Wednesday, August 12, 2015

65 organisasi - Mansuhkan Undang-Undang MAS Yang Mengantung Atau Menafikan Hak Sedia Ada Pekerja Dan Kesatuan Sekerja Dan Akses Menuntut Keadilan – Perundangan Yang Menafikan Hak Pekerja Untuk Membantu Perniagaan Harus Tidak Digubal





Kesatuan Pekerja-Pekerja AIROD Sdn Bhd now makes it 65

Kenyataan Media – 4 Ogos 2015(kini 65)
[Penterjemahan Kasar kenyataan asal dalam Bahasa Inggeris]

Mansuhkan Undang-Undang MAS Yang Mengantung Atau Menafikan Hak Sedia Ada Pekerja Dan Kesatuan Sekerja Dan Akses Menuntut Keadilan – Perundangan Yang Menafikan Hak Pekerja Untuk Membantu Perniagaan Harus Tidak Digubal
Kami, 65 pertubuhan masyarakat sivil(CSO), kesatuan sekerja(trade union) dan kumpulan yang berprihatin terganggu dengan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak adil mengunakan satu Akta Parlimen untuk mengantung atau menafikan hak pekerja sedia ada dalam undang-undang, termasuk juga akses kepada mekanisma menuntut keadilan, demi kepentingan majikan dan perniagaan swasta, iaitu Malaysian Airlines System Berhad(MAS Bhd), yang kini milik penuh dana kekayaan berdaulat Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, sebuah syarikat.

Malaysia telah membentangkan dan meluluskan dengan pantas Akta Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 [Act 765], yang telah mula berkuatkuasa pada 20/2/2015. Akta ini sangat tidak adil untuk pekerja dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan ini,

Akta ini, di seksyen 11, menyatakan bahawa ““…on the appointment of the Administrator, a moratorium shall take effect during which… (e) no proceedings and no execution or other legal process in any court or tribunal may be commenced or continued with, and no distress may be levied, against the Administered Companies or their property except with the prior written consent of the Administrator;”[ Penterjemahan kasar:- “…dengan perlantikan Pentadbir, satu ‘moratorium’ akan berkuatkuasa dimana semasa ini…(e) tiada prosiding atau ‘execution’ atau apa-apa proses perundangan lain di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan, dan tidak ada tindakan distress boleh di-levied, terhadap Syarikat Yang Ditadbir atau hartabenda mereka kecuali dengan kebenaran awal bertulis Pentadbir;”] – di mana syarikat yang ditadbir termasuk MAS Bhd, subsidiary milik penuhnya dan beberapa subsidiary milik sebahagian. Pentadbir telah dilantik pada atau lebihkurang pada 25/5/2015, dan jangkasa masa pentadbiran boleh berlanjutan untuk jangkamasa maksima 2 tahun bermula dari tarikh perlantikan Pentadbir.

Apa yang menganggukan adalah apabila tempoh pentadbiran dan moratorium berakhir, semua wang, asset dan perniagaan MAS Bhd kemungkinan sudah pun dipindahkan kepada entiti baru, Malaysian Airline Berhad(MAB). MAS Bhd kemungkinan akan hanya tinggal bekas kosong (empty shell).

Kes Menuntut Hak Pekerja Menentang MAS Bhd – Terhenti Dan Kemungkinan Tidak akan Diteruskan

Kini wujud banyak kes yang telah dimulakan dan difail, yang masih belum selesai dihadapan mekanisma menuntut keadilan, tribunal dan mahkamah di antara pekerja dan MAS Bhd, majikan mereka, iaitu kes-kes pembuangan kerja secara salah, dan kes menuntut hak pekerja yang lain; atau di antara kesatuan sekerja dan MAS Bhd. Kesan moratorium adalah bahawa semua tindakan dan kes ini berhenti tergantung, dan tidak akan bergerak lanjut sehingga pentadbiran MAS Bhd ditamatkan.

Apabila moratorium berakhir, MAS Bhd berkemungkinan besar akan tinggal bekas kosong – tiada kerja dan tiada dana. Maka, pekerja dan kesatuan sekerja yang akan merana. Pekerja dan kesatuan sekerja bukan saja hilang hak menuntut keadilan, tetapi kini terpaksa juga menampung beban/kerugian tambahan termasuk wang yang telah di belanjakan dalam proses menuntut keadilan termasuk bayaran peguam dan fi Mahkamah, masa yang telah diluangkan dan lain-lain, di mana ini juga melibatan kehilangan gaji untuk hari-hari pekerja tidak dapat kerja kerana terpaksa hadir diJabatan relevan, tribunal atau mahkamah. Maka, bukan sahaja pekerja dan kesatuan sekerja dinafikan keadilan, tetapi akan menjadi mangsa lebih ketidakadilan akibat perundangan anti-pekerja ini.

Hak Mencantum Pihak Lain Untuk Mendapatkan Tuntutan Terhadap MAS Bhd Dinafikan

Biasanya, bila seseorang majikan hilang keupayaan memberikan remedy, gantirugi atau pampas an untuk menunaikan tuntutan pekerja, untuk memastikan keadilan, pekerja akan memohon untuk mencantumkan(join) pihak ketiga yang ada kemampuan menunaikan tuntutan pekerja, kemungkinan yang ditambah adalah tuan punya (Khazanah Nasional) atau pihak yang lain.

Akta MAS ini secara tidak adil menafikan kemungkinan ini, antara lain, melalui section 25(2), yang menyatakan bahawa ““ The Malaysia Airlines Berhad, the appointer and the Administrator shall not be named as a party in any claim or application made or joined as a party in any proceeding commenced or continued by or on behalf of any employees or former employees of the Administered Companies pursuant to the Industrial Relations Act 1967 [Act 177], Employment Act 1955 [Act 265], Sabah Labour Ordinance 1950 [Sabah Cap. 67], Sarawak Labour Ordinance 1952 [Sarawak Cap. 76] or the Trade Unions Act 1959 [Act 262]…” [Penterjemahan kasar – ‘Malaysian Airline Berhad, Pelantik dan Pentadbir tidak akan dinamakan sebagai pihak dalam apa-apa tuntutan atau permohonan yang dilakukan atau dicantumkan sebagai pihak di dalam mana-mana prosiding yang dimulakan atau diteruskan oleh atau bagi pihak pekerja atau bekas pekerja Syarikat Yang Ditadbir berasaskan Industrial Relations Act 1967 [Act 177/Akta Perhubungan Perusahaan 1967], Employment Act 1955 [Act 265/Akta Kerja 1955], Sabah Labour Ordinance 1950 [Sabah Cap. 67/Ordinan Buruh Sabah 1950], Sarawak Labour Ordinance 1952 [Sarawak Cap. 76/Ordinan Buruh Sarawak 1952] atau Trade Unions Act 1959 [Act 262/Akta Kesatuan Sekerja 1959]…

Sebenarnya, seksyen 25(1) dengan jelas menyatakan, antara lain, bahawa ‘‘…the Administered Companies, the Administrator, appointer or the Malaysia Airlines Berhad shall not—(a) be regarded as the successor, assignee or transferee or a successor employer to the Administered Companies;(b) be liable for any obligation relating to any retirement plan or other post-employment benefit plans in respect of the employees or former employees of the Administered Companies or any predecessor of the Administered Companies that exists prior to the assumption of control or appointment; or (c) be liable for any sum which is calculated by reference to a period of time prior to the Malaysia Airlines Berhad becoming the employer of the person in question…’[Penterjemahan Kasar - ‘…Syarikat Yang Ditadbir, Pentadbir, Pelantik atau Malaysian Airlines Berhad tidak akan – (a) dianggap penganti(successor), pemegang serah hak( assignee) atau penerima pindaan(transferee) atau penganti majikan Syarikat Yang Ditadbir; (b) bertanggungjawab untuk apa-apa obligasi berkenaan mana-mana pelan persaraan atau pelan faedah selepas ditamatkan kerja berkenaan pekerja dan bekas pekerja Syarikat Yang DiTadbir yang wujud sebelum kawalan di ambil alih atau perlantikan; atau (c) bertanggungjawab untuk apa-apa nilai weang terhutang yang dikira berkenaan masa sebelum Malaysian Airline Berhad menjadi majikan orang berkenaan….’]

Tuan Punya Sama untuk kedua-dua MAS Bhd dan Malaysian Airline Berhad(MAB) Baru

Mengambilkira hakikat bahawa Khazanah Nasional adalah kini pemilik tunggal MAS Bhd, dan juga MAB(syarikat baru), jelas apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan ‘orang sama menukar kemeja’ – dan keadilan menuntut bahawa entity baru MAB atau pemilik, Khazanah, secara adil harus mengambil alih obligasi dan tanggungjawab MAS Bhd khususnya untuk kes yang melibatkan hak pekerja dan/atau kesatuan sekerja.

Syarikat baru, MAB dan MAS Bhd, kedua-duanya adalah dimiliki Khazanah. Ini adalah situasi di mana tuan punya sama menubuhkan syarikat baru demi melepaskan diri daripada tanggungjawab dan liabiliti kepada pekerja mereka, di mana ini juga jelas daripada perkara berikut:-

a. Christoph Mueller, ketua eksekutif baru MAS Bhd yang dilantik pada 1/5/2015, akan kemudiannya memegang jawatan sama dengan MAB. CEO sama untuk MAS Bhd, dan MAB(syarikat baru)?

b. Bila pekerja MAS Bhd menerima surat penamatan kerja pada lebih kurang awal Jun 2015, mereka yang telah ditawarkan kerja oleh syarikat baru MAB, telah ditawarkan pakej pemberhentian kerja berbeza berbanding dengan mereka yang tidak ditawarkan kerja di MAB. Mereka yang ditawarkan kerja di MAB, bermula daripada 1/9/2015, di minta terus masuk kerja di MAS Bhd, sedangkan yang lain, lebih kurang 6,000, telah di minta jangan lagi masuk kerja dengan jaminan bahawa gaji biasa akan terus dibayar tetapi mereka tidak boleh mulakan kerja baru dengan majikan baru sebelum 31/8/2015 kecuali mereka menerima kebenaran terdahulu Jabatan Sumber Manusia MAS Bhd. Untuk ramai pekerja syarikat penerbangan ini, selain dari gaji asas, elaun dan bayaran lain yang diterima jika masuk kerja mungkin boleh sampai lebih kurang 50% dari pendapatan yang dibawa pulang setiap bulan. Seharusnya semua pekerja MAS Bhd, yang telah ditamatkan kerja oleh majikan mereka MAS Bhd harus terima faedah dan ex-gratia yang sama dari MAS Bhd.

Demi keadilan, MAB atau Khazanah atau kerajaan Malaysia harus mengambil alih obligasi untuk apa-apa atau semua tuntutan pekerja dan kesatuan sekerja terhadap MAS Bhd.

Mengelakan Prinsip Adil Yang Perlu Dipatuhi Semasa Penamatan Kerja/Retrenchment

Bila seorang majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja mereka, mereka akan ‘retrench’ bilangan pekerja yang tidak lagi diperlukan – di mana ada keperluan undang-undang yang memastikan keadilan yang perlu dituruti dalam kegiataan ‘retrenchment’ saperti prinsip ‘Masuk Terakhir Keluar Dulu’ [Last In First Out(LIFO)]. MAS Bhd mengelakkan pematuhan keperluan undang-undang ini dengan tindakkan memberhentikan kesemua pekerja pada 31/8/2015. Secara adil, lebih kurang 6,000 pekerja yang tidak diperlukan masuk kerja mulai awal June seharusnya telah di-retrench/lay-off/berhentikan pada masa itu juga(iaitu awal Jun) dan dibayar semua faedah dan pampasan tindakan pemberhentian.  

Union Busting?

Penamatan kerja semua pekerja MAS Bhd juga akan membawa kepada kematian lebih kurang 7 kesatuan kerja dalaman.

Satu-satu kesatuan sekerja nasional, adalah National Union of Flight Attendants Malaysia, yang telah berjaya menunjukkan sokongan 62.7% pekerja yang layak menyertai kesatuan tersebut, dan berjaya memperolehi perintah Menteri menjadikannya sebuah kesatuan sekerja diitiraf di MAS Bhd. Malang, MAS Bhd, yang tidak setuju dengan keputusan Menteri, telah membuat permohonan semakan kehaklman di Mahkamah mencabar keputusan Menteri. NUFAM kini mendakwa bahawa hanya 2 daripada 10 ahli Exco Kesatuan yang merupakan pekerja MAS Bhd telah ditawarkan kerja dalam syarikat baru MAB.

Maka, tindakan ‘pengaturan semula syarikat penerbangan’ dan undang-undang baru ini boleh juga dianggap sebagai tindakan ‘union busting’

Kehilangan Pekerjaan Tetap ‘Regular’ Sehingga Persaraan

Ramai pekerja yang merupakan pekerja tetap ‘regular’ sehingga persaraan dalam MAS Bhd, kini telah ditawarkan kerja di MAB baru ini mendapati mereka kini menjadi pekerja ‘precarious’ (tidak stabil) kontrak jangka pendek,  setenggah ditawarkan kontrak kerja 3 atau 6 bulan. Tidak ada undang-undang di Malaysia yang memastikan pekerja kontrak jangka pendek akan terus menjadi pekerja sekiranya kerja yang mereka diambil membuat masih terus wujud. Pekerjaan jangka pendek dan bentuk kerja yang ‘precarious’ yang lain juga kemungkinan akan menghalang pembentukan atau penglibatan pekerja dalan kesatuan sekerja, menghalang pekerja menuntut hak dan juga akan memudahkan pekerja dieksploitasi.

Mengabaikan Sekuriti Kewangan dan Kesejahteraan Pekerja dan Keluarga

Pekerja di Malaysia ada keluarga dan tanggungan, dan ramai juga mempunyai tangungjawab pembayaran hutang setiap bulan, dan secara adil mereka harus mempunyai kerja stabil ‘regular’ sehingga persaraan, di mana mereka masih boleh diberhentikan jika melakukan kesalahan kerja, atau diberhentikan kerja bila majikan terpaksa mengurangkan peluang pekerjaan.

Malaysian mengambil berat perniagaan pernerbangan, tetapi telah menunjukkan ketiadaan sifat prihatin kepada kebajikan dan kesejahteraan pekerja.

Maka, kami menuntut:-

Agar undang-undang Malaysian Airline System Berhad(Administration) Act 2015 dimansuhkan, dan kesan Akta terhadap pekerja dan kesatuan sekerja diterbalikan. Undang-undang yang mengantung/menafikan hak pekerja untuk majikan terpilih tidak harus digubal;

Bahawa semua kes mengenai hal kerja yang belum selesai, sama ada dengan pekerja atau kesatuan sekerja, harus di diselesaikan secara adil oleh MAS Bhd, dan Khazanah Nasional selaku tuan punya;

Bahawa untuk semua kes pekerja dan kesatuan sekerja menentang MAS Bhd, MAB dan Khazanah Nasional harus bersetuju dicantumkan sebagai pihak dan sedia mengambil alih obligasi MAS Bhd kepada pekerja;

Bahawa jika Malaysian Airlines ingin mengurangkan bilangan pekerja, ia harus dilakukan menurut prinsip ‘Masuk Terakhir Keluar Dulu’ [Last In First Out(LIFO)] dan lain-lain prinsip perundangan sedia ada yang adil;

Bahawa jika Malaysian Airlines di ambil alih oleh entity lain, saperti Malaysian Airlines Berhad(MAB), pekerja harus diambil kerja oleh MAB sebagai pekerja tetap ‘regular’ dan bukan dengan cara-cara pekerjaan precarious(tidak stabil) saperti kontrak jangka pendek; dan

Bahawa Malaysia menganggap hak, kebajikan ddan kesejahteraan pekerja dan keluarga mereka adalah sama penting, kalau bukan lebih penting, daripada kesejahteraan dan keuntungan perniagaan yang dimiliki kerajaan atau yang berkaitan dengan kerajaan(GLC).


Charles Hector
Syed Shahir bin Syed Mohamud
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong

Bagi pihak 65 organisasi, kesatuan sekerja dan kumpulan yang disenaraikan di bawah

ALIRAN
Airlines Workers' Union Sarawak
Alternative ASEAN Network on Burma (Altsean-Burma)
Asia Monitor Resource Centre(AMRC), Hong Kong
Centro de Reflexión y Acción Laboral, CEREAL (Labour Studies and Action Centre), México
Center for Orang  Asli Concerns (COAC), Malaysia
Clean Clothes Campaign
Club Employees Union Peninsular Malaysia
Committee for Asian Women
CWI Malaysia (Committee For Workers’ International, Malaysia)

Daeduck Employees Union-Ind., CEPZ, Rosario, Cavite, Philippines
Eagle Ridge Golf Course and Residential Estate Employees Union, Cavite, Philippines
Electronic Industry Employees Union (EIEU) Southern Region, Peninsular Malaysia
Electronic Industry Employees Union(EIEU) Northern Region, Peninsular Malaysia
Garment and Allied Workers Union, Haryana, India
Globalization Monitor
Hye Sung Workers Union, CEPZ, Rosario, Cavite, Philippines
Institut PEREMPUAN (Indonesia)
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia(JKOASM)
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perodua

Kesatuan Pekerja-Pekerja Mitsui Copper Foil(MCFEU)
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad(MHSEU)
Kesatuan Eksekutif AIROD
Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (KPP Proton)
Knights For Peace, International
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
Nagkakaisang Manggagawa ng Keyrin(trade union), CEPZ, Rosario, Cavite, Philippines
North South Initiative

Malaysian Humanist and Rationalist Movement ("myHARAM")
Malaysian Trade Union Congress(MTUC)
Metal Industry Employees' Union(MIEU), Malaysia
MAP Foundation, Chiangmai, Thailand
Masyarakat Akar Rumput (MAKAR Indonesia)
Migrante International
Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM)
National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (NUHBRW)

National Union of Journalist (NUJ) Cawangan Utusan Melayu
National Union of Tobacco Industry Workers(NUTIW)
National Union Employees in Companies Manufacturing Rubber Products(NUECMRP)
Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Employees Union (NMMPMEU)
NUBE (National Union of Banking Employees)
Paper Products Manufacturing Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Peoples Service Organization (PSO)
Perak Women for Women Society (PWW)
PERMAS (Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan)

Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
PINAY (Filipino Women's Organization in Quebec), Canada
Pusat KOMAS
Railwaymen's Union of Malaysia (RUM)
Sahabat Rakyat (人民之友)
School of Acting Justly, Loving Tenderly and Treading humbly (SALT)
Solidarity of Cavite Workers, Cavite, Philippines
Tenaga National  Berhad Junior Officers Union (TNBJOU)

Tenaganita
Workers Assistance Center, Inc (WAC),
WH4C (Workers Hub For Change)
Yayasan LINTAS NUSA Batam – Indonesia

Kesatuan Pekerja-Pekerja AIROD Sdn Bhd 


No comments: