Monday, September 25, 2017

Nyatakan sekarang apa polisi Pembangkang - untuk jaminan kerja dan kenaikan pendapatan pekerja Malaysia?

Apakah polisi parti politik yang akan bertanding PRU akan datang mengenai isu PEKERJAAN dan PENDAPATAN untuk pekerja dan keluarga mereka di Malaysia - yang akan menjamin pekerjaan dan pendapatan berterusan(yang akan meningkat ikut masa? Apa undang-undang yang akan digubal atau dimansuhkan? Kita mahu komitmen khusus - jangan hanya 'janji' yang tidak ada apa-apa rancangan khusus?

Pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat Malaysia adalah objektif utama mengapa kerajaan Malaysia(atau negara lain) mahukan pelabur asing dan/atau syarikat milik warga asing masuk dan membina kilang di Malaysia. Rakyat Malaysia boleh mendapat pekerjaan dan pendapatan untuk pekerja dan keluarga mereka. Tetapi dengan kemasukkan pekerja asing, bilangan pekerjaan untuk rakyat Malaysia semakin lama berkurangan. Tambah pula, apa yang berlaku adalah persetujuan kerajaan yang mungkin akhirnya membenarkan syarikat asing mengunakan hampir sepenuhnya pekerja asing atau pekerja daripada negara dari mana syarikat itu datang...

Selain daripada itu, dahulu syarat telah juga dikenakan kepada pelabur asing mengunakan peratusan tertentu barangan hasil syarikat Malaysia oleh syarikat asing. Ini akan membantu penubuhan dan syarikat tempatan. Tetapi, kini syarat sedemikian tidak boleh digunakan lagi akibat Malaysia(di bawah kerajaan UMNO-BN) telah menandatangani perjanjian antarabangsa, dan bersetuju bahawa tidak ada lagi syarat sedemikian. Justeru, kini syarikat asing tak perlu lagi gunakan barangan hasil syarikat tempatan.

Selain daripada itu,  syarat dulu yang dikenakan adalah bahawa syarikat asing ini perlu mengambil peratusan tertentu pekerja Malaysia untuk jawatan pengurusan, tetapi ini juga akibat perjanjian antarabangsa, tidak boleh lagi. Objektif sedemikian adalah supaya pengetahuan pengurusan dan teknikal akan dipindahkan kepada rakyat Malaysia. Kini syarikat asing, boleh membawa masuk orang asing untuk jawatan pengurusan dan teknikal 100%  - justeru apa yang tinggal adalah pekerjaan biasa sahaja untuk rakyat Malaysia.

Justeru, rakyat Malaysia dan syarikat rakyat Malaysia, kurang beruntung berbanding dengan dahulu dengan kemasukkan syarikat luar negara ini. Kita kehilangan dari segi pekerjaan dan pendapatan untuk pekerja Malaysia, sumber pendapatan dan keuntungan kepada syarikat rakyat Malaysia, penyaluran pengetahuan dan skil teknikal kepada orang Malaysia khususnya di peringkat pengurusan dan teknikal changgih.

Apa yang tinggal untuk Malaysia  mungkin cukai korporat - yang bergantung kepada keuntungan pengeluaran. Tetapi, kebanyakkan syarikat asing mungkin akan menghasilkan barangan untuk syarikat lain di negara asal  - di mana harga jualan hasil mungkin akan direndahkan bila ianya adalah untuk syarikat mereka, di negara asal atau negara lain, dan justeru keuntungan rendah - justeru cuklai perlu dibayar pun rendah.  

Untuk menarik dan mengekalkan syarikat asing, Malaysia juga memberikan banyak kelebihan - mungkin juga kadar pembayaran pengunaan letrik, air, pembetungan, komunikasi pada kadar yang lebih rendah...Penyediaan infra-struktur untuk memudahkan pengangkutan dan lain-lain semua ditanggung rakyat Malaysia...

Tetapi cukai  dan pendapatan sedemikian mengalir masuk tabung kerajaan - bukan terus kepada pekerja dan keluarga mereka. 

Pendapatan terus kepada pekerja Malaysia dalam bentuk gaji, semakin lama berkurangan dengan penambahan pengunaan pekerja asing ...atau penambahan pengunaan automasi(di mana pekerja kurang diperlukan)...

Pekerjaan Tetap atau Regular(Sampai Umur Persaraan) akan memastikan penambahan gaji tahunan, serta juga penambahan hak pekerja --- cuti tahunan, cuti sakit...bertambah dengan tempuh pekerjaan. Jika terpaksa 'retrench'(atau buang kerja kerana tak perlu lagi), ada peruntukan bahawa majikan perlu membuat pembayaran faedah pemberhentian kerja ...di mana lagi lama tempuh kerja, lagi tinggi faedah pemberhentian ini.[Faedah pemberhentian kerja menjadi haki hanya sekiranya pekerja kerja lebih daripada 12 bulan). Ada juga hak bersalin - yang termasuk cuti berbayar 'maternity leave'...dan lain-lain. Pembuangan kerja pun hanya boleh dilakukan kerana sebab tertentu ...kerana telah melakukan salah laku atau pengingkaran kontrak(di mana pekerja ada hak membela diri)...TETAPI JIKA pekerja kontrak jangka pendek, kebanyakkan hak ini akan hilang...Ini sebab mengapa kontrak biasanya tidak lebih daripada satu tahun. [Malangnya, kerajaan UMNO-BN tidak menghalang pengunaan sistem kontrak jangka pendek ini...di mana ini boleh dilakukan melalui undang-undang - hak kerja 'regular'(tetap) boleh dipastikan untuk pekerja Malaysia)...

Syarikat asing  juga akan menambahkan GDP negara - yang ambil kira jumlah pengeluaran (ingat apa yang kerajaan dapat hanya cukai pendapatan - yang ambil kira keuntungan sahaja..kini lebih kurang 24% keuntungan? dan mungkin cukai-cukai/pembayaran lain ...)

On 10 April 2017, Malaysia released an Exemption Order (the Order) to formalize a proposal in the 2017 Budget1 to temporarily reduce corporate income tax rates based on incremental taxable income compared to the preceding year of assessment (YA).2 The Order exempts a “qualifying person”3 from payment of income tax on the amount of taxable income derived from business sources in the basis period, for YA 2017 and YA 2018 only.
The reduction in the corporate income tax rates would apply as follows:
Percentage of increase in taxable income from previous YAs
Percentage point in tax rate reduction (%)
Tax rate on incremental taxable income (%)4
5% - 9.99%
1
23
10% - 14.99%
2
22
15% - 19.99%
3
21
Over 20%
4
20

Pndapatan terus kepada pekerja Malaysia dan keluarga mereka, serta skil kepada rakyat Malaysia dari segi skil tinggi dalam bidang pengurusan dan teknikal, pendapatan syarikat milik rakyat Malaysia yang dahulunya ada pasaran pasti bila syarikat asing perlu gunakan produk syarikat Malaysia...semuanya sudah tidak ada dan berkurangan....

Pendapatan kerajaan berbeda daripada pendapatan terus kepada individu, keluarga dan juga entiti milik rakyat Malaysia ... kerana apa yang kerajaan diagihkan kepada rakyat ikut suka kerajaan...

Daripada pekerja asing, keuntugan boleh diperolehi kerajaan daripada pembayaran levitetapi kini  perkhidmatan mengutip levi dan proses permit (kini banyak telah diagihkan kepada syarikat tertentu - di mana banyak disyaki syarikat milik 'kroni' atau individu tertentu), bayaran pemeriksaan kesihatan (milik syarikat tertentu - FOMEMA pun dikatakan bukan lagi milik Malaysia), bayaran perkhidmatan remitances (ini pun untungnya pergi kepada bank dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini)...kos penangkapan, penahanan dan deportasi pula kemungkinan ditanggung kerajaan .. dan pendapatan daripada denda kepada kerajaan.

Justeru, polisi kerajaan UMNO-BN mungkin kini tidak lagi menguntungkan rakyat Malaysia secara peribadi(atau keluarga mereka) 
- Pekerja, yang kini sudah hilang kemungkinan pengaliran pengetahuan dan skil diperingkat pengurusan dan skil teknikal tinggi sudah tidak ada atau berkurangan, kerana kini syarikat asing bebas mengunakan warganegara mereka sendiri atau warga asing untuk jawatan pengurusan dan jawatan memerlukan skil teknikal tinggi...  
-  Pekerja Malaysia juga telah kehilangan kerja gaji tinggi...dan paling penting HILANG jaminan pekerjaan tetap dengan hak gaji/hak yang meningkat tahun demi tahun...Apa-apa skil yang diperolehi dalam sesuatu pekerjaan 'hilang' gitu sahaja jika selepas tamat kontrak hilang pekrjaan dan terpaksa cari kerja lain - dan kemungkinan besar kerja lain yang ada bukan dalam industri sama dan ini juga tidak akan membawa tawaran gaji lebih tinggi... 

Kerajaan UMNO-BN menaikkan umur persaraan tetapi apa guna kepada pekerja yang tak ada kerja tetap..hanya kerja kontrak jangka tetap(biasa kurang 1 tahun)...sama juga penambahan hak bersalin(maternity/paternity benefits) - kerana majikan kemungkinan tidak mahu ambil pekerja yang kemungkinan akan bersalin dalam masa jangka kontrak...

POLISI PERLU:-

1- KERJA TETAP/REGULAR
- Undang-undang memastikan semua majikan memberikan kerja tetap kepada pekerja (Mungkin had boleh dikenakan untuk hanya membenarkan majikan mengambil kurang daripada 5-10% pekerja kontrak jangka pendek atau tenaga kerja yang dibekalkan syarikat lain(contractor for labour) )

- Kerja tetap/regular tak prejudiskan majikan 
- ada 'Probation'(harus dihadkan tak melebihi 3 bulan) di mana boleh majikan menilai kesuaian - selepas itu, bila didapati sesuai, pekerja akan dijadikan PEKERJA TETAP
- Pekerja boleh dibuang kerja jika melakukan kesalahan kerja atau pengingkaran kontrak..
- Jika Majikan PERLU mengurangkan pekerja - mereka boleh 'RETRENCH'  

- Kerja tetap/regular SANGAT penting untuk pekerja 
- kerana ia memberikan jaminan ekonomi kepada pekerja sekeluarga, penting sangat kerana kini ramai pekerja terikat dengan perjanjian pinjaman, yang memerlukan bayaran bulanan - jika gagal, akan hilang rumah, kereta, dll.
- penting kerana ada jaminan gaji tetap (dan akan naik secara minima) - di mana ini adil, kerana keperluan wang meningkat untuk pekerja sekeluarga setiap tahun..
- penting kerana ada kepastian kokasi tempat tinggal - membenarkan pekerja sekeluarga stabil dari segi hubungan masyarakat setempat, pendidikan anak-anak, memutuskan tempat kerja suami/anak, perancangan masa depan - termasuk membeli tanah/rumah tempat tinggal..., dll...

2. MEMASTIKAN PENAMBAHAN PELUANG PEKERJAAN SETEMPAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA
- Polisi menentang 'automasi' - supaya pekerja Malaysia ada kerja. {Bila pungutan tol secara automatic pakai Touch n' Go - berapa ramai pekerja Malaysia hilang kerja, bila bank tambah pengunaan ATM, berapa ramai pekerjaan bank yang hilang,...). Apa yang penting adalah rakyat Malaysia ada peluang pekerjaan dan pendapatan di bandar/kawasan tempat tinggal mereka..
- Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh warga tempatan harus terus diberikan kepada rakyat Malaysia - ini termasuk kerja di stesen minyak, dll...

3. UNDANG-UNDANG MENGHALANG PEKERJA KONTRAK JANGKA PENDEK DILEPASKAN PADA AKHIR TEMNPOH KONTRAK, justeru kontrak harus terus dilanjutkan sekiranya kerja yang sedang dilakukan masih wujud...(Majikan dihalang buang kerja selepas tamat tempoh kontrak, dan seterusnya ambil pekerja baru untuk buat kerja sama)

4. MEMANSUHKAN SISTEM 'CONTRAKTOR FOR LABOR'
- Polisi semua pekerja yang kerja di tempat kerja MESTI jadi pekerja majikan tempat kerja tersebut...

Kini, Presiden TRUMP, mahu membawa balik pekerjaan dan kilang-kilang syarikat Amerika kembali ke Malaysia... ini mungkin finomena baru ...di mana negara lain mungkin akan mula polisi sedimikan...di mana kilang syarikat asing akan gerak kembali ke negara masing-masing...

Kini pun, hakikatnya adalah syarikat asing bila masuk dan buka kilang ...ia bukan bererti kilang dan peluang pekerjaaan akan tetap di Malaysia...ingat motivasi syarikat dan perniagaan adalah keuntungan..keuntungan...berbanding dengan kerajaan di mana objektif utama adalah kebajikan rakyat Malaysia ...

Justeru, jika ada peluang keuntungan lebih baik di Thailand - syarikat asing akan terus pindah ke Thailand...atau negara lain. Syarikat/pelabur asing mengunakan situasi ini untuk mengugut...menuntut lebih dan lebih daripada setiap kerajaan termasuk di Malaysia...

Kerajaan UMNO-BN malangnya gagal membanguan cukup banyak syarikat Malaysia yang mampu mengeluarkan produk Malaysia - yang boleh memberikan peluang pekerjaan berterusan kepada rakyat Malaysia... Ada...tapi tak cukup.

APAKAH YANG BOLEH DITAWARKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG UNTUK MENJAMIN HAK KERJA RAKYAT MALAYSIA, YANG AKAN MEMASTIKAN KERJA JANGKA PANJANG DENGAN KEPASTIAN GAJI/PENDAPATAN AKAN MENINGKAT, SEKIRANYA MENANG PRU AKAN DATANG?  

* Mansuhkan pekerja kontrak jangka pendek...atau hadkan pengunaaan kontrak jangka pendek oleh majikan kepada 5% - 10% > Semua Pekerja mestilah pekerja "Regular'...ada jaminan kerja sampai umur persaraan

* Mansuhkan sistem 'contractor for labour' - semua pekerja yang kerja di satu tempat kerja mestilah pekerja majikan tempat kerja tersebut...

...apa lagi..

Tolong maklumkan sekarang ...jangan nak tunggu keluarkan 'manifesto' seminngu dua sebelum PRU ...COMMIT SEKARANG...

Jangan hanya asyik berjuang meningkatkan kerusi parti akan bertanding dalam PRU akan datang sahaja...cukup sudah menyatakan kelemahan/kegagalan UMNO-BN - Masa sudah tiba untuk memberitahu apa secara khusus polisi baru yang akan dikemukan..dan langkah khusus yang akan dilakukan untuk menjayakan polisi sedemikian...jangka pendek(dalam masa 100 hari) dan dalam masa setahun...

Yang membimbangkan, adalah parti pembangkang tidak ada IDEA atau rancangan khusus mengenai apa pembaruan yang dibawa ...Habis PRU...akan bincang...dan bincang ...dan akhirnya PRU akan datang sampai..dan tak ada apa-apa yang berlaku...

Apakah kerajaan SELANGOR telah buat untuk pekerja...
- Adakah satu syarat menjalankan perniagaan di Selangor adalah keperluan menghomati unndang=undang dan hak pekerja...
- Adakah kerajaan Selangor segera bertindak cuba mengatasi ketidakadilan yang dilakukan majikan kepada pekerja...(senang kata ini semua 'masalah' kerajaan Persekutuan - tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat di Selangor ...justeru kerajaan negeri mesti prihatin...dan bertindak..
- Apakah bantuan sementara diberikan kerajaan Selangor kepada pekerja yang hilang kerja (...benar ini di bawah bidangkuasa kerajaan Persekutuan - tetapi tidak ada apa-apa yang menghalang kerajaan Selangor memberikan bantuan kemanusian segera kepada pekerja yang hilang kerja...)
- Adakah kerajaan Selangor tidak berminat menjaga kebajikan mangsa ketidakadilan...
[Soalan sama kepada Kelantan dan Pulau Pinang...]


**OK ...yang lepas, boleh kita lupakan...kini nyatakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang...

 



 

No comments: