Saturday, August 12, 2017

Syabas UMNO-BN - Bantuan Bulanan Untuk Pekerja Hilang Kerja Hingga Dapat Kerja Baru?

Kerajaan UMNO-BN telah gagal memastikan semua pekerja Malaysia mempunyai kerja tetap(regular) - yang akan memastikan kedudukan ekonomi pekerja sekeluarga yang lebih stabil...

Kerja Tetap(Regular) 
* Kerja dan pendapatan pasti sehingga umur persaraan (atau sehingga majikan berhenti operasi/ atau perlu kurangkan pekerja). Jika lakukan kesalahan kerja, boleh juga hilang kerja. TETAPI akhirnya pekerjaan stabil - EMPLOYMENT SECURITY.
* Ada penbingkatan pendapatan - biasa lagi lama berkhidmat, lagi tambah bukan sahaja gaji tetapi juga hak minima..(cuti tahunan, cuti sakit, dll)
* Ada cuti bersalin dan faedah berkaitan... 
* Jika kena buang kerja pun akibat (Retrenchment) - ada peruntukan Faedah Pemberhentian Kerja yang perlu dibayar majikan kepada pekerja yang dilepaskan, lagi lama berkhidmat, lagi tinggi faedah ini... 

Kerajaan macam 'lepas tangan' sahaja membenarkan penambahan kerja yang tidak stabil..tidak tetap(regular)...tanpa kawalan langsung...

Jadi, kini ramai pekerja Malaysia hanya dapat kerja kontrak jangka pendek(di mana kebanyakkan pula satu tahun atau kurang)...Habis tempuh kontrak, kebanyakkan pekerja tidak mendapatkan perlanjutan kontrak...justeru keluar lagi CARI KERJA baru... bernasib baik, dapat kerja gaji sama atau lebih... tetapi biasanya ada masa di antara tarikh akhir satu kerja...dan berjaya mendapat kerja baru...BANTUAN sangat diperlukan untuk 'tempuh di antara kerja' ini...kerana setiap bulan, kebanyakkan pekerja sekeluarga ada perbelanjaan yang tak dapat dielakkan...bukan kini hanya bil semasa, sewa,,,tetapi juga pembayaran bulanan akibat pinjaman bank untuk beli kereta, rumah dan juga peralatan rumah...

Kalau cepat dapat kerja baru...OK...tetapi jika masa terlalu lama untuk cari kerja baru...banyak masalah...pekerja pun mungkin menjadi terdesak... sampai buat 'bodoh' melibatkan diri dalam kegiatan jenayah...Tekanan mental juga bertambah...

BANTUAN DIPERLUKAN UNTUK PEKERJA INI DARI MASA HILANG KERJA SAMPAI DAPAT CARI KERJA BARU...

Silap siapa - menurut pendapat saya, ini adalah kesilapan kerajaan UMNO-BN - yang sepatutnya:-
a) Memastikan semua pekerja Malaysia ada KERJA TETAP(REGULAR) ...
b) Menghalang majikan mengunakan sistem 'kerja kontrak jangka pendek' - jika dibenarkan pun tetapkan had - tak lebih daripada 5% tenaga kerja semasa...yang lain semua perlu diberikan kerja tetap(regular)..

KINI, apakah bilangan pekerja Malaysia yang mempunyai kerja tetap(REGULAR)?

Apakah bilangan pekerja Malaysia yang kerja di bawah kontrak kerja jangka pendek/tetap?

Dan untuk mereka yang bekerja di bawah 'sistem kontrak jangka pendek'?, Apakah jangka masa kontrak ini - 3 bulan? 6 bulan? 1 tahun? Lebih 1 tahun?

ALAM PEKERJAAN DI MALAYSIA SUDAH BERUBAH ....JUSTERU, RAMAI AKAN BERADA DALAM SITUASI 'ANTARA KERJA' - HILANG KERJA ...dan dalam proses cari kerja baru...

Situasi kedua adalah banyak syarikat mahu tutup(atau tinggalkan Malaysia) atau mahu mengurangkan pekerja ...justeru RAMAI kena RETRENCH. Syarikat Toll tempatan pun mahu pakai Touch n' Go 100% - berapa ramai pekerja pungut tol hilang kerja? 

BANTUAN KEWANGAN BULANAN amat perlu untuk pekerja sekeluarga dalam tempuh ' hilang kerja hingga dapat cari kerja baru'... justeru HAK BARU - bantuan kewangan bulanan terus kepada pekerja untuk masa pekerja hilang pekerjaan/pendapatan  sehingga dapat cari kerja baru, adalah tindakan kerajaan UMNO-BN yang, saya anggap, adalah sangat baik. [Negara Thailand sudah ada skima sedemikian berpuluh tahun..] 

Memang apa yang dicadangkan, ada kelemahan dan kekurangannya -- tetapi ini semua boleh dibetulkan selepas ini... 

YANG PENTING, AKHIRNYA KERAJAAN MALAYSIA AKAN MENYEDIAKAN SATU SKIMA (DI BAWAH PERKESO) YANG AKAN MEMBERI BANTUAN PERLU SETIAP BULAN (untuk maksima 6 bulan) KEPADA PEKERJA ...(YANG HILANG KERJA DAN MENCARI KERJA BARU)...


Ciri skima EIS ini yang baik...

- Di bawah PERKESO (sangat baik, nasib baik bukan di bawah mana-mana syarikat swasta atau syarikat insuran swasta. Di bawah PERKESO bermakna di bawah kerajaan - di mana kini dalam Lembaga PERKESO juga ada wakil pekerja, dll..)

- Sumbangan bulanan oleh majikan dan pekerja - bagus kerana ini sama dengan skim PERKESO sedia ada. Ada yang kata kerajaan pun perlu beri sumbangan bulanan...Itu pendapat mereka...Kerajaan semestinya akan meluangkan banyak wang untuk memulakan dan meneruskan skima baru ini - pekerja, pejabat, dll... Jika jumlah sumbangan tak cukup pun, mereka yang layak akan terus menerima 'bantuan' - kerajaan akan memastikan ini...dan ini juga dana dari kerajaan..


ISU YANG HARUS DIBERI PERHATIAN ADALAH - siapakah pekerja yang akan layak?

* Nampaknya kini yang pekerja yang hilang kerja kerana syarikat majikan 'tutup kedai' atau tidak memerlukan pekerja tertentu..atau pekerja ramai lagi (RETRENCHMENT) saja mendapat faedah baru ini ...TETAPI ia tidak akan membantu pekerja kontrak jangka pendek ...dalam masa mereka hilang kerja dan tengah cari kerja baru...Ini ISU besar kerana hari ini, bilangan pekerja dalam kategori ini agak tinggi...[Jangan lupa pekerja Malayasia yang kerja kontrak 1 tahun pun akan kerja bersungguh-sungguh dengan harapan majikan akan lanjutkan kontrak..atau akan terus berikan mereka kerja melalui kontrak baru....Justeru, mereka tidak akan cari kerja sehingga tamat kontrak kerja ...tak ada pun peruntukkan bahawa mereka boleh tinggalkan kerja untuk hadhir interbiu untuk kerja baru masa kerja ...JADI - bila mereka hilang kerja apabila tempuh kontrak tamat - ada masa yang mereka tak ada kerja bila mereka sedang cari kerja ...yang berpendapatan tinggi, ada simpanan yang boleh membantu tetapi untuk berpendapatan rendah...mereka perlu bantuan...]

 Loss of employment

30. (1) Loss of employment occurs if the contract of service of an insured person is terminated or becomes void due to any reason other than the following:


(a) the voluntary resignation by the insured person;


(b) the expiry of the contract of service of the insured person;


(c) termination of the contract of service by mutual consent of the employer and the insured person without terms and conditions;


(d) completion of the work in accordance with the terms of the contract of service;


(e) the retirement of the insured person; or


(f) the termination of contract of service of the insured person due to misconduct.


(2) For the purpose of paragraph (1)(a), “voluntary resignation” means an act by an insured person to terminate his contract of...

 
Perkara yang kedua yang membimbangkan adalah kelayakan perlu dari segi sumbangan bulanan...paling minima perlu sumbang 12 bulan untuk layak...??? itu pun untuk bayaran wang bantuan untuk 3 bulan saja (tak layak utk dpt bantuan utk 6 bulan???)

Fourth Schedule
[Sections 32, 34 and 36]

CONTRIBUTIONS QUALIFYING CONDITIONS
Contributions qualifying conditions Period of payment for job search allowance and reduced income allowance

(a) First claim
(i) 12 to 15 months of contributions made in
the eligibility period of 24 consecutive
months immediately preceding the loss
of employment which shall include the
month in which the loss of employment
occurs.                  .....................................3 months

(ii) 16 to 19 months of contributions made in
the eligibility period of 24 consecutive
months immediately preceding the loss
of employment which shall include the
month in which the loss of employment
occurs.                 ......................................4 months

Perkara ketiga, yang membimbangkan adalah kenapa pekerja swasta saja -  kenapa tidak semua pekerja termasuk penjawat awam .. Dulu, pemikiran adalah penjawat awam selamat - kerja tetap sampai umur persaraan...tetapi banyak sudah berubah di bawah kerajaan UMNO-BN > Berapa ramai penjawat awam ...tiba-tiba sudah jadi 'bukan lagi' penjawat awam... Oh ya, tengok bilangan pekerja kontrak jangka pendek dikalangan penjawat awam juga semakin lama menambah... Melihat kewangan negara, kemungkinan besar ...penjawat awam juga kemungkinan akan kena 'RETRENCH'...Kerajaan Malaysia tidak lagi susah hati banyak untuk buang kerja pekerja...lihat apa yang telah jadi di MAS, syarikat milik penuh kerajaan - ribuan dibuang kerja gitu saja... Ya, penjawat awam juga menghadapi risiko sama - justeru mereka juga harus diberikan hak menikmati skim PERKESO baru ini...

SAPERTI DIKATA AWAL LAGI - BAIK TERIMA SAJA APA YANG DICADANGKAN - SELEPAS AKTA INI MULA BERKUATKUASA KITA BOLEH MEMBUAT 'REPAIR' PERLU ...supaya ia membantu semua PEKERJA yang hilang kerja sampai mereka dapat kerja baru...

Bantuan diperlukan serta merta...


No comments: