerusi pemimpin akan menyekat pembangunan pertubuhan. [Malaysian Bar, setiap tahun ada pemilihan pemimpin dan seorang Presiden hanya boleh jadi Presiden maksima 2 penggal berturut-turut - bukan dalam Perlembagaan tetapi diterima saja sebagai apa yang sepatutnya...]

MTUC - berapa Kesatuan baru yang menjadi ahli - sepatutnya ahlinya sudah sampai lebih kurang 75% Kesatuan Sekerja yang wujud...

Hanya lebih kurang 32% Kesatuan Sekerja ahli MTUC - 227 daripada 732 Union di Malaysia

And, if we just look at the private sector trade unions, there were 485 in 2014, and 475 in 2015 

Kepimpinan Kesatuan juga mungkin tidak mahu berkongsi pengetahuan dan menjana barisan kepimpinan muda dan baru...justeru pekerja muda merasakan diri mereka belum layak dan tidak mahu menawarkan diri mereka jadi pemimpin...

Harus diingat bahawa pergerakkan buruh pada satu masa adalah kuat ...PMFTU mewakili 85% kesatuan, dan lebih daripada 50% pekerja...
In 1947, the Pan Malayan General Labour Union, which was established in 1946, and later changed its name to Pan Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU), boasted a membership of 263,598, and this represented more than half the total workforce in Malaysia. 85 percent of all existing unions were part of the PMFTU
MTUC diwujudkan pada 1949 selepas kerajaan penjajah British telah mengharamkan PMFTU dan banyak kesatuan, dan memenjarakan pimpinan kesatuan. Keperluan mendaftar lagi kesatuan sekerja dibuat British, di mana hanya beberapa kesatuan sekerja yang British luluskan telah didaftarkan...MTUC adalah terdiri dari kesatuan sekerja yang OK dengan kerajaan British, yang dibenarkan didaftar - tetapi itu tidak ia tidak boleh kembali kuat dan progressif...

Pihak British telah mengunakan beraneka strategi dalam proses menghancurkan pergerakkan buruh sedia ada. Satu cara adalah dengan membawa masuk 'Trade Union Adviser' saperti John Alfred Brazier, untuk tujuan menjana 'kesatuan sekerja' baru yang boleh diterima kerajaan dan majikan. Pemimpin kelas pertengahan(middle class) yang fasih Bahasa Inggeris dicipta untuk mengantikan pimpinan pekerja terdahulu, yang kebanyakkan dari kelas pekerja yang fasih berbahasa Melayu dan bahasa biasa lain yang digunakan kebanyakkan pekerja. 

Wlaupun Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British, kerajaan pimpinan UMNO dari dulu hingga kini mengekalkan polisi dan undang-undang British...Semakin lama, hak pekerja dan kesatuan dikurangkan...

Apa yang menyedihkan adalah bahawa MTUC dan banyak kesatuan yang lama sehingga hari ini tidak mengambil kepimpinan pekerja sebelum 1948 sebagai teladan dan 'Hero' pekerja - tetapi yang anih ada yang ambil sebagai hero pekerja dan kesatuan adalah seorang  ejen British, iaitu John Alfred Brazier - Ada yang lihat Brazier sebagai 'Father of Malaysian Trade Union Movement'. Agak sedih...


Adakah pemimpin Kesatuan Sekerja lama, termasuk MTUC, masih terperangkap dengan model perjuangan yang diberikan oleh penjajah British...Jika YA, ini bukan keadaan atau masa depan  yang baik untuk pekerja di Malaysia....Adakah pendekatan ini menyebabkan MTUC dan Kesatuan Nasional yang lain tidak benar-benar berjuang untuk pekerja - hanya buat sedikit sahaja ...dan terus melakukan kerja 'kerajaan' dan majikan menghalang perkembangan pengerakkan buruh yang kuat dan berkesan..

Kesatuan kini pun tidak lagi adakan pertemuan Union dengan ahli kesatuan setiap dua minggu atau bulanan. Tanpa ini berlaku, perhubungan antara ahli, dan antara ahli dan pemimpin menjadi lemah...Justeru bila Union panggil ahlinya untuk berhimpiun, tidak hairan tidak ramai datang....Majikan dan kerajaan sudah sedar hakikat ini - dan mereka tidak lagi takut kepada pergerakan buruh....bilangan pekerja yang menjadi ahli Union semakin lama semakin berkurangan...

Justeru, MTUC dan Kesatuan Sekerja di Malaysia mesti belajar kembali cara perjuangan - mungkin pengalaman BERSIH 5 boleh membantu...

Perlu kepimpinan pekerja yang baru yang perlu bangkit memimpin pekerja - mereka mungkin tidak merupakan pemegang jawatan dalam MTUC atau mana-mana kesatuan... 

Pergerakkan REFORMASI ...dan kini pergerakkan BERSIH bermula begitu...dengan beberapa individu, yang tidak sama sekali boleh dikatakan PEMIMPIN yang ada nama. Selain daripada Maria dan Ambiga...adakah anda tahu siapa yang memimpin dan mengerakkan rakyat....Bukan sama sekali mana-mana parti politik atau pemimpin mereka - yang sentiasa akan tunjuk muka pada saat akhir dan mendapat liputan media...[Yang anihnya, kini mana-mana parti Pembangkang atau gabungan parti pembangkang tak berani menganjurkan perhimpunan rakyat ....PAS menganjurkan program di Selangor, hanya dapat menarik 1,500...tetapi bagaimana pula BERSIH boleh membawa bersama berpuluhan ribu...rakyat berbilang etnik, agama dan latar belakang...??]

 
 


 

MTUC Urges Malaysia To Implement Labour Laws Reforms Regardless of TPPA's Uncertainty

16 November 2016 
 
AS expected, the results of the US presidential election has led to uncertainty about the future of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). This is very much clear as the President Barack Obama’s administration has suspended its efforts to win Congressional approval for his Asian free-trade deal before President-elect Donald Trump takes office on January 20, 2017. Now TPPA’s fate was up to Trump and Republican law makers. Trump made his opposition to the TPPA by stating that he will scrap the TPPA, renegotiate the 22-year-old North American Free Trade Agreement and adopt a much tougher stance with China trade.

From the beginning, Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has pointed its opposition towards the TPPA. MTUC believes that the TPPA would bring more negative implications on the interest of Malaysia, to our people especially workers. As TPPA is facing uncertainties and it is almost clear that the implementation in 2018 won’t take place as planned and negotiated, thus MTUC is looking forward to see reforms in the labour laws in Malaysia. It is our hope that Malaysia will implement labour laws reforms to enhance protection on our workers.

Last year our government has agreed to amend various labour laws and regulations in line with TPPA’s negotiation process. Among others are provisions and commitments highlighted in the International Labour Organisation (ILO) Declaration of 1998. For this to be done successfully, there will be at least eight law amendments concerning the provisions on forced labour and freedom of association.

The amendments are required for the Employment Act 1955, Trade Union Act 1959, the Child and Young Persons (Employment) Act, 1966, Passport Act 1966 (implementing regulations), Industrial Relations Act 1967, Sabah Labour Ordinance (Chapter 67), Sarawak Labour Ordinance (Chapter 76), Private Employment Agencies Act 1981 and the Workers’ Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990.

MTUC had requested our government to carry out reforms of labour laws to ensure harmonious and a stable working environment in Malaysia long before the TPPA negotiations took place. Whether TPPA will be implemented or not, MTUC hopes that Malaysia will bring labour laws reforms.

We believed that with drastic reforms in our labour policies, there will be a tremendous change in the way employees and employers behave and interact with each other and with regulators. Furthermore MTUC also believe that strengthening our labour policies will be a game-changer that can be the enabler to propel Malaysia into a developed nation status, where workers’ rights are protected and upheld.

As series of engagement and discussion took place since last one year, we hope that the government will bring the amendments to the Parliament as planned next year, and subsequently implement it for the betterment of our workforce and country.

N. Gopal Kishnam
Secretary General

No comments: