Tuesday, May 23, 2017

MACC kena ambil tindakan sekarang, jangan lewatkan tindakan terhadap ahli politik sehingga selepas PRU

Jika penguatkuasa undang-undang memilih untuk lewatkan (atau tidak) mengambil tindakan terhadap ahli politik, ini adalah salah. Adakah ini juga sebab mengapa tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Menteri dan 'eksekutif' semasa? Kalau seseorang melakukan kesalahan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan semasa, pihak berkuasa harus ambil tindakan undang-undang serta merta...

Bila ketua MACC, seorang penjawat awam, 'mengaku' berbuat demikian,...

"I have made a decision that MACC will not take any actions now against politicians because I do not want MACC to be dragged into politics and used as a campaign tool or fodder by any parties," 

Ketua MACC patut membaca perlembagaan Malaysia - kerana kini dilapurkan bahawa MACC tidak akan ambil tindakan segera terhadap ahli politik yang korup dan mnelanggar undang-undang...Apa? 

Kalau bukan ahli politik, tindakan segera ...tetapi jika ahli politik, tindakan akan hanya diambil selepas PRU? Jadi, jika yang melakukan kesalahan itu jadi Perdana Menteri atau ahli Kabinet - tunggu sampai mereka hilang kuasa? Itu pun jarang( atau hampir tidak langsung) - mereka yang lakukan kleptocracy atau 'rasuah' dilepaskan gitu saja ...bebas menikmati hasil kekayaan yang diperolehi akibat tindakan salah?

Ketua MACC tidak mahu ambil tindakan kerana takut akan jejaskan PRU ...takut pihak lawan akan gunakan semasa kempen untuk PRU? 

Karut - ketua MACC adalah penjawat awam berkhidmat untuk rakyat, dan rakyat perlu tahu serta merta jika ada sesiapa termasuk ahli politik atau wakil rakyat dipercayai melakukan jenayah... Maklumat ini akan membantu kita semua pilih wakil rakyat yang 'bersih"...bodoh rakyat jika ditipu sehingga memilih penjenayah...semua kerana MACC 'melewatkan' tindakan mereka ..???

Rakyat bukan bodoh ... kita tahu seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibicara dan didapati salah oleh Mahkamah...MACC boleh tangkap, tuduh di Mahkamah, mulakan bicara ...saperti kita tahu, seseorang dalam keadaan begitu masih boleh bertanding terus menjadi wakil rakyat....jadi, ambil tindakan sekarang terhadap semua yang disyaki melakukan kesalahan...tidak kira Najib Razak atau Azmin Ali...

MACC sudah banyak hilang kepercayaan rakyat, dan pengambilan tindakan terhadap 'orang kecil' sahaja tak memadai...sesiapa pun yang melakukan kesalahan, MACC mesti berani mengambil tindakan...  

Jika  Dzulkifli Ahmad tak berani mengambil tindakan kini - lebih baik letak jawatan sahaja - biar pegawai MACC yang berani ambil tindakan ...

Kita sedar bahawa berkenaan kes 1MDB dan kes berkaitan, MACC telah mencuba sedaya boleh...tetapi dihalang 'orang lain'...tetapi kini, apa sudah jadi pada MACC..

 

MACC chief explains delay in pursuing politicians

  Published     Updated
The Malaysian Anti-Corruption Commission won't take action against corrupt politicians before the 14th general elections as they does not want such cases be used as campaign tool or capital by any parties.

In an interview with Mingguan Malaysia, MACC chief Dzulkifli Ahmad said even if actions were to be taken against the politicians, it would not prevent them from contesting or holding on to to their positions.

"I have made a decision that MACC will not take any actions now against politicians because I do not want MACC to be dragged into politics and used as a campaign tool or fodder by any parties," he said in response to a question on public perception that the MACC is delaying actions against politicians despite having enough evidence to do so.

"We all know that even if the MACC were to act against the politicians before the general elections, it would not be a deterrent for them to contest or hold on to a post.

"So let all these political parties contest in a fair manner based on their capabilities and their track record of serving the people," he said.
 
At the same time, Dzulkifli however cautioned all political parties to ensure that their candidates are free from corruption and abuse of power, or risk actions by the MACC after the election is over.
"If this is not ensured, don't blame the MACC if we were to make an official visit and knock on your doors after GE14 is over," he cautioned.

Dzulkifli was previously quoted as saying that the MACC have not sidelined politicians from its anti-graft net but rather is waiting for the right time to act.

The MACC had in recent months pressed charges against politicians from both BN and federal opposition Pakatan Harapan, but critics claimed that more could have been done to investigate high-profile cases including 1MDB.

No comments: