Friday, May 26, 2017

UMNO-BN dan Pakatan R atau H sama saja? Wakil Rakyat mesti berani berjuang untuk rakyat - bukan hanya ikut cakap pemimpin?

UMNO-BN ...diamanahkan menjadi kerajaan rakyat - adakah mereka melakukan kerja yang baik demi rakyat Malaysia (semua rakyat Malaysia - bukan hanya segelintir rakyat)? Adakah mereka mentadbir untuk kebaikkan semua? 

Rakyat Malaysia - kini lebih kurang 30 juta orang, di mana hakikatnya adalah ada yang pandai ..ada yang kurang. Ada yang kaya...ada yang miskin. Ada yang ada 'peluang' bertambah kaya dan ada yang tidak. Fungsi kerajaan adalah untuk mentadbir (mengatur masyarakat Malaysia) supaya semua akhirnya akan untung...menikmati keperluan asas dan berkongsi 'pendapatan' dan kemewahan - pasti jika terbiar sendiri untuk semua orang dalam komuniti Malaysia untuk mencapai hasrat - sukar sekali...akhirnya ada 'sikit' yang akan menjadi sangat kaya raya dan berkuasa ...dan majoriti akan menjadi 'miskin' bukan sahaja dari segi wang dan harta benda, tetapi juga hak dan kebebasan.

Wang kerajaan datangnya semua daripada rakyat...Harta Malaysia milik semua - tugas kerajaan hanya untuk mentadbir memastikan semua diagihkan supaya semua rakyat menikmati hasil 'usaha sama' ini. Adakah UMNO-BN berjaya melakukan ini selepas lebih kurang 60 tahun mentadbir? Apa pendapat anda ...tetapi dari segi pengagihan harta dan kuasa ...sememangnya tidak..


Baru-baru ini, UMNO-BN ada pelan dan peruntukan untuk membantu komuniti India...haruskah rakyat Malaysia masih dilihat sebagai India, Cina, Siam, Sri Lanka, Pakistan, India Muslim, Melayu,....kerajaan mesti melihat semua sebagai rakyat Malaysia - dan keutamaan harus diberikan kepada yang miskin dan terpinggir... Polisi membantu rakyat bergantung kepada gulungan etnik tidak berkesan ...siapa yang dapat wang/peruntukkan atau hanya setengah orang dalam kumnpulan etnik tersebut dan kroni mereka tersebut...adakah duit itu terus menambahkan kekayaan orang sama - bila sepatutnya membantu yang miskin dan yang memerlukan...? Adakah pembangkang menentang ...atau mereka sama dengan UMNO-BN 'sokong saja'...tak mahu orang India marah...? Adakah mereka mengambil pendirian berprinsip (bila buat gitu pasti ada yang akan 'marah'...apa yang penting adalah buat apa yang betul untuk rakyat Malaysia yang paling memerlukan dan terpinggir dahulu...)


DEMOKRASI - ertinya rakyat bersama terlibat dalam semua keputusan mengenai negara ini ... tetapi malangnya UMNO-BN nampaknya takut pada rakyat - justeru, apa yang UMNO-BN mempromosi adalah bahawa hak demokrasi hanya TERHAD untuk memilih 'wakil rakyat' setiap 5 tahun - selepas itu rakyat hanya perlu 'sokong atau duduk diam' dan ikut sahaja kata Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Penteri. Bila Merdeka, rakyat ada hak untuk memilih wakil rakyat di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan 'Kerajaan Tempatan' - Pilihanraya kerajaan tempatan diberhentikan oleh UMNO-BN...ramai fikirkan untuk seketika ...tapi nampaknya tak kembali pun di bawah kerajaan UMNO-BN - pandangan UMNO-BN adalah lebih baik kerajaan Negeri yang melantik saja 'orang mereka' menjadi kerajaan tempatan(Local Council). Pihanraya untuk Senator pun selepas 60 tahun tidak dilakukan - Mengapa? Ketua kampung pun tak ada pilihanraya...kerajaan yang pilih dan lantik???

KUASA EKSEKUTIF AKHIRNYA DISERAHKAN KEPADA SATU ORANG?

Wakil rakyat dipilih rakyat, yang kemudiannya memilih Perdana Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri yang kemudian memilih 'team' beliau, iaitu kabinet atau exco kerajaan negeri untuk menjalankan tugas secara paling berkesan sapertimana diamanahkan rakyat...Ya, sistem kerajaan kita akhirnya memilih 'Satu Orang' iaitu Perdana Menteri(peringkat persekutuan) dan Ketua Menteri/Menteri Besar(untuk peringkat negeri) dan beliau pilih 'team' terbaik daripada calun berkelayakkan.

'CHECK AND BALANCE' DI PARLIMEN TAK BERKESAN BILA MP UMNO-BN TAK MAHU  MENENTANG 'BOS'

Untuk memastikan  PM/CM/MB dan Kabinet/Exco mereka menjalankan tugas - Ahli Parlimen/Senator dan/atau Ahli Dewan Undangan lain sama ada dari parti sama PM/CM/MB(di kenali sebagai 'Backbenchers') atau dari parti lain (Pembangkang/Opposition) diberi tugas selaku 'wakil rakyat' untuk memantau dan memastikan PM/CM/MB dan 'team' cabinet/exco menjalankan tugas dengan betul...Tetapi di Malaysia, sedih kerana 'backbenchers' hanya nampaknya 'sokong buta' -adakah MP/Senator/ADUN daripada parti PM/CM/MB di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri(lihat Selangor, Kelantan, dll...) pernah bersuara...memastikan PM/CM/MB dan 'team'(Eksekutif) menjalankan tugas dengan betul...pernahkah mereka membantah atau mengkritik apa yang dilakukan Eksekutif...atau adakah mereka hanya 'berdiam diri', atau lebih teruk sokong tindakan salah(atau yang mereka sendiri fikir tak betul)...atau cuba sendiri 'cover-up...'?

Sebagai contoh, lihat isu terbaru di peringkat Persekutuan...1MDB dan isu berkaitan, isu berbillion ringgit ditemui dalam akau peribadi Najib....berapa MP/Senator/ADUN UMNO-BN yang menimbulkan soalan mengenai isu ini di Parlimen?Senat/DUN(Ingat bahawa apa yang disuarakan dalam Parlimen dan Dewan Undangan adalah selamat - mereka tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang atau disaman malu? Adakah mereka menimbulkan isu ini di luar?  Oh ya...jangan sahaja kita lihat UMNO-BN, lihat juga isu lain yang berlaku di negeri tadbiran pembangkang - finomena sama juga berlaku bukan - berapa di DUN Kelantan mempersoalkan isu orang asli dan pembalakkan haram, atau cara kerajaan negeri menangani isu orang asli baru-baru ini? Bagaimana di Selangor dan Penang?Di Amerika, wakil rakyat parti Presiden bertindak lain, kadang-kadang sokong...kadang-kadang membantah ...mengapa 'ciri demokrasi' ini tidak berlaku di Malaysia...

BUDAYA PARTI POLITIK - 'DIHALANG' MEMBANTAH BOS  - HAK BERSUARA DAN BERPENDAPAT SEMUA HARUS DIHORMATI?

Budaya politik Malaysia - MP/Senator/ADUN UMNO-BN nampaknya 'dihalang' membantah atau mengkritik pendirian/polisi/cadangan undang-undang yang dibentangkan atau disokong Najib(PM semasa), dan seterusnya dihalang menyokong hujah/pendirian/poin yang dinyatakan pihak pembangkang ...Bodoh bukan? 

Adakah mereka semua ini dari UMNO-BN ada 'mesyuarat sendiri', di mana semua MP UMNO-BN hadhir dan diberi kebebasan menyoal dan meluangkan pendapat secara bebas diberikan di mana pendirian bersama dicapai - tidak juga? 

Ertinya, semua MP UMNO-BN sebenarnya telah dinafikan secara peribadi hak mereka untuk 'berfikir sendiri' dan membuat keputusan sendiri demi kebaikkan rakyat kawasan Parlimen mereka dan kebaikkan rakyat Malaysia...Ini bererti, Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri akhirnya menjadi saperti 'diktator'...ini bukan demokrasi...dan yang membolehkan hakikat ini berlaku adalah MP/Senator/ADUN UMNO-BN sendiri...yang mungkin hanya pentingkan pangkat,kuasa, 'kelebihan yang mereka dapat'...yang sanggup mengenepikan semua yang penting demi mengekalkan 'hubungan baik' dengan kepimpinan utama di peringkat perksekutuan(PM) atau negeri(MB/KM)...

Oh ya, ini bukan hanya finomena di UMNO-BN...tetapi nampaknya juga kini menjadi finomena di peringkat kerajaan negeri termasuk di mana parti pembangkang memerintah...

BUDAYA 'LANTIK' BERBANDING DENGAN KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT MEMILIH DAN LANTIK WAKIL SENDIRI SECARA DEMOKRATIK?

Adakah negeri yang ditadbir pihak pembangkang berbeza dari segi meningkatkan hak demokrasi rakyat? Adakah ketua kampung, kampung baru, taman, dll di Negeri Selangor, Kelantan dan/atau Penang dipilih secara demokratik semasa di bawah pentadbiran pembangkang? 

Nyata JKKK mungkin masih di bawah pengaruh 'Putrajaya' dari segi aliran dana, dll.... tapi kenapa pula kerajaan negeri adakan pilihanraya memilih kepimpinan di peringkat kampung, kampung baru, taman, dll...? Pemilihan 'Local Council' mungkin dihalang oleh Akta persekutuan sedia ada...tetapi tak ada halangan untuk adakan pilihanraya kampung, dll.... Jika ada pemimppin dipilih rakyat di peringkat kampung, kampung baru, taman,....senang juga pemerintah negeri memastikan penglibatan rakyat dalam hal perkara kemajuan dan kebaikkan setempat... Kenapa pembangkang tak buat? Adakah kerana saperti UMNO-BN, mereka mahu semua kuasa - mahu melantik 'kroni' dan tidak mahu membenarkan rakyat pilih sendiri...

FIKIR MAHU KERUSI LEBIH DAN SIAPA BAKAL PM - INI BUKAN PRIORITY?

Sedih sekali kini banyak parti politik dan ramai ahli politik kini hanya memikirkan berapa banyak kerusi yang mereka akan bertanding dalam PRU akan datang (di mana dalam proses ini, mereka sedia memburukkan nama bukan sahaja UMNO-BN tetapi juga parti pembangkang yang lain...) - SEDIH SEKALI

Calun Perdana Menteri - Belum pun habis PRU, di mana akhirnya yang memilih adalah wakil rakyat (Ahli Parlimen).. Rakyat mungkin tak minat pemimpin mana-mana parti...mungkin kita perlukan seorang baru...seorang yang berani berjuang untuk keadilan tanpa rasa takut pada siapa-siapa termasuk 'pimpinan' parti... {Mana parti yang ada pemimpin tertinggi yang dipilih semua ahli parti berkenaan - tak ada pun, kerana semua menang 'tanpa bertanding'...jadi, sebenarnya sokongan sebenar dalam parti sendiri pun tak tahu?}. Mana boleh? Tak ada ahli parti yang berani mencabar 'pemimpin sedia ada'?

JENIS WAKIL RAKYAT DIPERLUKAN - BUKAN 'PAK TURUT' BOS PARTI TETAPI MEREKA YANG BERANI BERSUARA DAN BERJUANG UNTUK KEADILAN...

Adakah kita perlukan 'wakil rakyat' yang sebenarnya berani dan sedia menentang 'bos' parti bila mereka melakukan sesuatu yang salah...bukan 'kaki bodek' yang hanya menurut sahaja 'bos' parti kerana mahu dipilih sebagai calun atau mendapat kedudukan lebih tinggi...atau 'untung peribadi'. Kita mahu wakil rakyat yang benar-benar mewakili rakyat...


Kita tidak mahu wakil rakyat yang hanya pandai 'hulur/derma wang' kerajaan ...seolah-olah ianya wang peribadi. Kita tidak mahu wakil rakyat yang hanya tahu senyum dan salam tangan tetapi yang 'pandai' dan akan membincang dengan rakyat untuk mendapat tahu apa masalah rakyat dan akan seterusnya akan membantu rakyat mengatasi masalahnya. Kita mahu wakil rakyat yang 'arif' isu semasa dan boleh debat di Parlimen... Selangor ditadbir kerajaan pembangkang - berapa kali wakil rakyat anda mengadakan ceramah terbuka mengunakan dewan orang ramai dan padang terbuka - mungkin susah dapat premis dan kelulusan bila UMNO-BN memerintah...tetapi kenapa pula MP/ADUN di Selangor tak berbuat demikian. 

Kita tidak mahu wakil rakyat yang selepas menang PRU ...tidak mahu bincang dan berbuat keputusan bersama rakyat...'terus menghilang'....sehingga dekat PRU akan datang. Baru ini, MIC turun padang, dengan 'survey' mahu tahu pendapat rakyat ...kan sudah dekat PRU??? Adakah pembangkang juga sama saperti UMNO-BN - selepas menang, kita semua perlu 'tak risau, mereka tahu apa yang terbaik...dan akan buat'...Ini karut dan bukan demokrasi tulen???


Wakil Rakyat - pilih dengan betul... kerana ramai kini bukan sangat mementingkan rakyat atau masa depan negara/negeri tetapi hanya mahu 'pangkat? dipanggil YB? hormat? dan cara mendapatkan wang atau 'kontrak'...untuk diri sendiri atau kroni. Sukar kadang-kadang untuk menilai calun - tetapi rakyat perlu lebih aktif menyelidik...

Selepas pembangkang menang dibeberapa negeri, saya berbual dengan orang biasa...dan apa yang mereka cakap sangat menyedihkan....'Tak ada apa-apa yang tukar sangat ...hanya orang yang duduk kerusi kuasa dan kroni"...Benarkah pemerhatian ini? 
 
     
  

 









No comments: