Saturday, July 31, 2010

PRM: Mansuh ISA bukan pinda [Abolish the ISA not amend]废除内安法令,不是修改


Media Statement - 31/7/2010 [Bahasa Melayu, English, Chinese]

Mansuh ISA bukan pinda

Akta Keselamatan  Dalam Negeri atau lebih dikenal dengan nama ISA harus hendak dimansuhkan, bukannya dipinda. Inilah pendirian Parti Rakyat Malaysia (PRM) terhadap ISA semenjak ISA diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960. Pada 1 Ogos 2010, ISA  genap dilaksanakan selama 50 tahun. Pelaksanaan ISA sendirinya  sudah memperlihatkan warna sebenar ISA.

Jika seseorang memandang balik ke masa perdebatan dan hujah-hujah perkenalan ISA pada 1960, adalah amat nyata ISA adalah untuk menangani perjuangan bersenjata komunis. Oleh sebab kerajaan Barisan Nasional telah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989, dan Parti Komunis Malaya telah menghentikan perjuangan bersenjatanya, ISA sepatutnya sudah hilang sebab musabab dan asas untuk terus wujud.

Akan tetapi, Kerajaan Barisan Nasional tidak ada  niat untuk memansuhkan ISA. Sebaliknya, Kerajaan Barisan mengemukakan pelbagai dalih untuk menjustifikasikan perlunya ISA supaya kewujudannya disambung-pakai walaupun 50 tahun penggunaan ISA oleh kerajaan Barisan telah menceritakan semuanya iaitu undang-undang boleh menahan seseorang tanpa pembicaraan itu sudah tanpa segan-silu dan terang-terangan disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya dan ISA adalah bertentangan dengan  semangat pemerintahan undang-undang (rule of law).

PRM adalah satu-satu party  dengan pendirian konsisten atau tidak berubah-ubah  menentang habis-habisan pelaksanaan ISA. Oleh itu, adalah tidak hairanlah dalam masa 50 tahun pelaksanaan  ISA, beribu-ribu anggota PRM daripada presiden nasional ke lapisan akar umbi menjadi mangsa kezaliman  utama ISA.

Pemimpin-pemimpin nasional PRM seperti Allahyarham Ahmad Boestamam (Presiden, Ahli Parlimen), Tajuddin Kahar (Setiausaha Agung), Hasnul Hadi (Presiden Barisan Sosialis, Pengerusi Majlis Perbandaran Melaka yang dipilih oleh pengundi), dan mendiang Karam Singh (ahli Parlimen), Sivasubramaniam (Adun), dan Tan Hock Heng (Adun) meringkuk bertahun-tahun dalam kem-kem tahanan, antara contohnya Tan Hock Heng  telah ditahan selama 16 tahun dan dibebaskan tanpa syarat)  . Bahkan kebanyakan anggota PRM  sekarang  seperti Pemangku Presiden Ariffin Salimon, Naib Presiden S K Song, Setiausaha Agung Koh Swe Yong dan Bendahari  Teh Soon Ming juga  menghabiskan masa hidup yang terbaik dalam kem tahanan.

Oleh itu, PRM mendesak supaya kerajaan Barisan di bawah kepimpinan Najib Razak memansuhkan  dan bukan membuat pindaan kepada ISA, dan juga undang-undang boleh menahan tanpa pembicaraan lain. Dengan berbuat demikian, kerajaan Barisan boleh menunjukkan amalan bikin serupa cakap dan   memperlihatkan kesungguhan dan betul-betul komited  pada usaha  mentransformasi Malaysia kepada  negara  yang maju dan demokratik.

Yong benar,

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung  PRM
012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia


31-07-2010


Abolish the ISA not amend

The Internal Security Act or the ISA must be abolished and not amended. This is the  stand of Parti Rakyat Malaysia (PRM) or The People’s Party of Malaysia towards the ISA   since the ISA was introduced and in force on the 1 August 1960. By tomorrow, the 1st of  August 2010, the ISA will have been in force for 50 years and 50 years of the implementation of the ISA   truly reveal its  colours.

If one were to look back into the debates surrounding the arguments for the introduction of the ISA in 1960, it was very obvious that the ISA were meaned to deal with the communists’ armed sstruggle. Since the Barisan Nasional or National Front government had signed a peace accord with the  Communist Party of Malaya in 1989, and the Communist Party of Malaya  ceased its arms struggle,  the ISA has lost the very pretext and reason for its continued existence.

But, the Barisan Nasional Government has no intention to abolish the ISA. Instead, the Barisan  Government looks for   excuses to justify  the need of the ISA and its continued existence eventhough 50-year of the uses of the ISA by the Barisan Government tells all that this peace of the detention without trial law has been grossly and starkly abused and   against the very spirit of rule of laws..

PRM is the only political party that has consistently opposed the ISA and it is no wonder that in the past 50 years thousands of PRM members right from the top national presidents to the very grass roots were the main victims of the ISA.  

PRM national leadership like the  late Ahmad Boestamam( President, MP), Tajuddin Kahar (Secretary General),  Hasnul Hadi (President Sosialis Front, elected Malacca Municipal Council Chairman) , Karam Singh (MP), Sivasubramaniam ( State Assemblyman), Tan Hock Heng (State Assemblyman) have spent years in the detention camps, some as long as 16 years like Tan Hock Heng who was finally released  unconditionally after spending 16years under the ISA detention. Presently, even many of the present members like acting President Ariffin Salimon, Vice President S.K. Song, Secretary General Koh Swe Yong and  Treasurer  Teh Soon Ming and many others  have spent the best part of  their life in detention camps.

Thus, PRM demands that  the Barisan Nasional Government under Najib Razak leadership to abolish and not amend the ISA together with the other detention without trial laws to show that the Barisan Nasional Government walks the talk, and is seriously and genuinely committed to wanting to transform Malaysia into an advance and developed democratic state.

Yours truly,

Koh Swe Yong
Secretary General PRM
012-2766551



21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia



31-07-2010


废除内安法令,不是修改



“内安法令必须废除,而不是修改。”


这是马来西亚人民党对内安法令的一贯立场。这个法令在1960年由联盟政府提出并于196081日正式生效。明天即201081日内安法令的实行已经50年了。50年的内安法令应用本身已经暴露了内安法令的真正颜色。


如果我们回头看看1960年内安法令在国会提出时的辩论,我们可以很明显地看到,内安法令的提出和订立理由和根据是应付共产党人的武装斗争。由于国阵政府已经在1989年和马来亚共产党签署了和平协议,而马来亚共产党已经停止武装斗争,内安法令便已经失去继续存在的理由和根据。


但是,国阵政府没有任何废除内安法令的意愿,反而提出种种理由和借口作为支持内安法令不能废除的论据,内安法令必须继续存在和使用,虽然国阵政府用了内安法令50年本身 已经说明一切,无需审讯扣留的内安法令已经在毫无羞耻和赤裸裸的状况下,随心所欲被滥用,内安法令也完全违反法制精神。



过去和现在,马来西亚人民党反对内安法令的立场始终是一贯的,是现存政党里唯一一个在内安法令被提出开始,就坚决反对内安法令的。因此,并不令人惊奇,在实施内安法令的50年里,数以千计的人民党党员,从全国主席到基层党员都成为内安法令主要的牺牲品。


人民党全国领导人如已故波斯达曼(主席,国会议员)、达祖丁加哈(总秘书)、哈斯奴哈迪(社阵主席,马六甲民选市议会主席)、卡南星(国会议员)、西华苏伯马廉(州议员)和陈福兴(州议员)等都在内安法令下被扣留无数个年头,有些甚至被留了16年,如陈福兴最终在内安法令下扣留了16年后在无条件下释放。


因此,马来西亚人民党强烈要求以纳吉为首的国阵政府废除,而不是修改内安法令,以及其他的无需审讯扣留法令。如果国阵政府这么行动,可以让人们看到,国阵政府言出必行,并且是认真和真正要把马来西亚改变成为一个先进和发达的民主国家。


马来西亚人民党总秘书




辜瑞荣
012-2766551






21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

No comments: