Friday, November 11, 2016

PAS ada larangan atau tidak mengenai Himpunan BERSIH 5? Ahli ikut kata pemimpin sahaja?


BENAR ATAU TIDAK? Anih untuk PAS keluarkan LARANGAN sedemikian - anih bagi PAS menyatakan Himpunan HARAM - Bukan Bahasa atau Cara PAS...atau adakah ini hanya pendirian seorang dan bukan PAS. Penjelasan dar PAS amat perlu kerana tarikh HIMPUNAN BERSIH sudah hampir. Tak nampak apa-apa dalam rencana media tulis...hanya Blog  http://www.milosuam.net/2016/11/ahli-pas-dilarang-sertai-himpunan.html#ixzz4PdmDFAtD dan satu lagi Blog. Adakah ini hanya tindak orang perseorangan untuk menyebar maklumat palsu supaya HIMPUNAN BERSIH akan datang gagal? 

Adakah benar bahawa PAS kini menghalang semua ahli PAS menyertai Himpunan Bersih 5 (kononnya keluar TV3)? Adakah ini tindakan demokratik? Jika pemimpin PAS atau kepimpinan PAS menyatakan bahawa mereka BERPENDAPAT bahawa orang ramai tidak harus menyokong atau menyertai Himpunan Bersih 5 kerana sebab ini dan sebab itu...itu adalah cara yang betul - di mana selepas mendengar pendapat mereka yang kini menjadi 'pemimpin' atau kepimpinan PAS akan mengambil kira pendapat ini dan selepas itu akan membuat keputusan sendiri setelah menilai semua pendapat yang wujud...ini cara Demokratik..

TETAPI jika kepimpinan PAS keluar terus mengakatakan bahawa semua ahli PAS diHALANG menyertai HIMPUNAN BERSIH 5 - ini menjadi sifat DIKTATOR...Ini tindakan yang langsung tidak menghormati hormati hak seseorang ahli untuk memikir dan buat keputusan sendiri...Ini juga saperti apa yang telah biasa dilakukan oleh UMNO-BN khususnya halangan terus yang diberikan bukan sahaja kepada ahli parti BN tetapi juga kepada penjawat awam..

PERSOALAN - Bagaimanakah keputusan ini dicapai? Adakah keputusan ini dibuat di dalam Jawatankuasa Kepimpinan Tertinggi (atau Exco atau Majlis Tertinggi) PAS? Adakah ini hanya keputusan sebulat suara atau keputusan majoriti sahaja? Adakah ini keputusan beberapa pemimpin tertinggi yang telah dipersetujui yang lain kerana PAS mengamalkan sistem 'Kalau Bos kata, semua dalam Majlis Tertinggi pun kena ikut sahaja'? Jika Presiden kata, yang lain ikut sahaja - itu adalah cara FEUDAL...

Secara betul dan munasabah, sebelum mana-mana Persatuan atau Parti Politik mahu membuat keputusan sedemikian, satu Mesyuarat Agung Tergempar(EGM) dipanggil dan ahli parti, setelah berbincang dan mengambil kira semua pendapat, akan membuat keputusan melalui pengundian - jika majoriti bersetuju, Parti mengambil pendirian sebigini.

Kalau begitu, perlukah Parti dan Persatuan setiap kali mahu membuat keputusan perlu panggil Mesyuarat Agung? Tidak sama sekali - kebanyakkan isu dan prinsip adalah berasas dengan Perlembagaan atau keputusan ahli dalam Mesyuarat Agung kini dan dulu - hanya isu baru sahaja. Berkenaan BERSIH, PAS pernah sokong dan merayu ahli terlibat - Justeru, pendirian tak sokong BERSIH atau keputusan menghalang ahli menyertai Himpunan BERSIH 5 adalah pendirian baru - dan perlu kembali kepada ahli untuk mendapat keputusan ahli. 

Sebuah entiti demokratik tidak akan membuat keputusan sedemikian 'menghalang' oleh kepimpinan yang yang dipilih oleh Pilihanraya sahaja - ia akan kembali kepada ahli untuk mendapat arahan dan mandat kesemua ahli. 

Kini, kepimpinan negara telah dipilih rakyat pada PRU yang lepas - dan UMNO-BN menang dan Najib jadi Perdana Menteri. Sekarang jika Najib dan kerajaan UMNO-BN pimpinan beliau membuat apa-apa keputusan - adakah semua rakyat dalam negara ini harus ikut sahaja - dan tidak membantah atau protes. Memang itu harapan Najib dan kerajaan UMNO-BN, jadi tindakan pemimpin dan ahli PAS yang menentang keputusan atau arahan kerajaan adalah salah....PAS kena berfikir secara mendalam, sama ada keputusan kini MENGHALANG ahli parti menyertai satu PROTES atau HIMPUNAN BERSIH 5 adalah cara yang betul atau cara PAS...Kalau ini adalah cara PAS, apakah perbedaan dengan cara UMNO-BN yang diamalkan di Malaysia.

Adakah PAS kini sudah berubah - 'LISTEN...LISTEN...AND OBEY' - Takut juga jika pemikiran sebegini berterusan dan PAS berjaya menjadi kerajaan Persekutuan - Adakah kebebasan rakyat akan terkongkong - Adakah kepimpinan akan kata 'Sokong INI, dan jangan sokong itu' - adakah kebebasan berpendapat, bersuara dan protes secara aman akan terus dikongkong sama sapertimana dilakukan kerajaan pimpinan UMNO-BN sekarang? Apa yang PAS atau mana-mana parti/persatuan lakukan kini dalam persatuan/parti masing-masing akan memberikan gambaran cara mereka akan mentadbir negara/negeri pada masa akan datang...

Setiap parti politik, kesatuan sekerja atau persatuan ada ramai ahli yang mempunyai pendapat berbeda mengenai banyak isu dan perkara - ini adalah hakikat seorang insan. Manusia menyertai sesuatu parti, kesatuan, organisasi atau persatuan kerana setuju dan sokong prinsip, nilai dan/atau objektif asas. Bila ada pilihanraya pun, ada ramai yang bertanding dan akhirnya ahli yang akan memilih - yang menang menjadi kepimpinan semasa untuk semua ahli(tak kira sama ada menreka menyokong atau tidak), dan yang kalah dan penyokong mereka tak keluar parti tetapi terus wejud dalam parti mereka dengan harapan dalam masa akan datang sebelum pemilihan akan datang, mereka mungkin boleh mendapat sokongan lebih...Justeru, setiap masa dalam mana-mana parti atau organisasi ada perbezaan pendapat - termasuk juga pendapat yang mengkritik kepimpinan sedia ada...dan itu harus diterima oleh kepimpinan organisasi berdemokratik. [Sedih kali ini, sebilangan pemimpin yang kalah pilihanraya keluar dari PAS dan tubuh parti sendiri (Amanah) - itu pilihan mereka]..

Yang paling sedih yang berlaku dalam PAS adalah tindakan PAS membuang ahli yang kritikal saperti apa yang telah berlaku kepada Saudara Husam - saya cukup sedih tindakan PAS itu, kerana tindakan itu seakan-akan PAS sudah tukar - tidak lagi menghormati kebebasan berpendapat dan obligasi ahli untuk menghebohkan salah laku parti, kerajaan yang ditadbir parti dan/atau kepimpinan parti. Adakah PAS kini mengamalkan polisi, 'jangan dedahkan atau mencadangkan salah laku parti atau kepimpinan' - Diam saja? Adakah sifat 'pantang dicabar' kini cara PAS - bukankah ini sifat kerajaan UMNO-BN? Cara bagaimana Husam Musa telah disingkirkan dari PAS amat menyedihkan - sesuatu parti/organisasi yang berdemokratik tidak akan buang ahli - kenakan denda paling maksima, dan jika dibuang pun ianya akan memastikan bahawa hak untuk membela diri diberikan, dan hak untuk merayu kepada keahlian dalam Mesyuarat Agung dikekalkan...Adakah Husam bertindak melanggar dasar/prinsip asas PAS atau hanya dibuang kerana meluangkan pendapat berbeza atau menghebohkan alegasi salah laku kepimpinan PAS atau kerajaan PAS? Bila PAS memerintah, adakah mereka juga akan buang negeri rakyat, dipenjarakan di bawah Akta saperti ISA atau Akta Hasutan? Toleransi kepada rakyat berbeda pendapat kini menjadi tanda tanya? Kini pula, PERINTAH atau ARAHAN jangan sertai BERSIH 5 - adakah semua yang terus mengambil bahagian akan dibuang parti?

Husam Musa shows what a good government backbencher should be doing? Check and balance?

PAS and Hadi Awang - what will they do in response to Husam Musa's questions? Same as Najib in the RM2.6 bil issue?

Thanks to Husam, PAS clarifies doubts about PAS-UMNO relationship? But not over yet...

By-Elections, Opposition Parties, Voter Concerns?


Apakah sebenarnya bantahan PAS kepada Himpunan BERSIH 5? Carian internet tidak memberikan gambaran tepat...Apakah objektif BERSIH dan objektif khusus BERSIH 5?

BERSIH - have their objective and demands changed? Join BERSIH activities if you still support??

Pada awal Oktober, pendirian PAS - "Pendirian kita menyokong tuntutan Bersih, tetapi kita tidak akan bersama-sama pada tarikh yang ditentukan itu,"...."Sekarang ini tidak ada larangan dan tidak ada arahan kepada mana-mana ahli untuk menyertai perhimpuan,"

Baru-baru ini, kononnya Ketua Penerangan PAS , Nasruddin Hassan Tantawi, dilapurkan keluar dalam TV3 memberi gambaran bahawa 'Ahli PAS dilarang sertai Himpunan Haram BERSIH 5' - Benar atau tidak?  Tak nampak apa-apa dalam rencana media...hanya Blog  http://www.milosuam.net/2016/11/ahli-pas-dilarang-sertai-himpunan.html#ixzz4PdmDFAtD dan satu lagi Blog. Adakah 

Pilihan raya: PAS tetap sokong tuntutan Bersih

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .
KOTA BHARU: PAS tetap menyokong tuntutan yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi mengembalikan sistem pilihan raya di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, sokongan itu tidak bermakna parti itu akan menyertai perhimpunan yang dijangka diadakan 19 November depan.

“Kita mahu pilihan raya adil dan telus, kerajaan telus, hak demostrasi, memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi Malaysia.

"Pendirian kita menyokong tuntutan Bersih, tetapi kita tidak akan bersama-sama pada tarikh yang ditentukan itu," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau penyertaan penyokong PAS pada perhimpunan tersebut tiada larangan mengenainya.

"Sekarang ini tidak ada larangan dan tidak ada arahan kepada mana-mana ahli untuk menyertai perhimpuan," katanya. - HARAKAHDAILY 4/10/2016

 

Ketua Penerangan PAS , Nasruddin Hassan Tantawi yang menegaskan bahawa keputusan PAS jelas bahawa parti itu tidak akan sertai Himpunan Bersih 5 maka ahli PAS juga mesti mematuhinya.

No comments: