Wednesday, September 27, 2017

PAS beri cadangan polisi CUKAI baru - Apakah polisi/rancangan CUKAI parti Pembangkang yang lain?

PENCUKAIAN (TAXATION) - adalah satu cara bagaimana kerajaan Malaysia9rakyat Malaysia) mendapat wang perlu...untuk tujuan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. 

Ada banyak parti pembangkang hanya kata 'Hapus GST' tetapi tak ada penjelasan mengenai POLISI CUKAI yang akan bakal dikemukakan. Syabas kepada PAS kerana kini telah mengemukakan cadangan baru bagaimana mereka akan mengenakan cukai baru untuk 'wang simpanan korporat', dan untuk urusan jual-beli saham..yang dikatakan akan menjana lebih kurang RM13 billion untuk cukai 'simpanan korporat' dan lebih kurang RM45 billion untuk jukai belian/jualan saham ini setiap tahun. 

Bagus - ada cadangan khusus, dan polisi mengenai CUKAI - apa pula polisi CUKAI parti politik yang lain? Adakah cukai pendapatan yang kaya akan dinaikkan? Adakah cukai korporat akan ditambah? Rakyat Malaysia matang dan sedia menilai polisi dan rancangan mengenai isu CUKAI - kalau dinyatakan amat bagus, kita akan lebih senang mengundi anda...di PRU akan datang.

Apakah itu CUKAI? Apakah polisi kini? Adakah cukai harus di tambah, dan kerajaan mengambil alih oblibasi memastikan lebih banyak kebajikan untuk rakyat - Pendidikan dan Perkhidmatan Perubatan Percuma, dll  ...Sila baca seterusnya....

Individu hidup dalam komuniti bersama individu lain. Komuniti memungut sumbangan dari setiap individu untuk tujuan digunakan untuk kepentingan bersama ... mungkin membina jalanraya, menyediakan sekuriti komuniti, membantu yang lebih miskin, dll..Bagi negara, obligasi menyediakan kemudahan ini termasuk perumahan, perkhidmatan bekalan air, letrik, komunikasi, pembetungan, pungutan sampah, makanan/minuman, pendidikan, aktiviti sukan dan hiburan, jalanraya/jalan keretapi, pengangkutan awam, dll...Justeru, wang dipunggut daripada inidividu atau cara lain akan dibelanjakan memastikan semua angota komuniti dapat menikmati bersama ...

Hakikatnya adalah bahawa dalam setiap komuniti ada yang lebih kaya(lebih mampu) dan ada yang miskin...justeru, bagaimana 'cukai' dipungut? Kadar sama untuk semua ATAU kadar berbeda bergantung kepada kekayaan/kemampuan setiap orang. 

Menurut pemikiran neo-liberalisma(yang dahulu dikenali kapitalisma) - Semua orang harus bayar jumlah yang sama - baru adil. Kenapa saya yang pandai, bekerja lebih kuat dan mendapat pendapatan/harta lebih perlu bayar lebih berbanding dengan yang lain yang 'malas' yang ada pendapatan/harta yang kurang? Kalau saya mahu pi tengok pertandingan bola, perlu bayar harga tiket yang sama dengan orang lain...Kecenderungan UMNO-BN kini nampaknya ke arah neo-liberalisma ...yang mampu, dapat...yang tak mampu..kesian...

Menurut pemikiran yang ada yang menyatakan adalah 'sosialisma' - adalah adil bahawa mereka yang ada lebih terpaksa bayar lebih, berbanding dengan yang miskin yang perlu bayar kurang. Kalau dilihat kepada pendirian agama, contoh Islam dan Kristian, polisi yang diberikan adalah juga sama - yang kaya perlu bayar lebih daripada yang miskin - baru adil. Pembayaran berasaskan peratusan pendapatan...bukan nilai sama. Justeru, yang kaya bayar lebih...

Justeru, cukai yang dikenakan oleh hampir semua negara adalah bukan sahaja berasaskan peratusan pendapatan yang sama - TETAPI peratusan yang berbeda - yang kaya membayar peratusan pendapatan/pemilikan yang lebih tinggi ...yang lebih miskin, membayar peratusan yang lebih rendah...Jika dilihat di Malaysia, untuk cukai pendapatan 2016, ada kadar lain peratusan cukai bergantung kepada pendapatan...

Assessment Year 2016
Chargeable Income
Calculations (RM)
Rate %
Tax(RM)
0 - 5,000
On the First 2,500
0
0

5,001 - 20,000
On the First 5,000
Next 15,000

1
0
150

20,001 - 35,000
On the First 20,000
Next 15,000

5
150
750

35,001 - 50,000
On the First 35,000
Next 15,000

10
900
1,500

50,001 - 70,000
On the First 50,000
Next 20,000

16
2,400
3,200

70,001 - 100,000
On the First 70,000
Next 30,000

21
5,600
6,300

100,001 - 250,000
On the First 100,000
Next 150,000

24
11,900
36,000

250,001 - 400,000
On the First 250,000
Next 150,000

24.5
47,900
36,750

400,001 - 600,000
On the First 400,000
Next 200,000

25
84,650
50,000

600,001 - 1,000,000
On the First 600,000
Next 400,000

26
134,650
104,00

Exceeding 1,000,000
On the First 1,000,000
Next ringgit

28
238,650
..........

* Taxable Income - ini adalah untuk pendapatan setelah menolak pelepasan cukai sedia ada - hanya baki dianggap 'taxable income'....

ADIL - Saya fikir cara pencukaian sedemikian adalah adil ...tetapi ia boleh menjadi lebih adil jika kadar peratusan cukai untuk mereka yang lebih kaya ditambah lagi...di banyak negara, yang lebih kaya membayar cukai pada kadar 40% atau lebih...Tambahan pula, kadar lebih tinggi untuk mereka berpendapatan RM5 juta dan lebih, RM10 juta dan lebih, dan seterusnya...

Selain daripada cukai pendapatan individu, dan cukai pendapatan korporat - ada cukai lain, di mana setengah daripada cukai ini tak mengambil kira sama ada anda  kaya atau miskin, tetapi mengenakan cukai sama kepada semua orang bergantung kepada jumlah pengunaan...satu contoh adalah GST (Goods and Services Tax) - ini bukan cukai baru kerana sebelum ini pun sudah ada Sales Tax, Service Tax, dll...

GST baru yang diperkenalkan oleh kerajaan UMNO-BN - apakah masalah yang timbul dan mengapa?

Satu masalah besar dengan GST adalah ini adalah cukai yang perlu dibayar - sebelum barangan dijual(dan penjual mendapat harga jualan) dan sebelum bil perkhidmatan sudah dibayar oleh penguna perkhidmatan. 

Bila barangan sampai dikedai, cukai GST kena dibayar - SEBELUM pemilik kedai dapat jual kepada penguna dan mendapat nilai hasil jualan. Ini menjadi masalah besar kepada kedai, peniaga dan pemberi perkhidmatan kecil... PRA-BAYAR cukai sebelum mendapat bayaran jualan atau perkhidmatan adalah masalah besar ... akibatnya banyak kedai sudah tutup...

Masalah tambahan - keperluan mendapatkan komputer/mesin perlu untuk menjana resit yang jelas menyatakan jumlah GST yang dikenakan, serta menyediakan dokumen perlu dihantar kepada jabatan kerajaan - Ini melibatkan penambahan KOS menjalankan perniagaan kerana ramai terpaksa juga mengambil pekerja mahir melakukan kerja ini...

Sama ada perlu membayar atau tidak GST ini, bergantung kepada pendapatan dan bukan keuntungan... Kedai runcit, misalnya, banyak pendapatan ...tetapi keuntungan sikit kerana keuntungan kebanyakkan barangan dijual beberapa sen sahaja. 

Kedai kecil, dahulu jika dilihat banyak barangan, tetapi ramai tidak sedar bahawa kebanyakkan barangan bukan sebenarnya milik kedai..Banyak kedai membenarkan pembekal meletakkan barangan yang pekedai akan cuba jual - tak dapat jual, ambil balik sahaja...Tetapi kini, GST memerlukan pekedai membayar GST juga untuk barangan ini...Ingat bahawa kebanyakkan barangan 'saya simpan cuba jual' adalah barangan hasil syarikat tempatan yang kecil-kecil... kebanyakkan 'supermarket' besar dan/atau asing tidak mahu ambil barangan syarikat kecil tempatan sedemikian untuk dijual...akibat GST, banyak juga perniagaan kecil rakyat Malaysia terjejas...kerana kini kedai kecil tak sanggup lagi meneruskan sistem 'simpan saja cuba jual' lagi...

GST menambahkan keuntungan kepada kerajaan. Dulu, cukai 6% dikenakan di punca - iaitu syarikat yang menghasilkan produk, di mana nilai jualan produk di sini adalah rendah berbanding dengan harga jualan akhir kepada penguna di kedai...Sebab kilang jual kepada supplier(middle man)...yang mungkin jual kepada 'supplier lain'...dan 'supplier lain'...dan akhirnya sampai kepada kedai yang menjual kepada penguna ...setiap orang dalam rantai pergerakkan produk kena mendapatkan pendapatan(iaitu keuntungan) ...Kini GST dipunggut di semua peringkat...sampai ke kedai ...dan akhirnya tanggungan cukai barangan dibayar oleh penguna( sama saperti dulu tetapi kini jumlah GST perlu bayar jauh lebih tinggi...kerana GST dikira berasaskan harga jualan akhir kepada penguna...bukan harga jualan oleh syarikat pembuat kepada 'supplier pertama'...). Justeru, cukai GST tanggungan penguna sememangnya telah meningkat...

Kerajaan UMNO-BN, jika mahu boleh dengan senang sahaja meningkatkan cukai barangan diperingkat kilang pengeluar barangan ....Senang sekali, jika kilang dahulu dikenakan cukai jualan kadar 6 % berasaskan harga barangan di jual kepada 'pembekal' pertama, mungkin kerajaan boleh senang menukar ini kepada 6% berasaskan harga akhir ianya dijual kepada penguna ...tanpa menyusahkan pekedai atau pembekal...? 

Jika obligasi pembayaran cukai hanya timbul selepas barangan dijual dan telah terima bayaran daripada penguna, masalah yang diakibatkan GST tidak akan timbul....sistem PRA-BAYAR sebelum mendapat hasil jualan barangan/perkhidmatan yang menimbulkan masalah...

Adakah penguna membayar  lebih cukai untuk barangan akibat GST? YA - Jika dahulu, cukai perlu dibayar untuk barangan, berdasarkan, harga kilang jual - katakan RM100....kini terpaksa pula bayar cukai berasaskan harga jualan di kedai... yang mungkin RM200 atau RM300. Harga kilang pasti meningkat akibat kos pengangkutan, kos perkhidmatan/kerja pembekal...pekedai, dll...semestinya meningkat.... Jika harga barangan tambah 2 kali, kita kini membayar cukai dua kali berbanding dulu...Dulu 6% - kini mungkin 12-18%(atau lebih) harga jualan barangan di peringkat kilang...

Kos pekedai juga telah bertambah - belanja komputer/peralatan/pekerja tambah mungkin lebih kurang RM5,000-RM10,000 sebulan, dan tambah juga wang 'pra-bayar culai'(di mana belum lagi dapat wang jualan barang/perkhidmatan) - jadi KOS barangan/perkhidmatan akan naik - takkan kedai/peniaga mahu tanggung rugi...untuk kekalkan harga barangan rendah...Salah Najib dan UMNO-BN menuduh pekedai/peniaga menaikkan harga barangan...  Jangan lupa pembekal juga akan menuntut pembayaran segera daripada pekedai ...kerana tak boleh lagi 'tunggu saya bayar kemudian'..atau 'saya bayar jika berjaya jual, kalau tidak ambil balik saja...' - Sistem 'GST Baru' kerajaan UMNO-BN menimbulkan banyak masalah sampingan bukan sahaja kepada penguna tetapi juga kepada pekedai dan pembekal - ia mengubah cara perniagaan dijalankan.

'BATALKAN GST' - ini kini janji banyak parti politik jika mereka berjaya menang dalam PRU akan datang - Tapi persoalan yang tidak dijawab, adalah jika GST dibatalkan, apakah cara alternatif wang akan memperolehi oleh kerajaan untuk membayar untuk semua pembelajaan perlu kerajaan....

'Kebocoran', Rasuah dan Kleptocracy --- mengkin menyebabkan banyak wang rakyat (wang kerajaan) hilang begitu sahaja....Dulu, di kampung saya, Majlis Perbandaran dikatakan telah memberikan peruntukan RM100,000 untuk projek membina longkang untuk mengatasi masalah banjir kilat setiap kali ada hujan lebat...Kontraktor datang dan membuat kiraan kos pembinaan, yang beliau apabila ditanya beberapa penduduk adalah lebih kurang RM30,000...tetapi selepas itu Majlis Perbandaran kembali menyatakan wang yang diperuntukkan tak cukup....Apa? RM100,000 ribu untuk bayar khidmat kontraktor bernilai RM30,000????

Adakah penghapusan amalan 'kebocoran', rasuah dan salah guna ini yang nampaknya sudah berleluasa di semua peringkat kerajaan/pentadbiran cukup untuk menjana wang cukup untuk kerajaan - justeru tak perlu GST...tak perlu Tol? Apakah rancangan pembangkang mengenai cukai...Sekarang kita lihat kepada Selangor sebagai contoh, berapa tindakan yang telah diambil untuk merampas kembali wang yang telah dilupuskan secara salah atau 'kleptocracy' terhadap individu dan entiti yang bersalah? Berapa ramai penjawat awam yang telah dikenakan tindakan disiplin atau dibuang kerja kerana terlibat dalam tindakan salah ini secara langsung atu tidak langsung? Adakah polisi pembangkang...'maaf dan lupa' kesalahan lampau dalam pentadbiran UMNO-BN?

PAS kini ada mengemukan cadangan ...SYABAS. Cadangan adalah untuk cukai baru dikenakan untuk wang simpanan korporat...dan pembelian/jualan saham...harian. Jangkaan pendapatan yang akan dijangkakan adalah RM13 billion untuk cukai 'simpanan korporat' dan lebih kurang RM45 billion untuk jukai belian/jualan saham ini setiap tahun. Cadangan yang bagus...yang penting ada perancangan dan cadangan.

Apakah cadangan/rancangan khusus parti politik lain mengenai isu CUKAI ?

PAS to replace GST with tax on savings

 Published     Updated


Should PAS come to power, the party will replace the goods and services tax (GST) with an "Islamic taxation system" for corporate savings and stock trades.

According to PAS Ulama wing treasurer Mohd Khairuddin Aman Razali, such a system will only tax the rich and not the poor.


"(We propose) a tax on corporate savings at 2.5 percent. Bank Negara's figures show that RM1.6 trillion is kept by Malaysians.

"Assuming that one-third is corporate savings, at a rate of 2.5 percent per annum, the country will stand to reap RM13 billion," he said, according to Sinar Harian.
As for taxing stock trades, Khairuddin said there were 1.8 trillion transactions on Bursa Malaysia in 2016 and estimated that if each transaction was taxed at 2.5 percent, then the federal government would reap RM45 billion. 
He said an Islamic taxation system would be better than GST because the latter victimised the poor.



Debate on Putrajaya's imposition of the GST in 2015 was reignited after Prime Minister Najib Abdul Razak said Malaysia's six percent GST rate was far lower than India's multi-tier GST system, which can go up to 28 percent.

Najib also accused business owners of increasing the price of goods and services and putting the blame for this on Putrajaya. - Malaysiakini, 27/9/2017

No comments: