Tuesday, November 08, 2016

Health Ministry hiding charges for heart surgery/procedures for Malaysians? WHY?

POST BAHASA MALAYSIA

Apakah caj (untuk warganegara) untuk rawatan kes jantung... - Maklumat ini tidak didedahkan dalam Laman Web Kementerian Kesihatan - MENGAPA?

Caj Rawatan(Warganegara) dan Bukan Warganegara daripada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan dilihat - tetapi Caj Rawatan Untuk Warganegara bagi Closed Heart Surgery, Open Heart Surgery, dll (sila lihat Jadual di bawah?) TIDAK DIDEDAHKAN - Mengapa? Apakah caj untuk mendapatkan surgery atau perkhidmatan kesihatan untuk jantung bagi WARGANEGARA Malaysia? Kenapa tidak didedahkan sedangkan caj untuk Bukan Warganegara dinyatakan? 



Caj Rawatan Kesihatan bagi mereka di Malaysia harus PERCUMA - kalau tidak ianya mesti sangat rendah - seorang pesakit harus dapatkan rawatan apa-apa untuk harga tak lebih RM50-RM100. Di negara jiran Thailand, jumlah yang harus dibayar untuk kesemua rawatan (termasuk pembedahan dan bayaran wad) adalah hanya 30 Baht (lebih kurang RM3). Kini di Thailand, anda boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang sama daripada klinik/hospital swasta yang mengambil bahagian dalam skim ini - terutama untuk rawatan pertama. Sakit - terus pi klinik/hospital terdekat, bayar 30 Baht sahaja - dan dapatkan perkhidmatan kesihatan...

Kini kadar minima boleh sampai RM200 - di mana ini tidak wajar. Saperti yang dikatakan, kadar minima harus, kalau boleh, tidak melampaui RM50 - lebih baik, jika tidak melebihi RM5...Lihat kos wad, ini adalah kadar harian....adakah rakyat Malaysia berpendapatan rendah sanggup membayar jika terpaksa tinggal lama dalam Wad, perlu X-Ray dan beranika ujian? Mereka yang mahu tinggal KELAS TIGA  harus tidak perlu bayar apa-apa? KELAS SATU dan KELAS KEDUA - mereka yang mahu layangan lebih baik dan biasa merupakan golongan yang lebih mampu dikenakan caj lebih tinggi boleh diterima...

Di setengah negara, perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah PERCUMA - kenapa Malaysia tidak boleh?

Kerajaan UMNO-BN lama kelamaan mahukan rakyat bayar semua mengikut kadar kos sebenar ...SUBSIDI, mereka kata tak baik, dan kini kerajaan pimpinan Najib cuba menghapuskan 'subsidi' - satu per satu, subsidi dikeluarkan? 

TETAPI kerajaan sepatutnya memastikan bahawa perkara asas harus sampai kepada Rakyat secara PERCUMA atau pada kadar paling minima - ini termasuk AIR, LETRIK, PEMBETUNGAN, PENDIDIKAN DAN PERUBATAN/KESIHATAN...

Duit kerajaan adalah duit rakyat - Perdana Menteri dan Kerajaan hanya diberi tugas mentadbir oleh rakyat ...tetapi kini, nampaknya mereka tak hiraukan rakyat sangat - dan perkara asas menjadi lebih susah untuk dinikmati rakyat ...semua pun mahu caj tinggi?

Majoriti rakyat masih lagi berpendapatan rendah - apa yang harus kita risau adalah cara kerajaan mengunakan wang rakyat...Data khusus mengenai situasi rakyat Malaysia juga tidak didedahkan - berapa ramai berpendapatan kurang RM1,000, berapa yang berpendapatan RM1,500, RM2,000, RM2,500, RM3,000, RM4,000 dan seterusnya..

Apa yang kerajaan buat kini tidak mengambil kira ramai yang berpendapatan rendah - tol dinaikkan, kadar parkir dinaikkan, subsidi minyak masak dilupuskan, GST untuk stem dan perkhidmatan kerajaan(sepatutnya tidak ada kerana ini perkhidmatan kerajaan...)

Apa yang kerajaan patut lakukan diberikan kepada pihak swasta dan korporat - di mana akibatnya adalah rakyat terpaksa membayar lebih...Bila mengadu, alasan kerajaan adalah pihak swasta yang naikkan kadar .... Bagus alasan ini kononnya - kerana sepatutnya semua ini sepatutnya obligasi kerajaan, dan kerajaan harus buat kerja ini - jalanraya bertol, air, pembetungan, letrik, dll...

Kos perubatan naik kerana kerajaan menandatangani perjanjian saperti TPPA yang memaksa kerajaan membeli ubat terus dari syarikat swasta - dan kerajaan sendiri tidak lagi boleh membuat ubat sendiri...lepas itu kerajaan kata kos perubatan/kesihatan naik, dan rakyat pula dikatakan perlu tanggung sendiri...Kerajaan nampaknya yang membuat masalah dan tindakan mereka membebankan rakyat...Silap siapa? Silap rakyat kerana memilih kerajaan macam ini? 

Sumber Caj Rawatan(Warganegara) - Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan

Sumber Caj Rawatan (Bukan Warganegara) - Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan  

Pergi ke 2 link di atas ini untuk dapat kepastian...

Komen:-

* Caj rawatan mereka yang berkahwin dengan warganegara harus sama dengan caj rawatan warganegara.

***Caj Rawatan pekerja migran dan pelajar bukan warganegara di Malaysia juga harus caj berbeda atau sama dengan caj rawatan warganegara. Caj bukan negara hanya untuk warganegara asing yang datang ke Malaysia untuk mendapat rawatan...termasuk juga pelancung...ATAU haruskah caj sama dikenakan untuk semua di hospital/klinik kerajaan, dan kerajaan Malaysia juga boleh sampai kepada persetujuan bahawa kadar sama yang dikenakan kepada warga negara juga dikenakan kepada warganegara Malaysia bila mereka berada di negara berkenaan dan memerlukan rawatan kesihatan/perubatan...Tak wajar manusia yang memerlukan rawatan perubatan/kesihatan diambil kesempatan oleh kerajaan Malaysia...

Related post:-

Malaysian doctor - population ratio is still far short of WHO minimum standards...

A total RM25 billion have been allocated by the government in the 2017 Budget to boost the health of the people and the quality of healthcare in the country. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/budget-2017-rm25b-allocated-for-healthcare-boost#sthash.sgI9ptIG.dpuf


Caj Rawatan


Bahagian 1 - Rawatan Pesakit Dalam



Caj sehari bagi seorang
Kelas Satu
RM10
Kelas Dua
 RM 5
Kelas Tiga
Percuma



Bahagian 2 - Accouchmen Dan Bersalin



Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Pembedahan Caesarean
RM800 RM400 RM100
Bersalin Forcep
RM400 RM200 RM50
Bersalin Breech
RM400 RM200 RM50
Bersalin Biasa
RM300 RM150 RM10



Bahagian 3 - Rawatan Fisioterapi



Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Short wave diathermy
RM20 RM10 RM5
Microwave
RM20 RM10 RM5
Rawatan Perah-Merah
RM20 RM10 RM5
Radiant Heat
RM20 RM10 RM5
Ultra sonics
RM10 RM5 RM2
Mandi lilin
RM10 RM5 RM2
Whirlpool
RM10 RM5 RM2
Rawatan lampu ungu
RM20 RM10 RM5
Cervical traction
RM10 RM5 RM2
Lumbar traction
RM10 RM5 RM2
Electrical simulation (Faradism dan Galvanism)
RM20 RM10 RM5
Ujian otot elektrik
RM20 RM10 RM5
Ujian otot terkawal
RM20 RM10 RM5
Postural Drainage termasuk percussion dan senaman pernafasan
RM20 RM10 RM5
Senaman penyelenggaraan di katil
RM10 RM5 RM2
Senaman pemulihan di gimnasium
RM5 RM3 RM1
Hydrotherapy
RM10 RM5 RM2
Mobilisation
RM10 RM5 RM2
Senaman pernafasan sebelum dan selepas pembedahan
RM20 RM10 RM5

kadar keseluruhan kadar keseluruhan kadar keseluruhan



Bahagian 4 - Radioterapi dan Perubatan Nuklear



Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Terapi X-Ray (Superficial)
RM10 setiap rawatan RM5 setiap rawatan RM2 setiap rawatan
Terapi X-Ray (Dalam)
RM25 setiap rawatan RM12 setiap rawatan RM6 setiap rawatan
Terapi Megavoltage
RM50 setiap rawatan RM25 setiap rawatan RM12 setiap rawatan
Terapi Electron Beam
RM50 setiap rawatan RM25 setiap rawatan RM12 setiap rawatan
Rawatan Radium
RM10 setiap rawatan RM5 setiap rawatan RM2 setiap rawatan
Chemoterapi
RM200 setiap rawatan RM100 setiap rawatan RM50 setiap rawatan
Isotop Radioaktif



1. Diagnosis
RM100 RM50 RM25
2. Terapi
RM500 RM250 RM125



Bahagian 5 - Nefrologi



Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Intermitent peritonial dialysis bagi setiap rawatan
RM250 RM100 RM50
Rawatan CAPD (sebulan)
RM500 RM200 RM100
Haemodialysis setiap rawatan



1. sekali kegunaan buah pinggang pemulihan
RM125 RM50 RM25
2. Kegunaan semula buah pinggang pemulihan
RM50 RM20 RM10
Renal Biopsy (tidak termasuk laporan)
RM200 setiap rawatan RM100 setiap rawatan RM50 setiap rawatan
Femoral. Subclavian Catherisation untuk haemodialysis
RM50 RM20 RM10
Haemoperfusion
RM250 RM100 RM50
Implantation of tenchkoff catheter
RM100 RM40 RM20
Pretransplant dialysis treatment
RM1000 RM400 RM200
Lawatan di rumah bagi setiap Haemodialysis
RM100 setiap lawatan



Bahagian 6 - Psikatrik



Bagi setiap kali dimasukkan ke hospital
Kelas Satu
RM750
Kelas Dua
RM300
Kelas Tiga
Percuma

Kemaskini pada 2013-09-23 14:45:05 daripada Administrator

Government Hospitals’ Treatment Charges for Foreigners


Government hospitals provide health treatment to foreign citizens according to the Fees Act (Medical) 1951 for Foreigners. Below is a list of treatments provided in government hospitals, and their respective charges:

Outpatient Charges (Schedule FA)
Types of facility Charges per day (RM)
i) General treatment
Outpatient treatment 40
X-Ray services 15
X-Ray services (single projection) 40
Child health services 40
Obstetric & Gynaecology treatment 40
Post natal services 40
Other form of Immunisation services  40
Immunisation services for adults ( on request) 50
Yellow fever immunisation 150
Typhoid immunisation 40
ii) Specialist treatment
Outpatient specialist treatment (consultation and medication only; excluding investigations)
a) first visit 120
b) follow-up visit 60
Obstetric & Gynaecology treatment 15
Accident & emergency treatment 50
Hospital Charges (Schedule FB)
Types of facility Charges per day (RM)
i) Ward charges
1 bedded room 320 per day
2 bedded room 240 per day
3 bedded room and more 200 per day
Labour room 300 per entry
    Second Class  180 per day
    Third Class  160 per day
ii) Delivery Charges
Normal delivery 2593
Caesarean 3021
Twins 2593
Forceps, vacuum or breech 2593
iii) Treatment or procedure charges
Dialysis Treatment 120
Intermitent peritonel dialysis 300
Mammography 295
Pap smears 15
Ultrasound 100
Electrocardiogram (ECG) with report 80
Echocardiography 30
Echocardiogram  200
Echocardiogram transthoracic 230
Cardiotograph 120
Incision & Drainage  275
iv) Radiotherapy charges
Radical Radiotherapy 3,000
Brachytherapy (High dose rate) 3,000
Brachytherapy (Low dose rate) 2,000
CT Simulation - Normal ( without contrast) 1,500
CT Simulation - Complex (with contrast ) 3,000
Stereotactic Radiosurgery (SRT) per fraction 500
IMRT /  Rapid Arc per fraction 500
Iodine - 131 theraphy (not Iodine scan) per session 800
Dental treatment charges (Schedule FC)
Types of facility Charges per day (RM)
Registration 2
Intra oral X-ray
a) Per X-ray periapical/bite wing 10
b) Per occusal X-ray 15
Temporary filling per tooth 15
Extraction per tooth 20-25
Filling per tooth 15-35
Whole mouth scaling 35
Endodontic treatment per tooth 50-500
Minor oral surgery 80-200
Soft tissue injuries 25
Orthodontic
a) Fixed appliances 4,000
b) Removable appliances 2,500
Dental specialist outpatient charges
a) Referral from Government Dental
   i) First visit 60
   ii) Follow-up visit 20
b) Referral from private Government Dental Officer or Medical Officer
   i) First visit 60
   ii) Follow-up visit 20
c) Follow-up cases discharged from ward for each visit 20
Type of Treatment
Extraction Permanent tooth 50
Extraction Desidus tooth 25 
Extraction-Complication 50 
Restoration permanent tooth-  single surface 75
Restoration - deciduous tooth 30 
Scaling and polishing per arch 214 
Soft splint 50 
Crown / veneer - per unit (inclusive of temporary crown but excluding material and laboratory charges) 200 
Root canal treatment - premolar 200 
Pulpectomy - per tooth 200 
Tooth bleaching (external) per arch 500 
Reimplantation of tooth 200 
 Traditional and Complementary Medicine Services
Chronic disease treatment 50 per session
Post natal massage treatment 50 per session
Shirodhara 150 per session
Kiropraktik 150 per session
iv) Radiotherapy charges
Radical Radiotherapy 3,000
Brachytherapy (High dose rate) 3,000
Brachytherapy (Low dose rate) 2,000
Cardiology and Cardiothoracic Charges
Types of facility Charges per day (RM)
CARDIOTHORIC SURGERIES
CLOSED HEART
Duct, Simple (Patent Ductus Arteriuos, Blalock Taussig, shunt) 7,500
Complex 10,000
OPEN HEART
Coronary Artery Bypass Graft 15,000
Complex 10,000
Valve replacement
-one valve 15,500
-Two valve 23,000
-Three valve 24,000
Valve repair 12,000
Aortic Root Surgery
-without valve 17,500
-with valve 21,000
Thoracic surgery 8,000

Kemaskini pada 2016-04-25 10:29:29 daripada Administrator

No comments: