Wednesday, November 30, 2016

'Introducer Agreement' Cara Kleptocracy? Harus dihapuskan untuk projek kerajaan Negeri/Persekutuan?

ADAKAH 'INTRODUCER AGREEMENT' SATU CARA YANG DIGUNAKAN UNTUK KLEPTOCRACY?

Kleptocracy - adalah tindakan mereka yang kuasa sebagai kerajaan mengunakan kuasa mereka secara salah demi menguntungkan diri sendiri(dan/atau juga kawan/crony/ahli keluarga/parti politik mereka).


Kleptocracy (from Greek: κλεπτοκρατία, klépto- thieves + -kratos rule, literally "rule by thieves") is a government with corrupt rulers (kleptocrats) that use their power to exploit the people and natural resources of their own territory in order to extend their personal wealth and political power.

Ada berbagai jenis kaedah yang mungkin digunakan tetapi untuk post ini, saya akan melihat kepada satu kemungkinan iaitu 'Introducer Agreement'. Syarikat yang akhirnya mendapatkan projek mungkin terpaksa membayar 'Introducer' jumlah 1-5%(ada juga perjanjian sedemikian boleh sampai 20%). Jika nilai projek adalah 100 juta, introducer boleh dapat 3 juta jika berasaskan perjanjian jumlah introducer fee ini adalah 3%. Selain daripada mengunakan peratusan nilai projek, juga boleh tetapkan harga tetap - mungkin 5 - 10 juta, dan mungkin juga ada hak tambahan - contohnya bahawa 20% projek diberikan (atau di-sub-kontrak) kepada 'Introducer'  atau syarikat pilihan 'Introducer".




'INTRODUCER AGREEMENT' apabila melibatkan projek kerajaan, atau projek syarikat milik penuh kerajaan atau GLC, menimbulkan persoalan sama ada ini satu cara bagaimana wang rakyat dilupuskan dan sampai akhirnya secara senyap kepada parti politik atau ahli politik(keluarga mereka atau kroni) atau seseorang penjawat awam. 

Projek kerajaan biasanya (atau sepatutnya) diberikan melalui tender terbuka - di mana pihak bertanggungjawab dalam kerajaan akan menilai semua tender yang dibentangkan dan membuat keputusan. 

Jika tidak ada 'tender terbuka', pihak kerajaan mungkin akan meminta beberapa syarikat, biasanya yang ada latar belakang atau pengalaman, menjalankan projek sedemikian - cara tanpa proses 'tender terbuka' ada kemungkinan besar akan disalahgunakan - justeru lebih baik semua dijalankan melalui proses 'tender terbuka'. 

Ingat proses 'tender terbuka', jika tidak telus dan bersih, boleh juga disalahgunakan - mereka yang membuat penilaian dan keputusan boleh dirasuah, atau juga diarahkan memberi penilaian baik atau buruk mengenai syarikat ini dan itu. Tetapi 'tender terbuka' semestinya lebih baik daripada 'tender tertutup'. Adakah pemantauan Jawatankuasa Parlimen diperlukan?

Memahami apa itu 'Introducer Agreement', kita melihat beberapa petikan  
Melalui memorandum perjanjian ('memorandum') antara 'A' dengan 'B', 'A' bersetuju untuk mendapatkan 'Projek Jambatan'' ('projek'). Adalah menjadi terma bahawa 'B', dengan sokongan dan bantuan 'A', akan mengemukakan usul kepada Kerajaan ... Sekiranya cadangan tersebut diterima, 'B' dengan sendirinya atau dengan pihak lain-lain akan membina dan melaksanakan projek tersebut. Ganjaran 'A' adalah bahawa jika 'B' diberikan projek tersebut, 'B' mestilah membayar 3% daripada jumlah nilai projek yang diberikan, kepada 'A'. Sebagai tambahan, 20% daripada kontrak yang diberikan akan disubkontrakkan kepada 'A'. Secara ringkasnya, ganjaran plaintif adalah atas dasar kejayaan.
Ini petikan daripada satu penghakiman Mahkamah di Malaysia(penterjemahan Bahasa Malaysia), di mana nama pihak telah saya telah tukar....Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan telah berpendirian bahawa perjanjian sedemikian (Introducer Agreement) melibatkan kerajaan adalah tidak sah - tetapi isu ini tidak ditimbulkan oleh mana-mana pihak pertikaian..[Petikan berkaitan daripada Penghakiman ini saya sertakan di hujung pos yang menyatakan dengan jelas mengapa  Mahkamah berpendirian sedemikian...]
'A' bertindak sebagai orang tengah bagi urusan dengan Kerajaan ... dan bukan sebagai rakan kongsi dalam memperuntukkan pengetahuan atau kemahiran teknikal untuk apa-apa sifat spesifik yang boleh dikatakan tidak dimiliki oleh 'B'. Tanggungjawab untuk menyediakan cadangan terletak pada 'B'. 'A' tiada peranan rasmi untuk dimainkan dengan Kerajaan... tetapi hanya cuba untuk mendapatkan sesuatu daripada urusan tersebut melalui 'kemahiran menjaja' dan balasan bersifat kosmetik sahaja, walaupun terma perjanjian cuba meletakkan sebentuk kewibawaan pada 'memorandum'.

Justeru, nampak sekali 'A'(Introducer) sebenarnya tak ada apa-apa peranaan khusus. Ada syarikat yang mahu berjaya mendapat kotrak kerajaan mungkin telah 'dipaksa' memasuki 'Introducer Agreement' sebegini dengan orang atau syarikat tertentu - mungkin dengan pernyataan tak khusus (atau 'Hint') yang membawa kefahaman jika kamu tak masuk 'Perjanjian Introducer', peluang amat tipis atau langsung tidak ada bahawa kamu akan berjaya mendapat kontrak/projek kerajaan ini...  

Apakah yang 'A'(Introducer) ini boleh membuat(atau akan buat) untuk memastikan kerajaan memberikan kontrak/projek kepada 'B"? 

Adakah beliau akan gunakan pengaruhnya - di mana ini nyata ini adalah salah, kerana projek kerajaan harus diberikan oleh kerajaan berasaskan penilaian kerajaan secara bebas, telus dan berkecuali ... tanpa juga mengambil kira sama ada pemilik syarikat orang parti politik mana, agama apa atau kumpulan ethnik, dll.  ...Ingat Perlembagaan Negara berkenaan layanan istimewa kepada orang Melayu dan native of Sabah and Sarawak, juga berasaskan kefahaman saya - tidak membenarkan layanan istimewa mengenai penganugerahan projek kerajaan...

...to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business...petikan Art 153(2) Perlembagaan Persekutuan..

Adakah introducer akan memberikan rasuah kepada orang tertentu untuk memastikan B diberikan kontrak/projek? Ini juga adalah salah...

Atau adakah sebenarnya 'introducer' ini sebenarnya wakil Perdana Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar/Menteri Berkenaan/Pegarah Jabatan atau kerajaan berkenaan - yang sebenarnya mahu 'curi' atau dapatkan keuntungan peribadi - sama ada untuk diri sendiri, parti politiknya, keluarganya, dsb...di mana ini juga salah..Apa yang diperuntukkan dalam Bajet/Perbelanjaan Kerajaan harus digunakan sepenuhnya untuk perlaksanaan projek tersebut - salah untuk siapa-siapa mengambil sebahagian untuk tujuan dirinya, atau partinya, atau...untuk parti partinya dalam PRU akan datang.

MASALAH DENGAN KORUPSI TERMASUK JUGA 'INTRODUCER AGREEMENT' IALAH 'A' ATAU 'B', khususnya bila 'B' dah berjaya mendapat projek kerajaan, tidak ada siapa-siapa ('A' atau 'B') yang akan menghebohkannya atau mengadu kepada pihak berkuasa...dan rakyat tidak akan tahu mengenai amalan 'introducer agreement'  saperti ini. Sama juga, yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah, kedua-dua secara lojik tak akan menghebohkannya...tetapi akan menyembunyikannya...

Tambahan pula, bila ia melibatkan projek kerajaan - Walaupun tak berjaya tak dapat projek, 'B" akan terus berdiam sahaja  kerana 'syarikat B' mahu terus mempunyai peluang dapat projek kerajaan - jadi senyap sahaja ...tak mahu gugat peluang dapat projek pada masa depan...

Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yasin, Mukriz, Azmin Ali, Mahathir dan semua mereka yang memegang kuasa dalam kerajaan UMNO-BN dahulu boleh mendedahkan kini sama ada amalan 'Introducer Agreement' saperti yang dinyatakan wujud...

Perlu juga ditanya sama ada amalan sedemikian kini wujud juga dalam kerajaan Negeri Selangor, Penang dan Kelantan...

Ada seorang dalam 'sosial media', saya dengar ada  membuat dakwaan bahawa perkara sedemikian kini masih berlaku juga di Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali - mungkin ianya dakwaan palsu - tetapi saya akan rasa lebih senang jika Azmin, Guan Eng, MB Kelantan dan parti-parti pembangkang akan keluar dengan jelas menyatakan bahawa perkara saperti 'Introducer Agreement' atau amalan-amalan kleptocracy yang lain tidak berlaku di Negeri dimana mereka kinitadbir, dan tidak akan dibenarkan di bawah pemerintahan mereka...Jadikan 'Introducer Agreement' dan perkara saperti itu 'Haram' di sisi undang-undang khususnya bila ia melibatkan projek kerajaan, projek syarikat milikan kerajaan atau GLC...Ambil pendirian tegas dan jelas...kalau tidak, mungkin kita di Malaysia akan buat andaian bahawa amalan 'kleptocracy' sedemikian berterusan sama ada di kerajaan UMNO-BN dan kerajaan Pembangkang...Apa kata saudara? Semua parti politik kena membuat pendirian jelas...

RAKYAT RUGI JIKA WANG DIPERUNTUKKAN SESUATU PROJEK BOCOR PI TEMPAT LAIN..

Ingat, jika 'Introducer' ambil 5% nilai projek - ertinya akhirnya tinggal hanya 95% duit rakyat yang boleh digunakan untuk satu-satu projek kerajaan...

Selain daripada amalan 'Introducer Agreement', ada banyak cara duit rakyat/kerajaan 'dicuri' ...yang tinggal untuk melaksanakan projek akhirnya tinggal berapa.

Cara dapat projek - beri 2 atau lebih syarikat lain...

Saya juga pernah dengar cerita bahawa satu projek pembinaan jalan raya di anugerahkan kepada syarikat 'A', yang seterusnya memberikan kepada syarikat 'B', yang seterusnya memberikan kepada syarikat 'C', yang memberikan pula kepada syarikat 'D'(yang kebetulan adalah anak syarikat(atau yang ada kaitan dengan) syarikat 'A'. 

Syarikat 'D' ini kemudian menyerahkan kepada syarikat kontraktor-kontraktor yang benar-benar membuat kerja pembinaan jalanraya...MENGAPA? 

Jika syarikat A, B dan C masing-masing mengambil 10% nilai projek...akhirnya apa yang sampai kepada D hanya tinggal 70% wang projek... Siapa yang rugi? Rakyat yang rugi...di mana 100% nilai projek patut digunakan, kini tinggal 70% (kalau tolak untung syarikat D dan kontraktor 10% setiap satu), wang yang bakal ada untuk kerja pembinaan hanya tinggal 50%...Bagaimana projek boleh disiapkan? 

Adakah kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang terlampau tinggi membolehkan projek dapat disiapkan dengan 50% sahaja peruntukkan - di mana ini bererti kerajaan menipu rakyat? 

Atau, akhirnya kerana duit tinggal sudah rendah - kerja pembinaan dibuat dengan bahan murah, dan mungkin banyak yang perlu dilakukan tidak dilakukan? Rakyat ditipu lagi - kita bayar untuk first class - yang dapat akhirnya bermutu 3rd class? Lepas itu mungkin ada insiden tanah runtuh..bangunan jatuh...jalan berlubang...dll?

Rakyat Malaysia malangnya terlalu percayakan 'wakil rakyat' dan kerajaan - tak sangka pun yang berkuasa akan menipu rakyat. Berlakukah ini di Malaysia? 

Ahli Parlimen Pembangkang...dan Back-Bencher(mereka yang dari parti kerajaan memerintah tetapi bukan dalam Kabinet) sepatutnya sentiasa memantau kerajaan memastikan semua BERSIH, CEKAP dan AMANAH...tetapi nampaknya ramai syok jadi YB saja - kerja 'wakil rakyat' tak buat. 

Ramai juga MP/ADUN/Senator bukan kerja penuh masa sebagai 'wakil rakyat' - banyak masa masih diluangkan dalam kerja peribadi - doktor gigi, peguam, kebun, perniagaan lain. Jika dipantau pun, hak mengemukakan soalan kepada kerajaan pun tak digunakan sepenuhnya, hadhir di Dewan Rakyat semasa Dewan bersidang pun tak buat...Jika dilihat perangai semasa Dewan bersidang, ramai dikalangan rakyat merasa putus asa...

26 Pakatan MPs who were absent when POTA was passed in Parliament should resign?

PKR MP Shamsul Iskandar should explain why apparently only 5 questions at last Parliamentary session?

A critical look at MP Abdullah Sani's speech during Budget 2017 debate - raising worker concerns?(dalam Bahasa Malaysia)

MP Abdullah Sani's Parliamentary Questions Analysed - Improvement Needed to Improve Quality?(dalam Bahasa Malaysia)

 *Saya hanya menilai Shamsul Iskandar dan Abdullah Sani sebagai contoh saja kerana penilaian dan kesimpulan sama boleh dibuat untuk kebanyakkan MP - di mana kini pun kebanyakkan MP tidak pun dedahkan jawapan kerajaan kepada soalan mereka - tak ada pun di Laman Web Parti. Laman Web Parlimen seharusnya mempaparkan jawapan dan  soalan semua MP dan Senator. Perlu juga nyatakan dengan jelas maklumat kehadiran semasa Dewan bersidang



Ingat kembali Anwar Ibrahim, yang mula-mula menyatakan bahawa beliau ada bukti berpeti-peti yang akan mendedahkan salahlaku kerajaan UMNO-BN - tapi sehingga kini (lebih kurang 20 tahun...), kita masih menunggu. 

Kini Muhyiddin, Mukriz, Apdal keluar jadi pembangkang, senyap juga tak ada pun pendedahan salahlaku UMNO-BN - hanya fokus isu semua sudah tahu - Billion dalam akaun Najib, 1MDB... Mengapa? 

Jika mereka juga dahulu terlibat dalam 'kleptocracy', akui sahaja dan meminta maaf - rakyat pasti akan memaafkan?

Amalan 'kleptocracy', rasuah dan salah guna kuasa mesti dihapuskan di Malaysia - tetapi nampaknya kini tanggungjawab mendedahkan salahlaku dan menghapuskannya berada di tangan rakyat sahaja...

PETIKAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN YANG JELAS BERPENDIRIAN BAHAWA 'INTRODUCER AGREEMENT' SEBEGINI SECARA JELAS ADALAH TIDAK SAH...BILA IA MELIBATKAN PROJEK KERAJAAN...Sekyen 24(e) Akta Kontrak - merujuk kepada Ilustrasi (f)

[16] The factual matrix of the role of the plaintiff will to some extent fall within illustration (f) to s. 24 of the Contracts Act 1950. The said part of the section and illustrations reads as follows:
What considerations and objects are lawful, and what not
24. The consideration or object of an agreement is lawful, unless:
(a)...
(b)...
(c)...
(d)...
(e) the court regards it as immoral, or opposed to public policy.
Illustrations:
(a)...
(b)...
(c)...
(d)...
(e)...
(f) A promises to obtain for B an employment in the public service, and B promises to pay RM1,000 to A. The agreement is void, as the consideration for it is unlawful" (emphasis added).
[17] We must say illustration (f) is very significant to arrest any form of impropriety by touts, 'self confessed peddlers', as in the instant case in the affairs of government. It is the duty of the court to be vigilant. It is for the court to consider whether the consideration or object of an agreement is void on the grounds of public policy irrespective of whether parties have pleaded it or not or the issue was taken at the trial court. Though courts are slow in creating 'new heads' of public policy, it cannot fail to recognise the 'heads' which stand as illustrations in particular (f) in the instant case, when it involves the government. Support for proposition and illustration (f) is found in a number of Indian cases. - Petikan dari CHINA ROAD & BRIDGE CORPORATION & ANOR v. DCX TECHNOLOGIES SDN BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA,AZIAH ALI JCA;   HAMID SULTAN ABU BACKER JCA;   UMI KALTHUM ABD MAJID JCA[CIVIL APPEALS NO: W-02-2810-11-2012 & W-02-2727-11-2012] 9 MAY 2014
 
Saperti, yang dikatakan kemungkinan 'Introducer' atau syarikat yang memasuki 'Introducer Agreement' membawa isu ini kepada Mahkamah adalah tipis - dan Mahkamah sukar memutuskan kesahihan perjanjian 'introducer' sebegini jika isu ini tidak dikemukakan kepada Mahkamah. Mungkin seorang rakyat atau wakil rakyat akan membawa isu ini kepada Mahkamah -tetapi, berasaskan apa yang dikatakan Mahkamah di atas - nyata pendirian Mahkamah adalah 'Introducer Agreement' melibatkan projek kerajaan adalah tidak sah...

Tak perlu tunggu Mehkamah, kerajaan juga boleh mengubal undang-undang dan/atau polisi memastikan bahawa kaedah 'Introducer Agreement' tak lagi digunakan untuk 'kleptocracy' atau mengambil sebahagian duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk tujuan satu projek pembangunan/perkhidmatan tertentu...

No comments: