Tuesday, May 30, 2017

PRU - Undang-undang dihormati? Rasuah dan Kleptocracy?

Bila Perdana Menteri, Menteri, parti politik yang memerintah menerima wang atau faedah  daripada pihak ketiga, persoalan yang mesti timbul adalah sama ada ini adalah 'korupsi' atau 'rasuah'? Justeru, perlu dibuktikan bahawa ianya bukan 'rasuah'

RM2.6 billion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri - adakah ini sebenarnya 'rasuah' atau adakah ianya hanya 'derma' tak memerlukan apa-apa balasan daripada Perdana Menteri dan/atau kerajaan UMNO-BN - jika ianya hanya 'derma' mungkin tak ada salah? Mungkin....

Siapa yang memberikan wang ini juga amat penting? Jawapan bahawa ianya daripada seorang penderma Arab tak memadai kerana perlu tahu namanya sebenar - supaya semua rakyat bahawa memastikan sama ada penderma, kawan penderma  atau syarikat yang ada hubungan dengan penderma tersebut tidak kemudiannya mendapatkan sesuatu kontrak daripada kerajaan Malaysia atau daripada syarikat dibawah kawalan kerajaan secara terus atau secara tidak langsung....Jika ya, kemungkinan rasuah telah berlaku adalah tinggi...Sedih sekali sehingga kini - maklumat terperinchi masih belum diberikan. [Ingat bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah dituduh di Mahkamah - tak ada wang diterima oleh beliau tetapi rumah milik pihak ketiga telah dijual kepada beliau dengan harga jauh rendah dari harga pasaran ...dan syarikat yang ada kaitan dengan pihak ketiga dapat kontrak kerajaan...]

Ingat bahawa sekira syarikat 'penderma' mendapat kontrak tak ada kaitan langsung(atau tidak langsung) dengan derma yang diberikan, ianya mungkin bukan salah. Sekarang persoalan yang timbul adalah ada penderma Arab berkenaan mendapat kontrak atau 'faedah' daripada kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak? Maklumat ini penting sangat memandangkan banyak lagi kecurigaan di dalam minda ramai rakyat Malaysia...

Sekarang telah diakui bahawa Najib sendiri yang telah memberikan wang kepada calun dan juga cawangan UMNO semasa PRU lepas... Wang itu tidak datang daripada UMNO atau daripada Barisan Nasional ... tetapi daripada 'Chairman' BN...

“And the money came from the Barisan Nasional chairman himself,” he said when asked about the RM2.6 billion said to be from an Arab donor,

Betul kata Nazri Aziz, tidak ada salah untuk seorang individu menerima derma daripada orang lain, dan seterusnya membelanjakan sebagaimana beliau suka ...Orang Arab derma pada Najib RM2.6 billion, dan beliau gunakan wang tersebut untuk membantu calun dan parti UMNO (mungkin juga semua parti BN - ini tak pasti - hanya UMNO atau untuk semua parti BN - ini kena tanya MIC, MCA, Gerakan ....). Jika Najib bukan PM, kita tidak akan khuathir tetapi...

Soalan perlu ditanya - Adakah itu sebenarnya derma kepada Najib, sebagai individu, untuk digunakan sesuka hatinya? Atau adakah ini derma kepada Malaysia, yang disalurkan melalui PM semasa (jika Ya, duit derma itu milik rakyat Malaysia - tak boleh hanya digunakan untuk UMNO semasa pilihanraya). Adakah itu derma untuk parti yang memerintah - BN atau hanya untuk UMNO? Adakah derma itu untuk Najib sahaja secara peribadi? Atau....

Pendakwa Raya telah mengambil keputusan bahawa tidak akan mendakwa di Mahkamah. Mungkin kerana tak cukup bukti pada masa itu.... atau mungkin kerana apa yang berlaku bukan merupakan 'jenayah' di Malaysia....Mungkin pendakwa raya dapat menjelaskan lebih? 

Apa yang menimbulkan persoalan adalah mengapa baki wang itu telah dikembalikan kepada penderma oleh Najib? Jika benar derma ikhlas tak ada syarat - mengapa pulangkan baki wang? Pelik juga mengapa kerajaan tak 'freeze' wang dalam akaun tersebut sehingga habis siasatan -....bila Pendakwa Raya buat pengumuman beliau, nampaknya 'baki wang' tersebut sudah tidak lagi di Malaysia....

PRU dan Wang Yang Boleh Dibelanjakan 

Undang-undang menetapkan jumlah maksima yang boleh dibelanjakan seorang calun yang bertanding - RM200,000 untuk calun bertanding kerusi Parlimen?  

"I received RM10,000 to pay the candidate deposit to the Election Commission when I was nominated to contest in Padang Rengas along with RM200,000 to spend for campaigning because the election law allows the candidate to spend a maximum of RM200,000 for campaigning purposes.

Mengapa had belanja? Ini adalah untuk memastikan bahawa semua calun ada peluang hampir sama dalam pihanraya demokratik. Kalau tidak yang kaya ada kelebihan tidak adil - itu sebab mengapa ada had jumlah yang boleh dibelanjakan semasa kempen. Deposit pun 'rendah' - supaya wang tidak harus menjadi penghalang seseorang calun bertanding. Bagi saya deposit RM10,000 pun adalah tersangat tinggi -perlu dikurangkan mungkin RM1,000 atau RM2,000. Deposit terlalu tinggi kini menyebabkan ramai yang berkaliber menawarkan diri sebagai calun....Siapa ada RM10-15 ribu untuk deposit, campur wang wang lagi untuk cetak poster, anjurkan ceramah, dll...Justeru, hanya yang 'kaya' atau dari parti yang 'kaya' berkemampuan menawarkan diri sebagai calun ....rakyat yang dimangsakan kerana pilihan rakyat terjejas... 

 “Then, another RM300,000 was given to 60 Umno branches in my constituency for community activities,” he said.

Tetapi apa yang dikatakan Nazri, iaitu bahawa selain daripada wang yang dibenarkan dibelanja oleh calun, Najib juga telah memberikan RM5,000 kepada setiap  cawangan UMNO. Bagaimana pula dengan cawangan parti BN yang lain? Adakah ini melanggar undang-undang pilihanraya yang menetapkan had RM200,000? Saya percaya 'Ya' - adakah tindakan akan diambil terhadap UMNO dan calun mereka? Atau, adakah undang-undang kini 'terlalu lemah' atau 'kurang jelas' , menjadikan tindakan menyalurkan dan memberlanjakan wang melalui pihak ketiga saperti cabang UUMNO, semasa atau sebelum PRU untuk memastikan kemenangan calun UMNO bukan kini kesalahan jenayah atau kesalahan pilihanraya?

Jika ya, undang-undang kena dipinda memastikan perbelanjaan 'tambahan' saperti ini yang melampaui had RM200,000 khususnya oleh parti politik atau 'kawan' calun dijadikan jenayah...

UMNO dan akaun calun/MP?

UMNO dan BN akhirnya adalah persatuan berdaftar di bawah undang-undang persatuan (Societies Act), di mana ada kerperluan menyediakan dan membentangkan akaun - Adakah jumlah wang yang terima oleh calun dan cawangan semasa pilihanraya digambarkan dalam akaun UMNO? Adakah ia didedahkan sebagai 'Derma Daripada Najib'? Jika wang yang diterima  oleh UMNO atau cawangan tidak didedahkan, bukankah itu satu kesalahan yang mungkin juga menyebabkan UMNO dibubarkan? Semua pendapatan dan perbelanjaan mesti didedahkan.... Mungkin wang Najib wang peribadi beliau...tetapi bila wang diberikan kepada cawangan UMNO - ianya mesti didedahkan sebagai pendapatan(termasuk sumber), dan bila dibelanjakan, ianya perlu didedahkan....

Atau adakah UMNO(dan mungkin juga parti politik lain) ada wang pendapatan dan perbelanjaan 'rahsia' yang tidak didedahkan? Saya percaya ini adalah menyalahi undang-undang ...apa kata Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies)? Bolehkah persatuan menerima wang dan menyimpannya dalam akaun peribadi Presiden atau ahli? 

Bila berdekatan PRU, nampaknya wang telah diagihkan kepada cawangan UMNO - bagaimana wang ini secara munasabah harus dihantar secara terbuka kepada cawangan - melalui cek,kiriman wang, melalui bank - yang merupakan cara biasa yang terbuka...tetapi jika mahu 'sembunyikan' transaksi - wang tunai akan diagihkan ....teringat pula isu brother Najib, Nazir Razak,  - di mana beliau mengakui menerima wang untuk diagihkan kepada orang tertentu secara tunai....biasa senang sekali Najib pi bank, dan 'transfer' wang berkenaan terus kepada akaun berdaftar cawangan UMNO terus....tak ada pun isu. Apa sebenarnya berlaku dalam kes ini ...kita tahu CIMB berkeputusan tak ambil apa-apa tindakan terhadap Nazir...tetapi adakah pikat penguatkuasa undang-undang lain termasuk ROS menyiasat?


"with hindsight wish I didn't. In run up to GE13, I was asked by my brother/party president to urgently help pass on cash to party machinery"..."I assumed and believed, in good faith, that the funds came from legit political funding. Entire amount was distributed, not a sen retained by me," Mr Nazir said.... Mr Nazir earlier told the Wall Street Journal (WSJ) that the money was disbursed by CIMB bank staff to ruling-party politicians according to the instructions of party leaders...He said he believed the money originated "with donations he had helped raise from Malaysian corporations and individuals for the elections", WSJ wrote. It is unclear if the "he" refers to Mr Nazir or Mr Najib... “I had no knowledge whatsoever that these funds may have originated from any other source(s),” Mr Nazir said in a statement quoted by WSJ... “The entire amount was paid out in cash to various recipients according to the instructions of the party president and the account was closed with a zero balance.” -

Nazir Razak - Receives RM28 mil(USd7 mil) from Najib and cash money was disbursed to politicians? - No wrongdoings? No Investigations?


Wang dibayar secara tunai oleh pegawai CIMB - anih sekali. Adakah penerima mendedahkan penerimaan wang tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? Atau adakah ianya sebenar untuk cawangan UMNO tertentu - adakah pendapatan dan perbelanjaan ini didedahkan kepada ROS dalam pernyataan akaun tahunan....Adakah wang ini dibelanjakan untuk tujuan ianya diberikan...atau telah 'masuk poket sendiri'...Satu pemerhatian adalah pemimpinan UMNO peringkat cawangan, division,....nampaknya bertambah kaya...rumah bertambah besar...kereta...Dari mana datangnya wang ini - 'derma' dari Najib atau UMNO...atau daripada keuntungan perniagaan sendiri atau gaji...?? Banyak soalan yang perlu dijawab...

Masalah ini kini nampaknya bukan hanya masalah di kalangan orang parti UMNO-BN, tetapi juga di setengah parti pembangkang ...PKR,...Kenapa Azmin dan beberapa exco kerajaan negeri tak buat peristiharan harta?

Azmin dilapurkan kata “Ya, saya akan isytihar kepada umum.” - Bilakah kita boleh lihat pengistiharan harta ini? 

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

Azmin Ali dan beberapa Exco Selangor masih belum isytihar harta lagi?

Kontrak/projek kerajaan - memberi 'penderma' atau penyokong 'priority' adalah salah?


Bila ada kontrak kerajaan, ia mesti diberikan secara terbuka kepada orang/perniagaan/syarikat yang berkelayakkan...Isu sama ada ia orang parti ini atau parti itu tidak harus diambil kira? Saya sokong you...beri you 'derma' buat belanja PRU...dan bila menang, pastikan saya atau syarikat saya mendapat kontrak, tanah, rumah kos rendah, biasiswa, dll... ooops, ini salah..in juga saya anggap 'rasuah'...Kerajaan berkhidmat untuk semua orang di Malaysia - keputusan membantu harus diambil tanpa mengira parti politik atau 'derma' yang diberikan dahulu untuk perjuangan politik...Itu salah.

APA yang kerajaan berikan kepada rakyat harus disalurkan melalui jabatan/kementerian bukan 'parti politik'

Masalah kini adalah bahawa setengah perkhidmatan, wang, bantuan kepada rakyat ditetapkan penerimanya oleh parti politik, yang juga akan sendiri mengagihkan/memberikan oleh parti politik..UMNO-BN. Ini salah - perkhidmatan kerajaan mesti diberikan terus oleh jabatan atau kementerian kerajaan berkenaan... 

Orang atau 'parti politik' tidak boleh terlibat dalam penentuan siapa dapat atau proses mengagihkan wang atau bantuan kerajaan... Itu tugas penjawat awam...bukan ADUN, bukan MP, bukan Senator dan bukan ketua/ahli parti politik - Amalan ini memberikan gambaran salah bahawa ianya sebenar 'bantuan' hasil usaha atau 'dari tabung' persendirian parti politik berkenaan...TAPI sebenarnya adalah peruntukkan kerajaan daripada hasil wang/pendapatan kerajaan berasaskan biala Bajet yang telah diluluskan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri...

Jika ada yang layak terlepas daripada pemerhatian jabatan/kementerian kerajaan tertentu - parti politik boleh bantu membawa kes berkenaan kepada perhatian jabatan/kementerian berkenaan - itu sahaja...

UMNO-BN macam tak faham tanggungjawab khidmat untuk semua rakyat - bukan hanya penyokong atau tempat mana BN-UMNO menang?

Tapi masalahnya dengan UMNO-BN adalah bahawa ada dalam parti ini yang tak faham makna dan cara 'demokrasi' - sampai ada menteri kerajaan UMNO-BN ini boleh kata bahawa kerana tak cukup wang, projek kecil akan diteruskan di kawasan yang dimenangi calun MP/ADUN BN? Ini bukan demokrasi - yang bertanding bila menang berkhidmat untuk semua orang, termasuk mereka yang tak sokong mereka...


The government’s decision to scrap approvals for local council projects in non-Barisan Nasional (BN) parliamentary constituencies was due to insufficient funds. 
Urban Wellbeing, Housing and Local Government (KPKT) Minister Tan Sri Noh Omar said as such, priority had to be given to constituencies that have been won by the BN coalition. - - The Sun Daily, 20/4/2017

Mungkin, semua parti yang bertanding mesti memberi akujanji bahawa selepas PRU, semua rakyat akan diberikan layanan sama rata tak kira sama ada mereka memilih ADUN/MP daripada parti memerintah atau parti pembangkang....Kalau yang tidak menyokong akan di-diskriminasi, ini bukan demokratik...Jangan lupa bahawa akhirnya semua wang dan harta kerajaan adalah kepunyaan semua rakyat...Sebab rakyat setempat tak pilih UMNO-BN, maka ada diketepikan...ini sangat tak adil. Bolehkah kita cadangkan, mungkin semua rakyat kawasan Parlimen terus bayar cukai kepada ahli Parlimen/ADUN mereka sendiri supaya dapat digunakan untuk pembangunan setempat....tapi semua cukai mereka di kawasan Parlimen/ADUN bukan UMNO-BN pun masuk tabung kerajaan pusat, kini UMNO-BN? Tan Sri Noh Omar dan UMNO-BN mesti berlaku adil...

Jika kita menilai pun negeri-negeri yang telah terus diperintah kerajaan UMNO-BN, nyata ada layanan tidak sama rata - lihat sahaja pengangkutan awam...tak ada pun teksi bermeter, bas bandar,...tengok jalan...banyak juga 'line putih' sudah pudar tak nampak..Fokus pembangunan nampaknya Lembak Kelang...mungkin juga Johor selatan kini dan Langkawi...bagaimana dengan negeri lain? Rakyat juga terpaksa meninggalkan kampung pergi ke Lembah Kelang untuk peluang kerja ...Landasan Keretapi Pantai Timur pun tak ada di banyak tempat...kini baru rancangan buat landasan baru menghubungi Kota Baru - Kuala Trengganu - Kuantan - Kuala Lumpur? Kenapa Lewat sangat? 

Kita ada undang-undang tetapi nampaknya setengah pihak bebas buat sesuka hati...adakah polisi kerajaan UMNO-BN bahawa orang parti mereka dan kroni mereka akan 'bebas' melakukan kesalahan. Sedih juga pengataan MACC mengenai ahli politik - 'akan melewatkan tindakan sehingga selepas PRU???MACC kena ambil tindakan sekarang, jangan lewatkan tindakan terhadap ahli politik sehingga selepas PRU

Masa depan Malaysia di tangan rakyat...


 


 

Nazri: RM600 million price tag for BN in last general election

Ho Kit Yen
 | May 22, 2017 
Tourism and Culture Minister Nazri Aziz says he received RM510,000 in GE13, while Muhyiddin Yassin and Shafie Apdal got a lot more.

nazri-bn-1

KUALA LUMPUR: It cost the Barisan Nasional about RM600 million to effectively campaign in the last general election (GE13).

That was the frank admission by Tourism and Culture Minister Nazri Aziz during a dialogue session with the Umno Overseas Alumni club at the Malaysia Tourism Centre (Matic) in Jalan Ampang here yesterday.

“The price tag was about RM600 million, from conducting pre-election activities for the people until voting day.

“And the money came from the Barisan Nasional chairman himself,” he said when asked about the RM2.6 billion said to be from an Arab donor, which was deposited into Prime Minister Najib Razak’s personal accounts in March 2013, and the part use of such funds for GE13.

“I was the law minister for nine years and in Malaysia it is not wrong to ask for funds from outside to support the running of election campaigns and it is also not wrong to put the money into one’s own account too.”

He added what could be deemed wrong was as to the source of such funds.

“If it was from money laundering activities and bribes, then that would be wrong.

“But the money was not from either of such illegal activities,” Nazri said.

Nazri said he too received money from Najib for the purpose of helping him win his parliamentary seat of Padang Rengas in Perak in GE13.

“I received RM10,000 to pay the candidate deposit to the Election Commission when I was nominated to contest in Padang Rengas along with RM200,000 to spend for campaigning because the election law allows the candidate to spend a maximum of RM200,000 for campaigning purposes.

“Then, another RM300,000 was given to 60 Umno branches in my constituency for community activities,” he said.

On that note, Nazri also hit back at his former cabinet colleagues, Muhyiddin Yassin (former deputy prime minister) and Shafie Apdal (former rural and regional development minister) for having turned against the prime minister after having taken funds from the same source for their election campaign and activities in GE13.

“Shafie has over 400 branches and Muhyiddin has over 100 branches (in their constituency). They got more than I did.

“Why did they not question the source of the funds before,” Nazri said.

Both Muhyiddin and Shafie were sacked from the cabinet on July 2015. Both left Umno and have since formed new opposition parties, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) and Parti Warisan Sabah, respectively. - FMT News, 22/5/2017

Non-BN local council projects scrapped due to insufficient funds: Noh Omar


PETALING JAYA: The government’s decision to scrap approvals for local council projects in non-Barisan Nasional (BN) parliamentary constituencies was due to insufficient funds.

Urban Wellbeing, Housing and Local Government (KPKT) Minister Tan Sri Noh Omar said as such, priority had to be given to constituencies that have been won by the BN coalition.

“We look at our budget allocation for these BP.1 projects (small scale local council projects), since last year, we were not able to provide for all 222 parliament constituencies.

“Based on what we have, of course we would give priority to constituencies that were won by BN. In the future, when we have rearranged (our budget), then we will provide to constituencies where the opposition hold the parliamentary seats.

“Even this, we can’t provide to all,” he said late Wednesday night.

Noh’s statement came in light of a leaked letter signed by the Local Government Department director-general Abu Bakar Johar dated March 17, claiming that the ministry has scrapped all local council projects in non-BN constituencies.

According to the letter, the directive applied to all BP.1 projects, categorised as small scale people-centric projects in the respective local councils, including the building and repairing of roads, drains, public toilets, multi-purpose halls, and business premises.

Noh further explained that certain non-BN constituencies were also given exception from this directive, depending on the application forwarded by the respective local councils.

“For example in East Ipoh, I did allocate some funds. The same applied to Shah Alam. So what’s the issue?

I will give to those who applied. But priority will be given to BN representatives,” he said.

On DAP Taiping MP Nga Kor Ming’s statement that he would issue a demand letter to Noh to withdraw the directive or he would file a legal action to cancel the order, Noh said he would welcome the decision.

He cited a previous example where Sungai Siput MP Dr. Michael Jeyakumar Devaraj had brought to court, questioning a budget allocation by the state government.

“He was told by the court that it was the right of the state government. So I welcome it if Nga wants to do the same and question the government’s budget allocation. It will just make him look stupid, and prove his stupidity,” he said. - The Sun Daily, 20/4/2017

No comments: