Adakah kerajaan baru, kerajaan Pakatan Harapan Malaysia, prihatin tentang isu pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia?
Jika YA, sepatutnya kini sudahpun menyatakan hasrat kerajaan untuk menghapuskan sistem 'Contractor For Labour' - yang sangat memprejudiskan pekerja, termasuk pekerja tempatan, serta Kesatuan Sekerja...Jangan lupa bahawa ramai termasuk MTUC membantah 'contractor for labour' system - MTUC telah mengadakan piket besar-besaran seluruh negara dan juga di Parlimen..
Abolish 'Contractor for Labour System' That is Weakening Unions and Workers Capacity to Protect Rights?
93 Groups:- Abolish the ‘Contractor for Labour’ system Withdraw the 2012 amendments to Employment Act 1955.
93 - Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’ Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.
Private Employment Agencies (Amendment) Bill 2017 - Sneaking in 'contractor for labour' system? Local Worker suffers?
Minister’s Proposal To Restrict ... Unacceptable – Abolish ‘Contractor for Labour’ and ‘Outsourced Workers’ - Syed Shahir
Minister’s Proposal To Restrict ‘Contractor For Labour’ Amendments to Plantation and Agricultural Sector Unacceptable – Abolish ‘Contractor for Labour’ and ‘Outsourced Workers’. [Media Statement – 8/3/2012]
Kerajaan UMNO-BN telah mewujudkan satu entiti baru yang dikenali sebagai 'Contractor For Labour' pada lebih kurang tahun 2005-2006...di mana kesannya adalah parah bagi pekerja tempatan...dan kesatuan sekerja mereka. Sistem COL mula-mula hanya untuk pekerja migran(asing) tetapi kini juga digunakan untuk pekerja warganegara Malaysia...
Apakah sistem 'Contractor For Labour'(COL)?
Sistem ini kini membenarkan kilang(atau tempat kerja) mendapatkan tenaga kerja tanpa menjadikan mereka 'EMPLOYEE' - Justeru, tak perlu lagi syarikat mengambil pekerja mereka sendiri. Kini syarikat hanya perlu masuk kontrak dengan 'Contractor For Labour' untuk menghantar pekerja COL ini untuk kerja di kilang/(tempat kerja) - justeru, pekerja yang dibekalkan kepada kilang/Tempat kerja bukan 'Employee' majikan kilang/tampat kerja - justeru majikan kilang/tempat kerja tak ada obligasi MAJIKAN untuk pekerja yang dibekalkan ini...
KESAN KEPADA PEKERJA TEMPATAN
Pekerja bersatu adalah KUAT...dan olehkerana itu mereka boleh berunding dengan majikan untuk mendapatkan gaji lebih tinggi, hak lain, keadaan kerja yang lebih selamat... Tetapi, bila majikan tempat kerja/kilang mula gunakan pekerja bekalan Contractor For Labour ini...kuasa pekerja tempatan(employee) majikan tempat kerja/kilang berkurangan...kini dikatakan bahawa peratusan 'employee' majikan tempat kerja/kilang mungkin hanya 50% atau kurang... Bila bilangan 'employee' turun, kuasa pekerja menuntut menjadi lemah...kalau tuntut gaji atau hak lebih, majikan tempat kerja/kilang senang-senang boleh katakan kalau gitu, resign saja - saya bila-bila pun boleh ambil pekerja bekalan 'Contractor For Labour'...
KESAN KEPADA KESATUAN SEKERJA
Colective Bargaining Agreement(CBA)[atau Perjanjian Kolektif Bersama] biasanya adalah perjanjian antara majikan tempat kerja/kilang dengan kesatuan bagi faedah 'Employee' mereka saja - bukan sama sekali untuk faedah pekerja tenaga kerja bekalan Contractor for Labour. Justeru, "DIVIDE and Rule" kembali kerana ada dua category pekerja - Employee dan pekerja bekalan COL ini.
Pekerja bekalan COL ini...majikan mereka bukan majikan tempat kerja/kilang - tetapi adalah Contractor For Labour. Ini bererti, pekerja bekalan tidak boleh jadi ahli kesatuan dalaman(in-house union) di tempat kerka/Kilang. Justeru, mereka tidak boleh bersama-sama berjuang dengan pekerja lain dengan majikan tempat kerja untuk mendapatkan hak lebih, gaji dan elaun lebih adil,...atau tempat/keadaan kerja yang lebih selamat...
Jikapun, Union di tempat kerja adalah National(atau Regional) Union, mereka(pekerja COL) boleh menyertai union sedemikian tetapi TAK GUNA kerana CBA(Collective Agreement) masih secara am hanya membantu pekerja 'employee' syarikat majikan tempat kerja/kilang saja...
'Contractor For Labour' - juga boleh menyebabkan DISKRIMINASI pekerja...Buat kerja sama tapi gaji lain,...
Majikan tempat kerja atau kilang tidak akan mendiskriminasi pekerja(employee) mereka - tetapi adakah pekerja bekal COL senang sekali didiskriminasi...mereka buat kerja sama dengan pekerja(employee) majikan tempat kerja/kilang tetapi gaji mereka tidak dibayar oleh majikan tempat kerja/kilang tetapi COL. Majikan tempat kerja akan bayar terus kepada 'Contractor For Labour' yang akan sendiri bayar pekerja mereka - tentu selepas potong Profit/Keuntungan COL - gaji tentu berbeda(atau lebih kurang) berbanding dengan pekerja(employee) majikan tempat kerja/kilang.
Buat kerja sama tetapi dibayar gaji berbeda adalah diskriminasi dan tidak adil.
Pekerja bekalan 'contractor for labour' juga akan didiskriminasi dari segi hak dan faedah tambahan diberi oleh majikan tempat kerja/kilang kepada pekerja(employee) mereka sendiri.
Justeru, kerajaan UMNO-BN telah sekali lagi bertindak menentang kepentingan pekerja dan keadilan - Adakah Pakatan Harapan akan meneruskan 'Contractor For Labour' ini - jangan lupa, bila menjadi Pembangkang dulu, mereka telah membantah sistem 'contractor for labour'...
Pekerja Bekalan Contraktor For Labour juga tak ada hak menuntut tempat kerja yang lebih selamat..
Memandangkan, mereka bukan pekerja(employee) majikan tempat kerja, mereka tidak ada hak sedemikian ...dan minta COL pun tak guna, bukan COL yang mengawal tempat kerja sebenar...
Pekerja Bekalan Contractor For Labour senang dibuang kerja...perlu sahaja menarik pekerja daripada tempat kerja/kilang - dan jika tidak ada kerja mungkin akan dengan senang di-retrench? Contractor for labour biasa membekalkan pekerja kepada banyak industri/sektor - justeru senang sekali 'memaksa' pekerja meletak jawatan atau 'lari' - hanya perlu menghantar kepada sektor lain, bukan tempat pekerja minat bekerja. Ya, setengah pekerja yang mahu kerja kilang jika dihantar sahaja dan disuruh bekerja sektor perladangan...akan menyebabkan pekerja berkenaan 'lari' atau berhenti kerja. Menteri harus menyiasat sama ada pernah ada Domestic Inquiry(Penyiasatan Dalaman) dijalankan terhadap mana-mana pekerja COL of COL.
Pekerja Bekalan COL - Dinafi hak berkesatuan bererti (atau terus dinafikan kemungkinan Kesatuan Sekerja)
Pekerja yang biasanya mahu bersama membentuk kesatuan sekerja kerana ada persamaan - biasanya tempat atau jenis kerja - tetapi Contractor for Labour biasa membekalkan pekerja mereka ke lain-lain tempat bekerja dan juga lain-lain sektor/industri - justeru sukar pekerja berjumpa satu sama lain juga, dan juga keadaan/isu berbeda dari satu tempat kerja dan/atau satu industri/sektor dari yang lain. Tambahan undang-undang Kesatuan di Malaysia hanya membenarkan union berasaskan sektor/industri/jenis pekerjaan - justeru sukar sekali untuk Kesatuan Nasional/Regional masuk menubuhkan kesatuan - dan bila cuba, senang sekali Contractor for Labour menghantar sahaja kebanyakkan pekerja mereka ke industri/sektor yang lain - justeru hampir mustahil untuk Kesatuan peringkat Nasional/Negeri atau Regional masuk. Setakat ini, saya percaya tak ada pun satu Kesatuan Sekerja pekerja Contractor For Labour.
Tujuan UNION antara lain adalah berjuang untuk penambahan gaji/hak atau keselamatan tempat kerja --- tetapi masalahnya Contractor For Labour tidak ada hak/kuasa menuntut kepada majikan tempat kerja memperbaiki keadaan kerja...tambahan pula bila kebanyakkan majikan tempat kerja biasa mengambil pekerja bukan daripada satu Contractor For Labour tetapi ramai...
Justeru, kerajaan UMNO-BN mungkin boleh dikatakan telah melakukan tindakan menafikan hak berkesatuan apabila memperkenalkan sistem 'contractor for labour"...
Apakah kerajaan BARU PH akan buat - teruskan 'sistem contractor for labour' - Jika ya, kerajaan Pakatan Harapan sama juga tak hormati hak pekerja ...atau hak kesatuan sekerja..
Lihat pos berkenaan yang lain:-
Letter from Prime Ministers Office on Abolish the ‘Contractor for Labour’ system Withdraw the 2012 amendments to Employment Act 1955
HR Ministry finally responds about 'contractor for labour' ...
Will Pakatan assure workers that they will regain the right to permanent employment until retirement, and the abolition of the 'contractor for labour' system?
HR Minister not Muhyiddin should be looking at 'migrant worker' and HR reforms and ending 'kleptocracy'/corruption'?
Restricting employment amendments to certain sectors not enough - No to 'outsourced workers' at workplaces
Even the owner/operator employers want to get rid of 'contractor for labour system' - they want direct hiring..
Private Employment Agencies (Amendment) Bill 2017 - Sneaking in 'contractor for labour' system? Local Worker suffers?
Minister’s Proposal To Restrict ... Unacceptable – Abolish ‘Contractor for Labour’ and ‘Outsourced Workers’ - Syed Shahir
Minister’s Proposal To Restrict ‘Contractor For Labour’ Amendments to Plantation and Agricultural Sector Unacceptable – Abolish ‘Contractor for Labour’ and ‘Outsourced Workers’. [Media Statement – 8/3/2012]
47 Groups :- WORKER AND TRADE UNION RIGHTS MUST BE PRIORITIZED FOR THE WELLBEING OF THE WORKER AND THEIR FAMILIES
Labour law amendments — Syed Shahir Syed Mohamud (Malaysiakini)
Media Statement – 28/10/2011 (107 Groups), now 115
Malaysia Must Protect Worker and Union Rights, and withdrawproposed unjust amendments to Employment Act- Labour Suppliers Should Not Be Employers -
'Contractor For Labour' - Siapa yang berikan permit? Kementerian Dalam Negeri ...Mengapa? Bukankah ini sepatutnya berkenaan isu Sumber Manusia...yang sepatutnya dijaga Menteri Sumber Manusia? Nampaknya, sehingga kini tak ada perubahan .. harap tak lama lagi, kita dengar mengenai perubahan di bawah kerajaan Pakatan Harapan...
Lesen/Permit - untuk jalankan perniagaan 'Contractor For Labour'
Kemungkinan besar, lesen/permit ini pasti menjana keuntungan diberikan kepada kawan atau kroni Menteri atau parti memerintah...?.Siapa tak mahu, lagi banyak pekerja bekalan COL bekerja...OT dan lain-lain, lagi banyak keuntungan...kepada COL. Adakah ini adil - pekerja harus menikmati keuntungan hasil tenaga dan masa diuluangkan bekerja ....kenapa pula "Contractor For Labour' boleh mengambil peratusan pendapatan pekerja. Lagi banyak jam pekerja bekalan COL bekerja lagi untung - tambahan di Malaysia, pekerja boleh 'dipaksa' bekerja sampai 12 jam setiap hari kerja (kerana OT dibenarkan undang-undang adalah, kalau tak salah, 105 jam setiap bulan - dan kini, pekerja tidak lagi ada hak menolak permintaan majikan untuk kerja OT???)
Adakah kerajaan Pakatan Harapan mahu pekerja di Malaysia kerja lebih 8 JAM satu hari...sampai 12 jam satu hari? Mana cukup masa untuk tidur...dan juga "relaks' bersama kawan dan keluarga. Pekerja bukan ROBOT - kerajaan perlu memastikan pendapatan dinaikkan...bukan saperti kerajaan UMNO-BN dulu yang cadangkan kerja 2 kerja atau kerja lagi banyak OT untuk tambah pendapatan ....Justeru, pekerja dianggap bukan manusia...kerja...kerja...kerja ...tak perlu masa rehat atau masa relaks? [Jumlah OT yang dibenarkan undang-undang harus tidak lebih dari 60 jam sebulan, dan OT harus dibenarkan hanya dalam keadaan tertentu saja)
'Contractor For Labour' menafikan hak majikan mendapat pekerja sendiri
Di bawah kerajaan UMNO-BN, majikan tempat kerja/kilang juga mendapati sukar mendapat permit perlu untuk mencari dan membawa masuk pekerja asing/migran mereka sendiri...kerana ada pegawai Imigresen yang menyuruh mereka ambil saja pekerja daripada 'Contractor For Labour'...Ada ramai majikan yang mahu pekerja sendiri - bukan hanya pekerja bekalan COL...Mereka mahu jaga pekerja sendiri...beri 'training', dll...
Memandangkan kontrak di antara 'Contractor For Labour' dengan majikan tempat kerja/kilang hanya untuk pembekalan sebilangan pekerja bekalan tertentu - ini bererti majikan tempat kerja/kilang juga tidak boleh tuntut pekerja baik/sesuai dikekalkan kerja dalam kilang mereka - kerana COL ada kuasa bila-bila menghantar pekerja lain...
Baru-baru ini...
Biasanya bila syarikat majikan tempat kerja/kilang tutup kedai...bangkrap...undang-undang memastikan apa-apa yang terhutang kepada pekerja di bayar dulu daripada aset syarikat yang digulungkan(wound-up)....tetapi kerajaan UMNO-BN pada tahun 2012 melalui pindaan memberikan hak sama kepada 'Contractor For Labour' - bukan pekerja bekalan Contractor For Labour yang kerja syarikat 'bankrap' tersebut. Kenapa syarikat 'Contractor For Labour' diberikan hak sedemikian? Kemungkinan kerana semua ini kawan atau kroni UMNO-BN- perlu disiasat.
Munasabah jika keutamaan diberikan kepada pekerja bekalan 'Contractor For Labour', atau mana-mana sub-contractor TETAPI bukan sama sekali kepada syarikat "Contractor For Labour' kerana ini merupakan Keuntungan campur gaji tertunggak pekerja. Sungguh tidak adil. Keutamaan HANYA UNTUK PEKERJA SAJA - bukan syarikat pembekal pekerja atau syarikat lain.
31 Priority of wages over other debts(Employment Act 1955)(1) Where by order of a court made upon the application of any person holding a mortgage, charge, lien or decree (hereinafter referred to as "the secured creditor") or in the exercise of rights under a debenture the property of any person (hereinafter referred to as "the person liable") liable under any of the provisions of this Act to pay the wages due to any employee or to pay money due to any contractor for labour is sold, or any money due to the person liable is attached or garnished, the court or the receiver or manager shall not authorize payment of the proceeds of the sale, or of the money so attached or garnished, to the secured creditor or the debenture holder until the court or the receiver or manager shall have ascertained and caused to be paid, out of such proceeds or money, the wages of such employee, or the money due to any contractor for labour under a contract between him and the person liable, which the person liable was liable to pay at the date of such sale, attachment or garnishment:
[Am. Act A1419:s.9]Provided that this section shall only apply to the sale of a place of employment on which-was employed or worked at the time when such wages were earned or such money accrued due, and to the proceeds of the sale of any products of such place of employment and of any movable property therein used in connection with such employment and to any money due to the person liable on account of work performed by such employee or contractor for labour or derived from the sale of the products of such work:
(a) any employee to whom wages are due as aforesaid;
(b) any employee to whom wages are due by such contractor for labour as aforesaid;
[Am. Act A1419:s.9](c) any contractor for labour to whom money is owed on account of the sub-contract by the contractor for labour as aforesaid,
[Am. Act A1419:s.9]
[Am. Act A1419:s.9]Provided further that-(2) In this section, except for the second proviso, "wages" includes termination and lay-off benefits, annual leave pay, sick leave pay, public holiday pay and maternity allowance.
(a) where the person liable is an employer the total amount of the wages of any employee to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the employer to the employee as wages for any four consecutive month's work;
(b) where the person liable is a principal and where the wages are claimed from such principal under section 33 the total amount of the wages of any employees to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the principal to the contractor at the date of the sale, attachment or garnishment unless the contractor is also a contractor for labour;
[Am. Act A1419:s.9](c) where the person liable is a contractor or sub-contractor who owes money to a contractor for labour the total amount due to such contractor for labour to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by such contractor for labour to his employees (including any further contractors for labour under such first-mentioned contractor for labour) for any four consecutive month's work.
[Am. Act A1419:s.9]
[Ins. Act A1026:s.11]
Lebih adil dan wajar jika keistimewaan ini diberikan hanya kepada PEKERJA
Contoh pindaan(dalam biru) to pay the wages due to
any employee or to pay money due to any employee of any contractor for labour or other contractors working at the said company being closed down.
Terserah kepada Menteri Sumber Manusia mengemukakan pindaan sewajar yang hanya beri keutamaan kepada PEKERJA dan bukan mana-mana kontraktor.
CADANGAN PENYELESAIAN
1. Hapuskan 'contractor for labour' - dan pastikan semua pekerja yang bekerja di tempat kerja adalah employee(pekerja) majikan tempat kerja. Ini sebenarnya 'jaminan' Akta Kerja 1955, tetapi Menteri semasa pentadbiran UMNO-BN gagal memastikan bahawa majikan pekerja adalah tuan punya tempat kerja. Adakah Menteri kini akan memastikan ini berlaku - dan tidak ada lagi employee COL yang kerja kilang majikan tempat kerja? Atau, akan terus tidak prihatin...
2A Minister may prohibit employment other than under contract of service(1) The Minister may by order prohibit the employment, engagement or contracting of any person or class of persons to carry out work in any occupation in any agricultural or industrial undertaking, constructional work, statutory body, local government authority, trade, business or place of work other than under a contract of service entered into with-
(a) the principal or owner of that agricultural or industrial undertaking, constructional work, trade, business or place of work; or(2) Upon the coming into force of any such order, the person or class of persons employed, engaged or contracted with to carry out the work shall be deemed to be an employee or employees and-
(b) that statutory body or that authority.
(a) the principal or owner of the agricultural or industrial undertaking, constructional work, trade, business or place of work; orshall be deemed to be the employer for the purposes of such provisions of this Act and any other written law as may be specified in the order.
(b) the statutory body or local government authority,
(3) Notwithstanding subsection (1), the Minister may by order approve the employment of any person or class of persons by such other person or class of persons (not being the principal or owner) as he may specify but subject to such conditions as he may deem fit to impose.
(4) Any person who contravenes any order made under this section commits an offence.
2. Menteri boleh mengeluarkan perintah perlu - dan majikan tempat kerja akan terpaksa mengambil semua yang bekerja di tempat kerja terus menjadi majikan semua pekerja yang kerja di tempat kerja berkenaan.
3. Bagi 'contractor for labour' - mereka mungkin dibenarkan tukar lesen/permit menjadi 'employment agency', yang fungsinya adalah untuk mencari pekerja untuk majikan, ATAU mencari kerja(serta majikan) untuk pekerja. Untuk perkhidmatan ini, employment agency boleh mengenakan bayaran/fee - dicadangkan tidak melebihi gaji 1 bulan, yang perlu dibayar oleh majikan bukan pekerka. Bagi pekerja asing, mungkin kadar bayaran lebih tinggi...
4. Apa-apa pindaan undang-undang yang membolehkan 'employment agency' menjalankan kerja 'contractor for labour' juga harus dipinda...
No comments:
Post a Comment